You are on page 1of 16

ARKEOLOGI,

SEJARAH DAN
ARKEOLOGI,
SEJARAH DAN

BUDAYA
BUDAYA
Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi,
Sejarah Dan Budaya Di Alam Melayu
Bilik Senat & Bilik Majlis,
23 & 24 Disember 2014
Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Rohaizat Abdul Wahab


Ros Mahwati Ahmad Zakaria
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Mohd Samsudin
Zuliskandar Ramli
Editor
Editor
Zuliskandar Ramli
Mohd Samsudin
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Ros Mahwati Ahmad Zakaria
Mohd Rohaizat Abdul Wahab

ISBN 978-983-2457-77-0

9 789832 457770 Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM)


ARKEOLOGI, SEJARAH
DAN BUDAYA
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah
dan Budaya di Alam Melayu
Bilik Senat & Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
23 - 24 Disember 2014

Editor:

Zuliskandar Ramli
Mohd Samsudin
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman
Ros Mahwati Ahmad Zakaria
Mohd Rohaizat Abdul Wahab

Kumpulan Kebudayaan, Kesenian &


Warisan Alam Melayu (ATMA) & Pusat
Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi
(FSSK)
Universiti Kebangsaan Malaysia

dengan kerjasama

Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio


Budaya (MPN)

&

Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM)

Bangi 2014
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan

© Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM 2014

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
UKM.

Cetakan Pertama, 2014

Dicetak di Malaysia oleh:


S&T PHOTOCOPY CENTER
Jalan Reko, Sungai Tangkas
43000 Kajang, Selangor.

ISBN 978-983-2457-77-0

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu


(Ke-3: 2014: Bangi, Selangor)
ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA : Prosiding Seminar
Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu,
Bilik Senat & Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi 23-24 Disember 2014 / Editor: Zuliskandar Ramli, Mohd Samsudin Nik
Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Mohd
Rohaizat Abdul Wahab
ISBN 978-983-2457-77-0
1. Archeology and History--Malaysia--Congresses.
2. Civilization, Malay--Malaysia--Congresses
3. Zuliskandar Ramli I. Mohd Samsudin II. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul
Rahman III. Ros Mahwati Ahmad Zakaria IV. Mohd Rohaizat Abdul Wahab V.
986
Kandungan

Kandungan v
Prakata xi

KERTAS PLENARI

1. Zuliskandar Ramli -- Petempatan Masyarakat Pesisir Prasejarah: 3


TumpuanTerhadap Masyarakat Prasejarah Di Negeri Johor

Bahagian I

BAHASA, LINGUISTIK DAN KESUSASTERAAN

2. Muhammad Nur Latif -- Rekonstruksi Fenom Purba Dialek Bentong 27

3. Manu J. Widyaseputra -- Māyā-Sulūk-Līlā : Hermeneutik Wayang Dalam 39


Tradisi Jawa Dan Perubahan Sosial

4. Muhammad Salman Palewai, Siti Rogayah Hj.Tibek, Fariza Md Sham & 57


Zulkefli Aini -- Mesej Keikhlasan dalam Novel Negeri Lima Menara

5. Lukman -- Model Pembelajaran Kooperatif Dengan Teknik Peer Feed-Back 69


Dalam Meningkatkan Keterampilan Menulis Karya Ilmiah Mahasiswa: Kajian
Eksperimental

6. Fajar Wijanarko -- Sastera Cětha-Asthabrata: Dualisme Rajadharma dan 79


Rajaniti Dalam Ramayana

7. Asriani Abbas -- Documenting Passive-Voice of Makassarese Language as 89


The Representative of Preservation Of Vernaculars in South Sulawesi

8. Kamsinah, M.Hum -- Prinsip-prinsip Kesemestaan Dalam Pembentukan 101


Kalimat Pasif Bahasa Indonesia

9. Mohd Sabri Hasan, Shahrul Azman Mohd Noah & Nazlena Mohamad Ali -- 111
Teknik Ringkasan Isi Utama Berdasarkan Ciri Kata Bagi Pengecaman Ayat
Terpenting Dalam Dokumen Berita Bahasa Melayu

10. Muhammad Darwis, M.S & Kamsinah, M. HUM -- Sokongan Bahasa 121
Indonesia Terhadap Pengembangan Bahasa Bugis: Kasus Penggunaan
Bahasa Bugis Pada Media Sosial Fesbuk

11. Nurhayati, M.Hum -- Sikap Bahasa Perempuan Karier Terhadap 131


Penggunaan Bahasa Mamuju dan Bahasa Indonesia di Kota Mamuju Provinsi
Sulawesi Barat

12. Abbas, S.S., M.Hum -- Refleksi Idealisme Perempuan Indonesia Dalam 143
vi

Novel Layar Terkembang Karya Sutan Takdir Alisyahbana

13. Nuraidar Agus -- Perilaku Kesantunan Wanita dan Pria Bugis Sebagai 155
Representasi Norma Budaya Pangadereng

Bahagian II

ARKEOLOGI, KEBUDAYAAN DAN WARISAN

14. Khalila Ilia Ismail & Mohd Faizal Musa -- Makanan Dalam Pembayang 167
Pantun Melayu Berdasarkan Kumpulan Kurik Kundi Merah Saga: Satu
Pengamatan Awal

