You are on page 1of 23

ALAM MELAYU

ALAM MELAYU
Satu Pengenalan
Buku ini adalah satu pengenalan untuk membincangkan tentang apa yang
dimaksudkan dengan alam Melayu dan juga istilah Melayu-Austronesia dan
asal usul perkataan Melayu. Dengan penerbitan buku ini diharapkan istilah
Melayu-Austronesia akan diguna pakai oleh mereka yang akan menulis
tentang kebudayaan dan tamadun Melayu dan pelbagai aspek lain tentang
alam Melayu dan orang Melayu seperti sejarah, warisan seni, sains, teknologi

Satu Pengenalan
dan lain-lain lagi. Antara kawasan petempatan Melayu-Austronesia yang
diperbincangkan termasuklah di Brunei, Filipina, Indonesia, Madagascar,
Indonesia dan New Zealand. Taiwan, kawasan Funan dan Hainan juga
diperbincangkan dalam buku ini di samping fokus terhadap masyarakat
Cham di Kemboja dan asal usul Austronesia. Fokus penulisan sebagai
penerbitan pengenalan ialah kepada demografi kawasan berasaskan sebaran
bahasa Austronesia dan sempadan geo-politiknya.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman • Zuliskandar Ramli


Mohamad Zain Musa • Adnan Jusoh

Editor
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Zuliskandar Ramli
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
ISBN 978-983-2457-35-0 Mohamad Zain Musa
Universiti Kebangsaan Malaysia, Adnan Jusoh
43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
http://www.atma.ukm.my/ 9 789832 457350
Rumpun Melayu di Madagascar

ZULISKANDAR RAMLI

Pengenalan
Madagascar atau dikenali juga sebagai Republik Madagascar ialah sebuah negara
kepulauan di Lautan Hindi dan terletak di sebelah tenggara pesisir Afrika. Pulau utama
yang juga dikenali sebagai Madagascar ialah pulau yang ke empat terbesar di dunia. Luas
kawasan merangkumi 587, 040 km3 di mana panjang pulau ini lebih kurang 1600 km dan
lebar lebih kurang 400 km. Iklim di Madagascar bercorak tropika. Ibu kota Madagascar
ialah Antananarivo dan merupakan kota yang terbesar di Madagascar. Antananarivo
bermaksud ‘Bandar Dalam Seribu’ dan terletak di tengah-tengah kepulauan Madagascar
yang merupakan kawasan tanah tinggi yang mana altitudnya ialah 1468 meter dari aras
laut. Madagascar dibahagikan kepada enam daerah “faritany mizakatena” dan daerah-
daerah tersebut ialah Antananrivo, Antsiranana, Fianarantsoa, Mahajangan, Toamasina
dan Toliara. Enam daerah tersebut kemudiannya dibahagikan kepada 22 wilayah “faritra”
(Rujuk Jadual 1).

Jadual 1. Daerah dan wilayah dalam negara Madagascar

Daerah Wilayah
Antananrivo Analamanga, Bongolava, Itasy, Vakinankaratra
Antsiranana Diana, Sava
Fianarantsoa Amoron”i Mania, Atsimo-Atsinanana, Haute-Matsiatra,
  Ihorombe, Vutovavy-Fitovinany
Mahajangan Betsiboka, Boeny, Melaky, Sofia
Toamasina Alaotra Mangoro, Analanjirofo, Atsinanana
Toliara Androy, Anosy, Atsimo-Andrefana, Menabe

Ahli arkeologi berpendapat bahawa Madagascar mula didiami oleh manusia sejak
500SM sehingga 200AD. Manusia pertama yang menduduki kepulauan ini ialah dari
rumpun Austronesia ataupun rumpun Melayu yang datang dari kepulauan Borneo, Sulawesi
dan juga Sumatera dengan perahu layar ataupun kapal layar. Selepas itu, masyarakat Bintu
berhijrah ke Madagascar dengan menyeberangi terusan Mozambique dan masyarakat atau
bangsa di Madagascar kemudiannya bercampur antara masyarakat Austronesia dan Bintu
yang berasal dari Afrika. Orang Arab dan Afrika Timur kemudiannya datang berhijrah
ke sini dan menambahkan lagi percampuran bangsa di Madagascar.
Alam Melayu: Satu Pengenalan

Madagascar diperintahkan oleh pemerintahan beraja tempatan pada kurun ke-


19 Masihi dan dikenali sebagai kerajaan Medina. Antara tahun 1890 sehingga 1960,
Madagascar di bawah pemerintahan kolonial Perancis dan kemudiannya merdeka pada
tahun 1960 dan dikenali sebagai Republik Madagascar.
Bahasa Malagasi ialah bahasa yang sering dipertuturkan oleh orang Madagascar dan
bahasa ini adalah salah satu rumpun bahasa Austronesia dan dijadikan bahasa rasmi.

Antsiranana

Mahajanga
Toamasina
Antananarivo

Fianarantsoa

Toliara

210
Rumpun Melayu di Madagascar

Selain bahasa Malagasi, bahasa Perancis juga digunakan sebagai bahasa rasmi
sejak merdeka dan bahasa Inggeris sejak 2007 bagi penduduk Madagascar. Agama
penduduk di sini majoriti mengamalkan kepercayaan nenek moyang atau animisme
yang dikenali sebagai mitos Malagasi dan Kristian. Minoriti penduduk di sini adalah
beragama Islam.
Madagascar sering dilihat mempunyai hubungan yang tidak jelas dengan rumpun
Austronesia. Kajian berkenaan dengan rumpun Austronesia di Madagascar sering
dilihat sebagai kajian yang terpencil dan jarang sekali dihubung kait dengan rumpun
Austronesia yang lain. Walau bagaimanapun bahasa Malagasi ini dipertuturkan oleh
18 juta penduduknya dan telah didokumentasikan dengan baik sekali (Blench & Dendo
2006). Sehingga kini, kronologi penempatan masyarakat awal di Madagascar dan di
mana letaknya bahasa Malagasi dalam bahasa-bahasa rumpun Austronesia masih lagi
diperdebatkan. Ini adalah percampuran warisan bahasanya selain daripada struktur utama,
bahasa Malagasi mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu seperti bahasa Banjar
dan Sumatera dan juga percampuran dengan bahasa Bantu atau Bintu dan kemungkinan
bahasa-bahasa lain.

