You are on page 1of 25

EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

UJIAN-UJIAN KE ATAS AGREGAT

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

BAHAGIAN 1

PENGENALAN:

Kandungan agregat di dalam bancuhan turapan berbitumen melebihi 90% daripada keseluruhan
ataupun 80% daripada keseluruhan isipadunya. Fungsi utama agregat ialah menanggung beban
yanh dikenakan kepada turapan. Oleh itu, prestasi sesuatu turapan sangat bergantung kepada
kualiti agregat yang digunakan. Agregat yang digunakan dalam bancuhan berbitumen turapan
jalan raya terbahagi kepada dua kelas iaitu :

i. Agregat kasar – Agregat yang tertahan pada ayak 5.00mm


ii. Agregat halus – Agregat yang telus ayak saiz 5.00mm dan tertahan pada ayak saiz
#200 (0.075mm)

Agregat yang diperolehi daripada punca yang berbeza akan mempunyai sifat yang berbeza,
lebih-lebih lagi jika agregat tersebut daripada jenis yang berlainan. Sifat kejuruteraan agregat itu
juga akan berbeza daripada satu agregat dengan agregat yang lain. Untuk menentukan agar
agregat yang mempunyai sifat yang sesuai sahaja dipilih, berbagai-bagai ujian terhadap agregat
itu perlu dijalankan. Ujian ini juga akan memastikan agar agregat yang terbaik sahaja dipilih
daripada jenis agregat yang ada untuk kegunaan tersebut. Segala agregat yang kurang baik atau
tidak memenuhi kriteria ujian akan diketepikan. Antara ujian-ujian yang perlu dijalankan adalah
seperti berikut:

i. Penggredan (Analisis Ayak)


ii. Graviti Tentu dan Kadar Penyerapan Air
iii. Ujian Nilai Hentaman Agregat (Aggregate Impact Value)
iv. Ujian Lelasan Los Angeles (Los Angeles Abrasion)
v. Ujian Nilai Penghancuran Agregat (Aggregate Crushing Value)
vi. Ujian Indeks Kekepingan dan Pemanjangan
vii. Ujian Rintangan Gelincir (Skid Resistents)

Kesemua ujian yang dinyatakan di atas akan dijalankan mengikut tatacara yang digariskan oleh
British Standards Institution yang menjadi amalan Jabatan Kerja Raya (JKR) buat masa
sekarang.
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

UJIAN 1 – ANALISIS AYAK ( UJIAN


PENGGREDAN )

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

(RUJUKAN : BS 812)

TUJUAN:

Untuk menentukan saiz sebenar agregat yang akan digunakan untuk bancuhan bahan
berbitumen. Ujian penggredan ini juga dijalankan untuk menentukan kuantiti agregat yang
berlainan saiz yang perlu digunakan untuk memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Di
samping itu ujian ini juga boleh digunakan untuk memastikan agregat yang dibekalkan
adalah seperti yang dikehendaki.

BAHAN/ PERALATAN:

i. Ayak BSI saiz-saiz berikut (mm):


37.5, 28.0, 20.0, 14.0, 10.0, 5.0, 3.35, 2.36, 1.18, 0.60, 0.425, 0.30, 0.150, 0.075
ii. Alat Penggetar Ayak
iii. Penimbang
iv. Agregat Kasar (Batu Baur)
v. Agregat Halus (Pasir)

TATACARA:

A. Agregat Kasar

i. Dapatkan lebih kurang 2kg agregat dari timbunan sampel agregat 10kg. Timbang
sampel kepada gram yang terhampir.
ii. Susun semua ayak dengan betul dan letakkan mereka di atas penggetar ayak.
Masukkan agregat ke dalam ayak yang teratas dan ayak selama 5 minit.
iii. Timbang agregat yang tertahan di dalam tiap-tiap ayak dan di dalam dulang (pan).
Jika jumlah jisim asal lebih daripada 1% daripada jumlah jisim terayak, ulang ujikaji
dengan menggunakan sample yang lain. Pastikan jisim agregat yang tertahan pada
setiap ayak tidak melebihi had maksimum yang dinyatakan oleh BSI.
iv. Kirakan peratusan agregat yang melepasi tiap-tiap ayak.
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

v. Plotkan garis lengkung penggredan.

