You are on page 1of 6

OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

1. Pendahuluan
Peningkatan kadar kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan
obes di kebanyakan Negara maju dan membangun sangat membimbangkan. Ini adalah
disebabkan oleh cara hidup yang diamalkan terutama dari segi pemakanan serta kurang
melakukan aktiviti seperti bersenam atau bersukan.Menurut statistic Kajian Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan,15.1 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti. Keadaan ini
telah meletakkan Malaysia pada kedudukan nombor enam di Asia mengalahkan beberapa
buah Negara Asia Barat. Selain itu, juga dilaporkan bahawa hampir setengah juta remaja
berumur 18 tahun ke bawah mengalami masalah obesiti. Masalah obesity bukan sahaja
berlaku di Negara kita ,malah boleh dikatakan kebanyakan Negara di dunia mengalaminya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2012, menganggarkan lebih kurang 22
juta kanak-kanak di seluruh dunia mengalami masalah berat badan dan ini bermakna
masalah obesiti di kalangan kanak kanak telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh 20
tahun kebelakangan ini. Kelaziman yang telah meningkat pada kadar yang
membimbangkan.Di peringkat global,pada tahun 2013, bilangan kanak-kanak berlebihan
berat badan di bawah usia lima tahun dianggarkan lebih 42 juta.
Obesiti selalunya dikaitkan dengan kegemukan akibat makan terlalu banyak Obesiti
merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Ia akan
menjadi satu penyakit apabila tisu-tisu lemak menjadi terlalu banyak. Obesiti jika tidak di
kawal boleh mengakibatkan kecederaan organ-organ dalam badan seterusnya
menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti penyakit jantung ,tekanan darah
tinggi dan diabetes. Orang yang mengalami masalah obesiti tidak dapat menikmati
kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang berat akan membataskan pergerakan
mereka.

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti lazimnya akan mengalami berat badan
apabila dewasa kelak. Kenapa obesiti berlaku pada kanak-kanak? Ia adalah kerana
perubahan cara hidup,kurang melakukan aktiviti fizikal serta perubahan dalam tabiat
pemakanan.
Isu obesiti di kalangan pelajar bukan sahaja hangat dibincangkan di dalam media tetapi
juga menerusi Pendidikan Kesihatan yang diajar di sekolah.Sehubungan itu, Ewles dan
Simnet (1986) juga menyatakan bahawa pendidikan yang diusahakan seringkali bertujuan
untuk mencapai satu atau lebih matlamat kesihatan. Pendidikan Kesihatan mempunyai
matlamatnya yang tersendiri iaitu peka atau sedar terhadap kesihatan,menyampaikan
pengetahuan,menimbulkan kesedaran diri,mengubah sikap,membuat keputusan,mengubah
tingkahlaku dan mengubah status social. Dengan adanya matlamat-matlamat ini diharapkan
agar masalah obesity yang berlaku di kalangan pelajar atau kanak-kanak di seluruh dunia
dapat di atasi.
2. ULASAN DARI LIMA ARTIKEL.

Berdasarkan penelitian yang dibuat terhadap lima artikel yang telah dibaca mendapati
masalah obesity di kalangan kanak-kanak dan remaja sangat membimbangkan kerana
jumlahnya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Data yang diperolehi daripada CDC
(Centers for Disease Control and Prevention) mendapati 17% peratus kanak-kanak dan
remaja berumur antara 2 hingga 19 tahun di Amerika Syarikat adalah obes ,berbanding
dengan data yang diperolehi dari NHANES (National Health and Nutrition Examination
Survey) yang telah dijalankan antara tahun 1976-1980 dan 2007 – 2008 menunjukkan
perubahan dari 6.5 % kepada 19% di kalangan kanak-kanak berumur 6 hingga 11
tahun,manakala yang berumur 12 hinnga 19 tahun peningkatan jumlah obes adalah dari
5.0 % kepada 19.6%.

