You are on page 1of 8

ISLAMIYYAT 35(2) 2013: 101 - 108

Penterjemahan Frasa Al-Idafah Arab-Melayu Menggunakan Google Translate


Translating Phrases of Al-Idafah of Arab-Malay Using Google Translate

Khadijah sjahrony
Maheram ahmad

ABSTRAK

Teknologi telah menjadikan gaya baru dalam industri penterjemahan apabila mesin terjemahan direka dan dicipta
bagi memudahkan pembelajaran bahasa dan terjemahan. Mesin berfungsi membantu kerja-kerja yang dilakukan oleh
manusia. Mesin terjemahan dan bahasa mempunyai perkaitan yang rapat antara satu sama lain. Bahasa Arab terdiri
daripada serentetan frasa-frasa yang membentuknya. Frasa merupakan bahagian daripada ayat yang mempunyai satu
kombinasi makna tertentu. Aspek penyandaran adalah penting bagi suatu perkataan bagi menyempurnakan makna
suatu ayat. Dalam bahasa Arab dikenali sebagai al-Idafah. Mesin bersifat automatik hanya bergantung pada perisian
dan bank perkataan yang ada, manakala manusia menggunakan kemahirannya ketika menterjemah. Kedua-duanya
mempunyai keupayaan dalam menterjemah teks, tetapi terjemahan manakah yang mampu menghasilkan terjemahan
yang lebih berkualiti. Justeru, kajian ini ingin melihat dan menganalisis perbandingan hasil terjemahan antara manusia
dengan mesin dalam menterjemahkan frasa idafah serta melihat kelebihan dan kekurangan antara kedua-duanya. Teks
terjemahan yang dianalisis iaitu novel al-‘Ankabut karya seorang penulis terkenal Mesir, iaitu Mustafa Mahmud. Analisis
data dijalankan dengan kaedah kualitatif menggunakan analisis deskriptif yang melibatkan perbandingan dua kategori
antara enjin terjemahan Google mewakili mesin terjemahan dengan penterjemah manusia, iaitu Nahmar Jamil. Kaedah
persampelan rawak mudah digunakan bagi memperoleh sampel frasa idafah yang terdapat dalam novel. Kajian mendapati
bahawa mesin tidak mampu menterjemah frasa idafah dengan sempurna, terjemahan manusia tetap mempunyai nilai
dan kualiti yang lebih baik berbanding mesin.
Kata kunci: Al-Idafah; novel al-‘Ankabut; Mustafa Mahmud; Nahmar Jamil

ABSTRACT

Technology has created a new style in the translation when the translation machine is designed and created to facilitate
the learning of language and translation. Machine is used to help work done by human. Translation machine and language
has a close relationship with each other. Arabic language consists of a string of phrases that form it. A phrase represent
the portion of verse which has one combination of a particular meaning. Aspect of backup is essential for a word to
complete the meaning of a sentence. In Arabic it has been known as al-Idafah. Automatic machines are only dependent
on the software and words bank, while people use their skills for translating. Both having the ability to translate text,
but however, which translation can be able to produce a good translationy. Therefore, this research wants to see and
analyze the comparison of translation between human and machine in translating the phrase idafah as well as seeing
the advantages and lack between both. Translated text being taken from al-’Ankabut, which work of a famous Egyptian
writer, Mustafa Mahmud. Data analysis were conducted with qualitative methods using descriptive analysis involving
comparison of two categories of engine Google’s translation represents the machine translation and by a human translator,
i.e. Nahmar Jamil. Simple random sampling method used for obtain samples phrases idafah which existing in the novel.
The study found that machine can not afford to translate the phrases idafah perfectly,whereas the human translation still
having a good value and quality compared to the machine.
Keywords: Al-idafah; al-’Ankabut; Mustafa Mahmud; Nahmar Jamil

PENGENALAN hasil peralihan daripada bangsa kepada bangsa lain


(Naimah et al. 2009: 243).
Aktiviti terjemahan merupakan satu keperluan Dua atau tiga dekad yang lalu, peralatan kerja
kepada masyarakat untuk perkembangan tamadun untuk seorang penterjemah termasuk mesin taip dan
dalam proses pemindahan ilmu pelbagai bidang dan koleksi kamus bercetak yang mudah digunakan.
juga bahasa-bahasa di seluruh dunia. Ia membuka Akan tetapi kesan daripada kemajuan yang sangat
minda setiap individu dalam memperoleh ilmu baru pesat dalam bidang komputer masa kini, komponen

