You are on page 1of 21

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/305208136

Siapa itu Melayu: Satu Kesimpulan

Chapter · January 2010

CITATIONS READS

0 578

1 author:

Zuliskandar Bin Ramli


Universiti Kebangsaan Malaysia
258 PUBLICATIONS   232 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Fundamental Research Grant Scheme and RAGS View project

Sabah Log-coffin Log-coffin archaeological project View project

All content following this page was uploaded by Zuliskandar Bin Ramli on 12 July 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


ALAM MELAYU

ALAM MELAYU
Satu Pengenalan
Buku ini adalah satu pengenalan untuk membincangkan tentang apa yang
dimaksudkan dengan alam Melayu dan juga istilah Melayu-Austronesia dan
asal usul perkataan Melayu. Dengan penerbitan buku ini diharapkan istilah
Melayu-Austronesia akan diguna pakai oleh mereka yang akan menulis
tentang kebudayaan dan tamadun Melayu dan pelbagai aspek lain tentang
alam Melayu dan orang Melayu seperti sejarah, warisan seni, sains, teknologi

Satu Pengenalan
dan lain-lain lagi. Antara kawasan petempatan Melayu-Austronesia yang
diperbincangkan termasuklah di Brunei, Filipina, Indonesia, Madagascar,
Indonesia dan New Zealand. Taiwan, kawasan Funan dan Hainan juga
diperbincangkan dalam buku ini di samping fokus terhadap masyarakat
Cham di Kemboja dan asal usul Austronesia. Fokus penulisan sebagai
penerbitan pengenalan ialah kepada demografi kawasan berasaskan sebaran
bahasa Austronesia dan sempadan geo-politiknya.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman • Zuliskandar Ramli


Mohamad Zain Musa • Adnan Jusoh

Editor
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Zuliskandar Ramli
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
ISBN 978-983-2457-35-0 Mohamad Zain Musa
Universiti Kebangsaan Malaysia, Adnan Jusoh
43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
http://www.atma.ukm.my/ 9 789832 457350
Editor
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Zuliskandar Ramli
Mohamad Zain Musa
Adnan Jusoh

Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma)


Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi • 2011
http://www.atma.ukm.my/
Cetakan Pertama / First Printing, 2011
Hak cipta / Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini


boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan
ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or


transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical
including photocopy, recording or any information storage and retrieval
system, without permission in writing from Institut Alam dan
Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by


INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: 03-8921 5520 Faks: 03-8921 3018

Penyelaras / Coordinator
Anuar Ahmad Mohd Taqi & Zuliskandar Ramli

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by


Penerbit UKM / UKM Press
43600 UKM Bangi, Selangor D.E. Malaysia
http: //www.ukm.my/penerbit

Perpustakaan Negara Malaysia       Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan /


Cataloguing-in-Publication Data

Alam Melayu : satu pengenalan / editor Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman ... [et al.]
Mengandungi indeks
Bibliografi: ms. 241
1. Malay Archipelago--History. 2. Malay Archipelago--Social conditions.
I. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, 1944-
959.5

ISBN 978-967-2457-35-0
Kandungan
Kata-kata Aluan 7

Prakata 9

Asal Usul Orang Austronesia 13


David R. Thomas

Malaysia, Brunei dan Selatan Thailand 22


Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman

Melayu di Indonesia: Satu Pengenalan 29


Bambang Rudito
Bambang Budi Utomo

Melayu di Pulau Sumatera, Indonesia 61


Bambang Rudito
Bambang Budi Utomo

Melayu di Pulau Jawa dan Flores, Indonesia 95


Bambang Rudito
Bambang Budi Utomo

Melayu di Pulau Kalimantan, Indonesia 117


Bambang Rudito
Bambang Budi Utomo

Melayu di Pulau Sulawesi, Maluku dan Kepulauan Papua, Indonesia 135


Bambang Rudito
Bambang Budi Utomo

Melayu Campa 153


Mohamad Zain Musa

Melayu di Filipina 179


Adnan Jusoh
Melayu di Pulau Hainan dan Taiwan 193
Wan Salleh Wan Ibrahim

Rumpun Melayu di Madagascar 209


Zuliskandar Ramli

Melayu Maori New Zealand 219


Wan Salleh Wan Ibrahim

Siapa Itu Melayu: Satu Kesimpulan 233


Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman & Zuliskandar Ramli

Bibliografi 241
Indeks 251
Kata-kata Aluan

Bismillahirahmanirrahim,

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnia-Nya dapat saya merakam sepatah
dua kata dalam buku terbitan Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Penerbit, Universiti Kebangsaan Malaysia. Terima kasih kepada panel
penulis yang terdiri daripada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd.
Rahman, Prof. Emeritus Dr. David Thomas, Prof. Madya Dr. Mohamad Zain Musa,
Prof. Madya Dr. Wan Salleh Wan Ibrahim, Dr. Adnan Jusoh, Drs. Bambang Budi Utomo,
Bambang Rudito dan Zuliskandar Ramli kerana memberi penghormatan kepada saya
untuk menyampai sepatah dua kata.
Pertamanya buku berjudul Alam Melayu: Satu Pengenalan amat dialu-alukan
kerana ia dapat menyumbang kepada pengetahuan kita tentang definisi alam Melayu serta
kawasan yang terkandung di dalamnya. Keduanya, buku ini diharapkan dapat menjadi
perintis kepada buku-buku lain yang akan memberi perhatian secara terperinci dan khusus
terhadap setiap kawasan dalam alam Melayu. Ketiga, saya berharap mereka yang terlibat
dalam penulisan buku ini akan berusaha untuk menerbitkan lebih banyak buku seperti
teknologi alam Melayu, seni alam Melayu, sejarah alam Melayu dan lain-lain lagi.
Kepada penulis buku perintis ini diucapkan tahniah dan saya berdoa kepada Allah
s.w.t supaya mereka diberi taufik dan hidayah dalam kehidupan mereka.

