You are on page 1of 3

LAPORAN PENYERTAAN PROGRAM KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH-

SEKOLAH RENDAH PERINGKAT ZON TAHAN 2017M / 1438H

Nama Program : Program Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat


Zon Tahan 2017M/ 1438H
Tarikh : 9 Mac 2017 / 10 Jamadilakhir 1438
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Padang Piol, Jerantut
Objektif :
1. Menekankan pembentukan dan pembangunan insan mulia yang berkeupayaan
menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara.
2. Menguji pengetahuan para pelajar dan mencungkil bakat istimewa dalam
kalangan pelajar.
3. Memupuk konsep pembelajaran melalui penyertaan dan memupuk semangat
pertandingan yang sihat dalam kalangan pelajar.

Kumpulan Sasaran : 12 buah sekolah dalam Zon Tahan


Perbelanjaan : Tiada
Guru bertanggungjawab : Guru-guru Agama SK Kuala Sat
1. Ustaz Mohd Yazid bin Mustaffa
2. Ustaz Muhamed Redzuan bin
3. Ustaz Mohd Izuddin bin Istakal

Laporan Pelaksanaan Program:

Sekolah Kebangsaan Kuala Sat telah menghantar seorang wakil bagi acara Jawi
Perempuan iaitu Nur Hazrina Humaira bin Mohd Sukri. Seramai 12 orang peserta telah
menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada 12 buah sekolah iaitu, SK LKTP Sg
Retang, SK Chebong, SK Pasir Durian, SK Merting, SK Kuala Tahan, SK Kuala
Tembeling, SK Kg Pagi, SK Bukit Mat Daling, SK Ulu Tembeling, SK Kuala Sat, SK
Gusai dan SK (F) Padang Piol.
Semua peserta Jawi perlu melalui 3 tahap ujian iaitu, Ujian Bertulis, Ujian Ejaan
Jawi dan Ujian Bacaan Teks Jawi. Dalam pertandingan ini, Hazrina telah berjaya
mendapat tempat ke-4 daripada 12 orang peserta dengan markah 63%.
Masalah yang Dihadapi:

Masalah yang timbul dari pelaksanaan program ini ialah masa yang
diperuntukkan terlalu singkat. Slot bersama Pengetua seperti yang dirancang tidak dapat
dijalankan kerana ada perkara yang tidak mengizinkan. Segelintir pelajar ada yang masih
terawang-awang dan tidak serius semasa program dijalankan kemungkinan masih tiada
matlamat.

Kesimpulan dan Cadangan Penambahbaikan :

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama


semua pihak. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program seperti ini pada masa akan
datang perlu diisi dengan slot-slot yang lebih memberi informasi kepada pelajar dan
peruntukan masa perlu dipanjangkan lagi.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………… ………………………………
( NOR AFITI BT MOHD BASRI ) ( )

You might also like