Sejarah dan Corak Penempatan di Madagascar


Madagascar merupakan sebahagian daripada bahagian timur Gondwana dan telah berpisah
daripada Afrika kira-kira 167 juta tahun dahulu. Timur Gondwana yang terdiri daripada
Antartika, Madagascar, India dan Australia mula berpisah dari tanah besar Gondwana
pada zaman pertengahan Jurassic (167 juta tahun dahulu) dan juga dikenali sebagai
Zaman Mesozoik. Kepulauan Madagascar terbentuk apabila berpisah dari sub-benua
India kira-kira 80 hingga 100 juta tahun yang lalu. Mitologi Malagasi menggambarkan
sekumpulan orang kerdil dai Afrika sebagai penduduk asal di Madagascar dan masyarakat
ini dipanggil Vazimba, tetapi kebanyakan sarjana dalam bidang arkeologi menganggap
bahawa kependudukan manusia di Madagascar hanya berlaku pada antara awal abad
Masihi sehingga abad ke-5 Masihi ( Hurles et al. 2005) apabila pelayar dan pedagang dari
Asia Tenggara tiba dengan menggunakan bangka atau kanu berlayar (outrigger salling
canoes) (Dahl 1991) (Lihat Foto 1 dan Foto 2).

Foto 1. Bangka di Indonesia yang menggunakan enjin

211
Alam Melayu: Satu Pengenalan

Foto 2. Hawai ‘iloa yang merupakan kapal berlayar Polinesia

Sumber Yunani “Periplus of the Erythraen Sea” (Casson 1989), hasil karya abad
pertama Masihi menyebut tentang para pelayar dari Graeco-Roman yang mengetahui
kedudukan Madagascar, dan disebut dalam teks tersebut sebagai “Great Island of
Menouthias’ lokasi di mana sumber kulit penyu diperoleh (Blench & Dendo 2006).
Kawasan timur pesisiran laut Afrika dipercayai telah dikunjungi oleh pelayar-pelayar
Austronesia atau Melayu sejak awal abad Masihi (Blench 1994) atau pada sebelum abad
Masihi lagi. Perdagangan yang amat aktif di Lautan Hindi antara pedagang-pedagang
Rom, India dan Asia Tenggara sudah pun berlaku pada ketika itu dan tidak mustahil
pelayar-pelayar dan pedagang-pedagang Melayu sudah tiba di kawasan timur pesisiran
laut Afrika dan Madagascar dan kemudiannya berniaga dan menetap di kawasan tersebut.
Chami (1999) telah melaporkan adanya bukti hubungan perdagangan antara pedagang
Graceo-roman dengan masyarakat di Madagascar dan seterusnya mengesahkan sumber
Periplus. Blench dan Dendo (2006) pula berpendapat bahawa kebanyakan pedagang
yang sudah biasa dengan aktiviti perdagangan di Lautan Hindi sudah amat biasa dengan
lokasi-lokasi pulau kecil di pesisiran timur Afrika tetapi nampaknya berkemungkinan juga
terlepas pandang tentang kehadiran kepulauan Madagascar sebelum abad Masihi.
Kajian arkeologi di Madagascar, belum lagi menemui tapak yang lebih awal dari
abad ke-2 Masihi yang menunjukkan populasi masyarakat terbentuk agak lewat (Dewar
1994). Pliny dalam karya geografinya menyebut tentang “sekumpulan manusia yang
datang dari lautan dengan menggunakan “rati” atau rakit yang juga merujuk kepada
bangka atau kanu berlayar yang berniaga di kawasan pesisir pantai dan tidak pernah
dilihat sebelum ini”. Pedagang yang disebut itu amat sinonim dengan masyarakat pesisir
dan pedagang Melayu yang menggunakan bangka atau kanu berlayar.
Di Madagascar belum ditemui tapak-tapak zaman prasejarah dan bukti palinologi
juga menunjukkan kehadiran manusia hanya berlaku pada zaman yang terkemudian dari
zaman prasejarah. Walau bagaimanapun, bukti lain yang dikemukakan dalam bentuk
tradisi Malagasi atau mitos menceritakan tentang adanya penduduk asal di Madagascar
iaitu kaum Vazimba (Mikea) yang bertubuh kerdil dan berkulit gelap. Pedagang-pedagang
awal yang merentasi Lautan Hindi dipercayai menjalankan perdagangan dengan kaum
Vazimba ini. Kaum Vazimba atau Mikea adalah masyarakat memburu dan mengumpul

