You are on page 1of 1

Pengarah Imigresen Sabah

Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Sabah,


Aras 1-4, Blok B,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah. 01 Mac 2019

Tuan,

RAYUAN PEMBEBASAN RUBINA BINTI ABDIL (0299)


PERAYU: RAZALI BIN JUMIL
ALAMAT: KENINGAU, SABAH

Saya, Razali bin Jumil pemegang mykad, abang angkat kepada tertuduh, Rubina binti Abdil
pemegang sijil lahir, ingin membuat rayuan untuk pembebasan adik angkat saya yang kini
ditahan di pusat tahanan sementara Papar, Sabah.

02. Untuk pengetahuan pihak tuan, Rubina Binti Abdil merupakan pemegang sijil lahir
yang sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia. Rubina Binti Abdil telah
dilahirkan pada 17 Jun 1994 di negeri Sabah iaitu di daerah Penampang. Sewaktu Rubina
Binti Abdil ditahan, dia juga telah menunjukkan dokumen-dokumen yang diperlukan (Sijil
Lahir, Surat dari Jabatan Pendaftaran). Rubina Binti Abdil juga telah menetap di negeri
Sabah selama 25 tahun. Untuk pengetahuan pihak tuan juga, Rubina Binti Abdil telah
menjadi keluarga angkat kami sejak beliau berumur 8 tahun, iaitu setelah ibu bapa Rubina
Binti Abdil berpisah.

03. Saya merayu kepada pihak tuan agar dapat mempertimbangkan rayuan saya ini dan
berharap agar adik angkat saya iaitu Rubina Binti Abdil mendapat kebebasan dengan kadar
segera. Segala jasa baik dan perhatian daripada pihak tuan amatlah saya hargai. Segala
kerjasama dari pihak tuan, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Dengan ini,
saya juga ucapkan terima kasih dan berharap sangat agar adik angkat sayadibebaskan
dengan kadar segera.

Yang benar,

…………………………
( RAZALI BIN JUMIL )
No. hp: 013-8656716

You might also like