B. Agregat Halus

i. Daripada kurang lebih 2kg pasir dapatkan 500 gram sampel.


ii. Aturkan ayak-ayak mengikut susunan yang betul dan letakkan di atas penggetar ayak.
Masukkan sampel ke dalam ayak dan ayak selama 5 minit.
iii. Timbang pasir yang tertahan di dalam setiap ayak dan dulang (pan). Jika jumlah jisim
sampel yang telah diayak berbeza dengan jisim asal lebih daripada 1%, jalankan
ujian ke atas sampel yang lain. Pastikan jisim pasir yang tertahan pada setiap ayak
tidak melebihi had maksimum yang dinyatakan oleh BSI.
iv. Kirakan peratusan sampel yang melepasi tiap-tiap ayak. Lukiskan lengkung penggredan.

PERBINCANGAN:

Bincangkan kepentingan taburan saiz agregat dalam campuran berbitumen dan bincangkan
juga kenapakah terdapatnya berbagai penggredan bagi lapisan tertentu turapan.
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

KEPUTUSAN ANALISIS AYAK


Sila Potong Di Sini

Kumpulan: ________________________ Tarikh Ujian: ____________________

A. AGREGAT KASAR

Jenis: Berat Sampel:

Jadual Analisis Ayak

Bukaan Berat Berat Berat Sampel Peratusan Peratusan


Ayak Ayak Sampel + Ayak Tertahan Tertahan Melepasi
(mm) (g) (g) (g) (%) (%)

B. AGREGAT HALUS

Jenis: Berat Sampel:

Jadual Analisis Ayak

Bukaan Berat Berat Berat Sampel Peratusan Peratusan


Ayak Ayak Sampel + Ayak Tertahan Tertahan Melepasi
(mm) (g) (g) (g) (%) (%)
Sila Potong Di Sini

Lampiran yang Perlu Disahkan


EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

UJIAN 2 – GRAVITI TENTU DAN KADAR


PENYERAPAN AIR

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

(RUJUKAN : 1377)

TUJUAN:

Untuk menentukan ciri-ciri fizikal agregat yang diperlukan di dalam reka bentuk campur
asfalt.

BAHAN/ PERALATAN:

i. Penimbang vii. Dulang


ii. Raga Dawai viii. Piknometer
iii. Oven ix. Pengering Rambut
iv. Baldi x. Air Suling
v. Kain Penyerap Air xi. Rod Pemadat dan Acuan Kon
vi. Agregat Kasar dan Agregat Halus

TATACARA:

A. Agregat Kasar

i. Basuh sampel untuk membuang partikel-partikel halus dan debu. Rendam sampel
selama 24 jam pada suhu bilik.
ii. Masukkan sampel yang telah direndam ke dalm raga dawai dan tenggelamkan di
dalam air. Pastikan bahawa raga berada 50mm di bawah permukaan air.
iii. Buangkan udara yang terperangkap dengan mengangkat dan menjatuhkan raga 25
kali pada kadar 1 jatuhan sesaat. Semasa operasi ini, raga dan agregat mestilah
berada di bawah permukaan air.
iv. Timbang raga yang berisi agregat ketika tenggelam di dalam air (W 1).
v. Keluarkan agregat dan keringkan kepada permukaan kering tepu menggunakan kain.
vi. Timbang raga (tanpa agregat) ketika tenggelam di dalam air (W 2).
vii. Masukkan agregat yang berkeadaan permukaan kering tepu di dalam dulang dan
timbang (W3).
viii. Masukkan dulang yang berisi agregat ke dalam oven pada suhu 105  5°C selama
24 jam.
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

ix. Keluarkan dulang dan agregat daripada oven dan timbang (W 4). Kosongkan dulang
dan dapatkan jisim dulang (W5).
x. Kirakan graviti tentu dan penyerapan menggunakan formula berikut:

(W4 – W5)
a. Graviti Tentu (oven-dried) =
(W3 – W5) – (W1 – W2)