15. Azni Hanim Hamzah, Salina Abdul Manan & Noor Hafiza Ismail -- 181
Keunikan Motif Melayu Dalam Kain Tenun Pahang

16. Noor Hafiza Ismail, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Salina Abdul Manan 189
& Azni Hanim Hamzah -- Motif Ukiran Kayu Pada Mimbar Masjid
Terengganu

17. Ahmad Helmi Mohd Mukhtar, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, 201
Zuliskandar Ramli, Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Ros Mahwati Ahmad
Zakaria, Hasnira Hassan, Salina Abdul Manan, Norlelawaty Haron, Sharifah
Nor Izzati Sayed Hasan & Mohd Shafiq Mohd Ali -- Bentuk Dan Motif: Batu
Nisan Diraja Perak

18. Salina Abdul Manan, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Noor Hafiza 215
Ismail, Norlelawaty Haron, Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Ros Mahwati
Ahmad Zakaria, Hasnira Hassan, Mohd Shafiq Mohd Ali & Azni Hanim
Hamzah -- Destar Warisan Negeri Sembilan Darul Khusus

19. Nurkhazilah Idris, Liza Marziana Haji Mohammad Noh, Shaliza Dasuki, 223
Fazlina Mohd Radzi, Nurhasliza Abdullah & Nurhikmah Mat Yusof --
Menyingkap Sisipan Elemen Tradisional Melayu di Kampung Cina

20. Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, 231
Zuliskandar Ramli, Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Norlelawaty Haron, Ahmad
Helmi Mohd Mukhtar, Hasnira Hassan & Salina Abdul Manan -- Penggunaan
Kain Kapas India Dalam Penjilidan Al-Quran Kulit Merah Pantai Timur
Semenanjung Tanah Melayu

21. Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, 241
Zuliskandar Ramli, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Ahmad Helmi Mohd
Mukhtar, Hasnira Hassan, Norlelawaty Haron, Salina Abdul Manan & Mohd
Shafiq Mohd Ali -- Bentuk-Bentuk Bangau Pada Perahu Tradisional Di
Pantai Timur

22. Muhamad Shafiq Bin Mohd Ali, Zuliskandar Ramli, Mohd Rohaizat Abdul 251
Wahab & Bambang budi Utomo – Analisis Sinar-X Berpendarflour (XRF)
Dan Pembelauan Sinar-X (XRD) Bata Purba Di Candi Asem (TLJ V)
vii

23. Hamid Muhammad Isa -- Muzium Di Malaysia: Antara mendepani Cabaran 261
Dan Pemerkasaan Jiwa

24. Azlina Musa & Yusmilayati Yunos -- Permainan Tradisi Berlaga Ayam: 271
Kajian Kes Di Kampung Pasir Mas, Kelantan

25. Daeng Haliza Daeng Jamal, Zuliskandar Ramli & Mastor Surat -- 285
Penyesuaigunaan Semula Bangunan Bersejarah Di Malaysia: Isu Dan
Cabarannya

26. Adnan Jusoh, Yunus Sauman, Khairi Ariffin, Zuliskandar Ramli & Nik 291
Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman -- Loceng Gangsa Di Asia Tenggara
Dan Kepentingannya Dalam Konteks Arkeologi

27. Azharudin Mohamed Dali -- Memburu Dan Menjerat Haiwan Di Tanah 307
Melayu: Antara Kebijakan Melayu Dan Kemegahan Kolonial

28. Zuraidah Hassan, Zuliskandar Ramli & Farhana Abdullah -- Penyelidikan 325
Secara Lamgsung Dan Tidak Langsung Ke Atas Kepelbagaian Jenis Seramik
Di Kedah

29. Zainab Roslan & Zuliskandar Ramli -- Prospek Pembangunan Pelancongan 335
Warisan Di Bukit Jugra Dalam Perspektif Arkeo & Eko-Pelancongan

30. Norlelawaty Haron, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar 345
Ramli, Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Ahmad Helmi Mohd Mukhtar, Hasnira
Hassan, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Salina Abdul Manan & Mohd Shafiq
Mohd Ali -- Kajian Terhadap Penggunaan Bahan, Teknik Pembuatan Dan
Motif Pada Blok Batik

31. Zalikha Binti Bahari – Perkembangan Industri penanaman Kelapa Di negeri- 359
Negeri Melayu Bersekutu 1850-1930: Satu Kajian Awal

32. Sharifah Nur Izzati Sayed Hasan, Zuliskandar Ramli, Hamdzun Haron, 373
Hasnira Hassan, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Mohd Rohaizat Abdul Wahab,
Ahmad Helmi Muktar, Norlelawaty Haron, Salina Abdul Manan & mohd
Shafiq Mohd Ali -- Reka Bentuk Manik di Sabah Dan Sarawak