Sekian, terima kasih.

Prof. Dr. Abdul Latif Samian


Pengarah
Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
Prakata

Pengenalan
Buku ini mengandungi enam bab yang ditulis oleh beberapa orang sarjana dari Malaysia,
New Zealand dan Indonesia. Mereka ialah Dr. Mohamad Zain Musa, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Dr. Adnan Jusoh, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Encik
Zuliskandar Ramli (UKM), Drs. Bambang Budi Utomo, Pusat Penelitian Arkeologi
Nasional (Indonesia), Dr. Bambang Rudito, Institut Teknologi Bandung (Indonesia), Dr.
Wan Salleh Wan Ibrahim, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Emeritus Dato’ Dr.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman (UKM) dan Prof. Emeritus Dr. David Thomas,
Universiti Auckland New Zealand.
Matlamat utama penerbitan buku ini adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar di
institusi pengajian tinggi dan masyarakat di luar kampus Universiti Kebangsaan Malaysia
tentang apa yang dimaksudkan dengan alam Melayu dan juga istilah Melayu-Austronesia
dan asal usul perkataan Melayu dan orang Melayu, mengikut istilah yang kami pegang.
Harapan kami adalah istilah kami akan diguna pakai oleh mereka yang akan menulis tentang
kebudayaan dan tamadun Melayu dan pelbagai aspek lain tentang alam Melayu dan orang
Melayu seperti sejarah, warisan seni, sains, teknologi dan lain-lain lagi.
Pelbagai aspek lain lagi boleh dibincang dalam kajian alam Melayu seperti sains,
teknologi epistimologi, agama, budaya, sosiopolitik, sastera tetapi tidak disentuh dalam
penerbitan pengenalan ini kerana ia adalah pengenalan dan tidak lebih daripada itu. Justeru
itu diharapkan akan terhasil penerbitan lain yang akan memberi fokus kepada pelbagai isu
tertentu memandangkan di Institut Alam dan Tamadun Melayu terdapat pakar daripada
pelbagai disiplin sama ada sains tulen atau sains sosial atau kemanusiaan.
Pengenalan tentang Madagaskar ditulis oleh Zuliskandar Ramli, tentang Indonesia
ditulis oleh Bambang Budi Utomo dan Bambang Rudito, tentang Filipina oleh Adnan
Jusoh, tentang Malaysia, Brunei dan Selatan Thailand oleh Nik Hassan Shuhaimi Nik
Abd. Rahman, tentang New Zealand, Taiwan dan kawasan Funan dan Hainan oleh Wan
Salleh, Mohamad Zain Musa menulis tentang orang Cham dan tentang teori asal usul
Austronesia dibincang oleh David Thomas. Fokus penulisan sebagai penerbitan pengenalan
ialah kepada demografi kawasan berasaskan sebaran bahasa Austronesia dan sempadan
geo-politiknya.

Asal Usul Perkataan “Melayu”


Terdapat beberapa pendapat tentang perkataan yang ada iras-iras dengan perkataan
“Melayu” dan asal usulnya. Dalam epik Ramayana yang dipercayai dihasilkan dalam abad
Alam Melayu : Satu Pengenalan