(W3 – W5)
b. Graviti Tentu (Saturated Surface Dried) =
(W3 – W5) – (W1 – W2)

(W4 – W5)
c. Graviti Tentu Ketara =
(W4 – W5) – (W1 – W2)

(W3 – W4)
d. Penyerapan Air, % = x 100
(W4 – W5)
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

B. Agregat Halus

i. Timbang piknometer semasa kosong dan apabila penuh dengan air suling (C).
ii. Masukkan kurang lebih 500 gram sampel yang telah direndam di dalam air selama 24
jam ke dalam piknometer. Penuhkan piknometer dengan air suling dan dapatkan jisimnya
(B).
iii. Buangkan air dan masukkan sampel ke dalam dulang. Selerakkan sampel dan keringkan
menggunakan pengering rambut sehingga keadaan permukaan kering tepu (saturated
surface dry) didapati. Keadaan ini ditentukan dengan memasukkan sampel ke dalam
acuan kon dan dipadatkan 25 kali dengan rod pemadat. Jika terdapat lembapan yang
berlebihan, pasir tersebut akan mengekalkan bentuknya bila acuan dibuang.
iv. Timbang sampel dan dulang dan dapatkan jisim sampel pada keadaan permukaan kering
tepu (A).
v. Masukkan sampel ke dalam oven pada suhu 105  5°C selama 24 jam. Dapatkan jisim
sampel selepas dikeringkan (D).

vi. Kirakan graviti tentu pukal menggunakan berikut:

D
a. Graviti Tentu Pukal (oven-dried) =
A – (B – C)

A
b. Graviti Tentu Pukal (Saturated Surface Dried) =
A – (B – C)

vii. Kirakan graviti tentu ketara menggunakan formula berikut:

Graviti Tentu Ketara = D


D – (B – C)

viii. Kirakan peratusan penyerapan mengunakan formula berikut:

Peratus Penyerapan, % = (A – D)
D

PERBINCANGAN:

1. Apakah perbezaan di antara graviti tentu pukal dan graviti tentu ketara.
2. Bincangkan kepentingan nilai-nilai graviti tentu dan penyerapan air yang anda dapati dari
ujikaji.
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

KEPUTUSAN UJIAN GRAVITI TENTU & KADAR PENYERAPAN AIR


Sila Potong Di Sini

Kumpulan: ________________________ Tarikh Ujian: ____________________

A. AGREGAT KASAR

Jisim raga dan agregat dalam air (W1) ……………………


Jisim raga dalam air (W2) ……………………
Jisim agregat (SSD) dan dulang (W3) ……………………
Jisim agregat (oven dried) dan dulang (W4) ……………………
Jisim dulang (W5) ……………………
Jisim agregat (SSD) (W3 – W5) ……………………
Jisim agregat dalam air (W1 – W2) ……………………
Jisim agregat (oven dried) (W4 – W5) ……………………
Kehilangan lembapan (W3 – W4) ……………………

Graviti tentu:

Kering (oven dried) (W4 – W5)/ [(W3 – W5) - (W1 – W2)] …………………….
Permukaan kering tepu (SSD) (W3 – W5)/ [(W3 – W5) - (W1 – W2)] …………………….
Ketara (W4 – W5)/ [(W4 – W5) - (W1 – W2)] …………………….

Penyerapan air, % [(W3 – W4)/ (W4 – W5)] x 100 …………………….

B. AGREGAT HALUS

Jisim piknometer dan air (C) ……………………...


Jisim piknometer + pasir + air (B) ……………………...
Jisim dulang (M) ……………………..
Jisim dulang + pasir (SSD) (N) ……………………..
Jisim dulang + pasir (oven dried) (P) ……………………..
Jisim pasir (SSD) (N – M) (A) ……………………..
Jisim pasir (oven dried) (P– M) (D) ……………………

Graviti tentu pukal

Kering (oven dried) D/ [A – (B – C) …………………….


Permukaan kering tepu (SSD) A/ [A – (B – C) …………………….
Ketara D/ [D – (B – C) …………………….

Penyerapan air, % (A – D) / D …………………….