Bab 11outline.indd 101 7/24/2013 9:36:39 AM


102 Islamiyyat 35(2)

penting untuk setiap penterjemah profesional ialah tidak dapat memahami makna sesuatu perkara.
adalah penggunaan sistem teknologi (kemahiran Maka persoalannya: adakah terjemahan dapat
mengendalikan sumber elektronik dan peralatan). dilakukan oleh komputer? Adakah komputer atau
Ungkapan Barat translator’s work tools mempunyai mesin mampu menghasilkan terjemahan yang baik?
maksud peralatan kerja seorang penterjemah yang Sejauhmanakah terjemahannya dapat diterima?
sinonim dengan komputer peribadi (desktop atau Terjemahan manusia merupakan terjemahan yang
komputer riba) dan juga internet semestinya (Ulitkin dilakukan oleh individu atau penterjemah terlatih
2011). Perkara ini penting kerana kini telah memasuki yang berkecimpung dalam bidang terjemahan.
abad ke-21 dan secara mutlak semua penterjemah Mereka mempunyai kemahiran dari segi menguasai
menggunakan kemudahan jaringan internet, komputer dua bahasa, mengetahui bidang teks yang akan
dan alat-alat elektronik lain untuk membantu kerja diterjemah, budaya dua bangsa dan nahu terjemahan
terjemahan mereka. dua bahasa tersebut serta pengalaman penterjemah
Menurut Radiah & Wan Rose (2008: 134) sendiri. Pendapat ini disokong oleh Imran (2003:
terjemahan mesin berfungsi dengan cara menggunakan 286) yang mengatakan perisian terjemahan yang
pelbagai jenis perisian komputer bagi menghasilkan canggih tidak akan dapat menghasilkan terjemahan
kerja terjemahan secara automatik. Apabila dilihat sepertimana yang mampu dibuat oleh seorang
kepada isu tersebut, pada hakikatnya penggunaan penterjemah yang mahir. Oleh itu, isu di sini
terjemahan mesin perlu diambil kira dalam proses berkaitan dengan kualiti, ketepatan dan penerimaan
penterjemahan sama ada terjemahan itu berjaya atau terhadap hasil terjemahan daripada mesin.
sebaliknya. Mesin terjemahan adalah hanya sebuah alat
yang berguna untuk menterjemah perkataan-
perkataan sahaja bukan makna yang diutamakan.
PERNYATAAN MASALAH
Makna tersebut tidak mampu dihasilkan oleh mesin,
tetapi hanya manusia yang dapat menghasilkannya
Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, bantuan (Vitek 2010). Keadaan sedemikian kerana manusia
teknologi dalam bidang terjemahan amat wajar. mempunyai kelebihan, iaitu kemampuan kognitif
Terjemahan yang dibuat oleh manusia perlu kepada yang hanya berlaku di dalam otak.
bantuan-bantuan peralatan manual dan elektronik Penggunaaan terjemahan mesin terhad dan
lain (Muhammad Fauzi 2012: 133). Menterjemah bergantung kepada perisian dan bank perkataan
dengan bantuan komputer adalah berlainan dengan serta korpus bahasa yang sedia ada, ianya
bekerja semata-mata di atas kertas dan dengan tidak menekankan aspek nahu sesuatu bahasa.
menggunakan kamus konvensional, kerana alat-alat Khairulanuar (2009: 498) menyatakan bahawa
komputer menyediakan khidmat secara langsung masalah semua mesin terjemahan adalah terletak
kepada teks yang jauh lebih fleksibel daripada pada nilai tatabahasa atau nahu terjemahan, hasil
pembacaan semata-mata (Craciunescu et al. 2004). daripada proses terjemahan mesin tidak berkualiti
Internet dengan akses sejagat kepada maklumat dan dari sudut tatabahasa.
komunikasi serta-merta telah mencipta kebebasan Terjemahan berbantukan mesin menekankan
untuk penterjemah dalam menggunakannya. Oleh aspek pemindahan perkataan ataupun ayat sahaja
itu, penterjemah perlu untuk menerima teknologi yang mampu dihasilkan, aspek makna yang diperoleh
baru dan belajar bagaimana untuk menggunakannya tidak seratus peratus sampai kepada maksud
sehingga tahap keupayaan maksimum sebagai sebenar. Menurut Radiah & Wan Rose (2008: 142)
satu cara untuk meningkatkan produktiviti dan kemampuan komputer dalam memproses maklumat
peningkatan kualiti dalam terjemahan. tidak akan dapat memahami konsep makna dan
Fenomena wujudnya kecanggihan teknologi budaya yang sering mempengaruhi bahasa serta
sekarang ini sedikit sebanyak menambah kesan segala aspek pengalaman dan pengetahuan latar
yang mendalam terhadap bidang penterjemahan yang mendasari pemahaman penutur bahasa masing-
di dunia. Tidak dapat dinafikan terjemahan yang masing. Oleh itu, terjemahan mesin hanya memberi
dilakukan oleh manusia seringkali dikatakan garis panduan atau gambaran awal teks sumber
terjemahan yang baik dan memadai. Zetzsche (2007) sebelum proses sebenar menterjemah dilakukan
berpendapat bahawa mustahil komputer dapat oleh seorang penterjemah (Goh Ying Soon & Azman
menterjemah sebagaimana penterjemah manusia 2009: 25). Maka, terjemahan manusia mempunyai
yang berkelayakan. Hal yang sama juga dikemukakan nilai lebih berbanding terjemahan mesin dari segi
oleh Vitek (2010) bahawa masalah mesin terjemahan kelebihan manusia itu sendiri, manusia hidup dan