pertama Masihi ada menyebut nama tempat Malaydvipa yang membawa erti Pulau atau
Semenanjung Melayu. Dalam bahasa Sanskrit berdasarkan kenyataan teks India tersebut
Malayadvipa adalah salah sebuah provinsi di kepulauan timur yang terdapat sebuah bukit
banyak emas dan perak iaitu Mahamalaya. Buku “Geography” yang diusahakan oleh
penulis Byzantine abad 10/11 Masihi berasaskan tulisan Ptotemy abad 2 Masihi menyebut
tempat bernama Maleoukolon (Teluk Melayu).
Nama Melayu itu muncul sekali lagi dalam berita I Ching 671 Masihi tentang
kunjungan beliau ke Srivijaya di Palembang dan perjalanan seterusnya ke India apabila
beliau singgah di Mo-lo-yu dan Chieh-cha (Kedah). Dalam perjalanan pulang ke China
dalam tahun 685 Masihi I Ching singgah sekali lagi di Mo-lo-yu.
Pemakaian bahasa Melayu dapat dikesan pada beberapa prasasti abad ke-7 Masihi,
yang berkait dengan kerajaan Melayu Srivijaya:
1. Prasasti Kedukan Bukit, 682 Masihi
2. Prasasti Talang Tuwo, 684 Masihi
3. Prasasti Kota Kapur (Bangka) 686 Masihi
4. Prasasti Telaga Batu abad 7 Masihi
5. Prasasti-prasasti lain abad 7 Masihi
Dalam inskripsi Cola abad ke-11 Masihi berkait dengan serangan Cola ke atas
kepulauan Melayu disebut nama Malaiyar. Dalam bahasa Jawa dan Mandailing ‘Melayu’
bermakna ‘lari’ dan Tanah Melayu bermaksud ‘tanah untuk pelarian’. Ada pendapat
mengatakan perkataan ‘Melayu’ berasal daripada perkataan Sanskrit ‘Melayu’ bererti
‘bukit’ ataupun tanah tinggi.
Selain daripada itu manusia Melayu dari segi fizikalnya, umumnya, berkulit sawo
matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu lemah lembut serta berbudi
bahasa.
UNESCO dalam tahun 1972 mentakrifkan Melayu sebagai suku bangsa Melayu di
Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Dalam perlembagaan Malaysia perkara 160(2) “Melayu” merujuk kepada seseorang
yang berketurunan Melayu, ataupun seseorang yang menganut agama Islam, mengamalkan
adat istiadat Melayu, bertutur bahasa Melayu, lahir sebelum hari Merdeka sama ada di
Persekutuan Tanah Melayu atau di Singapura atau pada hari Merdeka, dia bermastautin
di Persekutuan atau di Singapura.
Sekiranya Melayu diasaskan kepada penutur bahasa proto-Melayu iaitu Austronesia
sahaja, maka Melayu boleh dimasukkan suku bangsa Melayu di Malaysia, Selatan
Thailand, Indonesia, Filipina, Madagaskar, New Zealand dan pulau-pulau di Lautan
Pasifik.
Berasaskan kepada bahasa terdapat 350 juta orang Melayu daripada 6 bilion seluruh
penduduk dunia iaitu 6 peratus. Jumlah dialek bahasa Austronesia dalam dunia ialah 1268
dan ia merupakan keluarga bahasa kedua terbesar di dunia (Mohd Aroff Ishak, 2007)
selepas keluarga bahasa di Afrika.

10
PRAKATA

Asal Usul Orang Melayu


Terdapat beberapa pendapat tentang tempat asal orang Melayu. Pendapat yang paling
awal mengatakan Melayu berasal dari utara iaitu tanah besar Asia iaitu China. Pendapat
ini didokong oleh mereka daripada mazhab ahli fakir “Vienna School of Thought”. Antara
mereka yang berpegang kepada teori ini ialah Heine Geldern, J.H.C. Kern, J.R. Logen
dan Slametmuljana dan lain-lain khususnya mereka yang pernah belajar di Universiti
Malaya dalam tahun 1960-an dan 1970-an khususnya dalam Sejarah dan Pengajian
Melayu. Mereka percaya asal usul orang Melayu dari Yunan.
Ekoran daripada teori tersebut lahir satu lagi pendapat bahawa orang Melayu berasal dari
Taiwan. Pendapat ini seperti yang difikirkan oleh mereka daripada mazhab Vienna bahawa
kedatangan orang Melayu itu mengikut gelombang iaitu proto-Melayu dan gelombang akhir
ialah Deutro-Melayu sekitar 2500 tahun dahulu. Antara sarjana yang kuat berpegang kepada
teori Taiwan ini ialah Peter Bellwood dan pengikutnya. Pada waktu ini ramai ahli arkeologi
di Filipina dan Indonesia serta Australia yang terikut dengan teori ini.
Sementara Solheim pula berpendapat bahawa asal usul Melayu ialah Jawa dan menyebar
ke Utara. James Collins pula berasaskan kepada kajian bahasa Melayu, percaya bahawa Borneo
adalah tempat asal bahasa Melayu dan orang Melayu dan seterusnya berkembang ke tempat
lain di alam Melayu. Sementara itu, David Thomas memaparkan dua aliran pemikiran tentang
asal usul Melayu. Satu dari Taiwan dan kedua dari Walisa, Timur Indonesia.
Tetapi data-data arkeologi yang dijumpai di alam Melayu menunjukkan bahawa
alam Melayu memiliki warisan tapak arkeologi yang lebih tua daripada tapak arkeologi
di utara. Dari segi bilangan penduduk juga, alam Melayu memiliki penduduk yang besar
jika dibandingkan dengan bilangan penduduk di Taiwan atau Yunan. Dari segi logik tidak
mungkin kawasan yang mempunyai penduduk kecil menjadi tempat asal penyebaran
manusia. Begitu juga tentang penyebaran manusia dikaitkan dengan manusia yang
mencipta beliung/kapak berbahu empat segi sinonim dengan penyebaran manusia tidak
masuk akal kerana penciptaan alat mempunyai kaitan secara langsung dengan fungsi.
Maka fungsi beliung/kapak batu, tidak kira di mana, akan menunjukkan bentuk beliung/
kapak yang hampir sama.
Seperkara lagi, sekiranya berlaku migrasi manusia, ia akan berlaku dalam dua waktu.
Waktu pertama ialah dalam zaman air batu. Waktu itu tanah lebih luas daripada kawasan
air. Maka manusia boleh bergerak dengan mudahnya. Yang kedua, waktu manusia sudah
berjaya mencipta kenderaan perahu. Ia boleh berlaku mulai zaman logam dan bukan
zaman batu.
Kajian berkaitan genom tentang kepelbagaian genetik manusia telah dijalankan
bagi orang Eropah. Buat pertama kalinya, lebih daripada 90 saintis daripada Pan-Asian.
SNP Consortium di bawah Human Genome Organisation (HUGO) melaksanakan kajian
yang sama ke atas 73 kumpulan etnik di Asia Tenggara dan Asia Timur. Pemetaan genetik
bagi Asia ini mempunyai implikasi penting untuk memahami bentuk dan aliran migrasi
dalam sejarah tamadun manusia.
Mengikut kajian tersebut nenek moyang orang Asia mula-mula tiba di India.
Kemudiannya, sesetengah daripada mereka berpindah ke Thailand dan Selatan iaitu