Sila Potong Di Sini

Lampiran yang Perlu Disahkan


EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

UJIAN 3 – NILAI HENTAMAN AGREGAT

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

(RUJUKAN : MS 30 / BS 812 Part 112)

TUJUAN:
Untuk menentukan nilai hentaman agregat yang diperlukan di dalam reka bentuk campuran
bagi kegunaan-kegunaan berbagai lapisan turapan.

BAHAN/ PERALATAN:

i. Alat Uji Hentaman v. Pengetuk Getah

ii. Ayak 14mm, 10mm dan 2.36mm vi. Berus Bristle


iii. Dulang viii. Penimbang
iv. Rod Pemadat

TATACARA:

i. Ayak sampel agregat menggunakan ayak 14mm dan 10mm. Sampel agregat
mestilah yang telah dikeringkan di dalam oven tidak lebih dari 4 jam pada suhu 105 
5° C. Agregat yang akan diuji mestilah melepasi ayak 14mm dan tertahan pada ayak
10mm.
ii. Masukkan sampel ke dalam penyukat dalam tiga tokokan yang sama. Padatkan
setiap lapisan dengan 25 kali tujahan menggunakan rod keluli 10mm yang dijatuhkan
secara bebas dari ketinggian 50mm daripada permukaan sampel.
iii. Ratakan permukaan sampel menggunakan rod keluli. Buangkan agregat yang
berlebihan dan tambah di mana perlu.
iv. Pasangkan mangkuk keluli dengan kemas pada alatan dan masukkan agregat ke
dalam mangkuk dan padatkan dengan 25 kali tujahan menggunakan rod keluli.
v. Araskan ketinggian pengetuk supaya permukaan bawahnya berada 350  5mm
daripada permukaan sampel.
vi. Keluarkan sampel daripada mangkuk keluli menggunakan pengetuk getah dan
masukkan ke dalam dulang. Gunakan berus bristle yang disediakan bagi
memastikan semua sampel *&*&. Timbang sampel kepada 0.1g terhampir (M 1).
vii. Ayak sampel menggunakan ayak 2.36mm sehingga tiada sampel yang boleh
melepasi ayak tersebut. Timbang sampel yang melepasi ayak (M 2) dan yang tertahan
(M3) kepada 0.1g terhampir. Jika jumlah jisim (M 2 + M3) berbeza daripada (M1) lebih
daripada 1g abaikan keputusan dan jalankan ujian ke atas sampel yang lain.
viii. Ulang tatacara (i) – (vii) untuk sampel kedua.
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

ix. Kirakan Nilai Hentaman Agregat (AIV) untuk kedua-dua sampel dalam bentuk
peratusan kepada satu titik perpuluhan menggunakan persamaan berikut:

M2
AIV = x 100
M1

di mana M1 = jisim asal sampel yang diuji dalam gram


M2 = jisim partikel yang melepasi ayak 2.36mm dalam gram

PERBINCANGAN:

i. Bincangkan kepentingan ujikaji ini.


ii. Nyatakan kepentingan nilai hentaman agregat kepada turapan. Nyatakan nilai yang
dibenarkan oleh JKR dan nyatakan apakah yang akan berlaku sekiranya spesifikasi
ini tidak dipatuhi.
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

KEPUTUSAN UJIAN NILAI HENTAMAN AGREGAT


Sila Potong Di Sini

Kumpulan: ______________________ Tarikh Ujian: ____________________

Jisim sampel (M1) = _________________

Jisim sampel melepasi ayak 2.36mm (M2) = _________________

Jisim sampel tertahan ayak 2.36mm (M3) = _________________

Jumlah jisim (M2 + M3) = _________________


Jisim hilang M1 – (M2 + M3) = _________________

Nilai Hentaman Agregat (AIV), % (M2 / M1) x 100 = _________________


Sila Potong Di Sini

Lampiran yang Perlu Disahkan


EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

UJIAN 4 – LELASAN LOS ANGELES

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

(RUJUKAN : ASTM C131)

TUJUAN:

Untuk menentukan kekerasan batu baur yang digunakan dalam turapan lebuhraya dan
menilai setakat mana butir-butir agregat akan hancur apabila mengalami pergeseran yang
disebabkan oleh kesan penggilapan trafik dan kesan lelasan dalam bagi pembebanan
berulangan.