33. Muhammad Tarmizi Hasni, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman & 379
Zuliskandar Ramli -- Sungai Mas: Pusat Pentadbiran Maritim Dan Interpot
Utama Lembah Bujang

34. Toto Widyarsono – The Collection of Artists’ Archive Through Oral History: 389
Indonesian Experience

35. Mohamed Razeef Bin Abdul Razak, Azahar Bin harun & Dzul Haimi bin Md. 395
Zain – Wang Kertas Malaysia Siri Pertama Sabagai Simbol Sebuah Negara
Merdeka

36. Noor Aisyah Mokhtar, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Kamarul 405
viii

Afizi Kosman – Kewujudan Kota Melayu Melaka

37. Zulkfli bin Md Yusoff, Zul Haimi Bin Md Zain & Arba’iyah Binti Ab. Aziz -- 433
Rupa Bentuk Dan Ragam Hias Pada Artifak Tradisi Melayu: Kukuran- Kajian
Kes Di Muzium Negara

38. Fahrijah Faisal & Mastor Surat – Perwatakan Seni Bina Warisan Banjar Di 443
Kalimantan Selatan- Indonesia

Bahagian III

FALSAFAH, KESENIAN & TEKNOLOGI

39. Hasnira Hassan -- Pemikiran Reka Betuk Dalam Kalangan Seniman Naskhah 461
Al-Quran Kilau Gaya Terengganu

40. Yakob Jati Yulianto -- Seni Gejog Lesung: Penyediaan Ruang Interaksi 475

41. Saiful Akram Bin Che Cob@ AB Ghafar -- Visualisasi Imej Dan Identiti 481
Bangsa Melayu Pada Visual Propaganda Sewaktu Pendudukan Jepun Di
Malaya, 1942-1945

42. H. M. Zainuddin Daulay -- Inter- Religious Followers’ Tolerance In 493


Indonesia: The New Order’s Policy Toward Inter- Religious Relationship
1967-1998

43. Agussani, Syafrizal & Rodi Wahyudi -- Integriti Sosial Dan Pemerkasaan 505
Pendidikan Kajian Kes: Penerokaan Am Di Kawasan Transmigrasi Di
Tapung, Kampar Riau

44. Moh. Taufiqul Hakim -- Estetika Di Dalam Hikayat Malim Deman 515

45. Mohd Faizal Bin Musa -- Hak Asasi Manusia Dalam Pepatah Minang 527

46. Liliy Salwani Binti Razali & Shaiful Bahri Md. Radzi -- Unsur Maritim 539
Dalam Sastera Rakyat Berbentuk Puisi: Satu Wacana Berdasarkan
Pengangkutan Air

47. Mastor Surat -- Rangkakerja Pemikiran Seni Bina Islam Di Malaysia: Satu 555
Penilaian Semula

48. Abd. Rahman Bin Ismail & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman -- Sifat 611
Taat Setia Pendekar Melayu

Bahagian IV

ALAM SEKITAR, EKOLOGI & MASYARAKAT

49. Fauziah Che Leh, Mohd Nasuhairee Abdull Manaf, Mohd Hairy Ibrahim, 625
ix

Khairi Ariffin & Baharudin Omar -- The Need And Significance of Place
Identity of Tourism Sector In Small Towns In Perak State: A Case Study of
Teluk Intan And Batu Gajah, Perak

50. Ahmad Jaffri Bin Ahmad Zaini & Mohd bin Samsuddin -- Perkhidmatan 637
Awam Malaysia: Tranformasi Dari Perkhidmatan Awam Kolonial Ke
Perkhidmatan Awam Untuk Tanah Air (1786-1957)

51. Muhlis Hadrawi, Ding Chong Ming & Rahilah Omar -- Integrasi 653
Perkahwinan Orang Melayu Dan Elit Bugis Di Kerajaan Tanete Sulawesi
Selatan

52. Haliadi, Nordin Hussen & Ahmad Ali Bin Seman -- Sistem Pendidikan 669
Melahirkan Golongan Elit Di Sulawesi Tengah 1904-1950

53. Ernie Zahdina Binti Hj Md Seruddin & Chong Shin -- Pantang Larang 679
Dalam Aktiviti Penanaman Padi Suku Kedayan: Analisis Semantik Pragmatik

54. Hanafie Suleman, M. A – Menembus Keterisolasian, Membangun Interaksi: 691


Studi Tentang Dinamika Masyarakat Poso Pada Awal Abad Ke-20

55. Syafrizal, Rahimah Abdul Aziz & Agussani -- Polisi Transmigrasi Dan 701
Proses Ubahsuai Identiti orang OCU: Perspektif Hubungn Majoriti- Minoriti
Di Tapung

