You are on page 1of 1

KOLONIALISME

Kolonialisme merupakan istilah yang digunakan terhadap gerakan pengembangan


kekuasaan terhadap sesuatu wilayah, negara atau kawasan tertentu. Kebiasaannya ia
bertujuan untuk menguasai pihak yang dikoloni daripada sudut politik, ekonomi serta
intelektual. Lazimnya pengkoloni akan dilihat lebih berkuasa daripada pihak yang
dikoloni. Aktiviti pengkolonian telah bermula seiring dengan perkembangan awal
manusia dalam skala yang terhad dan ia terus berkembang sehinggalah pada zaman
revolusi industri pertama di barat. Pada zaman ini pengkolonian mulai wujud dalam
bentuk skala yang lebih besar. Kepesatan teknologi perhubungan telah menjadi faktor
pemangkin kepada pemesatan aktiviti ini. Negara pengkoloni seperti Portugis, Perancis
dan Belanda mulai melakukan ekspedisi ke serata dunia khususnya melalui jalan laut.
Mereka mencari penempatan serta negara luar untuk diletakkan dibawah pengkolonian
mereka (Muhammad Aslah, Mohd Shazwan & Mohd Bin Samsudin, 2016, Rosliha,
2000).

RUJUKAN

Muhammad Aslah, Mohd Shazwan & Mohd Bin Samsudin. (2016). ‘Kolonialisme
British Terhadap Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Ketika Perang Dunia Pertama’
dalam Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan. Isu Khas 2 Oktober 2016, h. 83-95.
Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosliha (2000). Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu : Rujukan Khas


Kepada Kuasa Penjajah British. Tesis Ijazah Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti
Malaya

You might also like