BAHAN/ PERALATAN:

i. Mesin Lelasan Los Angeles


ii. Bebola Keluli sebagai suapan lelas (abrasive charges)
iii. Batu Baur Kasar
iv. Pengayak
v. Ayak No. 12 (ASTM) atau No. 10 (BSI)
vi. Penimbang

TATACARA:

i. Masukkan batu baur kasar seberat (M1) kg (lebih kurang 5kg) ke dalam gelendong besi
Mesin Los Angeles yang berukuran 711cm garispusat dan 508mm panjang.
ii. Masukkan 6 - 12 biji bebola keluli sebagai suapan lelas. Setiap biji bola keluli berukuran
44 - 48mm garis pusat dan seberat 390 - 445g.
iii. Hidupkan suis supaya Mesin Los Angeles berpusing dengan laju 30 - 33 pusingan per
minit untuk selama 500 pusingan.
iv. Selepas itu keluarkan bebola keluli. Kumpulkan batu baur kasar, termasuk semua
hancurannya. Ayak melalui ayak No.12 (1.70mm). Dapatkan berat (M 2) bagi hancuran
yang melepasi ayak No. 12.
v. Ulang ujian ini bagi satu sampel batu baur kasar yang lain dari punca yang sama.
vi. Dapatkan nilai lelasan Los Angeles bagi setiap sampel batu baur. Sebutkan nilai purata
dalam satu tempat perpuluhan.
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

Nilai lelasan Los Angeles bagi batu baur keras ialah 20% atau kurang. Bagi batu baur yang lebih
lembut atau batu kapur, mungkin agak senang dicalar dengan pisau, nilai lelasan Los Angeles
ialah 50% atau lebih. Batu baru dengan kehausan 50% biasanya tidak sesuai untuk digunakan
dalam sebarang jenis turapan.

PERBINCANGAN:

Bincangkan faktor-faktor lain yang menentukan kesesuaian batu baur untuk kegunaan dalam
pembinaan turapan dan berikan nilai-nilai yang dibenarkan oleh spesifikasi.
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

KEPUTUSAN UJIAN LELASAN LOS ANGELES


Sila Potong Di Sini

Kumpulan: ______________________ Tarikh Ujian: ____________________

Jisim sampel (M1) = _________________

Jisim sampel melepasi ayak No. 12 (M2) = _________________

Nilai Lelasan Los Angeles, % (M2 / M1) x 100 = _________________


Sila Potong Di Sini

Lampiran yang Perlu Disahkan


EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

UJIAN 5 – NILAI PENGHANCURAN AGREGAT

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

(RUJUKAN : MS 30 / BS 812 Part 110)

TUJUAN:
Untuk menentukan nilai penghancuran agregat yang diperlukan dalam reka bentuk campuran
bagi kerja-kerja turapan

BAHAN/ PERALATAN:
i. Silinder Keluli vii. Penimbang
ii. Penujah (Plunger) viii. Silinder Penyukat
iii. Plat Pelapik ix. Pengetuk Getah
iv. Rod Pemadat x. Dulang
v. Mesin Mampatan xi. Berus Bristle
vi. Ayak 14mm, 10mm dan 2.36mm xii. Jam Randik

TATACARA:

i. Ayak sampel agregat menggunakan ayak 14mm dan 10mm. Sampel agregat mestilah
yang telah dikeringkan dalam oven tidak lebih dari 4 jam pada suhu 105  5° C. Agregat
yang akan diuji mestilah melepasi ayak 14mm dan tertahan pada ayak 10mm.
ii. Masukkan sampel ke dalam silinder penyukat dalam tiga tokokan yang sama dan setiap
lapisan dipadatkan dengan 25 kali tujahan menggunakan rod. Ratakan permukaan
sampel menggunakan rod dan dapatkan jisim sampel.
iii. Masukkan sampel ke dalam silinder keluli yang diletakkan di atas plat pelapik dalam tiga
tokokan dan padatkan dengan 25 kali tujahan. Ratakan permukaan sampel dan letakkan
penujah di atas sampel.
iv. Masukkan silinder yang mengandungi sampel dan penujah ke dalam mesin mampatan.
Kenakan beban yang sekata supaya beban maksimam 400kN dicapai dalam masa 10
minit  30 saat.
v. Keluarkan sampel ke dalam dulang menggunakan pengetuk getah dan berus bristle.
Timbang dulang dan sampel agregat dan dapatkan jisim agregat kepada gram terhampir
(M1).
vi. Ayak sampel yang telah diuji menggunakan ayak 2.36mm sehingga tiada sampel yang
boleh melepasi ayak. Timbang dan catitkan jisim partikel yang melepasi ayak (M 2) dan
yang tertahan (M3). Jika jumlah (M2) dan (M3) berbeza daripada jisim asal (M1) lebih
daripada 10g, abaikan keputusan dan jalankan ujikaji ke atas sampel yang lain.
vii. Ulang tatacara (i) – (vii) untuk sampel kedua.
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

viii. Kirakan Nilai Penghancuran Agregat (ACV) untuk kedua-dua sampel dalam bentuk
peratusan kepada satu titik perpuluhan menggunakan persamaan berikut:

M2
ACV = x 100
M1

di mana M1 = jisim asal agregat yang diuji dalam gram


M2 = jisim partikel yang melepasi ayak 2.36mm dalam gram

ix. Kirakan purata ACV bagi kedua-dua sampel kepada nombor bulat terhampir. Nilai purata
adalah Nilai Penghancuran Agregat (ACV) kecuali jika ACV untuk tiap-tiap sampel
berbeza lebih daripada 0.07 x purata ACV. Dalam kes ini jalankan ujian ke atas dua lagi
sampel dan kirakan median daripada keempat-empat keputusan. Nilai median yang
didapati adalah Nilai Penghancuran Agregat (ACV).

PERBINCANGAN:

Bincangkan kepentingan ujikaji ini dan terangkan nilai-nilai relatif bagi Nilai Penghancuran
Agregat dalam konteks turapan.
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

KEPUTUSAN UJIAN NILAI PENGHANCURAN AGREGAT


Sila Potong Di Sini

Kumpulan: ______________________ Tarikh Ujian: ____________________

Jisim sampel (M1) = _________________

Jisim sampel melepasi ayak 2.36mm (M2) = _________________

Jisim sampel tertahan ayak 2.36mm (M3) = _________________

Jumlah jisim (M2 + M3) = _________________


Jisim hilang M1 – (M2 + M3) = _________________

Nilai Penghancuran Agregat (ACV), % (M2 / M1) x 100 = _________________


Sila Potong Di Sini

Lampiran yang Perlu Disahkan


EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

UJIAN 6 – UJIAN INDEKS KEKEPINGAN DAN


PEMANJANGAN

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

(RUJUKAN : MS 30 / BS 812)

TUJUAN:

Untuk menentukan indeks kekepingan dan pemanjangan bagi suatu sampel batu baur.

BAHAN/ PERALATAN:

i. Ayak Ujian BS
ii. Ayak Kekepingan
iii. Tolok Panjang
iv. Oven
v. Dulang
vi. Tolok Tebal
vii. Penimbang
viii. Penggetar Ayak

TATACARA:

A. Indeks Kekepingan

i. Jalankan ujian ayak ke atas sampel agregat kasar seberat 2kg dengan menggunakan
ayak-ayak ujian BS seperti yang diberikan dalam Jadual 1.