Bab 11outline.indd 102 7/24/2013 9:36:40 AM


Penterjemahan Frasa Al-Idafah Arab-Melayu Menggunakan Google Translate 103

berakal sedangkan mesin hanya bersifat robotik bahasa Arab ke bahasa Melayu menggunakan
serta statik. mesin terjemahan percuma, iaitu Google Translate.
Maksud terjemahan manusia merujuk khas Ketepatan dan kesesuaian pemilihan kata dianalisis
untuk terjemahan yang dilakukan oleh seorang dan diperbetulkan dalam hasil terjemahan. Jenis
penterjemah manusia (Quah 2006: 174). Manakala perkataan yang dijadikan objek kajian iaitu: kata
definisi terjemahan mesin ialah jenis atau bentuk nama, kata kerja, frasa, partikel dan ekspresi. Di
terjemahan di mana program komputer menganalisis samping itu, kajian ini mencadangkan perkataan-
teks sumber dan menghasilkan teks sasaran tanpa perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan
adanya campur tangan manusia (Mok Kim Man & daripada aspek semantik. Walau bagaimanapun,
Ei Sun Oh 2005: 359). Selain itu, menurut Mohamad kajian ini hanya menekankan skop makna perkataan
Nor Amin & Naimah (2011: 1) istilah terjemahan sahaja dan tidak membuat perbandingan secara
mesin dalam bahasa Inggeris iaitu machine language terperinci.
translation atau e-translasi yang bermaksud mesin Menurut Ilya Ulitkin (2011) dalam jurnalnya
terjemahan bahasa berasaskan jaringan internet. bertajuk Computer-assisted Translation Tools:
A Brief Review mengupas tentang terjemahan
berbantukan mesin komputer. Pendekatan yang
OBJEKTIF KAJIAN
dilakukan komputer dalam membantu proses
terjemahan termasuk software komputer, kamus
Kajian ini ingin mencapai objektif, iaitu menilai dan korpus linguistik dan sistem korpora untuk
dan menganalisis perbandingan antara hasil setiap bahasa. Tiga pendekatan dalam terjemahan
terjemahan manusia dengan terjemahan mesin dalam bertulis iaitu pertama mesin terjemahan berdasarkan
menterjemah frasa Arab. peraturan bahasa sumber dan sasaran, kedua
mesin terjemahan statik dan akhir terjemahan
KAJIAN LITERATUR yang berbantukan komputer. Selain itu, jurnal ini
menyenaraikan kelebihan penggunaan memori
Dalam menghuraikan tajuk berkaitan perbandingan terjemahan yang dimasukkan ke dalam komputer.
ini, usaha-usaha telah dilakukan dalam Kajian Radiah Yusoff dan Wan Rose Eliza Abdul
membincangkan dan mengupas tajuk ini secara Rahman (2007) yang bertajuk Analisis padanan