56. Main Rindam & Fatan Hamamah Yahaya -- Ekotorism Petempatan Orang 709
Asli Di lenggong , Perak: Analisis SWOT (C)

Bahagian V

SEJARAH, POLITIK DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

57. Johny A. Khusyairi – Urban Javanese Christians In Colonial Java: An 723


Introductory Explanation

58. Lukman Nadjamuddin – The maritime Ruller of Moutong; Tombolotutu A 737


Study of Local Resistance Against Imperialism

59. Mohd Al-Adib Samuri & Nik Nur Farhana Binti Sulaiman – Pendekatan 749
Mahkamah Syariah Terhadap Keganasan Rumah Tangga Dalam Kes
Matrimonial

60. Mohd Faidz Bin Mohd Zain, Samsu Adabi bin Mamat Dan & Junaidi Awang 761
Besar – Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Pengkalan Kubor, Kelantan: Satu Analisis Terhadap Pola Pengundi Etnik
Melayu

61. Shuwaibah Bt Rasidi -- Negeri Raman Dari Perspektif Sejarah: Sejarah Awal 785
Dan Pelebaran Kuasa
x

62. H. Muhammad Bahar Akkase Teng -- Islam dan Peradaban Di Wilayah 805
Tanah Mandar (Sulawesi Barat) Dalam Perspektif Sejarah

63. Kandar – Pemogokan Pekerja Pemerintah Cirebon 1952: Satu Kajian Peran 819
SOBSI Dalam Pergerakan Pekerjaan Di Indonesia

64. Ahamad Jama’amin Bin Yang & Izuan Bin Razali -- Pemaknaan Kuasa 835
Dalam Kepimpinan Politik Melayu Di Malaysia: Suatau Interpretasi Sejarah

65 Nurul Izzati Binti Md. Mustafa, Adnan Jusoh, Khairi Ariffin, Nabir Abdullah 851
& Kamal Kamaruddin – Peranan Dan Hubungan Gajah Dengan Masyarakat
Di Tanah Melayu: Dari Zaman Pra-Kolonial Hingga Kemasukan kuasa
British
66 Murni Deraman & Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus – Perjuangan 865
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan: 1957-1969

67 Haryati Hasan & Khazin Mohd Tamrin – Laporan MAIK Mengenai Masalah 881
Sosial Di Kelantan Sebelum Perang Dunia Kedua

68 Fazlina Mohd Radzi, Shaliza Dasuki & Nurkhazilah Idris – Kartun Editorial 891
Melayu Pasca Pilihan Raya Umum 2008: Rupa, Jiwa Dan Kritikan

69 Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Mohd Faidz 899
Mohd Zain & Muhammad Hazim Abdul Ghazali – Politik Melayu Pasca
Pilihan Raya Umum 2013: Kajian Kes Di Program Perumahan Rakyat (PPR)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

70 Ridayani Simanjuntak & Mohd Samsudin -- Peranan Malik Dalam Hubungan 923
Indonesia-Malaysia (1955-1978)

71 Mohd Anis Abdul Samad & Zuliskandar Ramli -- Bentuk dan Hiasan Rehal: 935
Satu Tinjauan Umum

72 Shah Alam -- Urbanisation In Sriksetra, Ca Fifth To Ninth Centuries: Form, 949


Function, Continuity And Change.

73 Khalid Jusoh, Teo Kok Seong & Mohd Samsudin -- Perkembangan 961
Kepimpinan Penghulu di Negeri Johor Tahun 1862-2012

74 Sivarajan Ponniah & Mohd Kasturi Nor Abd Aziz -- Pentadbiran Mukim di 973
Alam Melayu: Pengaruh British dan Penglibatan Penghulu Dalam
Pentadbiran Mukim di Kedah 1770-1941
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

18
DESTAR WARISAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

SALINA ABDUL MANAN,1, HAMDZUN HARON1, ZULISKANDAR RAMLI1, NOOR


HAFIZA ISMAIL1, NORLELAWATY HARON1, ROHAIZAT ABDUL WAHAB1, ROS
MAHWATI AHMAD ZAKARIA1, HASNIRA HASSAN1, MOHD SYAFIQ ALI1 & AZNI
HANIM HAMZAH2
1
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia
2
Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka.
salina200183@gmail.com