212
Rumpun Melayu di Madagascar

dan dikatakan bahawa masyarakat ini masih wujud sehingga hari ini (Johnston & Birkeli
1920; Birkeli 1936; Dina & Hoerner 1976; Trucker 2003). Masyarakat ini dikatakan
masyarakat awal yang mula berhijrah keluar dari tanah besar Afrika dan kemudiannya
menetap di kawasan seperti di Andaman dan tapak-tapak Pleistocene di Asia Tenggara.
Ada kemungkinan masyarakat ini merentasi Selat Mozambique menuju ke Madagascar
tetapi bila penghijrahan ini berlaku masih belum dapat dipastikan. Walau bagaimanapun
penghijrahan ini tidak akan berlaku seawal-awalnya pada zaman logam ketika dan
terciptanya perahu.
Corak penempatan yang boleh dilihat di Madagascar ialah kawasan tanah tinggi
diduduki oleh masyarakat yang berkulit lebih carah atau orang Melayu manakala
kawasan di pesisiran didiami oleh masyarakat berkulit hitam yang berasal dari Afrika.
Tidak semestinya masyarakat berkulit hitam ini adalah kaum Bantu; kaum Bara yang
merupakan masyarakat berkulit hitam yang mempunyai fizikal lebih tinggi yang secara
prinsipnya adalah penggembala, sama ada Nilotes atau Cushites. Walau bagaimanapun
bahasa yang dipertuturkan di Madagascar adalah bahasa Malagasi kecuali di enklaf Swahili
di kawasan barat laut. Adakah masyarakat berbangsa Afrika ini datang ke Madagascar
dalam bentuk penghijrahan atau pun datang secara paksa, sehingga kini masih belum
dapat dipastikan.
Bahasa Malagasi juga boleh dikaitkan dengan penyebaran bahasa dari Sama-Bajaw
yang berlaku pada abad ke-7 Masihi ketika penghijrahan dan penerokaan orang Melayu
ke benua lain berlaku ketika zaman kegemilangan Srivijaya (Blench & Dendo 2006).
Ini adalah selari dengan pentarikhan tapak-tapak arkeologi yang diberi pentarikhan
antara abad ke-5 hingga 7 Masihi. Peranan orang Melayu ketika itu, sebagai pelayar
dan pedagang yang hebat, menyaksikan kenapa istilah Malagasi dalam bidang leksikal
semuanya dipinjam daripada bahasa Melayu. Kajian leksikal ini tidak dapat dibuktikan
terhadap hubungan orang Melayu di kawasan pantai timur Afrika dengan sumber bertulis
dan bukti lain mencadangkan bahawa orang Melayu sudah pun mempunyai hubungan
dengan masyarakat di sini sejak abad pertama Masihi.

Demografi
Penduduk Madagascar didominasi dari campuran Austronesia (iaitu Asia Tenggara dan
Kepulauan Pasifik) dan ada yang berasal dari Afrika (Hurles et al. 2005; Tofanelli et al.
2009). Golongan masyarakat yang mirip dengan bangsa Austronesia sama ada dari segi
penampilan dan budaya hanya ditemui di daerah dataran tinggi. Penyelidikan terkini
menunjukkan bahawa pulau ini tidak berpenghuni sampai pelaut Austronesia tiba sekitar
1,500 hingga 2,000 tahun yang lalu. Kajian DNA terbaru menunjukkan bahawa orang-
orang Malagasi mempunyai campuran DNA separuh dari keturunan Austronesia dan
separuh dari keturunan Afrika Timur, meskipun pengaruh Arab, India dan Eropah hadir
di sepanjang kawasan pesisiran pantai (Hurles et al. 2005). Bahasa Malagasi berkongsi
sekitar 90% dari kosa kata dasar dengan Ma’anyan bahasa dari kawasan Sungai Barito
di Borneo Selatan.

213
Alam Melayu: Satu Pengenalan

Setelah penghijrahan masyarakat dari Hindia Timur dan Afrika ke Madagascar,


percampuran genetik berkembang dan 36 kumpulan suku yang berasingan muncul. Ciri-
ciri Austronesia yang paling dominan dalam etnik Merina (3 juta); masyarakat pesisir
(disebut côtiers) lebih jelas berasal dari Afrika. Kumpulan-kumpulan pesisir terbesar
adalah Betsimisaraka (1.5 juta) dan Tsimiheti dan Sakalava (700,000 masing-masing).
Etnik Vezo tinggal di barat daya. Dua daripada etnik-etnik di bahagian selatan adalah
Antandroi dan Antanosi. Suku lain termasuk Tankarana (hujung utara), Sihanaka dan
Bezanozano (timur), Tanala (selatan-timur), An-Taimoro, Tambahoaka, Zafisoro, An-
Taisaka dan Timanambondro (pantai selatan-timur), dan Mahafali dan Bara (selatan-
barat). Minoriti Cina dan India juga ada, serta Eropah, terutama Perancis. Pada tahun
1958, ada 68,430 orang penduduk Eropah yang tinggal di Madagascar (Morris 1963).
Jumlah Comorans berada di Madagascar, secara drastik berkurang setelah rusuhan
anti-Comoros di Mahajanga pada tahun 1976 (http://countrystudies.us/madagascar/15.
htm).
Madagascar yang dihuni oleh kumpulan minoriti bukan peribumi yang terdiri
daripada 1.7 peratus daripada keseluruhan penduduk Madagascar. Status Perancis sebagai
kuasa kolonial di Madagascar, maka banyak terdapat kediaman pentadbir kolonial
Perancis dan bekas pegawai tentera. Negara ini juga menjadi negara kedua bagi golongan
profesional Perancis, ahli perniagaan, pengurus ladang besar, dan pengusaha ladang yang
bekerja tanah mereka sendiri. Sekitar 18,000 orang warga Perancis tinggal dan bekerja
di Madagascar pada awal 1990-an.
Etnik Comoran (25,000 orang) merupakan kumpulan penduduk bukan peribumi
kedua terbesar di Madagascar. Namun jumlah mereka menurun selepas rusuhan perkauman
di Mahajanga pada Disember 1976 menyebabkan hampir 1,400 orang etnik Comoran
mati, di samping itu, sekitar 20,000 orang dihantar ke pulau-pulau berdekatan. Mereka
tertumpu di bahagian utara Madagascar, di sepanjang pantai, dan sebelum 1976 terbentuk
lebih dari satu-sepersepuluh daripada penduduk bandar-bandar pelabuhan Mahajanga dan
Antsiranana. Sebahagian besar masyarakat Comoran, beragama Islam, telah berhijrah ke
pulau Njazidja (Grande Comore), mereka biasanya bekerja sebagai buruh kasar di ladang
atau di dermaga pelabuhan.
Indo-Pakistan (sekitar 17,000 orang) merupakan kumpulan minoriti bukan peribumi
ketiga terbesar, dan mereka berasal dari daerah Gujerat atau Bombay. Seperti Comoran,
sebahagian besar daripada mereka adalah Muslim. Walaupun tinggal di pulau selama
beberapa generasi (atau bahkan beberapa abad), Indo-Pakistan masih mempertahankan
hubungan dengan daerah asal mereka di barat laut India dan Pakistan. Mereka telah
bekerja sebagai peniaga dan pengusaha kecil sejak turun-temurun dan telah memonopoli
perdagangan borong dan runcit dalam industri tekstil. Mereka cenderung tertumpu di
bandar-bandar di sepanjang pantai barat. Orang Cina (berjumlah sekitar 9,000 orang)
merupakan kelompok penduduk bukan pribumi keempat terbesar. Seperti etnik Indo-
Pakistan, mereka terlibat terutama dalam perdagangan tetapi kebanyakan ditemui di
sepanjang pantai timur dan sekitar Antananarivo. Mereka kebanyakannya menetap di
kawasan luar bandar berbanding Indo-Pakistan yang menetap di bandar. Mereka bekerja
sebagai peniaga kecil dan sering berkahwin dengan penduduk peribumi Malagasi.