mendalam daripada pelbagai sudut perbincangan makna dalam terjemahan berbantukan komputer
sama ada karya buku, tesis, jurnal, kertas kerja, iaitu kajian tentang kemampuan pemindahan teks
makalah dan juga sumber daripada internet termasuk sumber ke dalam teks sasaran dengan menggunakan
tapak khidmat terjemahan dalam talian internet. penterjemahan berbantukan komputer. Kajian ini
Farah Hanan Aminallah dan Muhammad Fauzi menumpukan kepada kesesuaian padanan terjemahan
Jumingan (2012) dalam prosiding kertas kerja yang makna sesuatu frasa dan ayat. Adapun analisis dan
bertajuk Terjemahan Kolokasi Arab-Melayu: Satu perbincangan dalam kajian mengehadkan topik
Kajian Terhadap Google Translate membincangkan seperti frasa nama mudah, frasa nama am, frasa
tentang kolokasi Arab dan penggunaannya. Kertas nama khas dan makna denotasi dalam terjemahan.
kerja ini menganalisis terjemahan yang dilakukan Penterjemahan dalam kajian ini adalah melibatkan
Google Translate dalam menterjemah kolokasi teks sumber bahasa Inggeris dan teks sasaran bahasa
Arab dan buku Frasa Idiomatik Arab dan Ertinya Melayu dan mengaplikasikan mesin terjemahan
digunakan bagi mengukur ketepatan makna percuma pada jaringan internet, iaitu cit-cat.com
yang dihasilkan oleh Google Translate. Selain dan linguamatix.com.
itu, klasifikasi jenis terjemahan yang diperoleh Mohd Khairulanuar Manshor (2009) dalam kertas
daripada Google Translate turut ditentukan. Walau kerjanya Aplikasi Teknologi dalam Penterjemahan
bagaimanapun, kertas kerja ini hanya fokus terhadap membincangkan beberapa aspek berkaitan
kolokasi Arab atau dalam bahasa Melayu dikenali penggunaan teknologi maklumat atau internet
sebagai penjodoh bilangan. dalam bidang penterjemahan. Topik yang dikupas
Kajian yang dijalankan Mohamad Nor Amin berkenaan dengan sejarah teknologi penterjemahan
Samsun Baharun & Naimah Abdullah (2011) yang mesin, produk perisian penterjemahan, laman
bertajuk Kesilapan Terjemahan bahasa Arab – sesawang yang menawarkan khidmat penterjemahan
bahasa Melayu dalam Ejen Carian Google: Satu dan cabaran penciptaan teknologi penterjemahan
Kajian Semantik mengkaji kesilapan dan kesalahan mesin yang terbaik. Akan tetapi kertas kerja tersebut
makna hasil terjemahan ayat dan perkataan daripada hanya lebih tertumpu kepada aspek teori sahaja.