11
Alam Melayu : Satu Pengenalan

Malaysia, Indonesia dan Filipina. Kumpulan pertama telah sampai ke selatan dan tinggal
di sana. Mereka itu termasuk Negrito (Malaysia, Filipina dan Timor Indonesia, New
Guinea). Kemudiannya ada pula yang berpindah balik ke utara melahirkan Austronesia,
Austro-Asiatic, Tai-Kadai, Hmong-Mein dan Altaic. Lebih daripada 90% daripada mereka
di Timur Jauh haplotypes wujud dalam penduduk Asia Tenggara dan Tengah, Asia Selatan
dan menunjuk struktur clinal dengan kepelbagaian haplotype berkurangan dari selatan ke
utara. Dan 50% haplotypes penduduk Timur Jauh terdapat dalam penduduk Asia Tenggara
dan 5% sahaja dalam Tengah Asia Selatan dan menunjukkan migrasi dari selatan ke utara.
Hal ini boleh berlaku kerana kawasan utara amat sejuk Zaman Air Batu. Maka manusia
menuju ke selatan dahulu sebelum naik ke atas/utara dalam zaman pencairan air batu
dan zaman Holosek seterusnya.

Dunia Melayu
Berasaskan kepada bahasa iaitu bahasa “Austronesia” bangsa Melayu merupakan
penutur bahasa yang berasal daripada bahasa Austronesia tersebar daripada Madagaskar
ke kepulauan Pasifik dan di Taiwan di utara. Taiwan dan Madagaskar adalah kawasan
penghujung dunia Melayu. Jadual dialek Austronesia di kawasan berikut: (Mohd. Aroff
Ishak: 2007)
i. Semenanjung Tanah Melayu 1 + (4)
ii. Sumatera 22
iii. Jawa 3
iv. Filipina 160
v. Borneo 153
vi. Sulawesi 114
vii. Taiwan 23
viii. Madagaskar 11

Kesimpulan
Dalam konteks perbincangan dalam buku ini, kami menggalurkan asal usul Melayu
daripada kemunculan Homo sapiens sekitar 65,000 tahun yang lalu dan bukan daripada
tarikh kehadiran Homo erectus di alam Melayu seperti yang telah dilaporkan sebelum
ini yang antara ialah Java Man, Solo Man dan lain-lain lagi. Kami memisahkan kajian
kami daripada Teori Evolusi yang kami tolak selagi tidak terdapat bukti ‘the missing
link’ antara Homo erectus dan lain-lain spesies homo dengan spesies Homo sapiens.
Kewujudan Homo erectus tidak kami nafikan tetapi kami percaya ia juga makhluk Allah
seperti juga Homo sapiens.

Editor
2011

12
Siapa Itu Melayu: Satu Kesimpulan

NIK HASSAN SHUHAIMI NIK ABD. RAHMAN


ZULISKANDAR RAMLI

Pengenalan
Asal usul perkataan Melayu dapat dikesan seawal zaman abad kurun Masihi apabila
Ptolemy, seorang ahli geografi abad ke-2 Masihi menyebut tentang satu tempat bernama
‘Melayu Kulon’ yang bermaksud barat Melayu dalam bahasa Jawa (Anthony Reid,
2004) dan terletak di pantai barat Golden Khersonese, berdekatan dengan sempadan
Burma. Dalam tahun 644 Masihi, Molayu (Jambi) menghantar misi ke negeri China
(Wolters, 1965: 235) I Ching, dalam tahun 671 Masihi sebut “Melayu=Jambi” merupakan
sebahagian daripada Srivijaya. Inskripsi Tanjore, 1025 Masihi menyebut nama kawasan
Malayu dan juga Marco Polo 1293 menyebut nama Malayar di Sumatra (T. Bernard, 2004:
3). Sementara teks Jawa, Pararaton dan Negarakartama menyebut tentang serangan Raja
Kertanegara terhadap Pamalayu iaitu Sumatra dalam tahun 1275 Masihi (T. Bernand,
2004: 3 note 9).
Dalam konteks Perlembagaan Malaysia hari ini Melayu adalah penutur bahasa
Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Justeru itu,
agama Islam adalah penunjuk utama dalam definisi Melayu tanpa mengira asal usul baka
keturunan sama ada India, Arab atau China dan lain-lain. Siapa sahaja yang beragama
Islam, dia adalah Melayu.
Melayu dalam konteks buku ini adalah berasaskan kepada etno-linguistik. Seseorang
itu Melayu sekiranya bahasa asalnya adalah salah satu dialek bahasa Austronesia atau
Melayu-Polinesia. Mohd Aroff Ishak telah menyenaraikan dialek Austronesia di kawasan
berikut (2007):
i. Semenanjung Tanah Melayu 1 + (4)
ii. Sumatra 22
iii. Jawa 3
iv. Filipina 160
v. Borneo 153
vi. Sulawesi 114
vii. Taiwan 23
viii. Madagaskar dan lain-lain 11
Alam Melayu: Satu Pengenalan

