You are on page 1of 2

KAJIAN KES TINGKATAN 3, 2019

TEMA: Kedatangan Kuasa Asing

TAJUK: 7.0 Campur Tangan Dan Penjajahan Kuasa Asing

PERNYATAAN MASALAH

Sebelum kedatangan kuasa Barat, negara kita telah mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik.
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ?.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian berdasarkan pernyataan masalah yang telah diberikan.
Hasilkan satu laporan lengkap yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:

A. PERANCANGAN ( 10 markah )
1. Tajuk
2. Nama penulis
3. Objektif kajian
4. Kaedah kajian
5. Jadual kerja

B. PROSES AWAL ( 20 markah )


1. Mengumpul maklumat – sertakan/lampirkan semua maklumat yang diperoleh (10m)
2. Menyediakan Kerangka kasar penulisan. (10m)

C. PELAPORAN ( 70 markah )
1. Pengenalan (5m)
2. Sistem pentadbiran tempatan sebelum kedatangan kuasa Barat di negara kita. (10m)
3. Menjelaskan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh kuasa Barat di negara kita.
(15m)
4. Kepentingan mengekalkan sistem pentadbiran yang sistematik di negara kita pada masa kini.
(10m)
5. Cabaran untuk memantapkan sistem pentadbiran negara masa kini. (10m)
6. Cadangan langkah untuk memantapkan sistem pentadbiran negara . (10m)
7. Rumusan (5m)
8. Sumber rujukan (5m)

PANDUAN PELAKSANAAN

Kajian kes PT3_2019 @smksegamaLD


1. Pengenalan
- Maksud sistem pentadbiran
- Sejarah latar belakang sistem pentadbiran Malaysia bermula dari Zaman Kesultanan Melayu
Melaka, era penjajahan British dan sistem pentadbiran negara selepas merdeka hingga kini.

2. Sistem pentadbiran tempatan sebelum kedatangan kuasa Barat di negara kita

a) Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka


- Ciri-ciri /struktur sistem Pembesar Empat Lipatan
- Terangkan peranan/fungsi setiap lapisan golongan pemerintah( sultan & pembesar )
- Nyatakan fungsi pembesar berempat

b) Sistem demokrasi di Negeri Sembilan


- Jelaskan pelaksanaan sistem tersebut.
- Jelaskan kebaikan sistem tersebut.

3. Menjelaskan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh kuasa Barat di negara kita.
a) Pentadbiran Negeri-negeri Selat (NNS)
b) Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
c) Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)

# boleh menggunakan rajah struktur pentadbiran untuk memberi penjelasan setiap sistem
pentadbiran di atas.
# boleh menjelaskan pelaksanaan sistem birokrasi Barat di Tanah Melayu.
( boleh rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5) / google sistem pentadbiran Barat di Tanah Melayu. )

Soalan no 4-6 merupakan soalan KBAT. Boleh temubual orang sumber atau melayari internet.

7. Rumusan
menerangkan tentang:
i. Pengetahuan yang diperoleh daripada kajian ini
ii. Iktibar yang diperoleh
iii. Nilai/ unsur patriotisme yang diperoleh
iv. Harapan terhadap negara dan bangsa Malaysia

8. Rujukan
- tulis senarai rujukan yang digunakan
- ikut format penulisan yang betul

Kajian kes PT3_2019 @smksegamaLD

You might also like