214
Rumpun Melayu di Madagascar

Semasa pemerintahan kolonial Perancis (1895-1960) dan beberapa ketika selepas


kemerdekaan, penduduk-penduk di Madagascar secara rasmi diklasifikasikan dalam
kumpulan etnik. Amalan ini telah ditinggalkan dalam bancian pertama (1975) selepas
kemerdekaan, sehingga setiap klasifikasi etnik yang dikeluarkan untuk perangkaan adalah
dalam angka yang tidak rasmi. Ada misalnya tidak menyebutkan etnik atau agama di kad
pengenalan kebangsaan. Juga, di bahagian wilayah atau daerah, kebanyakannya tidak
mencatatkan etnik setiap penduduknya, walaupun terdapat usaha awal yang dilakukan
oleh kerajaan kolonial pada awal abad ke-20. Ketegangan etnik di Madagascar sering
menghasilkan konflik kekerasan antara masyarakat dataran tinggi Merina dengan
masyarakat pesisir.

Agama
Sekitar 50% daripada penduduk di Madagascar cenderung dengan amalan agama
nenek moyang mereka yang cenderung menekankan hubungan antara hidup dan mati.
Masyarakat Merina di dataran tinggi terutama cenderung untuk memegang erat amalan
ini. Mereka percaya bahawa orang mati bergabung dengan nenek moyang mereka di
alam berzah dan percaya bahawa nenek moyang mereka sangat mengambil berat dengan
nasib keturunan hidup mereka walaupun selepas mati. Masyarakat Merina dan Betsileo
mengamalkan amalan pengebumian semula “famadihana” dan upacara khas dilakukan
demi menyatukan rohani mereka dengan keturunan mereka yang telah mati. Dalam ritual
ini, rangka dikeluarkan dari makam keluarga, dibungkus dalam kafan sutera yang baru,
dan kembali ke kubur itu seterusnya upacara meriah untuk menghormati mereka di mana
kadang-kadang rangka itu diangkat dan dibawa tinggi di atas kepala oleh orang yang masih
hidup dengan nyanyian dan tarian sebelum dikembalikan rangka tersebut ke kubur.
Secara tradisional, masyarakat Malagasi percaya bahawa nenek moyang mereka
berada pada kedudukan yang tinggi dan ramai yang percaya nenek moyang mereka
akan terus campur tangan dalam peristiwa di bumi setelah kematian mereka. Seorang
individu yang kuat boleh membentuk taboo dalam kehidupannya iaitu bahawa semua
keturunan mereka atau ahli masyarakat akan diminta untuk menghormati baik setelah
kematian mereka, maka dengan itu ketika berkunjung ke Madagascar disarankan untuk
mencari orang tua atau tok batin demi menasihati kita agar tidak sengaja melanggar dan
mengganggu pantang larang penduduk tempatan. Pemujaan leluhur juga menyebabkan
tradisi pembinaan makam khas dan upacara famadihana, amalan di mana rangka ahli
keluarga yang telah mati dapat diambil dari kubur mereka untuk secara berkala dan
dibungkus kain kafan sutera yang baru dikenali sebagai Lamba sebelum dimasukkan
kembali ke dalam kuburnya. Upacara ini merupakan kesempatan untuk merayakan memori
dan kenangan terhadap kaum keluarga mereka yang telah mati, bergabung kembali dengan
keluarga dan masyarakat, dan menikmati suasana meriah. Warga desa-desa sekitarnya
sering dijemput untuk menghadiri pesta, di mana makanan dan arak disediakan dan
rombongan hiragasi (kumpulan muzik tradisional) atau hiburan muzik yang lain biasanya
hadir (Lihat Foto 3).

215
Alam Melayu: Satu Pengenalan

Foto 3. Kumpulan muzik tradisional (herigasi) kaum Merina


sedang menjalankan upacara famadihana

Hari ini sekitar 45% dari masyarakat Malagasi adalah Kristian, dibahagikan kepada
penganut Katolik dan Protestan. Kebanyakan masyarakat Malagasi menggabungkan kultus
orang mati dengan pegangan agama nenek moyang mereka dan memberkati mereka mati
di gereja sebelum meneruskan dengan upacara pengebumian tradisional. Mereka juga
boleh menjemput seorang pendeta Kristian untuk menghadiri sebuah famadihana. Banyak
dari gereja-gereja Kristian yang berpengaruh dalam politik. Contoh terbaik dari hal ini
adalah Malagasy Council of Churches (FFKM) terdiri daripada empat mazhab Kristian
yang tertua dan paling terkemuka (Roman Katolik, Gereja Yesus Kristus di Madagascar,
Lutheran, dan Anglikan).
Islam di Madagascar merupakan 10 hingga 15 peratus daripada penduduk yang
menetap di Madagascar. Bangsa Arab dan Muslim Somalia merupakan antara peniaga
Islam yang pertama tiba pada abad pertengahan dan mempunyai pengaruh yang kuat di
pantai barat Madagascar (Kent 1969). Sebagai contoh, banyak orang Malagasi memeluk
Islam dan Bahasa Malagasi, untuk pertama kalinya, ditranskripsikan ke abjad, berdasarkan
huruf Arab, yang disebut Sorabe. Muslim tertumpu di daerah Mahajanga dan Antsiranana
(Diego Suarez). Muslim yang dibahagikan antara orang-orang dari etnik Malagasi, India,
Pakistan dan Comoron.

