You are on page 1of 24

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

SEMAKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


TAHUN 1 SEMAKAN

PANDUAN PENGAJARAN
GIMNASTIK ASAS

Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2016

i
Diusahakan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Cetakan Pertama 2016


@Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian artikel, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

ii
Muka Surat

Pendahuluan v

Huraian Modul 1
Standard Pembelajaran 1
Cadangan Aktiviti Mencapai Standard Pembelajaran
2
Pergerakan Haiwan
Cadangan Aktiviti Mencapai Standard Pembelajaran
4
Kemahiran Imbangan
Cadangan Aktiviti Mencapai Standard Pembelajaran
6
Kemahiran Putaran
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 8
Contoh Soalan Inkuiri 8
Cadangan Pentaksiran Formatif
10
Pergerakan Haiwan
Cadangan Pentaksiran Formatif
11
Kemahiran Imbangan
Cadangan Pentaksiran Formatif
12
Kemahiran Putaran
Cadangan Pentaksiran Sumatif 13
Senarai Cadangan Peralatan 14

iii
iv
Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Pendidikan Jasmani Tahun Satu
Semakan ini merupakan usaha Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan
pelbagai pihak yang telah menyumbangkan masa dan tenaga bagi membantu guru
Pendidikan Jasmani mengajar mata pelajaran ini. Panduan Pengajaran ini
menterjemah dan memperincikan kandungan dokumen standard Pendidikan
Jasmani dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Pendidikan Jasmani Tahun Satu


Semakan ini membantu guru dalam pengajaran Modul Kemahiran Gimnastik Asas
seperti yang terkandung dalam dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Jasmani. Aktiviti yang terdapat dalam setiap unit pengajaran menjurus
kepada pencapaian standard pembelajaran secara ansur maju. Cadangan aktiviti
dalam pengajaran juga menerapkan kaedah pembelajaran masteri.

Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubah suai


serta menambah baik aktiviti Panduan Pengajaran mengikut kesesuaian situasi,
tempat dan kebolehan murid. Pengajaran dan pembelajaran yang terancang dapat
membina murid menjadi individu yang cergas, sihat, berkemahiran, berpenge-
tahuan dan mengamalkan nilai murni dalam melakukan aktitiviti fizikal ke arah
mencapai kesejahteraan hidup.

Justeru, adalah diharapkan Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Pendidikan


Jasmani Tahun Satu Semakan ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru yang terlibat
secara maksimum untuk mencapai matlamat dan objektif KSSR Pendidikan
Jasmani.

v
vi
4 JAM GIMNASTIK ASAS

HURAIAN MODUL
Menerusi modul pengajaran gimnastik asas, murid boleh meneroka pergerakan haiwan,
imbangan dan putaran serta mengenal pasti konsep pergerakan, konsep kestabilan dan prinsip
mekanik.

STANDARD PEMBELAJARAN

Pergerakan Haiwan (1 jam)

1.6.1 Melakukan pelbagai pergerakan haiwan pada aras rendah, sederhana, dan tinggi.
1.6.2 Melakukan pergerakan haiwan pada pelbagai laluan.
2.5.1 Mengenal pasti pergerakan haiwan yang diteroka.
2.5.2 Menyatakan pemindahan berat badan semasa melakukan pergerakan haiwan.
5.4.2 Mempamerkan rasa seronok semasa melakukan aktiviti dalam kumpulan.

Kemahiran Imbangan (1 jam)

1.7.1 Melakukan imbangan satu kaki di sisi, depan, dan belakang.


1.7.2 Melakukan imbangan dengan empat, tiga, dua, dan satu tapak sokongan pada bahagian
badan.
2.6.1 Mengenalpasti kedudukan anggota badan yang membantu kestabilan.
2.6.2 Menyatakan perkaitan antara bilangan tapak sokongan dengan kestabilan.
5.2.1 Mempamerkan rasa seronok melakukan aktiviti baharu dalam Pendidikan Jasmani.