Bab 11outline.indd 103 7/24/2013 9:36:40 AM


104 Islamiyyat 35(2)

Kertas kerja Teknologi Terjemahan untuk Belajar METODE KAJIAN


Bahasa yang ditulis oleh Rusli Abdul Ghani (2009)
menghuraikan perkembangan mutakhir teknologi Penganalisaan data kajian menggunakan kaedah
maklumat dan komunikasi, khususnya teknologi analisis kandungan (content analysis) kerana tertumpu
terjemahan yang dibangunkan dalam sistem jaringan kepada kajian korpus (novel) yang berbentuk
internet yang dapat diakses oleh semua individu deskriptif. Analisis data melibatkan dua kategori
secara cepat dan murah. Kertas ini juga meneliti perbandingan seperti yang telah ditentukan, iaitu:
sumber dan khidmat terjemahan yang disediakan di
1. Enjin terjemahan Google mewakili mesin
laman-laman Web yang boleh dimanfaatkan dalam
terjemahan.
pembelajaran sesuatu bahasa seperti rangkaian
2. Penterjemah Nahmar Jamil mewakili terjemahan
sosial seperti palabea dan busuu bagi berkomunikasi
manusia.
dengan penutur asli bahasa itu dan khidmat teknologi
terjemahan bagi menterjemah bahasa seperti free Analisis sampel dijalankan secara deskriptif,
translation, babel fish dan systranet. Maka, kertas iaitu dengan menggunakan korpus kajian bertajuk
ini hanya menunjukkan dan memaparkan laman- al-‘Ankabut yang merupakan novel karya penulis
laman web dan khidmat-khidmat terjemahan wujud terkenal Mesir, iaitu, Mustafa Mahmud. Data yang
di internet bagi memperkukuhkan penguasaan dianalisis dalam novel tertumpu pada paduan dua
bahasa. perkataan Arab yang dikenali sebagai “tarkib” atau
Jumiya Ahmad (2009) dalam kertas kerja beliau dalam bahasa Melayu disebut “frasa”.
yang bertajuk Terjemahan Berbantukan Komputer: Perbincangan akan difokuskan pada analisis
Satu Pengalaman Mengajar. Kertas kerja ini sampel kajian terhadap frasa idafah. Analisis
menghuraikan pengalaman beliau dalam mengajar sampel kajian dihadkan pada tiga bab terakhir novel
kursus terjemahan. Hasil terjemahan pelajar dalam tersebut, iaitu bab 8, 9 dan 10. Pemilihan sampel
menggunakan perisian terjemahan yang terdapat dilakukan secara rawak (random sampling) dengan
dalam talian atau internet turut dipaparkan kemudian cara mencabut lima sampel daripada setiap frasa atau
dianalisis kekurangan dan kesalahan dihuraikan tarkib idafah. Susunan proses untuk menganalisis
dari segi kaedah penterjemahan. Kertas ini menilai perbandingan digambarkan dalam bentuk carta alir
gabungan antara terjemahan manusia yang belum seperti di bawah:
berkemahiran dengan terjemahan mesin dalam
menghasilkan terjemahan yang memuaskan dan Teks sumber
novel al-‘Ankabut
dapat difahami.
Penulisan kertas kerja oleh Vijayaletchumy a.p. Sampel rawak untuk frasa idafah
Subramaniam (2005) yang bertajuk Penterjemahan
Mesin membincangkan tentang asal usul terjemahan Penterjemahan
mesin dan kaji selidik berkaitan projek mesin
terjemahan di negara Barat. Kertas ini juga
Mesin Manusia
menghuraikan jenis-jenis terjemahan mesin, sistem
serta kekurangan dan kelebihannya. Implikasi
Terjemahan Nahmar Jamil
jangka panjang terjemahan mesin bagi penterjemah Terjemahan dalam
Mesin Google
juga dihuraikan. novel “Labah-Labah”
Melihat kepada kajian-kajian lepas, belum
terdapat lagi kajian tentang perbandingan hasil Hasil terjemahan teks sasaran
terjemahan antara manusia dan mesin. Oleh yang
demikian, kajian “Penterjemahan Frasa Arab- Terjemahan keduanya dibandingkan
Melayu: Analisis Bandingan Antara Terjemahan
Manusia dengan Terjemahan Mesin” dirasakan wajar Analisis, ulas dan cadangan terjemahan
dan sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan dan
dapatan kepada bidang penterjemahan. Rajah 1. Aliran Proses Perbandingan Terjemahan

Bab 11outline.indd 104 7/24/2013 9:36:40 AM


Penterjemahan Frasa Al-Idafah Arab-Melayu Menggunakan Google Translate 105

Penterjemahan manusia dan mesin ini dipaparkan Data 1


dalam bentuk jadual sebelah-menyebelah, hal ini
bagi melihat dengan jelas hasil terjemahan selain
.‫وخيل إلى أن االسم يبدو مألوفا بالرغم من غرابته‬
memudahkan dalam membuat bandingan terjemahan (al-‘Ankabut, hlm: 79)
antara keduanya.
JADUAL 1. Sampel Pertama yang Mengandungi Frasa Idafah