Bahasa Malagasi
Perkataan Malagasi digunakan untuk merujuk kepada bahasa dan juga masyarakat di
Madagascar. Bahasa ini dipertuturkan lebih daripada 18 juta orang penduduknya. Bahasa
Malagasi tidak berkaitan dengan bahasa Afrika yang berdekatan dengan Madagascar,
tetapi berkaitan dengan bahasa Malayo-Polynesia yang merupakan rumpun bahasa
Austronesia. Seorang sarjana dari Belanda Adriaan van Reeland, dalam kajian pada

216
Rumpun Melayu di Madagascar

abad ke-18 Masihi tentang kaitan bahasa Malagasi dengan bahasa Malayo-Polinesia
yang banyak dipertuturkan di Indonesia, Malaysia, dan Filipina tetapi lebih dekat dengan
lagi persamaan dengan rumpun bahasa yang digunakan di Sungai Barito di Kalimantan
Selatan, kecuali untuk morfofonemik Polynesianya (Wittman 1972). Bahasa Malagasi
banyak meminjam kosa kata dasar dengan bahasa Ma’anyan, rumpun bahasa dari
kawasan Sungai Barito di Kalimantan Selatan. Ma’anyan atau Ma’anjan atau Maanyak
Dayak adalah bahasa Austronesia yang termasuk dalam Bahasa Barito Timur. Bahasa
ini dituturkan oleh sekitar 150,000 orang Ma’anyan (sub kelompok orang Dayak) yang
tinggal di Kalimantan Tengah, Indonesia. Ada kesamaan leksikal tinggi dengan yang lain
bahasa di Barito Timur bahasa Paku (77%) atau Dusun Witu (75%).
Hal ini menunjukkan bahawa orang-orang Austronesia dari Nusantara adalah
golongan masyarakat yang pertama yang tiba di Madagascar dalam konteks perdagangan
dan penghijrahan. Menurut Tyson (2000) hampir 93 peratus daripada kosa kata dasar
Malayo-Polynesia masih digunakan manakala hampir semua perkataan yang berkaitan
dengan penternakan berasal dari bahasa Bantu yang berasal dari Afrika Timur.
Bahasa Malagasi juga merangkumi beberapa pinjaman dari bahasa Arab, dan bahasa
Bantu (terutama Swahili). Tulisan dalam bentuk kesusasteraan dalam Bahasa Malagasi
dipercayai sudah wujud pada abad ke-15 Masihi. Ketika kolonial Peranchis mendirikan
Fort-Dauphin pada abad ke-17, mereka menemui skrip atau aksara Arab-Malagasi, yang
dikenali sebagai Sorabe. Naskah tertua dalam bentuk manuskrip yang mengandungi kosa
kata Malagasi-Belanda pendek dipercayai ditulis pada awal abad ke-17 dan manuskrip ini
pertama kali diterbitkan pada tahun 1908 oleh Gabriel Ferrand walaupun perkembangan
aksara Arab-Malagasi sudah diperkenalkan ke daerah tenggara Madagascar pada abad ke-
15. Radama I, raja pertama Madagascar yang celik huruf dari monarki Merina, walaupun
mempunyai pengetahuan yang luas dalam tradisi aksara Arab-Malagasi.
Ini semua berlaku apabila Raja Radama I menandatangani perjanjian dengan utusan
British bernama Kapten Le Sage pada tahun 1817. Gabenor British ketika itu berjanji
untuk menyediakan latihan kepada tentera Raja Radama I. Hasil daripada perjanjian
ini, berlaku perubahan dalam sistem sosial dan politik di Madagascar. Raja Radama I
membentuk sebuah kabinet dan menjemput wakil daripada “Protestant London Missionary
Society” untuk menubuhkan sekolah dan gereja. Pertubuhan ini juga telah membawa mesin
percetakan dan menyerap masuk huruf-huruf Latin ke dalam bahasa Malagasi.

Kesimpulan
Bahasa Malagasi dituturkan hampir di seluruh kawasan di Madagascar dan ia merupakan
satu misteri jika dilihat kepada kepelbagaian saiz dan etnik di pulau itu. Jiran Madagascar
iaitu Afrika mempunyai lebih kurang 1500 bahasa manakala Pulau New Guinea yang
luas kawasannya hanya satu pertiga daripada kepulauan Madagascar mempunyai lebih
kurang 700 bahasa dan timbul persoalan mengapa Madagascar hanya satu bahasa utama
yang dipertuturkan. Namun, satu perkara yang perlu ditekankan di sini ialah kebolehan
masyarakat Austronesia atau orang Melayu belayar dengan menggunakan bangka atau

217
Alam Melayu: Satu Pengenalan

kanu layar dan sampai di kepulauan Madagascar dan pantai timur Afrika sejak awal abad
Masihi lagi. Perkara ini tidak mustahil kerana menurut catatan Yunani abad pertama
Masihi ada menyebut tentang kehadiran kapal-kapal dari Nusantara yang membawa
kargo yang besar menuju ke India untuk menjalankan aktiviti perdagangan. Ketika
itu sudah wujud kapal-kapal yang besar yang dibina oleh orang Melayu. Kajian DNA
dan linguistik telah membuktikan bahawa masyarakat yang terdapat di Madagascar
berasal dari masyarakat yang menetap di kepulauan Borneo iaitu di Kalimantan Selatan,
masyarakat yang menggunakan bahasa Ma’anyan yang digunakan oleh suku kaum Dayak
di kawasan hulu Sungai Barito. Bahasa Malagasi juga berkongsi 90% kosa kata bahasa
Ma’anyan. Masyarakat Madagascar hanya menggunakan aksara Arab-Malagasi yang
dipanggil Sorabe seawal abad ke-15 Masihi dan karya dalam bentuk manuskrip tertua
yang dijumpai menggunakan kosa-kata Malagasi-Belanda yang diberikan pentarikhan
abad ke-17 Masihi.