Kemahiran Putaran (2 jam)

1.8.1 Melakukan putaran menegak separa dan penuh.


1.8.2 Melakukan guling balak berterusan.
1.8.3 Melakukan guling sisi.
1.8.4 Melakukan guling depan posisi tuck.
2.7.1 Menyatakan bahagian anggota badan yang boleh digunakan untuk melakukan aktiviti
putaran menegak.
2.7.2 Mengenal pasti perubahan kedudukan badan semasa melakukan guling balak, guling
sisi, dan guling depan.
5.1.4 Mengenali dan mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti
Pendidikan Jasmani.
5.3.1 Berkomunikasi dengan rakan dan guru semasa melakukan aktiviti fizikal.

1
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

PERGERAKAN HAIWAN

Memanaskan badan
Penyampaian standard pembelajaran
Persembahan atau permainan kecil
Menyejukkan badan
Penilaian pengajaran dan pembelajaran

AKTIVITI 1: Tiru Aksi Saya

1. Melihat pelbagai kad gambar haiwan bergerak pada aras rendah, sederhana, dan
tinggi.

2. Meneroka pergerakan haiwan berdasarkan kad haiwan.

3. Bergerak seperti haiwan pada pelbagai laluan.

ARAS RENDAH ARAS SEDERHANA ARAS TINGGI

AKTIVITI 2: Denai Haiwan

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Bergerak dalam kumpulan seperti haiwan melalui ruang yang disediakan. Pergerakan
perlu bersesuaian dengan ruang yang dilalui.

2
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

PEMAINAN KECIL: Perlumbaaan Haiwan

ARAS TINGGI

ARAS SEDERHANA

ARAS RENDAH

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Setiap kumpulan akan melakukan pergerakan seperti haiwan ke kawasan yang
ditetapkan mengikut aras.
3. Setiap murid dalam kumpulan akan melakukan pergerakan haiwan yang berbeza
dalam kawasan mengikut aras.

3
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN IMBANGAN

Memanaskan badan
Penyampaian standard pembelajaran
Persembahan atau permainan kecil
Menyejukkan badan
Penilaian pengajaran dan pembelajaran

AKTIVITI 1: Penerokaan Imbangan

1. Mengimbang dengan sebelah kaki seperti:


a. Sebelah kaki di buku lali
b. Sebelah kaki di lutut
c. Sebelah kaki di depan atau belakang

2. Melakukan pelbagai imbangan sebelah kaki mengikut kreativiti murid.

AKTIVITI 2: Badan Saya Hebat

1. Murid meneroka imbangan dengan menggunakan pelbagai anggota badan sebagai tapak
sokongan.
2. Murid mengimbang dengan tiga, dua, dan satu tapak sokongan menggunakan pelbagai
anggota badan.

4
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

PERSEMBAHAN: Kepelbagaian Imbangan

1. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.


2. Setiap kumpulan akan melakukan pelbagai bentuk imbangan mengikut giliran.
3. Setiap murid perlu melakukan melakukan bentuk imbangan yang berbeza dalam
kumpulan.

5
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN PUTARAN

Memanaskan badan
Penyampaian standard pembelajaran
Persembahan atau permainan kecil
Menyejukkan badan
Penilaian pengajaran dan pembelajaran

AKTIVITI 1: Mari Buai

1. Tunjukcara lakuan berbuai oleh murid atau guru.


2. Melakukan aktiviti buai dengan bantuan rakan.

AKTIVITI 2: Guling Depan Posisi Tuck

1. Duduk dekam di tempat yang ditingikan.


2. Lakukan guling depan ke tempat yang rendah dengan sokongan guru.
3. Lakukan semula tanpa sokongan guru.

6
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

PERSEMBAHAN: Guling depan posisi tuck (Putaran)

1. Murid secara individu.


2. Melakukan persembahan guling depan secara individu di atas permukaan yang rata.

7
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kaedah Penerokaan, Inkuiri dan Masteri