ABSTRAK

Destar merupakan sebahagian daripada hiasan kepala lelaki Melayu yang popular di Negeri
Sembilan. Destar juga disebut sebagai ‘Deta’ di dalam loghat Negeri Sembilan yang
menunjukkan kepelbagaian budaya di alam Melayu. Destar, setanjak, tengkolok dan justar
adalah istilah bagi mengenali hiasan kepala yang kebiasaannya diguna pakai oleh golongan
lelaki Melayu di dalam majlis rasmi atau adat istiadat di istana. Di Alam Melayu terdapat
pelbagai jenis hiasan kepala seperti cucuk sanggul, sikat atau sisir rambut, penutup kepala dan
mahkota. Tujuan hiasan kepala ini digunakan adalah untuk memastikan rambut kelihatan
kemas dan melindungi kepala daripada cuaca panas terik. Terdapat pelbagai fungsi dan
makna yang terkandung pada setiap reka bentuk destar. Persoalannya bagaimanakah reka
bentuk destar di Negeri Sembilan. Bagi menjelaskan perkara ini penulis menggunakan
penelitian deskriptif kualitatif dengan pendekatan kebudayaan. Data-data bertulis ataupun
visual dikumpul dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan wawancara. Hasil penelitian
mendapati terdapat lima reka bentuk destar di Negeri Sembilan. Namun hanya dua reka bentuk
destar sahaja yang masih di guna pakai iaitu Dendam Tak Sudah dan Solok Timbo. Oleh itu,
kertas kerja ini akan membincang secara terperinci mengenai dua reka bentuk destar yang
masih diguna pakai di Negeri Sembilan. Reka bentuk destar ini mempunyai keistimewaan
tersendiri yang harus dikaji setiap reka bentuknya. Keistimewaan ini memperlihatkan
ketinggian ilmu dan pemikiran orang Melayu khusus di Negeri Sembilan dalam mereka bentuk
sesebuah destar. Pemakaian destar ini harus dipelihara agar tidak luput ditelan zaman
pemodenan.

Kata Kunci: Reka bentuk, Destar, Warisan dan Negeri Sembilan

PENGENALAN

Tengkolok merupakan sejenis hiasan kepala yang di jadikan sebagai pelengkap kepada pakaian
yang digunakan sejak zaman pemerintahan kesultanan Melayu. Istilah tengkolok terdapat
dalam pelbagai nama seperti tanjak, destar, setangan atau bulang hulu (Ensiklopedia Kraf
Malaysia 2012). Bagi masyarakat di Negeri Sembilan, panggilan destar lebih sinonim bagi
menggambarkan mengenai tengkolok ini. Destar telah diangkat sebagai satu pakaian kebesaran
yang memartabatkan golongan diraja dan pembesar Melayu serta ianya digunakan oleh
golongan kebanyakan sebagai pakaian pelengkap gaya. Haji Md Isa Bin Md Ali (t.th)
216 / Salina Abdul Manan et al.

menyatakan bahawa pada tahun 1173 destar yang terdapat di Negeri Sembilan telah di bawa
dari Sumatera, Indonesia oleh al Marhum Tuanku Antah al Marhum Tuanku Melewar.
Terdapat empat reka bentuk destar di Negeri Sembilan iaitu destar Kacang Dua Helai Daun,
destar Sarang Kerengga, destar Dendam Tak Sudah dan destar Solok Timbo.
Destar juga merupakan salah satu seni rupa Melayu. Seni rupa Melayu terbahagi
kepada dua kategori utama iaitu seni rupa dan seni persembahan. Dari sudut tanggapan indera
penglihatan kedua-dua seni rupa ini merupakan seni tampak atau seni visual. (Rahmah Bujang
dan Nor Azlin Hamidon 2002). Syed Ahmad Jamal (1979) di dalam buku Rupa dan Jiwa ada
memerihalkan bahawa terdapat penerapan konsep arca di dalam ciptaan sesebuah tengkolok
atau dustar. Konsep arca dengan penggunaan ruang sebagai elemen bentuk dan tampak dapat
dilihat pada dustar yang dipakai oleh raja-raja Melayu semasa perkahwinan. Kehidupan
masyarakat Melayu sama ada secara langsung atau tidak langsung tergambar pada setiap
ciptaan destar yang dihasilkan. Oleh itu, corak hidup dan jati diri masyarakat Melayu itu sendiri
dapat dicerminkan melalui hasil-hasil seni rupa Melayu (Wan Yahya Abdullah 2004).
Hasil seni rupa Melayu terutamanya destar semakin di lupakan. Ini kerana masyarakat
Melayu pada masa kini dilanda harus fesyen pakaian barat dan seterusnya membawa kepada
perubahan kebudayaan dan kesenian Melayu. Pemakaian destar merupakan simbol identiti
masyarakat Melayu sejak zaman dahulu. Namun pada masa kini pemakaiannya terhad kepada
majlis rasmi, adat istiadat di istana dan ‘raja sehari’ pada majlis perkahwinan. Ia
memperlihatkan peranan pemakaiannya lebih kecil berbanding dengan zaman dahulu. Pada
zaman dahulu pemakaian hiasan atau penutup kepala ini menjadi pakaian harian masyarakat
Melayu bagi melindungi kepala dari cuaca panas ketika bekerja dan mengemaskan rambut
ketika menghadap sultan.
Terdapat pelbagai jenis reka bentuk (bahan, teknik, reka corak atau susun ikat) yang
mempunyai makna serta dianugerahkan mengikut status masing-masing. Dalam masa yang
sama, wujud cir perbezaan di antara destar golongan diraja dengan orang kebanyakan. Destar
yang di lipat lawi ke arah kanan adalah dikhaskan untuk Duli Yang Maha Mulia Tuanku Besar
Negeri Sembilan. Manakala destar yang di lipat lawi ke arah kiri dipakai oleh kerabat Yang
Teramat Mulia Undang Empat dan rakyat jelata. Ketua pemimpin adat di Minangkabau iaitu
Datuk Penghulu memakai destar sebagai satu simbol kewibawaan pemimpin. Ia di kenali juga
sebagai dengan istilah destar berkerut dan terkenal di Minangkabau (Siti Zainon Ismail 2009).
Cirlot (1985) menyatakan bahawa ikat kepala mempunyai nilai simbolik dengan ciri makna
konvensional dan intrinsik kerana ia bukan sekadar menjadi objek hiasan atau simbol estetik.
Di sebalik reka bentuk destar terdapat falsafah yang tersirat dari segi bentuk dan
lipatannya. Lambaian kasih yang membawa maksud lambaian pertama seorang lelaki kepada
seorang perempuan. Lambaian yang terjawab oleh perempuan berkenaan adalah kasih terjawab
yang membawa kepada kasih bertemu iaitu akad nikah perkahwinan. Setelah itu perempuan
berkenaan mengandung yang diwakili oleh gelembung kasih. Lambaian ibu pula adalah
keriangan hati ibu perempuan berkenaan kerana anaknya yang telah mengandung. Begitu indah
sekali falsafah yang terdapat di sebalik reka bentuk destar Negeri Sembilan. Keindahan destar
terserlah lagi melalui Ungkapan Melayu Riau (Tenas Effendi 1989) seperti di bawah di mana
destar, tanjak atau tengkolok menjadi satu simbol budaya.