218
Editor
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Zuliskandar Ramli
Mohamad Zain Musa
Adnan Jusoh

Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma)


Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi • 2011
http://www.atma.ukm.my/
Cetakan Pertama / First Printing, 2011
Hak cipta / Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini


boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan
ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or


transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical
including photocopy, recording or any information storage and retrieval
system, without permission in writing from Institut Alam dan
Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by


INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: 03-8921 5520 Faks: 03-8921 3018

Penyelaras / Coordinator
Anuar Ahmad Mohd Taqi & Zuliskandar Ramli

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by


Penerbit UKM / UKM Press
43600 UKM Bangi, Selangor D.E. Malaysia
http: //www.ukm.my/penerbit

Perpustakaan Negara Malaysia       Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan /


Cataloguing-in-Publication Data

Alam Melayu : satu pengenalan / editor Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman ... [et al.]
Mengandungi indeks
Bibliografi: ms. 241
1. Malay Archipelago--History. 2. Malay Archipelago--Social conditions.
I. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, 1944-
959.5

ISBN 978-967-2457-35-0
Kandungan
Kata-kata Aluan 7

Prakata 9

Asal Usul Orang Austronesia 13


David R. Thomas

Malaysia, Brunei dan Selatan Thailand 22


Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman

Melayu di Indonesia: Satu Pengenalan 29


Bambang Rudito
Bambang Budi Utomo

Melayu di Pulau Sumatera, Indonesia 61


Bambang Rudito
Bambang Budi Utomo

Melayu di Pulau Jawa dan Flores, Indonesia 95


Bambang Rudito
Bambang Budi Utomo

Melayu di Pulau Kalimantan, Indonesia 117


Bambang Rudito
Bambang Budi Utomo

Melayu di Pulau Sulawesi, Maluku dan Kepulauan Papua, Indonesia 135


Bambang Rudito
Bambang Budi Utomo

Melayu Campa 153


Mohamad Zain Musa

Melayu di Filipina 179


Adnan Jusoh
Melayu di Pulau Hainan dan Taiwan 193
Wan Salleh Wan Ibrahim

Rumpun Melayu di Madagascar 209


Zuliskandar Ramli

Melayu Maori New Zealand 219


Wan Salleh Wan Ibrahim

Siapa Itu Melayu: Satu Kesimpulan 233


Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman & Zuliskandar Ramli

Bibliografi 241
Indeks 251
Kata-kata Aluan

Bismillahirahmanirrahim,

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnia-Nya dapat saya merakam sepatah
dua kata dalam buku terbitan Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Penerbit, Universiti Kebangsaan Malaysia. Terima kasih kepada panel
penulis yang terdiri daripada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd.
Rahman, Prof. Emeritus Dr. David Thomas, Prof. Madya Dr. Mohamad Zain Musa,
Prof. Madya Dr. Wan Salleh Wan Ibrahim, Dr. Adnan Jusoh, Drs. Bambang Budi Utomo,
Bambang Rudito dan Zuliskandar Ramli kerana memberi penghormatan kepada saya
untuk menyampai sepatah dua kata.
Pertamanya buku berjudul Alam Melayu: Satu Pengenalan amat dialu-alukan
kerana ia dapat menyumbang kepada pengetahuan kita tentang definisi alam Melayu serta
kawasan yang terkandung di dalamnya. Keduanya, buku ini diharapkan dapat menjadi
perintis kepada buku-buku lain yang akan memberi perhatian secara terperinci dan khusus
terhadap setiap kawasan dalam alam Melayu. Ketiga, saya berharap mereka yang terlibat
dalam penulisan buku ini akan berusaha untuk menerbitkan lebih banyak buku seperti
teknologi alam Melayu, seni alam Melayu, sejarah alam Melayu dan lain-lain lagi.
Kepada penulis buku perintis ini diucapkan tahniah dan saya berdoa kepada Allah
s.w.t supaya mereka diberi taufik dan hidayah dalam kehidupan mereka.

Sekian, terima kasih.