1. Murid melakukan pergerakan berdasarkan rangsangan yang diberi.
2. Murid melakukan putaran dan imbangan dengan sokongan guru atau rakan.
3. Murid menguasai kemahiran yang lebih mudah sebelum dapat melakukan kemahiran yang
lebih sukar.
4. Murid meneroka pergerakan pelbagai haiwan atau imbangan.
5. Murid dan guru membuat perbincangan tentang aktiviti yang telah dilakukan.
6. Murid mencari maklumat menerusi laman web dengan bimbingan ibu bapa.
7. Murid membuat rujukan di dalam buku teks PJ tahun 1.
8. Murid boleh mengaitkan aktiviti dengan pengalaman sedia ada.

CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta
1. Apakah peraturan yang perlu dipatuhi semasa melakukan aktiviti putaran?
2. Apakah aras-aras yang terlibat semasa melakukan aktiviti pergerakan haiwan?

3. Nyatakan jenis gulingan yang terdapat dalam gimnastik asas.

4. Nyatakan berapa tapak sokongan yang boleh dilakukan oleh setiap individu.
5. Nyatakan laluan yang terlibat semasa melakukan aktiviti pergerakan haiwan.
6. Apakah perbezaan lakuan di antara guling balak dan guling sisi?

7. Bahagian badan yang manakah yang menyentuh tilam semasa melakukan gulingan posisi
tuck?

Berdasarkan Konsep
1. Bagaimanakah cara untuk mengekalkan kestabilan dalam imbangan?
2. Bagaimanakah cara melakukan pergerakan haiwan aras tinggi tanpa hilang imbangan?
3. Nyatakan perubahan kedudukan badan semasa melakukan guling balak, guling sisi dan
guling depan.
4. Apakah yang membantu putaran semasa melakukan guling balak, guling sisi dan guling
depan?
5. Apakah perkaitan di antara bilangan tapak sokongan dengan kestabilan?

8
CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Perbahasan
1. Pilih sejenis haiwan dan nyatakan cara untuk melakukan pergerakan haiwan tersebut.
2. Berikan contoh pergerakan haiwan yang melibatkan pelbagai laluan dan aras.
3. Jelaskan secara lisan kepentingan tapak sokongan yang lebih besar berbanding tapak
sokongan yang lebih kecil dalam aktiviti imbangan.
4. Jelaskan cara mengimbang menggunakan beberapa tapak sokongan yang berbeza dan
mengenal pasti aras yang digunakan.
5. Nyatakan jenis haiwan yang mempunyai tapak sokongan yang stabil.
6. Apakah kesalahan yang sering dilakukan ketika melakukan aktiviti putaran?

9
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

PERGERAKAN HAIWAN

Tandakan () pada aras pergerakan haiwan yang betul:

1.
Aras rendah

Aras tinggi

2.
Aras sederhana

Aras rendah

3.
Aras sederhana

Aras tinggi

10
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

KEMAHIRAN IMBANGAN
Tandakan (/) aktiviti imbangan yang boleh kamu lakukan.

1. 2.

3. 4.

5.

11
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

KEMAHIRAN PUTARAN
Tuliskan nombor pada lakuan guling depan berikut mengikut turutan
yang betul.

12
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

1. Membuat persembahan yang melibatkan pergerakan haiwan, imbangan, dan putaran yang

dipelajari.

2. Guru menilai kemahiran putaran dan imbangan melalui senarai semak.

3. Murid mengenal pasti kemahiran pergerakan haiwan, imbangan dan putaran dalam ujian
bertulis.

13
SENARAI CADANGAN PERALATAN

Bil Nama Alatan


1. Tilam gimnastik
2. Tilam senaman
3. Cheese Mat
4. Skital pelbagai ketinggian
5. Tali getah
6. Tiang
7. Gelung

Nota: Alatan yang disediakan hendaklah mengambil kira bilangan


murid di dalam sebuah kelas.

14
15
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

You might also like