Manusia Melayu yang dimaksudkan dalam buku ini harus dibezakan dengan spesies
Homo yang lain seperti Homo erectus, Homo habilis dan Homo Florensiansis. Maka tidak
timbul persoalan perkaitan manusia Melayu dengan Java Man, Solo Man atau Peking Man.
Justeru itu, manusia Melayu ini berketurunan daripada Adam dan Hawa sebagaimana
yang dipegang oleh orang Islam tanpa mengira beliau saintis atau tidak. Pegangan buku
ini adalah tidak menerima Teori Evolusi Darwin dan tidak mengagungkan Wallace yang
banyak berusaha mencari “the missing link” antara pelbagai jenis Homo walaupun beliau
berjaya memperkenalkan Borneo kepada dunia dan melahirkan garis sempadan di antara
Pentas Sunda dan Pentas Sahul yang disebut sebagai ‘Wallace line’.
Zaman permulaan manusia Melayu tidak setua penemuan oleh arkeologis di Bukit
Bunuh, Lenggong, Perak iaitu 1.83 juta tahun. Pegangan kami adalah Homo sapiens
wujud di dunia berdasarkan kajian terkini tidak melebihi 65,000 tahun. Dan penemuan
arkeologi sekiranya benar di Bukit Bunuh bukan Homo sapiens tetapi Homo erectus.
Maka dalam konteks pentarikhan relatif iaitu Sistem Tiga Zaman, tarikh 50,000
– 65,000 tahun termasuk dalam zaman Paleolitik Akhir / Paleolitik Atas dan tidak ada
pertalian darah dengan Homo erectus dan Neanderthal Man.
Kajian di Jawa juga telah menjelaskan bahawa Homo erectus dan Homo sapiens
tidak berkait secara evolusi tetapi kedua-duanya adalah makhluk Allah seperti juga dengan
makhluk lain seperti haiwan dan lain-lain.

Asal Usul Melayu


Teori yang paling awal tentang asal usul Melayu ialah teori yang diketengahkan oleh
Heine-Geldern dan pengikutnya dari Vienna School of Thought dalam tahun 1930-an
(Heine-Geldern, 1945). Pegangan teori ini berlandas kepada budaya material iaitu kapak
beliung/batu empat segi (quadrangular adze culture) yang dipercayai dikembangkan oleh
keturunan manusia Austronesia. Pengguna teori ini pada waktu itu ramai. Antaranya ialah
Tweedie (1953), Sieveking (1955), Sorensen (1964) Heekeren (1967) dan Duff (1970).
Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada awal tahun 1960-an
juga pengikut teori tersebut. Ada sesetengah mereka percaya bahawa migrasi berlaku
dari Yunan ke Asia Tenggara. Tetapi ada pensyarah dan penyelidik di Jabatan Sejarah,
Universiti Malaya tahun 1960-an menolak teori tersebut. Antaranya Alastair Lamb, B.A.V.
Peacock, F.L. Dunn dan lain-lain. Mereka berpegang kepada kepercayaan bahawa segala
perubahan berlaku kerana ‘local genius’ bukan kerana migrasi.
Pengikut teori migrasi utara ke selatan melihat kebudayaan Austronesia tersebar
melalui dua laluan utama, iaitu laluan pertama ialah dari China ke Taiwan, Filipina,
Borneo, Polinesia dan Indonesia. Laluan kedua ialah dari China ke Vietnam, Laos,
Kemboja, Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Penyebaran itu berlaku melalui jalan
laut dan zamannya adalah zaman Neolitik. Zaman tersebut belum mengenali bahan logam
sama ada tembaga, gangsa atau besi. Kapak, beliung dan pisau kesemuanya dibuat daripada
batu. Maka tidak mungkin wujud “effective sea-faring” dalam Zaman Neolitik.