ANALISIS SAMPEL KAJIAN Terjemahan Nahmar Jamil Terjemahan Google

Terkhayal kepada saya, zaman Kuda-kuda itu bahawa nama


Frasa adalah unit tatabahasa yang boleh terdiri
itu kelihatan biasa sahaja itu kedengaran biasa walaupun
daripada satu susunan yang mengandungi sekurang- walaupun kelihatan aneh. keganjilan. (6 Julai 2012)
kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang (Labah-Labah, hlm: 79)
berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan
atau lebih (Nik Safiah et al. 1993: 416). Konsep
frasa dalam bahasa Arab dikenali sebagai al- Ulasan:
tarkib. Pendapat Ibnu Burdah (2004: 76) yang Dalam ayat ini, perkataan merupakan masdar
membahas maksud perbincangan tarkib ini, iaitu (kata terbitan) dari perkataan asal . Frasa
kaitan satu perkataan dengan perkataan lain yang adalah frasa idafah yang terdiri daripada perkataan
membentuk satu frasa yang belum membentuk ayat ‫غرابة‬, iaitu mudaf dan damir menunjukkan mudaf
dan perbahasannya berkaitan dengan ilmu nahu ilaiyh. Nahmar Jamil memadankan frasa ‫ غرابته‬dengan
Arab. Dalam proses terjemahan ayat, penterjemahan “kelihatan aneh” manakala Google memadankan
setiap perkataan amat penting kerana perkataan yang frasa tersebut dengan perkataan “keganjilan”.
membentuk ayat dan supaya maksud sasaran yang Merujuk kamus al-‘Asri (1996: 1345), perkataan
cuba disampaikan penulis asal dapat difahami dengan tersebut bermaksud “keanehan atau keganjilan”.
jelas oleh pembaca sasaran. Nahmar Jamil memadankan perkataan ‫ غرابة‬dengan
Dalam buku tatabahasa bahasa Arab moden, iaitu perkataan “aneh”. Dan perkataan “kelihatan”
buku Jami‘ al-Durus al-‘Arabiyyah karya Ghilyani ditambah kerana ini merupakan kaedah perubahan
mengemukakan bahawa konsep murakkab (tarkib) dalam susunan perkataan bagi menyesuaikan bahasa
adalah murakkab isnadiy, ‘atfiy, idafiy, bayaniy, penerima dengan ciri-ciri bahasa sumber (Ainon
‘adadiy dan sebagainya (Ghilyani 2000: 11). Jenis- 1979: 48).
jenis murakkab tersebut pada dasarnya merupakan Adapun damir merujuk kepada perkataan
frasa yang membentuk binaan ayat bahasa Arab dan ‫ أيام‬yang bermaksud “zaman atau masa” pada ayat
akan melengkapkan makna ayat tersebut sehingga sebelumnya. Apabila melihat hasil terjemahan antara
maksud keseluruhannya dapat difahami. Maka, jelas keduanya menunjukkan hasil terjemahan yang sesuai
bahawa tarkib di sini merupakan binaan asas suatu untuk frasa idafah. Terjemahan Nahmar Jamil lebih
konstruksi ayat dalam bahasa Arab. bersahaja apabila dibandingkan dengan Google.
Idafah merupakan tarkib idafiy. Idafah menurut Terjemahan Google nyata mampu menterjemahkan
bahasa ialah isnad yang bermaksud penyandaran. frasa tersebut dengan agak baik walaupun terjemahan
Frasa ini adalah suatu bentuk penyandaran antara keseluruhan ayat perlu kepada pengeditan semula.
suatu kata dengan kata yang lain dan mempunyai
hubungan dua kata nama yang membawa kepada satu Data 2
maksud perkataan (Mubarak 1987: 251). Mempunyai .‫ويقلب صفحات كتاب الدنيا كله‬
dua elemen penting, iaitu mudaf (yang disandarkan)
mewakili kata nama pertama dan mudaf ilaiyh (yang (al-‘Ankabut, hlm: 76)
menyandarkan) mewakili kata nama kedua (Antoine
JADUAL 2. Sampel Kedua yang Mengandungi Frasa Idafah
al-Dahdah 1992 dalam Ashinida 1998: 21). Idafah
bertujuan untuk memberi makna yang lebih khusus Terjemahan Nahmar Jamil Terjemahan Google
terhadap sesuatu perkataan.
Dalam kajian ini hanya lima sampel yang Dia akan membolak-balik Dan berpaling muka surat
dianalisis, iaitu: beberapa halaman seluruh buku seluruh dunia.
kitab dunia. (6 Julai 2012)
(Labah-Labah, hlm: 79)