Dalam satu kajian lain yang telah dijalankan oleh Youfa Wang dan Barry M Popkin [1] dan
Carlos Monteiro[2](2000),mendapati peningkatan berat badan kalangan orang dewasa dan
kanak-kanak kebanyakkannya berlaku Negara-negara yang sedang membangun dan
Negara-negara berpendapatan tinggi.
Obesiti mempunyai etiologi kompleks yang berkaitan dengan kedua-dua genetik
dan faktor persekitaran,di mana berlakunya ketidakseimbangan antara pengambilan tenaga
dan tenaga yang digunakan.Obesiti di kalangan pelajar atau kanak-kanak mungkin dapat
dihindari dengan adanya kesedaran terhadap kesihatan di kalangan ibu bapa serta
masyarakat sekeliling. Semua pihak perlu peka terhadap masalah ini dan mengambil
tindakan yang wajar untuk menanganinya. Menurut Nyberg et aI(2011) punca obesity dalam
kalangan kanak-kanak adalah pelbagai seperti tabiat makan yang tidak sihat,kurang aktiviti
fizikal dan gaya hidup sedentari. Beliau juga telah mengenal pasti bahawa pengetahuan,
sikap, kegemaran, cara penjagaan dan pengawalan, teladan ,kesediaan dan kecekapan ibu
bapa untuk berubah merupakan faktor-faktor yang boleh diubah demi mempengaruhi tabiat
makan dan aktiviti fizikal dan seterusnya perkembangan berat badan anak-anak mereka.
2.1 FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG OBESITI
A.Cara Hidup
Kanak-kanak dan remaja masa kini kurang melakukan aktiviti fizikal yang melibatkan
banyak pergerakan anggota badan seperti berlari,melompat dan sebagainya. Hal ini
bertepatan dengan dapatan hasil kajian yang dinyatakan dalam kelima-lima
artikel .Menonton television dan bermain permainan komputer menyebabkan kanak-kanak
lebih selesa duduk di rumah.Ini menyebabkan mereka kurang atau tidak melakukan aktiviti
fizikal seperti bersukan. Pengurangan tahap aktiviti fizikal menyumbang kepada
pengurangan penggunaan tenaga yang turut mempengaruhi kadar rehat metabolism.
Ketidak seimbangan ini mengakibatkan pengumpulan lemak berlebihan dalam badan.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Wang et.al(2000)mendapati
jumlah kanak-kanak dan remaja yang mengalami berat badan berlebihan di
kawasan bandar adalah lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar

B. Pemakanan .
Pemakanan merupakan faktor kedua menyumbang kepada masalah obesiti. Hill &
Trowbridge(1998);Kiess et al(2001)menyatakan bahawa tabiat makan dan corak aktiviti
fizikal kanak-kanak dipengaruhi oleh amalan ibu bapa dan persekitaran keluarga.Makanan
segera atau makanan sejuk beku segera begitu sinonim dengan kehidupan masa kini atau
kehidupan moden yang dikatakan banyak membantu meringankan tugas wanita yang
bergelar ibu terutama mereka yang bekerja. Mungkin ramai yang tidak menyedari
kebanyakan makanan segera adalah penyumbang kepada kalori yang tinggi dalam diet
seharian mereka.Selain itu,produk tenusu seperti susu segar, keju atau dadih yang memang
sinonim dengan protein,kalsium dan vitamin B juga mengandungi lemak. Justeru,kita
disyorkan untuk mengambil susu rendah lemak.
C. Genetik.
[3]Kanak-kanak lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan jika ibu dan bapa juga
berhadapan dengan masalah obesity.Jika seorang ibu atau bapa mengalami berat badan
berlebihan,kebarangkalian anak mereka juga akan mengalami masalah yang sama 50 %.
Jika kedua ibu bapa berhadapan dengan masalah obesity,kemungkinan sebanyak 80%
anak mereka juga menjadi individu yang memiliki berat badan berlebihan.
D.Persekitaran.
Persekitaran juga dilihat mampu mempengaruhi kanak-kanak untuk menjadi gemuk.
Sebagai contoh, kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran yang menganggap
gemuk sebagai symbol keindahan atau kemakmuran,maka kanak-kanak tersebut akan
cenderung untuk untuk menjadi gemuk dan tidak akan mengalami masalah psikologi selagi
tiada pengaruh dari luar terhadap kepercayaan itu. Selain itu, kanak-kanak yang tidak
mempunyai adik-beradik juga berisiko untuk menjadi obes ini kerana kurang melakukan
aktiviti fizikal atau bermain dan gaya hidup sedentary seperti menonton televisyen dalam
jangka masa yang panjang.
2.2 KESAN ATAU KOMPLIKASI OBESITI
Obesiti atau kegemukan jika tidak dikawal akan menimbulkan banyak masalah kesihatan
pada seseorang individu. Kanak-kanak obes berhadapan dengan risiko menghidap penyakit
tinggi kolesterol,diabetes jenis 2,penyakit jantung,masalah tulang dan sendi. Selain itu,
kanak-kanak obes juga[4] berisiko tinggi terhadap stigmatisme social yang menyebabkan
perkembangan akademik dan social yang lemah.Menurut jurnal nutrisi(2010) bagi kanak-
kanak perempuan yang obes,mereka akan mengalami tahap kematangan lebih awal akibat
berlakunya perubahan hormone dengan cepat di mana mereka akan datang haid lebih
cepat daripada kanak-kanak biasa. Selain itu,kanak-kanak yang obes juga berkemungkinan
mempunyai IQ yang rendah berbanding dengan kanak-kanak normal.
2.3.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI.
Bagi mengatasi masalah ini, ibubapa,guru-guru dan semua pihak perlu sama-sama
berganding bahu untuk cari jalan penyelesaian kerana obesiti merupakan satu
perkara serius yang harus ditangani dengan segera. Guru-guru menyampaikan ilmu
pengetahuan di sekolah melalui pendidikan kesihatan,ibubapa pula berperanan sebagai
model untuk kanak-kanak. Ibu bapa perlu mengubah sikap terlebih dahulu dengan
mengubah cara pemakanan iaitu mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang dan
menghindari makanan yang berisiko menyebabkan penyakit. Makanan berkhasiat
diperlukan untuk untuk meningkatkan keupayaan fizikal dan mental kanak-kanak untuk
belajar. Amalan pemakanan sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan bercirikan
bijirin penuh serat,jenis protein yang betul,sayur-sayuran dan buah-buahan yang
mengandungi serta dan antioksidan yang tinggi serta lemak yang sihat mampu membantu
menurunkan paras kolesterol dalam darah.
Jika di sekolah guru-guru pendidikan jasmani akan membawa kanak-kanak untuk
bersenam dan bermain di padang, di rumah pula ibubapa perlu luangkan masa untuk
membawa anak-anak mereka keluar untuk beriadah secara tidak langsung dapat
mengeratkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak. Masyarakat setempat juga perlu
peka dengan masalah obesity dan mengambil inisiatif untuk sama-sama mengatasinya
seperti menganjurkan ceramah-ceramah,kempen hidup sihat, mengadakan karnival sukan
atau larian . Ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah ahli-ahli masyarakat sedar akan
kepentingan menjaga kesihatan diri dan mampu mengubah sikap kepada yang lebih positif
dengan menjadikan gaya hidup sihat sebagai satu amalan atau budaya di kalangan mereka.
Selain itu, saringan BMI Berasaskan Penilaian Sekolah merupakan salah satu strategi yang
digunakan dalam menyediakan maklumat berkenaan pemeriksaan dan pengawasan untuk
mengurangkan obesity dan berat badan berlebihan di kalangan kanak-kanak dan remaja.
Selain itu, pihak sekolah juga perlu membuat pemantauan terhadap penjualan
makanan ringan sama ada di koperasi sekolah,di kantin atau di kawasan luar sekolah. Di
sekolah melalui mata pelajaran PJPK, murid-murid akan diajar mengenai kesihatan diri dan