Prof. Dr. Abdul Latif Samian


Pengarah
Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
Prakata

Pengenalan
Buku ini mengandungi enam bab yang ditulis oleh beberapa orang sarjana dari Malaysia,
New Zealand dan Indonesia. Mereka ialah Dr. Mohamad Zain Musa, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Dr. Adnan Jusoh, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Encik
Zuliskandar Ramli (UKM), Drs. Bambang Budi Utomo, Pusat Penelitian Arkeologi
Nasional (Indonesia), Dr. Bambang Rudito, Institut Teknologi Bandung (Indonesia), Dr.
Wan Salleh Wan Ibrahim, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Emeritus Dato’ Dr.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman (UKM) dan Prof. Emeritus Dr. David Thomas,
Universiti Auckland New Zealand.
Matlamat utama penerbitan buku ini adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar di
institusi pengajian tinggi dan masyarakat di luar kampus Universiti Kebangsaan Malaysia
tentang apa yang dimaksudkan dengan alam Melayu dan juga istilah Melayu-Austronesia
dan asal usul perkataan Melayu dan orang Melayu, mengikut istilah yang kami pegang.
Harapan kami adalah istilah kami akan diguna pakai oleh mereka yang akan menulis tentang
kebudayaan dan tamadun Melayu dan pelbagai aspek lain tentang alam Melayu dan orang
Melayu seperti sejarah, warisan seni, sains, teknologi dan lain-lain lagi.
Pelbagai aspek lain lagi boleh dibincang dalam kajian alam Melayu seperti sains,
teknologi epistimologi, agama, budaya, sosiopolitik, sastera tetapi tidak disentuh dalam
penerbitan pengenalan ini kerana ia adalah pengenalan dan tidak lebih daripada itu. Justeru
itu diharapkan akan terhasil penerbitan lain yang akan memberi fokus kepada pelbagai isu
tertentu memandangkan di Institut Alam dan Tamadun Melayu terdapat pakar daripada
pelbagai disiplin sama ada sains tulen atau sains sosial atau kemanusiaan.
Pengenalan tentang Madagaskar ditulis oleh Zuliskandar Ramli, tentang Indonesia
ditulis oleh Bambang Budi Utomo dan Bambang Rudito, tentang Filipina oleh Adnan
Jusoh, tentang Malaysia, Brunei dan Selatan Thailand oleh Nik Hassan Shuhaimi Nik
Abd. Rahman, tentang New Zealand, Taiwan dan kawasan Funan dan Hainan oleh Wan
Salleh, Mohamad Zain Musa menulis tentang orang Cham dan tentang teori asal usul
Austronesia dibincang oleh David Thomas. Fokus penulisan sebagai penerbitan pengenalan
ialah kepada demografi kawasan berasaskan sebaran bahasa Austronesia dan sempadan
geo-politiknya.

Asal Usul Perkataan “Melayu”


Terdapat beberapa pendapat tentang perkataan yang ada iras-iras dengan perkataan
“Melayu” dan asal usulnya. Dalam epik Ramayana yang dipercayai dihasilkan dalam abad
Alam Melayu : Satu Pengenalan

pertama Masihi ada menyebut nama tempat Malaydvipa yang membawa erti Pulau atau
Semenanjung Melayu. Dalam bahasa Sanskrit berdasarkan kenyataan teks India tersebut
Malayadvipa adalah salah sebuah provinsi di kepulauan timur yang terdapat sebuah bukit
banyak emas dan perak iaitu Mahamalaya. Buku “Geography” yang diusahakan oleh
penulis Byzantine abad 10/11 Masihi berasaskan tulisan Ptotemy abad 2 Masihi menyebut
tempat bernama Maleoukolon (Teluk Melayu).
Nama Melayu itu muncul sekali lagi dalam berita I Ching 671 Masihi tentang
kunjungan beliau ke Srivijaya di Palembang dan perjalanan seterusnya ke India apabila
beliau singgah di Mo-lo-yu dan Chieh-cha (Kedah). Dalam perjalanan pulang ke China
dalam tahun 685 Masihi I Ching singgah sekali lagi di Mo-lo-yu.
Pemakaian bahasa Melayu dapat dikesan pada beberapa prasasti abad ke-7 Masihi,
yang berkait dengan kerajaan Melayu Srivijaya:
1. Prasasti Kedukan Bukit, 682 Masihi
2. Prasasti Talang Tuwo, 684 Masihi
3. Prasasti Kota Kapur (Bangka) 686 Masihi
4. Prasasti Telaga Batu abad 7 Masihi
5. Prasasti-prasasti lain abad 7 Masihi
Dalam inskripsi Cola abad ke-11 Masihi berkait dengan serangan Cola ke atas
kepulauan Melayu disebut nama Malaiyar. Dalam bahasa Jawa dan Mandailing ‘Melayu’
bermakna ‘lari’ dan Tanah Melayu bermaksud ‘tanah untuk pelarian’. Ada pendapat
mengatakan perkataan ‘Melayu’ berasal daripada perkataan Sanskrit ‘Melayu’ bererti
‘bukit’ ataupun tanah tinggi.
Selain daripada itu manusia Melayu dari segi fizikalnya, umumnya, berkulit sawo
matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu lemah lembut serta berbudi
bahasa.
UNESCO dalam tahun 1972 mentakrifkan Melayu sebagai suku bangsa Melayu di
Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Dalam perlembagaan Malaysia perkara 160(2) “Melayu” merujuk kepada seseorang
yang berketurunan Melayu, ataupun seseorang yang menganut agama Islam, mengamalkan
adat istiadat Melayu, bertutur bahasa Melayu, lahir sebelum hari Merdeka sama ada di
Persekutuan Tanah Melayu atau di Singapura atau pada hari Merdeka, dia bermastautin
di Persekutuan atau di Singapura.
Sekiranya Melayu diasaskan kepada penutur bahasa proto-Melayu iaitu Austronesia
sahaja, maka Melayu boleh dimasukkan suku bangsa Melayu di Malaysia, Selatan
Thailand, Indonesia, Filipina, Madagaskar, New Zealand dan pulau-pulau di Lautan
Pasifik.
Berasaskan kepada bahasa terdapat 350 juta orang Melayu daripada 6 bilion seluruh
penduduk dunia iaitu 6 peratus. Jumlah dialek bahasa Austronesia dalam dunia ialah 1268
dan ia merupakan keluarga bahasa kedua terbesar di dunia (Mohd Aroff Ishak, 2007)
selepas keluarga bahasa di Afrika.

