You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DEMANG TAHA

78300 MASJID TANAH, MELAKA


TEL : 06 3847200

MINIT MESYUARAT SKPMg2 BIL. 2/2017

Tarikh : 21 September 2017


Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran :
a. En. Bakri Bin Mat Drus - Guru Besar
b. Pn Rozilah Binti Seman @ Husin - GPK Pentadbiran
c. Pn Rosleen Binti Hanid - GPK HEM
d. Pn Ilyani Binti Abdul Hamid - GPK KOKU
e. Pn Marli Mastura Binti Abdul Manap - Setiausaha
f. Pn Norfarida Binti Yusuf - S/U Kurikulum
g. Pn Razdiah Binti Bakar - S/U HEM
h. Cik Nur Diyana Binti Mohd Faisal Yeap - S/U Kokurikulum
i. Pn Nur Hanani Binti Mohamed Isa - Guru Data
j. En Mohd Sallehuddin Bin A.Rahman - Guru ICT

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan AKP yang
menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Sekolah
kali kedua.
Tindakan : Makluman

1.3 Pengerusi juga memberitahu bahawa pengisian skor dalam portal masih perlu
diperbaiki dan PPS perlu sentiasa peka dengan kemasukan skor dalam portal
sebelum portal ditutup.
Tindakan : JKSS SKPM

1.4 Salinan hardcopy juga perlu disediakan dan difailkan. Beliau meminta semua SU
memainkan peranan dalam memastikan tugas-tugas PPS dilaksanakan sebaik
mungkin.
Tindakan : JKSS SKPM

1.5 Pengerusi memaklumkan bahawa skor penilaian SKPMg2 Fasa 2(April - Julai)
telah pun selesai dan meminta JKSS dan PSS bersedia bagi pengisian untuk Fasa
3 (Ogos - September)
Tindakan : JKSS dan PSS
1.6 Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa memperbaiki kelemahan dan
memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
diberi.
Tindakan : Makluman

2.0 Edaran Aspek / TUMS bagi Fasa 3

2.1 Pengerusi meminta para PK mengedarkan borang penilaian Aspek /


TUMS kepada PPS yang berkenaan.

Tindakan : PK kurikulum,PK HEM dan PK Kokurikulum

2.2 Pengerusi memberitahu bahawa borang-borang yang diisi oleh PPS secara
manual tidak perlu dibuat salinan yang baharu sekiranya ada perubahan pada skor
atau evidens. PPS hanya perlu memotong skor yang diubah sahaja.

Tindakan : PPS

2.3 Guru ICT dan Guru Data akan mengisi skor yang telah diubah. Yang penting
skor yang diisi dalam portal haruslah sama dengan borang edaran. Pengerusi
meminta Guru dan Guru ICT semak beberapa kali skor yang diisi supaya sama
dengan skor yan ditulis dalam borang edaran.

Tindakan : Guru Data dan Guru ICT

3.0 Pengumpulan Evidens

3.1 Pengerusi menyatakan bahawa kita sudah pun memasuki fasa ketiga. Oleh itu,
selepas pengisian skor selesai, pengerusi meminta semua PPS mula mengemaskini
evidens bidang masing-masing dan memastikan semua evidens lengkap dan
disimpan dalam fail masing-masing.

Tindakan : PPS

3.2 PPS juga diminta mengemukakan evidens-evidens tersebut apabila diminta. Ini
adalah kerana audit akan mula dijalankan pada bulan Disember. Sekiranya kita
dipanggil dalam masa cuti, ini akan menyukarkan pencarian item-item yang
dikehendaki.

3.3 Pengerusi juga menyatakan bahawa kita juga tidak tahu item-item yang akan
diminta dikemukakan oleh pegawai audit. Oleh itu, pengerusi meminta JKSS dan
PSS sentiasa berada dalam keadaan sedia dan mengemukakan evidens-evidens
yang dikehendaki oleh pegawai audit.

Tindakan : PPS
4.0 Hal-hal Lain

4.1 PPS bertanya tentang cara mengemukakan evidens sama ada perlu membuat
salinan semua eviden dan dimasukkan dalam satu fail.

4.2 Pengerusi menyatakan bahawa tidak perlu mewujudkan satu fail khas untuk
penyimpanan evidens kerana ini akan menyebabkan pembaziran kertas. Oleh itu,
pengerusi mencadangkan agar mengemaskinikan fail-fail yang sedia ada dan
menyimpa fail-fail tersebut dibilik gerakan sebelum cuti.

4.3 Pengerusi memohon JKSS, PPS dan semua guru berganding bahu dalam
menyelesaikan misi SKPMg2 ini. Beliau mengucapkan syabas dan terima kasih atas
komitmen yang diberikan oleh semua.

5.0 Penutup

5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang dengan rakaman terima kasih
pengerusi.

Disediakan Oleh,

(MARLI MASTURA BINTI ABDUL MANAP)


Setiausaha,
SKPMg2 SK Demang Taha.

You might also like