234
siapa itu melayu: satu kesimpulan

Arkeologi Pra-Islam Pesisir Selat Melaka: Evolusi atau Migrasi / 13

RAJAH 1. Contoh kapak/beliung batu empat segi

Heine-Geldern (1945) mengguna tiga data utama dalam membahaskan asal usul
orang Melayu iaitu kapak/beliung batu empat segi, pertanian dan bahasa Austronesia.
Pengikutnya iaitu Sorensen (1964), Van Heekeren (1967) dan Duff (1970) menambah
data tembikar tanah dalam membahaskan isu migrasi. Mereka berpendapat bahawa
beberapa jenis tembikar tanah yang dijumpai di Semenanjung Tanah Melayu dan Thailand,
khususnya di Gua Cha (Kelantan), Sai Yok dan Ban Kao di Thailand ada kaitan dengan
kedatangan orang Austronesia.
Sorensen (1964) pernah menyatakan bahawa memang menakjubkan bilangan yang
selari dari segi bentuk dan hiasan terutama tembikar jenis kaki tiga dan jenis hitam yang
banyak sekali dijumpai di tiga tempat, di Thailand dan Semenanjung Tanah Melayu.
Namun, kebanyakan sarjana bersetuju bahawa amat sulit untuk membuktikan
bagaimana tembikar tanah jenis “Lungshanoid” boleh sampai ke Semenanjung. Mereka
menekan bahawa betapa susah untuk mengandaikan jalan, cara dan fakta penyebaran
tanpa laporan tentang tapak perhentian sementara di pantai selatan China dan Indo-
China. Namun Duff (1970) merasakan sekiranya hipotesis Chang (1962) digunakan
berhubung dengan kebudayaan Lungshanoid, kemungkinan besar masalah itu dapat
diatasi. Hipotesis ini juga dapat menunjukkan adanya tapak perhentian sementara
kerana kebudayaan Lung Shan tersebar di sekitar pantai selatan China mengikut
waktu fasa Lungshanoid berkembang ke selatan Sungai Pearl dan Teluk Kanton
(China). Kebudayaan Lung Shan mampu bergerak ke selatan mengikut pantai Lembah
Yangtse dan bercantum dengan kebudayaan tempatan penduduk maritim (pra-Han) dan
berkembang ke Sungai Pearl dan Teluk Kanton dari Kanton kebudayaan itu digerakkan
melalui migrasi jalan laut ke Teluk Tongking untuk memecah pemencilan Mesolitik
yang telah lama tidak berubah, iaitu kebudayaan jenis Bacson-Hoabinh yang dibawa
oleh masyarakat Australo-Melanesoid.

235
Alam Melayu: Satu Pengenalan

Untuk menyimpulkan pendapat golongan beraliran migrasi (penutur bahasa


Austronesia) zaman Neolitik, saya petik kata-kata Wheatley (1966) yang menyatakan
bahawa:
“Begitu juga dengan mengganti tempat mereka yang merayau di Semenanjung dari Milenium
ke-9 sehingga ke-3 sebelum Masihi meninggal kesan yang kekal di dalam negeri. Mereka itu
orang Melanesoid, penghuni gua batu kapur, terhad di kawasan tengah dan utara Semenanjung. Di
dalam kawasan ini setiap gua dan batu perlindungan yang saiznya cukup untuk digunakan sebagai
kediaman dan jauh dari banjir kini terbukti sebagai kediaman masyarakat Mesolitik – mereka itu
berevolusi daripada kehidupan memungut hasil hutan kepada pemburu yang mahir. Serangan
pertama terhadap hutan, walaupun terhad, dibuat oleh kumpulan penanam pertama yang masuk
ke Semenanjung, nenek moyang kepada orang Melayu dan Indonesia yang masuk secara perlahan
di utara pada 2,5000 ke 1,500 S.M. Beberapa abad sebelum Masihi – mereka itu, atau imigran
yang kemudian telah tahu mengguna alat daripada logam”.

Bukti Arkeologi Menolak Teori Migrasi


Kebudayaan Neolitik di Asia Tenggara termasuk kawasan pesisir Selat Melaka dilihat
oleh Heine-Geldern, Sorensen, Heekeren, Duff dan beberapa orang lain sebagai yang
datang dari luar Asia Tenggara dan kemungkinan besar dari China. Kebudayaan ini
dibawa oleh pendatang baru iaitu penutur bahasa Austronesia kerana dua bukti utama iaitu
“kebudayaan kapak/beliung batu empat segi” dan beberapa jenis tembikar, khususnya
tembikar jenis kaki tiga namun, kajian terperinci terhadap kapak/beliung batu dan tembikar
tanah yang dikatakan sama dengan jenis yang terdapat di tanah besar Asia Tenggara tidak
menunjukkan wujud ciri yang betul-betul sama. Sifat kapak/beliung empat segi dan juga
sifat tembikar, khususnya tembikar jenis kaki tiga berbeza dari segi saiz, bentuk dan
kandungan bahan yang digunakan. Perbezaan itu bukan setakat di antara dua kawasan
besar itu sahaja tetapi, tembikar tanah kaki tiga di pesisir Selat Melaka juga berbeza
dengan tembikar tanah yang terdapat di Thailand.
Dalam setiap penyelidikan arkeologi tapak Neolitik pelbagai jenis alat batu dijumpai.
Kapak dan beliung batu berbentuk empat segi dengan saiz yang sama menimbulkan
tanda tanya. Walaupun bentuk empat segi menunjukkan fungsinya namun tentu wujud
dengan saiz yang berbeza-beza. Maka untuk menggunakan teori bahawa “kebudayaan
Quadrangular Adze”, diperkenalkan oleh pendatang Austronesia sahaja adalah tidak logik
kerana kapak/beliung jenis itu boleh wujud di mana-mana. Apa yang dapat dilihat dalam
himpunan artifak Neolitik adalah himpunan campuran dan asal usulnya bukan dari China
tetapi dari tempat itu sendiri.
Sebagai contoh beliung batu telah dijumpai di beberapa tapak di Kedah, Perak,
Selangor, selatan Thailand dan Sumatera, tetapi setiap kapak/beliung itu berbeza di antara
satu sama lain daripada segi saiz dan bahan. Maka bentuk empat segi itu dibuat kerana
fungsinya sebagai kapak/beliung mestilah memiliki bentuk sedemikian. Kajian terhadap
alat batu Neolitik menemui dua jenis artifak batu yang terdapat di Tanah Melayu dan
Sumatera, tetapi tidak terdapat di Sai Yok atau Ban Kao. Alat tersebut ialah kapak dan