10
PRAKATA

Asal Usul Orang Melayu


Terdapat beberapa pendapat tentang tempat asal orang Melayu. Pendapat yang paling
awal mengatakan Melayu berasal dari utara iaitu tanah besar Asia iaitu China. Pendapat
ini didokong oleh mereka daripada mazhab ahli fakir “Vienna School of Thought”. Antara
mereka yang berpegang kepada teori ini ialah Heine Geldern, J.H.C. Kern, J.R. Logen
dan Slametmuljana dan lain-lain khususnya mereka yang pernah belajar di Universiti
Malaya dalam tahun 1960-an dan 1970-an khususnya dalam Sejarah dan Pengajian
Melayu. Mereka percaya asal usul orang Melayu dari Yunan.
Ekoran daripada teori tersebut lahir satu lagi pendapat bahawa orang Melayu berasal dari
Taiwan. Pendapat ini seperti yang difikirkan oleh mereka daripada mazhab Vienna bahawa
kedatangan orang Melayu itu mengikut gelombang iaitu proto-Melayu dan gelombang akhir
ialah Deutro-Melayu sekitar 2500 tahun dahulu. Antara sarjana yang kuat berpegang kepada
teori Taiwan ini ialah Peter Bellwood dan pengikutnya. Pada waktu ini ramai ahli arkeologi
di Filipina dan Indonesia serta Australia yang terikut dengan teori ini.
Sementara Solheim pula berpendapat bahawa asal usul Melayu ialah Jawa dan menyebar
ke Utara. James Collins pula berasaskan kepada kajian bahasa Melayu, percaya bahawa Borneo
adalah tempat asal bahasa Melayu dan orang Melayu dan seterusnya berkembang ke tempat
lain di alam Melayu. Sementara itu, David Thomas memaparkan dua aliran pemikiran tentang
asal usul Melayu. Satu dari Taiwan dan kedua dari Walisa, Timur Indonesia.
Tetapi data-data arkeologi yang dijumpai di alam Melayu menunjukkan bahawa
alam Melayu memiliki warisan tapak arkeologi yang lebih tua daripada tapak arkeologi
di utara. Dari segi bilangan penduduk juga, alam Melayu memiliki penduduk yang besar
jika dibandingkan dengan bilangan penduduk di Taiwan atau Yunan. Dari segi logik tidak
mungkin kawasan yang mempunyai penduduk kecil menjadi tempat asal penyebaran
manusia. Begitu juga tentang penyebaran manusia dikaitkan dengan manusia yang
mencipta beliung/kapak berbahu empat segi sinonim dengan penyebaran manusia tidak
masuk akal kerana penciptaan alat mempunyai kaitan secara langsung dengan fungsi.
Maka fungsi beliung/kapak batu, tidak kira di mana, akan menunjukkan bentuk beliung/
kapak yang hampir sama.
Seperkara lagi, sekiranya berlaku migrasi manusia, ia akan berlaku dalam dua waktu.
Waktu pertama ialah dalam zaman air batu. Waktu itu tanah lebih luas daripada kawasan
air. Maka manusia boleh bergerak dengan mudahnya. Yang kedua, waktu manusia sudah
berjaya mencipta kenderaan perahu. Ia boleh berlaku mulai zaman logam dan bukan
zaman batu.
Kajian berkaitan genom tentang kepelbagaian genetik manusia telah dijalankan
bagi orang Eropah. Buat pertama kalinya, lebih daripada 90 saintis daripada Pan-Asian.
SNP Consortium di bawah Human Genome Organisation (HUGO) melaksanakan kajian
yang sama ke atas 73 kumpulan etnik di Asia Tenggara dan Asia Timur. Pemetaan genetik
bagi Asia ini mempunyai implikasi penting untuk memahami bentuk dan aliran migrasi
dalam sejarah tamadun manusia.
Mengikut kajian tersebut nenek moyang orang Asia mula-mula tiba di India.
Kemudiannya, sesetengah daripada mereka berpindah ke Thailand dan Selatan iaitu

11
Alam Melayu : Satu Pengenalan

Malaysia, Indonesia dan Filipina. Kumpulan pertama telah sampai ke selatan dan tinggal
di sana. Mereka itu termasuk Negrito (Malaysia, Filipina dan Timor Indonesia, New
Guinea). Kemudiannya ada pula yang berpindah balik ke utara melahirkan Austronesia,
Austro-Asiatic, Tai-Kadai, Hmong-Mein dan Altaic. Lebih daripada 90% daripada mereka
di Timur Jauh haplotypes wujud dalam penduduk Asia Tenggara dan Tengah, Asia Selatan
dan menunjuk struktur clinal dengan kepelbagaian haplotype berkurangan dari selatan ke
utara. Dan 50% haplotypes penduduk Timur Jauh terdapat dalam penduduk Asia Tenggara
dan 5% sahaja dalam Tengah Asia Selatan dan menunjukkan migrasi dari selatan ke utara.
Hal ini boleh berlaku kerana kawasan utara amat sejuk Zaman Air Batu. Maka manusia
menuju ke selatan dahulu sebelum naik ke atas/utara dalam zaman pencairan air batu
dan zaman Holosek seterusnya.

Dunia Melayu
Berasaskan kepada bahasa iaitu bahasa “Austronesia” bangsa Melayu merupakan
penutur bahasa yang berasal daripada bahasa Austronesia tersebar daripada Madagaskar
ke kepulauan Pasifik dan di Taiwan di utara. Taiwan dan Madagaskar adalah kawasan
penghujung dunia Melayu. Jadual dialek Austronesia di kawasan berikut: (Mohd. Aroff
Ishak: 2007)
i. Semenanjung Tanah Melayu 1 + (4)
ii. Sumatera 22
iii. Jawa 3
iv. Filipina 160
v. Borneo 153
vi. Sulawesi 114
vii. Taiwan 23
viii. Madagaskar 11

Kesimpulan
Dalam konteks perbincangan dalam buku ini, kami menggalurkan asal usul Melayu
daripada kemunculan Homo sapiens sekitar 65,000 tahun yang lalu dan bukan daripada
tarikh kehadiran Homo erectus di alam Melayu seperti yang telah dilaporkan sebelum
ini yang antara ialah Java Man, Solo Man dan lain-lain lagi. Kami memisahkan kajian
kami daripada Teori Evolusi yang kami tolak selagi tidak terdapat bukti ‘the missing
link’ antara Homo erectus dan lain-lain spesies homo dengan spesies Homo sapiens.
Kewujudan Homo erectus tidak kami nafikan tetapi kami percaya ia juga makhluk Allah
seperti juga Homo sapiens.

Editor
2011

12

You might also like