Sekali bernama destar


Duanya bernama tanjak
Tiganya bernama tengkolok
Nan di hujung kepala
Nan dipakai berpatut-patut
Nan beradat berlembaga
Nan beradat berketurunan
Nan dijaga dipelihara
Nan bertempat dan bertepatan

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu
Salina Abdul Manan et al. / 217

Nan ada asal usulnya

Di dalam sejarah Melayu juga ada tercatat perkataan destar sebagaimana di dalam
petikan berikut;

‘Maka datanglah persalin; jika akan jadi Bendahara, lima ceper


persalinannya; baju seceper, kain seceper, destar seceper, sebai
seceper, ikat pinggang seceper, jikalau anak raja-raja dan para
menteri ceteria empat ceper juga, ikat pinggang tiada; jikalau
bentara sida-sida hulubalang tiga ceper; kain seceper, baju
seceper, destar seceper, ada yang semuanya sekali seceper, ada
yang tiada seceper, kain, baju, destar di biru-biru sahaja, maka
diampu oleh hamba raja, datang pada orang bergelar itu
disampaikan di lehernya’

DEFINISI DESTAR

Destar adalah salah satu hiasan kepala yang unik ciptaannya. Terdapat pelbagai definisi yang
telah diberikan tentang destar. Walaupun terdapat kepelbagaian definisi tentang destar, namun
ia masih tidak menyimpang daripada pengertian destar yang asal iaitu sejenis hiasan (Wan
Yahya 2004). Kepelbagaian definisi mengenai hiasan kepala orang Melayu ini seperti destar,
setanjak, tengkolok, bulang hulu dan setangan sama sekali tidak mengubah makna dan fungsi
hiasan kepala itu. Perbezaan istilah destar ini mengikut tempat destar itu di pakai. Andatar Haji
Zulkeply (2014) menyatakan bahawa di negeri Sembilan tidak menggunakan istilah tengkolok
atau tanjak tetapi destar atau detar.
Destar adalah perkataan yang berasal dari Bahasa Parsi yang membawa maksud ‘kain
kepala’. Destar juga dikenali sebagai setangan yang merupakan sekeping kain berukuran 80
sentimeter persegi. Pada zaman dahulu, destar yang dipakai ialah daripada batik Jawa, kain
tenun tempatan atau jenis kain buatan asing yang lain (Azah 2006). Definisi destar diberikan
berdasarkan kepada reka bentuk dan fungsinya. Secara umum, destar adalah sejenis kain
penutup kepala orang lelaki yang dipakai oleh raja, orang besar-besar istana atau pengantin dan
pesilat (Wan Wahya 2004). Pelbagai makna dan maksud yang dapat dihuraikan serta dikaitkan
dengan perkataan destar, tengkolok dan tanjak. Destar diklasifikasikan bagi mewakili semua
jenis ikatan kepala. Tengkolok pula terbahagi kepada dua iaitu tengkolok lelaki dan wanita.
Manakala tanjak adalah kain berbentuk empat segi dan dikhaskan untuk lelaki sahaja (Johan
Iskandar 2013).