Bukaan saiz ayak ujian BS Lebar lubang bagi tolok tebal


100% melepasi (mm) 100 % tertahan (mm) (mm)
63.0 50.0 33.9 + 0.3
50.0 37.5 26.3 + 0.3
37.5 28.0 19.5 + 0.3
28.0 20.0 14.4 + 0.15
20.0 14.0 10.2 + 0.15
14.0 10.0 7.2 + 0.1
10.0 6.3 4.9 + 0.1
Jadual 1
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

Buang semua agregat yang tertahan di atas ayak 63.0mm dan yang melepasi ayak
6.3mm

ii. Timbang dan dapatkan jisim bagi setiap bahagian saiz agregat, kecuali bagi agregat
yang telah ditandakan.

iii. Dapatkan jumlah jisim (M1) bagi semua bahagian saiz. Bagi setiap bahagian saiz, kirakan
peratus tertahan di setiap ayak. Buang bahagian saiz dengan jisim 5% atau kurang
daripada jisim (M1). Catatkan baki jumlah jisim sebagai (M2).
iv. Gunakan tolok tebal, pilih lebar lubang alur yang sesuai untuk bahagian saiz yang
hendak diuji. Asingkan partikel yang berkeping dari setiap bahagian saiz dengan tangan,
iaitu partikel yang melalui lubang alur yang terpilih.
v. Campurkan semua partikel berkeping. Timbang dan dapatkan jisim partikel berkeping
tersebut (M3).
vi. Kirakan Nilai Indeks Kekepingan menggunakan hubungan berikut:

Indeks Kekepingan = M3 x 100


M2
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

B. Indeks Pemanjangan

i. Jalankan ujian ayak ke atas sampel agregat seberat 2kg dengan menggunakan ayak-
ayak ujian BS seperti yang diberikan dalam Jadual 2:

Bukaan saiz ayak ujian BS Lebar lubang bagi tolok tebal


100% melepasi (mm) 100 % tertahan (mm) (mm)
63.0 50.0 33.9 + 0.3
50.0 37.5 26.3 + 0.3
37.5 28.0 19.5 + 0.3
28.0 20.0 14.4 + 0.15
20.0 14.0 10.2 + 0.15
14.0 10.0 7.2 + 0.1
10.0 6.3 4.9 + 0.1
Jadual 1

Singkirkan semua agregat yang tertahan di atas ayak 50.0mm dan semua agregat yang
melepasi ayak 6.3mm.

i. Timbang dan dapatkan jisim bagi setiap bahagian saiz agregat kecuali bagi agregat yang
telah disingkirkan. Masukkan setiap bahagian saiz agregat tersebut ke dalam dulang
yang berasingan yang telah ditandakan.
ii. Dapatkan jumlah jisim (M1) bagi semua bahagian saiz. Bagi setiap bahagian saiz, kirakan
peratus tertahan untuk setiap ayak. Singkirkan bahagian saiz dengan jisim 5% atau
kurang daripada jisim (M1). Catatkan baki jumlah jisim sebagai (M2).
iii. Gunakan tolok panjang, pilih tolok panjang yang sesuai untuk bahagian saiz yang
hendak diuji. Asingkan partikel yang panjang dari setiap bahagian saiz dengan tangan,
iaitu partikel yang tidak dapat melalui tolok panjang yang dipilih.
iv. Campurkan semua partikel panjang. Timbang dan dapatkan jisim partikel panjang (M 3).
v. Kirakan Nilai Indeks Pemanjangan seperti berikut:

Indeks Pemanjangan = M3 x 100


M2

Laporkan nilai ini kepada nombor bulat yang terdekat.

PERBINCANGAN:

1. Nyatakan cirri-ciri agregat yang berkeping dan memanjang. Sila


berikan contoh.
2. Bincangkan bagaimana bentuk batu baur, dari segi panjang dan kekepingan
mempengaruhi kekuatan batu baur.
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

KEPUTUSAN INDEKS KEKEPINGAN


Sila Potong Di Sini

Kumpulan: ______________________ Tarikh Ujian: ____________________

Jisim Ayak +
Bukaan Ayak Jisim Ayak Jisim Agregat % Agregat
Agregat
(mm) (g) (g) Tertahan
(g)
50.0
37.5
28.0
20.0
14.0
10.0
6.3

Jumlah Jisim

Jumlah Jisim Agregat (M1) = ________________


Baki Jumlah Jisim (M2) = ________________
Jisim Sampel Berkeping (M3) = ________________
Indeks Kekepingan (M3 / M2) x 100 = ________________