236
siapa itu melayu: satu kesimpulan

penumbuk batu membuat kain kulit kayu. Lebih daripada dua puluh alat batu pemukul
kulit kayu dijumpai di gua dan tapak terbuka. Penemuan ini bukan sahaja berkaitan
dengan himpunan budaya Neolitik, tetapi bersama jenis alatan Mesolitik/Hoabinh akhir
seperti di Gua Kelawar (Perak) dan Gua Madu (Kelantan). Implikasi daripada bukti ini
menunjukkan artifak kapak dan penumbuk batu adalah dari lapisan budaya yang sama,
iaitu Neolitik dan pra-Neolitik. Tetapi kedua-dua artifak batu itu tidak termasuk di dalam
jenis kapak/beliung batu empat segi Heine-Geldern atau Roger Duff.
Jenis kapak/beliung batu empat segi yang belum dilicinkan juga pernah dijumpai di
tapak Neolitik di Jenderam Hilir (Selangor). Sifatnya menunjukkan ia belum masuk ke
tahap Neolitik. Maka bukti itu menolak teori bahawa pengasas kebudayaan Neolitik di
Jenderam Hilir itu datang dari luar. Di samping itu tembikar tanah kaki tiga yang dijumpai
dari Jenderam Hilir adalah hasil ciptaan masyarakat Neolitik yang berasal dari Jenderam
Hilir dan bukan pendatang.
Gelang batu yang didapati di Semenanjung Tanah Melayu juga didapati di tapak
yang menghasilkan kebudayaan Logam di tenggara Thailand. Manakala kebanyakan
alat batu pemukul kulit didapati di kawasan bijih timah di Semenanjung dan Sumatera.
Maka kemungkinan besar fasa Neolitik terkemudian di Semenanjung telah mewujudkan
hubungan perdagangan dengan masyarakat Zaman Logam di tenggara Thailand.
Adalah jelas bahawa perdagangan melalui jalan darat dan dalam kawasan alam
sekitar yang sama adalah faktor yang membawa perubahan kepada budaya Neolitik
di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera pada fasa akhir Neolitik dan bukan oleh
pendatang. Hala perdagangan adalah pedalaman-persisiran, pedalaman-pedalaman dan
persisiran-pedalaman.
Perdagangan prasejarah yang mungkin wujud sejak lebih kurang 10,000 tahun
dahulu, telah berkembang di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera fakta ini
berdasarkan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung bahan arkeologi yang
terkumpul sepanjang seratus lima puluh tahun yang lepas. Perdagangan adalah antara
penduduk kawasan pantai dan pedalaman. Tetapi pada tahap pra Zaman Logam pergerakan
perdagangan masih perlahan dan amat sedikit.
Terdapat bukti yang cukup untuk menunjukkan wujudnya pertukaran persisiran-
pedalaman di Semenanjung Tanah Melayu. Kulit kerang jenis marin dijumpai di tapak
prasejarah Gunung Cheroh (Perak), Gua Kerbau (Perak), Bukit Chintamani (Pahang),
Gol Bait (Perak), Gua Angin (Pahang) dan Bukit Chuping (Perlis). Kulit kerang pantai
diniagakan di antara pantai – pedalaman melalui beberapa peringkat orang tengah sebelum
tiba ke destinasi di pedalaman. Tidak mungkin orang-orang pantai atau pedalaman
berulang-alik di antara pantai dan kawasan pedalaman yang terpencil.
Kulit siput pantai ditukar dengan barangan hutan seperti rotan, kulit kayu dan
mungkin juga batu untuk membuat alatan batu. Aktiviti pertukaran barang di zaman
prasejarah meningkat mulai 3000 S.M. Beberapa tapak pedalaman telah menghasilkan
barangan perdagangan yang datangnya bukan sahaja daripada kawasan pantai, tetapi
juga daripada utara terutamanya tenggara dan tengah Thailand. Antara barangan itu
ialah tembikar tanah. Corak perdagangan yang bermula lebih kurang 3000 S.M. adalah
pedalaman-pantai dan pedalaman (Malaysia) – pedalaman (Thailand).

237
Alam Melayu: Satu Pengenalan

Bukti menunjukkan pertukaran perdagangan adalah di antara masyarakat pantai dan


pedalaman. Kajian arkeologi ke atas bahan daripada tapak bertarikh di antara 3000 S.M.
ke-1500 Masihi telah memberi pancaran baru tentang pola rangkaian perdagangan pada
masa itu. Namun tafsiran ahli arkeologi bersentimen teori migrasi mempercayai bahawa
pelbagai kemajuan teknologi dan budaya baru daripada tapak Neolitik datang ke kawasan
Selat Melaka melalui hubungan maritim atau melalui pendatang daripada pusat budaya
yang lebih maju di tanah besar Asia dalam perjalanan ke pulau Asia Tenggara.
Hasil daripada penyelidikan arkeologi dan analisis bukti arkeologi di pesisir selat
Melaka menunjukkan kemunculan tiba-tiba barangan baru di zaman Neolitik adalah
disebabkan perdagangan antara kawasan bukan melalui perpindahan penduduk atau
migrasi.

