You are on page 1of 3

Aktiviti Hari Guru 2013

Program Hari Guru 2013 dan Senarai Aktiviti Festival Hari Guru dirancang untuk
meraikan setiap guru-guru sekolah. Bagai Festival Hari Guru, harapan murid-murid
pada Hari Guru agar guru mereka terhibur dan gembira dengan aktiviti dah
persembahan dari murid untuk guru sempena Sambutan Hari Guru 2013.

Perhimpunan Hari Guru


Perhimpunan Sambutan Hari Guru di Tapak Perhimpunan Rasmi Sekolah.
Perhimpunan ini juga boleh diadakan di Dewan Sekolah. Sempena Sambutan Hari Guru,
Guru-Guru biasanya memakai Pakaian Rasmi Sekolah yang seragam.

Perutusan Hari Guru 2013


Bacaan Perutusan Hari Guru 2013. Dalam Perhimpunan Rasmi Hari Guru Perutusan
Hari Guru dibaca oleh seorang guru yang ditetapkan. Biasanya Perutusan Hari Guru
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dibaca oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru
Penolong Kanan dan seterusnya membaca Perutusan Hari Guru seterusnya mengikut
pangkat dalam organisasi.

Ucapan Murid untuk Guru


Ucapan oleh Ketua Murid untuk semua guru. Ucapan untuk guru ini memberi
peluang kepada murid menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada
semua guru yang telah mendidik mereka.

Puisi Hari Guru


Deklamasi Puisi Sajak dan Pantun oleh Murid untuk guru. Sajak Hari Guru ini memberi
peluang kepada murid menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada
semua guru yang telah mendidik mereka melalui puisi.

Ikrar Guru
Guru membaca Ikrar Hari Guru 2013 dan diikuti oleh guru-guru lain.

Lagu Tema Hari Guru 2013


Nyanyian Lagu Tema Hari Guru 2013 oleh Guru-Guru secara berkumpulan. Selain
dinyanyikan di Perhimpunan, Lagu Tema Hari Guru ini juga boleh dinyanyikan di Dewan
sebelum Persembahan Murid Hari Guru diadakan.

Lagu Guru Malaysia


Nyanyian Lagu Guru Malaysia oleh Guru-Guru secara berkumpulan. Selain
dinyanyikan di Perhimpunan, Lagu Tema Hari Guru ini juga boleh dinyanyikan di Dewan
sebelum Persembahan Murid Hari Guru diadakan.
Bertukar Hadiah Sesama Guru
Guru bersalaman sesama guru sambil mengucapkan Selamat Hari
Guru dan bertukar-tukar hadiah. Pertukaran Hadiah ini biasanya dirancang awal
dengan cara undian pasangan.

Hadiah Hari Guru


Hadiah untuk Guru dari murid-murid. Murid-murid memberi hadiah sempena Hari
Guru kepada guru-guru secara terus. Ia sesuai diadakan ketika waktu rehat sebelum
melakukan aktiviti sukan atau Sukaneka Hari Guru.

Sukan Hari Guru


Sukan Sempena Hari Guru. Pertandingan sukan antara guru dan murid.
Acara Sukaneka Sempena Hari Guru. Sukan-sukan ringan menjadi pilihan utama
untuk pertandingan sukan Hari Guru ini.

Persembahan Hari Guru


Persembahan dari murid untuk menghiburkan guru. Biasanya Persembahan
Nyanyian, Sketsa Lakonan, Deklamasi Puisi Sajak dan Pantun selalu menjadi
pilihan untuk dipersembahkan kepada guru. Guru-guru juga boleh membuat
persembahan pada hari guru tersebut. Cikgu Dali Sokesto Suka Menyanyi

Guru Penyayang dan Guru Popular 2013


Guru Penyayang atau Guru Popular selalunya diumumkan pada setiap Hari Guru.
Hadiah untuk Guru Penyayang Hari Guru 2013. Pemilihan Guru Penyayang dilakukan
secara undian dari murid-murid seminggu sebelum Sambutan Hari Guru diadakan.

Jamuan Hari Guru


Jamuan Hari Guru, Penutup Sambutan Hari Guru. Jamuan untuk Guru ini biasanya
diadakan di sekolah dan diuruskan oleh kantin sekolah itu sendiri.

Penutup Hari Guru


Majlis penutupan Program Hari Guru 2013 diakhiri dengan slawat dan aktiviti
berslaman antara guru sesama guru dan guru sesama murid.

Kesimpulan Hari Guru


AKTIVITI SEMPENA HARI GURU 16 MEI , PERHIMPUNAN HARI GURU, PERUTUSAN HARI GURU 2013, LAGU TEMA HARI GURU
2013, UCAPAN MURID UNTUK GURU, SAJAK HARI GURU, IKRAR GURU, BERTUKAR HADIAH SESAMA GURU, HADIAH HARI
GURU, SUKAN HARI GURU, PERSEMBAHAN HARI GURU, GURU PENYAYANG, GURU POPULAR, JAMUAN HARI GURU, FESTIVAL
HARI GURU, PENUTUP PROGRAM HARI GURU

You might also like