REKA BENTUK DESTAR NEGERI SEMBILAN

Reka bentuk destar di Negeri Sembilan lebih di kenali sebagai ‘solek’. Manakala ‘penakuk’ di
kenali sebagai orang yang membentuk destar. Sumber alam semula jadi menjadi sumber idea
kepada penakuk destar di dalam menghasilkan sesebuah destar pada zaman dahulu (Alias
2014). Di sebalik bentuk dan lipatan destar mempunyai falsafah yang tersendiri.
Merujuk kepada Jadual 1.0 di bawah, reka bentuk destar di Negeri Sembilan terbahagi
kepada dua bahagian iaitu yang diguna pakai dan tidak diguna pakai. Reka bentuk destar yang
masih diguna pakai ialah Dendam Tak Sudah dan Solok Timba. Manakala reka bentuk yang
tidak diguna pakai adalah Kacang Dua Helai Daun, Sarang Kerengga dan Olang Menyonsong
Angin (Andatar Haji Zulkeply 2014). Pada masa kini destar di negeri Sembilan hanya dipakai
ketika majlis dan upacara tertentu sahaja seperti istiadat pertabalan atau kurniaan pingat. Reka
bentuk destar Dendam Tak Sudah hanya di pakai oleh Yamtuan Besar Negeri Sembilan sahaja
manakala selain daripada itu memakai reka bentuk destar Solok Timbo.

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu
218 / Salina Abdul Manan et al.

Hampir kesemua reka bentuk destar Negeri Sembilan itu indah, menarik dan
mengagumkan kerana ia melambangkan hasil seni klasik orang Melayu. Jiwa seni yang halus
tergambar melalui reka bentuknya. Di dalam reka corak destar terselit unsur falsafah yang
tinggi dan diresapi pengaruh Islam. Reka bentuk, ragam rias dan simbolik pada destar
mencerminkan ketinggian daya cipta orang Melayu di dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.

Jadual 1.0: Reka bentuk destar Negeri Sembilan

Reka Bentuk Destar

Yang diguna pakai Yang tidak diguna


pakai

Dendam Tak Sudah


Kacang Dua Helai
Daun
Solok Timbo
Sarang Kerengga

Olang Menyonsong
Angin

Sumber Kajian Lapangan

REKA BENTUK DESTAR DENDAM TAK SUDAH

Reka bentuk destar Dendam Tak Sudah dihasilkan berdasarkan kepada lima bahagian iaitu
lambaian kasih, lambaian ibu, gelembung kasih, kasih bertemu dan takuk atau tangga. Pada
bahagian takuk atau tangga terdapat lima lipatan yang dimulai dengan langkah bermula, risik
melangkah, risik bertemu, cincin berkembang dan hukum berjalan. Ketika pemerintahan al-
Marhum Tuanku Muhammad Syah ibni al-Marhum Tuanku Antah iaitu pada tahun 1885, reka
bentuk destar Dendam Tak Sudah telah mula dipakai (Siti Zainon Ismail 2009).
Destar daripada songket berwarna kuning ini adalah pakaian hulu rasmi D.Y.M.M
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sewaktu memakainya, kedudukan pucuknya yang
dipanggil “tunas kasih” harus diletak tepat di atas mata kiri dan daun lambaian kasihnya pula
dihalakan ke arah kanan. Cara ini menunjukkan pemakainya adalah raja yang memerintah
negeri. Semenjak raja yang kelapan bagi Negeri Sembilan iaitu Tuanku Abdul Rahman dilantik
menjadi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia pada tahun 1957, destar “Dendam Tak Sudah” yang
dibawa oleh beliau ke Kuala Lumpur kekal menjadi warisan pakaian rasmi Yang Di-Pertuan
Agong Malaysia.

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu
Salina Abdul Manan et al. / 219

DESTAR SOLOK TIMBA

Solok Timba adalah satu reka bentuk destar yang menarik kerana di setiap lipatan dan bentuk
mempunyai makna tersirat. Reka bentuk destar Solok Timba terbahagi kepada lima bahagian
iaitu takuk atau tangga, tunas kasih, simpul kasih, gelembung kasih dan lambaian kasih.
Lambaian kasih adalah solek yang paling lebar pada bahagian hadapan destar. Di hujung reka
bentuk lambaian kasih mempunyai corak pucuk rebung. Gelembung kasih terletak pada
bahagian kiri kepala iaitu di atas telinga. Gelembung kasih ini berbentuk seperti bucu yang
tajam.
Reka bentuk destar ini mempunyai tiga bentuk lipatan pada bahagian hadapan. Tiga
lipatan ini dinamakan takuk atau tangga. Pada bahagian belakang reka bentuk destar ini
mempunyai tunas kasih dan simpul kasih. Tunas kasih berbentuk segi tiga kecil. Manakala
simpul kasih berbentuk satu genggaman. Reka bentuk destar ini di pakai oleh orang
kebanyakan.

Tunas kasih

Takuk atau tangga

Gambar 1 Pandangan hadapan destar


Dendam Tak Sudah
Sumber Kajian Lapangan

Lambaian kasih

Simpul kasih Gelembung kasih

Gambar 2 Pandangan sisi destar


Dendam Tak Sudah
Sumber Kajian Lapangan

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu
220 / Salina Abdul Manan et al.