KEPUTUSAN INDEKS PEMANJANGAN

Kumpulan: ______________________ Tarikh Ujian: ____________________

Jisim Ayak +
Bukaan Ayak Jisim Ayak Jisim Agregat % Agregat
Agregat
(mm) (g) (g) Tertahan
(g)
50.0
37.5
28.0
20.0
14.0
10.0
6.3

Jumlah Jisim

Jumlah Jisim Agregat (M1) = ________________


Baki Jumlah Jisim (M2) = ________________
Jisim Sampel Panjang (M3) = ________________
Indeks Pemanjangan (M3 / M2) x 100 = ________________
Sila Potong Di Sini
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

Lampiran yang Perlu Disahkan


EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

TEST 7 – PAVEMENT SKID RESISTANCE TEST

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

Reference: BS 812: Part 114: 1989

OBJECTIVE:
To check the resistance of wet road surfaces to skidding

APPARATUS:

Portable Skid-Resistance Tester (see Plate 1)

PROCEDURE:

i. Set the base level by means of the spirit level and the three leveling screws on the
base-frame.
ii. Raise the head so that the pendulum arm swings clear of the surface. Movement of
the head of the tester, carrying the swinging arm, graduated scale, pointer and
release mechanism, is controlled by a rack and pinion on the rear of the vertical
column. After unclamping the locking knob A at the rear of the column, the head may
be raise or lowered by turning either of the knobs B/ B’. When the required height is
obtained the head unit must be locked in position again by clamping knob A.
iii. Check the zero setting. This is done by first raising the swinging arm to horizontal
release position, on the right-hand side of the apparatus. In this position it is
automatically locked in the released catch. The pointer is then brought to its stop in
line with the pendulum arm. The pendulum arm is released by pressing button C. The
pointer is carried with the pendulum arm on the forward swing only. Catch the
pendulum arm on its return swing, and note the pointer reading. Return the arm to
the release position. Correct the zero setting as necessary by adjustment of the
friction rings E. If the pointer has swung past the zero position, rings E are screwed
up a little more tightly. If it has not reached zero the ring should be unscrewed a little.
iv. With the pendulum arm free, and hanging vertically, place the spacer which will be
found attached to achain on the base of the vertical column, under the lifting-handle
setting-screw to raise the slider. Lower the head of the tester using knobs A nad B so
that the slider just touches the road surface, and clamp in position with knob A.
remove the spacer.
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

v. Check the sliding length of the rubber slider over the surface under test, by gently
lowering the pendulum arm until the slider just touches the surface first on one side
and then on the other side of the vertical; the sliding legth is the distance between the
two points where the sliding edge of the rubber touches the test surface. If necessary,
adjust to the correct length by raising or lowering the head slightly. When the
apparatus is set correctly the sliding length should be between 125 and 127mm; on
the scale provided, the outer marks are 127mm apart and the inner ones each
indicate the 2mm tolerance allowed.
vi. Place pendulum arm in its release position. The apparatus is now set ready for
operation.
vii. Wet the road surface and slider, ensuring that the road surface is free from loose grit.
viii. Bring the pointer round to its stop. Release the pendulum arm by pressing button C
and catch it on the return swing, before the slider strikes the road surface. Note the
reading indicated by the pointer.
ix. Return the arm and pointer to the release position, keeping the slider clear of the
road surface in this operation by means of the lifting handle. Repeat swings,
spreading the water over the contact area with the hand or a brush between each
swing. Record the mean of five successive readings, provided they do not differ by
more than three units. If the range is greater than this, repeat swings until three
successive readings are constant; record this value.
x. Raise the head of the tester so that it swings clear of the surface again and check the
free swing for zero error.
EAA304 – HIGHWAY AND TRAFIC LABRATORY

SKID-RESISTANCE TEST RESULT


Sila Potong Di Sini

Test
Track Water ‘Skid-Resistance’
Surface
Date Section (Distance Temp Readings at Individual Locations Remarks
Texture
from (0C)
Kerb)
1 2 3 4 5 Mean
Sila Potong Di Sini

Lampiran yang Perlu Disahkan

You might also like