keluarga,gaya hidup sihat yang berkaitan dengan amalan pemakanan yang sihat dan tidak
sihat.Pengetahuan yang diperolehi melalui mata pelajaran PJPK di sekolah sedikit sebanyak
dapat memberi kesedaran kepada murid-murid dan seterusnya cuba mengubah tingkah
laku atau tabiat pemakanan serta gaya hidup seharian mereka.
Penggunaan media bercetak pendidikan yang digunakan dalam satu kajian oleh
Ruzita Abd Talib et al(2013) telah mendapat penerimaan positif dari subjek sasaran (kanak-
kanak) di mana mereka menyukai buku panduan kecil berwarna warni dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka berkenaan pemakanan yang
betul.
5.RUMUSAN
Obesiti atau berlebihan berat badan merupakan satu masalah yang serius kerana ia oleh
menyebabkan pelbagai penyakit seperti kardiovaskular, kencing manis,darah tinggi dan
sebagainya.Golongan obes selalunya individu yang mempunyai berat badan sekurang-
kurangnya dua kali ganda berbanding berat badan ideal. Berdasarkan bacaan dari lima
artikel, saya mendapati semua menyatakan pemakanan, persekitaran ,genetic dan cara
hidup merupakan factor yang menyumbang kepada obesity pada kalangan kanak-kanak
dan remaja di seluruh dunia. Kefahaman berkenaan trend obesity kanak-kanak adalah
penting kerana ia mempunyai banyak kesan buruk terhadap kesihatan kanak –kanak atau
orang dewasa. Sepanjang abad lalu, banyak penyelidikan berkenaan nutirisi telah dibuat
dengan memberi tumpuan kepada kemiskinan dan kurang pemakanan terutama di Negara-
negara membangun.
Pemakanan merupakan punca utama kepada masalah ini. Ibu bapa, guru-
guru ,pengusaha kantin sekolah dan masyarakat setempat seharusnya peka terhadap
masalah ini yang mana ia berkait rapat dengan masalah kesihatan kanak-kanak atau pelajar
sekolah. Aspek pemakanan kanak-kanak perlu diberi perhatian dari peringkat awal lagi.
Ibubapa tidak boleh lepas tangan dalam hal ini dengan meletakkan
tanggungjawab mengawasi pemakanan anak-anak kepada guru semata-mata. Mereka
sepatutnya bertanya pada anak mereka berkenaan makanan yang di makan semasa berada
di kantin sekolah. Ibubapa perlu memantau pemakanan anak-anak dan menggalakkan
mereka untuk melakukan aktiviti fizikal ,bersukan atau bermain. Ibu bapa yang gemuk
mempunyai risiko tinggi untuk mendapat anak gemuk kerana mereka mengalami factor
persekitaran dan factor genetic yang sama. Faktor genetic tidak boleh diubah.oleh itu, kita
perlu perlu memberi tumpuan kepada factor persekitaran untuk mencegah obesity. Dalam
satu kajian lain yang dijalankan di Mexico, kanak-kanak yang tinggal di kawasan Bandar
menghabiskan sejumlah besar masa dengan menonton televisyen atau menonton video
sambil makan makanan ringan .Disamping itu, siaran TV termasuk promosi pengiklanan
komersial boleh mempengaruhi pengambilan tenaga melalui penggunaan makanan ringan.
Guru Pendidikan Kesihatan perlu menggunakan pendekatan atau kaedah yang sesuai
dalam menyampaikan ilmu agar dapat menimbulkan kesedaran akan perlunya menjaga
kesihatan dengan cara mengawal pemakanan .
Selain itu, dorongan dan galakkan perlu diberikan kepada murid-murid untuk membuat
pilihan atau keputusan agar mereka dapat menentukan apa yang terbaik untuk mencapai
tahap kesihatan yang baik.
Kesedaran diri yang timbul dari pengetahuan yang diterima seharusnya disusuli dengan
perubahan sikap pada diri seseorang itu.Sebagai contoh, untuk menangani masalah obesiti,
seseorang perlu mengawal pemakanan serta mengambil makanan yang seimbang seperti
yang disyorkan dalam pyramid makanan disamping melakukan senaman atau aktivit fizikal
secara teratur dan berdisiplin. Selain itu,kanak-kanak perlu mengekalkan berat sepanjang
tumbesaran kerana ini boleh memperbaiki semula kesihatan mereka. Pernyataan ini sesuai
dengan pernyataan yang disebut oleh Nyberg et al(2011) bahawa
pengetahuan,sikap,kegemaran penjagaan dan pengawalan,teladan, kesediaan dan
kecekapan ibu bapa untuk berubah merupakan factor-faktor yang boleh diubah demi
mempengaruhi tabiat makan dan aktiviti fizikal dan seterusnya perkembangan berat badan
anak-anak mereka.
Penggunaan buku panduan kesihatan juga dapat membantu memberi kesedaran
kepada kanak-kanak tentang pentingnya mengambil makanan dengan cara yang betul.Ia
juga sesuai untuk digunakan dalam program pendidikan dan promosi pemakanan yang
mensasarkan obesity kanak-kanak.
Kanak-kanak merupakan asset Negara yang sangat bernilai kerana mereka adalah
generasi pelapis yang akan menerajui Negara kita di masa hadapan.Oleh itu, dengan
adanya Pendidikan Kesihatan dan Pendidkan Jasmani di sekolah-sekolah maka guru-guru
dapat mencapai matlamat masyarakat sihat bukan sahaja di kalangan murrid-murid
sekolah ,bahkan ibubapa serta masyarakat setempat melalui penyebaran ilmu. Apa yang
penting ialah setiap ahli dalam sesebuah masyarakat harus bertindak dan berazam
untuk sama-sama mengubah cara hidup agar dapat dicontohi oleh anak-anak jika mahu
terus menikmati hidup yang selesa hasil dari kesihatan yang berpanjangan.

You might also like