You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL GERIK

33300 GERIK, PERAK

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET / ALIH HARTA


SEKOLAH

Bil 3/2012

Tarikh : 08/10/2012

Tempat : Pusat sumber Sekolah

Masa : 2.00 petang

Pengerusi : En. Vijeya Raj A/L Maniyan

Kehadiran

1. J Balachandran a/l Jayaram Guru Kanan Pentadbiran


2. Kuganathan a/l Pathmanathan Ketua Panitia Sains
3. Mangleshwary a/p Krishnan Ketua Panitia Sivik
4. Balraj a/l Pusparajah Ketua Panitia Muzik
5. Punitha a/p Muniandy Ketua Panitia Bahasa Melayu
6. Vijeya Raj a/l Maniyan Ketua Panitia Matematik
7. Salkiah Bt Mazlan Ketua Panitia Bahasa Inggeris
8. Shamani a/p Appalasamy Ketua Panitia Pendidikan Moral

Turut Hadir

9. Pn.Selvarani a/p Muniandy PJK (Guru Besar)


1.0 UCAPAN PENGERUSI
Pengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa JKPAK ke
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Kali Pertama Bil. 3/2012.

2.0 MEMBENTANGKAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Minit mesyuarat disahkan oleh Cik. Mangleshwary a/p Krishnan dan disokong oleh Cik. Punitha a/p
Muniandy.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 KEW.PA-4 DAN KEW.PA 5


Tindakan menyelaraskan pergerakan aset dan penempatan aset harus dikemaskini.
Ramai guru sugar memastikan pergerakan aset dari satu tempat ke tempat lain.
Pengemaskinian senarai aset perlu disegerakan supaya senerai rekod tidak tercicir.

Tindakan : Pegawai Aset

4.0 MEMBENTANGKAN KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH KERAJAAN

4.1 Pendaftaran Aset


Semua penerimaan aset ini telah didaftar ke dalam KEW PA 2 dan KEW PA 3. Tindakan
susulan Unit Pengurusan Aset Sekolah ialah mengemaskini rekod KEW PA 7 di
Bahagian/Unit yang menerima aset berkenaan. Harta Perolehan yang terbaharu adalah
Notebook Dell Inspiron N4050. ( Rujuk lampiran KEW.PA 4 dan KEW.PA 8)

4.2 Penyelenggaran Aset


Unit Pengurusan Aset akan mengambil tindakan penyelenggaraan berdasarkan borang
aduan kerosakan yang diterima. Sehingga kini, Unit Pengurusan Aset Sekolah tiada
menerima aduan kerosakan dari guru dan kakitangan sekolah.

4.3 Kehilangan Dan Hapus Kira

(Tiada)

5.0 LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN

Sehingga kini tiada rekod selepas melakukan pemeriksaan aset alih kerajaan oleh Lembaga
Pemeriksa Pelupusan Sekolah En. J Balachandran A/L Jayaram. Segala aset sekolah disimpan
dengan baik.

5.0 LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN

(Tiada)
Makluman

6.0 LAPORAN TINDAKAN SURCAJ / TATATERTIB

(Tiada)
Makluman

7.0 MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN

Guru-guru yang bertanggungjawab perlu memastikan segala aset alih kerajaan direkodkan sebelum
didaftar dan diguna. Kelegaan merekod pengurusan aset alih kerajaan menyebabkan data tercicir
dan kesukaran merekod data yang baharu. Sebarang masalah dalam merekod pengurusan aset alih
kerajaan akan dibantu oleh dua orang guru En.Kuganathan a/l Pathmanathan dan Pn. Salkiah Bt
Mazlan yang ditugaskan sebagai pembantu pegawai.

Makluman

8.0 SISTEM MYSPATA

Pengerusi menerangkan tentang penggunaan sistem terbaru yang digunakan olah Kementerian
Pelajaran Malaysia iaitu sistem bagi pendaftaran daftar aset khusus (DAK) sistem MySPATA. Pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang meluaskan penggunaan sistem mySPATA bagi
pendaftaran Data Aset Khusus (DAK) setelah pihak Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK)
memutuskan setiap kementerian perlu menyelesaikan data-data tersebut menjelang Jun 2012.
Pihak PPD Hulu Perak telah mengadakan Taklimat Training of Trainer (TOT) Sekolah bagi mendaftar
sistem tersebut. Katalaluan serta nama ID sekolah diberikan pada taklimat tersebut. (lampiran
laporan data diselit bersama).

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Pergerakan Aset Alih Kerajaan


Setiap pergerakan aset alih kerajaan di perkhidmatan perlu dilaporkan kepada Unit
Pengurusan Aset Sekolah untuk tujuan pemantauan. Guru-guru yang menggunakan aset
alih sekolah perlu merekod pada KEW.PA 6 supaya pergerakan harta modal dan
inventori dapat didaftar.

Makluman : Semua Guru


9.2 Penyimpanan Daftar / Rekod Aset

Unit Pengurusan Aset Sekolah akan menyimpan daftar asal dan salinan dokumen perlu
di simpan di lokasi penempatan. Setiap bahagian dan unit yang terlibat dengan
penerimaan aset perlu mendaftar dan menyelenggarakan maklumat aset tersebut bagi
memudahkan pemeriksaan aset dilakukan.

Tindakan : Guru-guru

9.4 Penempatan Aset


Semua aset perlu berada di lokasi yang telah dinyatakan di dalam daftar aset agar
pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebarang pergerakan perlu
dilaporkan kepada Unit Pengurusan Aset Sekolah dengan segera.
Makluman

9.5 Pelabelan Aset


Unit Pengurusan Aset Sekolah perlu menyediakan sistem pelabelan yang sistematik
supaya harta aset sekolah tidak dicicir dan tiada rekod. Ini bertujuan untuk
memudahkan proses mengenal pasti kewujudan dan penempatan aset sekolah semua
warga sekolah.

Tindakan : Guru-Guru

9.6 Taklimat Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan


Semua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan aset
perlu diberikan penerangan lebih khusus berkaitan Pekeliling Perbendaharaan Bil 5
Tahun 2007 agar tidak timbul kekeliruan semasa menjalankan tugas. Ini secara tidak
langsung dapat memperbaiki kelemahan semasa menguruskan aset sekolah.

Tindakan : Unit Pengurusan Aset Sekolah

9.7 Taklimat Pengurusan Aset


Adalah dimaklum bahawa 2 orang peserta iaitu En.Vijeya Raj a/l Maniyan (Guru Aset
Sekolah) dan En. J Balachandran A/L Jayaram ( Lembaga Pemeriksa Pelupusan) akan
menghadiri Taklimat Pengurusan Aset pada 11.10.2012. Guru-guru tersebut perlu
membawa dokumen seperti berikut bersama:-
(i) Salinan KEW.PA 1 hingga 33 yang telah kemaskini.
(ii) Salinan KEW.PA 1 hingga 33 yang kosong

Tindakan : Guru Aset dan Lembaga Pemeriksa Pelupusan

10.0 PENUTUP

Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan untuk memastikan aset
sekolah berada di dalam keadaan terkini. Mesyuarat ditagguhkan pada pukul 3.30petang.
Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

--------------------------- ----------------------------------
(VIJEYA RAJ A/L MANIYAN) (PN.SELVARANI A/P MUNIANDY)
SETIAUSAHA GURU BESAR
ASET/ALIH HARTA SEKOLAH SJK (T) GERIK

You might also like