Gelembung kasih
Lambaian kasih
Takuk atau tangga

Gambar 5: Pandangan hadapan Destar Kacang


Dua Helai Daun
Sumber Kajian Lapangan

Tunas kasih

Simpul kasih

Gambar 6: Pandangan hadapan Destar Kacang


Dua Helai Daun
Sumber Kajian Lapangan

BAHAN DAN PERALATAN MEMBUAT DESTAR

Di dalam menghasilkan sesebuah destar yang kemas dan menarik, terdapat beberapa bahan dan
peralatan yang digunakan. Penghasilan destar di Negeri Sembilan mempunyai bahan dan
peralatan yang sedikit berbeza dengan negeri lain. Perbezaan ini terletak pada bahagian lapik
destar. Antara bahan dan peralatan yang digunakan adalah kain songket, kertas keras iaitu
kertas putih, kertas minyak atau kertas manila, jarum peniti, jarum jahit tangan, benang,
gunting dan lidi. Kebiasaannya kertas keras akan didedahkan di udara iaitu melalui proses
mengembun untuk menjadikan kertas itu lebih lembut. Kertas keras yang telah lembut akan
memudahkan proses lipatan destar.
Kain songket yang digunakan adalah kain yang telah dikhaskan untuk membuat destar.
Kertas keras akan diletakkan di dalam kain songket sebagai lapik. Kegunaan lapik ini adalah
untuk menyokong kain songket yang lembut. Lapik ini juga bertujuan untuk memudahkan
proses membentuk destar. Manakala jarum peniti digunakan untuk menyemat kain destar dan
kertas keras agar tidak bergerak pada kedudukan asalnya. Jarum jahit tangan dan benang
digunakan untuk menjahit sembat bagi proses kemasan destar. Gunting pula digunakan untuk
memotong kain destar dan kertas keras. Akhir sekali adalah lidi. Lidi yang baik dan keras

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu
Salina Abdul Manan et al. / 221

adalah lidi dari pokok kelapa sawit, namun lidi dari pokok kelapa juga boleh digunakan
(Mustapha 2014). Rotan juga boleh digunakan bagi menggantikan lidi (Wan Yahya 2004). Lidi
ini akan di sematkan pada setiap lipatan takuk dan tangga. Lidi digunakan untuk menjadikan
puncak destar berdiri tegak dan kemas bentuknya.

KESIMPULAN

Pada masa kini, masyarakat Melayu tidak menjadikan destar sebagai pakaian biasa lagi.
Walaupun pada dasarnya destar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat
Melayu. Konsep dan falsafah kenegaraan Melayu serta simbolisme jati diri Melayu merupakan
kepentingan yang jelas dapat dilihat daripada pemakaian sesebuah destar. Maksud keseluruhan
pakaian Melayu yang lengkap tidak akan sempurna tanpa sebuah destar di kepala. Seni
menakuk destar mempunyai unsur seni yang estetik serta unik. Kesenian ini semakin pupus dan
kurang di diberi pendedahan kepada generasi muda pada masa kini. Dengan ini, satu usaha
perlu dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada generasi muda yang
akan menjadi pelapis pada masa akan datang. Oleh itu, semua pihak harus mengalas
tanggungjawab di dalam melestarikan destar sebagai pelengkap pakaian lelaki Melayu.

RUJUKAN

Andatar Haji Zulkeply. 2014. Destar Negeri Sembilan. Temu bual, 26 Februari
Azah Aziz. 2006. Rupa dan gaya: busana Melayu. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Alias Zakaria. 2014. Destar Negeri Sembilan. Negeri Sembilan, 17 Mei 2014.
Cirlot, J.A. 1985. Dictionary of symbols. London: Routledge & Keagen Paul Publisher.
Johan Iskandar. 2013. Tengkolok Negeri Perak. Temu bual, 14 September.
Mustapha Md Isa. 2014. Destar Negeri Sembilan. Temu bual. 17 Mei.
Rahmah Bujang & Nor Azlin Hamidon. 2002. Kesenian Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit
Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Sarina Abd Rahman dan Nor Azahliza Ramli. 2012. Ensiklopedia kraf Malaysia. Kuala
Lumpur: Perbadanan Kemajuan Karaftangan Malaysia.
Siti Zainon Ismail. 2009. Pakaian cara Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Syed Ahmad Jamal. 1979. Rupa dan jiwa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Tenas Effendi. 1989. Ungkapan tradisional Melayu Riau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Tengkolok. t.th. Video. Jabatan Muzium Negara: Kementerian Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan Malaysia.
Wan Yahya Abdullah. 2004. Destar warisan Malaysia: koleksi terpilih. Kuala Lumpur:
Penerbit Jabatan Muzium dan Antikuiti.
Wan Yahya Abdullah. 2004. Bermulanya tengkolok Melayu dari Melaka: Busana
Melaka. Kuala Lumpur: Penerbit Institut Seni Malaysia Melaka

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

You might also like