Dari Mana Datangnya Melayu


Berdasarkan kajian terkini yang melibatkan kajian Perubahan Suhu Dunia (Cuaca),
DNA dan arkeologi dipercayai migrasi manusia bermula di Afrika iaitu dari kawasan
sejuk ke kawasan yang lebih panas. Kawasan tersebut terletak di sekitar Khatulistiwa.
Maka manusia awal daripada keturunan Adam dan Hawa bermigrasi ke kawasan Timur
Tengah, ke Mediteranean, ke India dan Asia Tenggara melalui daratan kerana kawasan
darat lebih luas daripada kawasan laut kerana penurunan paras laut. Maka dari Afrika
manusia bermigrasi ke Asia Tenggara dan naik ke Vietnam, Taiwan, China, Jepun dan
Korea. Dari China manusia menyeberangi Berring Strait ke Kanada, Amerika Utara dan
Amerika Selatan. Yang bermigrasi ke utara akan menuju ke Kutub Utara.
Pergerakan itu berlaku dalam zaman Pleistosen (Air Batu Akhir). Dengan berlakunya
kenaikan paras air laut lebih kurang 10,000 tahun dahulu masa manusia sebaka ini terpisah.
Tetapi apabila manusia memiliki teknologi “effective sea-faring” maka manusia sebaka
ini bercantum semula melalui jalan laut. Maka bermulalah ‘reversed migration’ dan
perdagangan di antara kawasan dan antarabangsa yang mengakibatkan kelahiran manusia
yang rupa paras bercampur aduk seperti yang kelihatan pada hari ini. Kedatangan Barat ke
kepulauan Pasifik dan Amerika Selatan juga melahirkan manusia pelbagai rupa paras.
Proses perubahan yang dilalui oleh manusia di dunia setelah keluar dari Afrika
melahirkan manusia Caucasoid, Mongoloid dan Negroid di dunia. Mereka yang tidak
melalui proses kahwin campur dan kekal di kawasan panas akan kekal dengan rupa Negroid
mereka itu terdapat di Afrika, Pulau Andaman, di beberapa tempat di Asia Tenggara (alam
Melayu) di New Guinea, Australia dan New Zealand dan kepulauan Pasifik. Mereka yang
bermigrasi ke Eropah melahirkan manusia Caucasoid dan ke utara melahirkan Mongoloid.
Apabila Mongoloid berkahwin dengan Negroid melahirkan Melayu. Proses itu mengambil
masa beribu tahun dan berlaku semenjak zaman prasejarah.
Pada hari ini terdapat kaedah saintifik untuk melihat hubung kait baka di antara
satu masyarakat dengan satu masyarakat iaitu kaedah DNA. Kaedah itu mengesahkan
bahawa wujud perkaitan baka di antara orang Asli Negrito dengan warisan rangka manusia
berumur 65,000 di Afrika. Sementara kajian yang dibuat pakar genetik di Universiti Sains

238
siapa itu melayu: satu kesimpulan

Malaysia dengan orang asli di Yunan menunjukkan mereka itu berkait. Namun kesimpulan
mereka itu yang mengatakan Melayu itu berasal dari Yunan boleh balik kepada kenyataan
bahawa orang Yunan itu asalnya dari Asia Tenggara.
Ada kumpulan sarjana yang berpegang kepada kepercayaan bahawa orang Melayu
berasal dari Taiwan. Mereka itu dipelopori oleh Peter Bellwood. Pada hari ini mereka
percaya tembikar jenis ‘Lapita’ dan pertanian dibawa dari Taiwan ke Filipina dan Asia
Tenggara dan ke kepulauan Pasifik. Namun kita berasal di alam Melayu dan berkembang
ke Taiwan melalui perdagangan apabila berlaku ‘effective sea-faring’.

Kesimpulan
Berasaskan kepada kajian turun naik paras laut, DNA dan budaya material dapat
disimpulkan bahawa manusia Melayu bukan berketurunan daripada Homo erectus tetapi
daripada Homo sapiens yang keluar daripada Afrika/Timur Tengah. Dari kawasan asal
mereka berpindah ke kawasan lebih panas dalam zaman Pleistosen. Waktu tersebut tanah
darat lebih luas daripada laut dan hampir seluruh kepulauan Melayu bercantum.
Budaya material seperti kapak batu/beliung empat segi tidak mungkin dapat
dijadikan bukti manusia bermigrasi dari Utara ke Selatan kerana alat batu dicipta manusia
kerana keperluan dan bukan sesuatu yang sulit untuk menciptanya. Kemungkinan besar
ia dicipta secara berasingan. Begitu juga dengan tembikar tanah di zaman Neolitik. Tetapi
di Zaman Logam mungkin penyebaran melalui perdagangan.

239

View publication stats

You might also like