You are on page 1of 5

KOLEJ VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN

DCA 4123 – SOIL INVESTIGATION

LAB SHEET 1

SIEVE ANALYSIS TEST


4 Jam
TAJUK : ANALISIS AYAKAN / SIEVE ANALYSIS

OBJEKTIF :
Ujian ini dijalankan untuk menentukan peratus perbezaan saiz butir zarah yang terkandung di
dalam tanah.

This test is performed to determine the percentage of different grain sizes contained within a soil.

PERALATAN / MESIN / ALAT / BAHAN / SAIZ:

Bil Bahan / Komponen / Peralatan Saiz Kuantiti


1 Set Ayakan (termasuk panci dan penutup) - 1
2 Mesin penggetar ayak - 1
3 Berus ayak - 1
4 Alat Penimbang - 1

PANDUAN KESELAMATAN :
1. Sentiasa memakai pelindung mata.
2. Tanggalkan cincin dan jam tangan sebelum memulakan kerja.
3. Memakai pakaian yang bersesuaian dengan kerja – kerja amali.
4. Memastikan alatan dalam keadaan baik sebelum ia digunakan

KAEDAH / PROSEDUR :
1. Bersihkan set ayak bersiri dengan menggunakan berus ayak dan susun ayak dengan saiz
terbesar berada pada kedudukan teratas dan panci di bawah sekali.
2. Ambil contoh tanah kering yang telah dibersihkan daripada bendasing dan timbang
sebanyak 250g.
3. Masukkan contoh tanah ke dalam bekas dan leraikan tanah menjadi ketulan kecil.
4. Masukkan contoh tanah ke dalam set ayak teratas.
5. Letakkan set ayak itu di atas mesin penggetar dan getarkan selama lima minit.
6. Timbang berat tanah yang tertahan pada setiap ayak dan panci .
7. Hitung berat tanah yang melepasi ayak, iaitu dengan menolak jumlah berat contoh tanah
dengan berat tanah tertahan pada ayak berkenaan.
8. Kirakan peratus tanah yang melepasi setiap ayak. Jumlah berat tanah melepasi ayak
hendaklah dibahagikan dengan jumlah contoh tanah dan didarabkan dengan 100%
9. Lengkapkan data seperti yang dikehendaki.
10. Plotkan graf peratus tanah melepasi saiz ayakan di atas graf separa logaritma.
11. Tentukan peratus dan jenis tanah yang terkandung dalam contoh tanah tersebut.
RAJAH :
DATA DAN ANALISIS
i. Jumlah keseluruhan tanah = 250 gram

Saiz Berat Berat Tanah Peratus Peratus


Ayak Tanah Melepasi Ayak (g) Tertahan Melepasi
(mm) Tertahan (%) (%)
(g)
2.800

2.000

0.710

0.500

0.355

0.250

0.125

0.075

0.063

Panci

ii. Plot graf peratus tanah melepasi saiz ayakan di atas graf separa logaritma.
iii. Tentukan Pekali Keseragaman, Cu dan Pekali Kelengkungan, Cc.

D 60 D 302
Cu= Cc=
D 10 D60 D ¿
10
¿

iv. Nyatakan dua (2) kaedah yang boleh digunakan untuk menganalisis taburan
saiz zarah dalam tanah.
v. Tentukan saiz zarah tanah berdasarkan graf separa logaritma yang diperolehi.
LAPORAN AMALI

Anda dikehendaki menghasilkan satu Laporan Amali berdasarkan tugasan yang telah dijalankan.
Muka hadapan tugasan akan diberikan semasa tugasan dihantar kepada pensyarah.

Penulisan laporan tersebut mestilah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

1. Tajuk Amali
2. Objektif
3. Peralatan / Mesin / Alat / Bahan / Saiz
4. Panduan Keselamatan
5. Kaedah / Prosedur
6. Data
7. Rumusan

Hantar Laporan Amali anda bersama-sama dengan sebelum/pada tarikh yang telah ditetapkan.

You might also like