Bab 11outline.indd 105 7/24/2013 9:36:41 AM


106 Islamiyyat 35(2)

Ulasan: “pasar hamba abdi” yang bermaksud satu jenis nama


tempat. Nahmar Jamil menghasilkan terjemahan
Ayat tersebut menunjukkan ayat yang mengandungi
“pasar hamba abdi” manakala terjemahan Google
frasa idafah. Perkataan ‫ كتاب‬adalah nakirah yang
menterjemah “pasaran hamba”.
merupakan bentuk mudaf dan perkataan ‫ الدنيا‬pula
Google menggunakan perkataan “pasaran” dalam
ialah ma‘rifah yang merujuk bentuk mudaf ilaiyh.
memadankan perkataan ‫سوق‬. Perkataan “pasaran” ini
Bentuk idafah dalam frasa ini, iaitu mengandungi
kurang sesuai kerana perkataan tersebut merupakan
lafaz “‫ ”ل‬atau “lam” yang mempunyai erti milkiyah
kata terbitan daripada “pasar”. Apabila menggunakan
(kepunyaan), maka frasa tersebut bermaksud “buku
perkataan “pasaran”, makna yang dibawa adalah
kepunyaan (milik) dunia”. Terjemahan Nahmar
lari daripada maksud ayat asal. Maka, dari segi
Jamil untuk perkataan ‫ كتاب الدنيا‬adalah “kitab
terjemahan frasa tersebut, terjemahan Nahmar Jamil
dunia” manakala terjemahan Google menghasilkan
lebih tepat berbanding dengan terjemahan Google.
terjemahan “buku dunia”.
Secara keseluruhan terjemahan ayat, terjemahan
Makna, frasa ‫ كتاب الدنيا‬mengandungi erti kiasan
Google perlu kepada pembetulan.
kerana penulis asal novel menggunakan perkataan
‫ الدنيا‬dengan menyandarkannya dengan perkataan
Data 4
, iaitu “buku”. Penulis bermaksud mengandaikan
dunia seperti buku yang mempunyai “helaian muka Teks asal:
surat”. Dari segi terjemahan, keduanya menghasilkan
terjemahan yang baik dengan terjemahan yang .‫الحصار على أسوار عكا‬
hampir sama maksud, iaitu “kitab dunia” dan “buku (al-‘Ankabut, hlm: 89)
dunia”. Walau bagaimanapun, secara keseluruhan
ayat, kualiti terjemahan Nahmar Jamil lebih baik JADUAL 4. Sampel Keempat yang Mengandungi Frasa Idafah
berbanding terjemahan yang dihasilkan Google.
Terjemahan Nahmar Jamil Terjemahan Google
Terjemahan Google cenderung kepada kaedah
terjemahan perkataan demi perkataan. Pengepungan di tembok Acre. Sekatan di dinding Acre.
(Labah-Labah, hlm: 93) (25 Julai 2012)
Data 3
Teks asal: Ulasan:
‫وصديقي دكران يحدثني عن الجارية التي اشتراها من سوق‬ Frasa ‫ أسوارعكا‬adalah frasa idafah yang terdiri
.‫النخاسة‬ daripada perkataan ‫ أسوار‬yang merupakan mudaf dan
(al-‘Ankabut, hlm: 85)
perkataan ‫ عكا‬adalah mudaf ilaiyh. Perkataan‫أسوار‬
merupakan perkataan jamak yang berasal daripada
JADUAL 3. Sampel Ketiga yang Mengandungi Frasa Idafah perkataan asalnya, iaitu‫سور‬. Menurut kamus al-
‘Asri (1996: 1099) perkataan ‫ سور‬mempunyai
Terjemahan Nahmar Jamil Terjemahan Google
maksud “tembok, dinding atau pagar”. Oleh kerana
Sahabat saya, Dakran bercerita Dan kawan saya (Dkran) perkataan‫ أسوار‬merupakan perkataan jamak, maka
tentang seorang jariah yang memberitahu saya tentang akan membawa maksud tembok atau dinding yang
dibelinya dari pasar hamba berterusan yang dibeli dari mempunyai lebih daripada dua, maka terjemahan
abdi. pasaran hamba. akan menjadi “tembok-tembok atau dinding-
(Labah-Labah, hlm: 89) (6 Julai 2012)
dinding”. Dan perkataan ‫ عكا‬pula bermaksud “Acre”,
iaitu satu nama tempat di negara Israel.
Ulasan: Gabungan dua perkataan antara‫ أسوار‬dengan ‫عكا‬
menghasilkan maksud baru, iaitu “tembok Acre”
Frasa idafah pada ayat di atas, iaitu pada frasa ‫سوق‬
atau “dinding Acre”. Frasa ini adalah kata nama
‫النخاسة‬. Perkataan ‫ سوق‬adalah mudaf dan mudaf ilaiyh
dalam bentuk penyandaran atau idafah. Nahmar
pula ialah pada perkataan ‫النخاسة‬. Idafah bererti
Jamil dan Google menghasilkan terjemahan yang
menggabungkan dua kata yang berbeza makna
sama dan tepat untuk frasa ‫أسوار عكا‬. Perbandingan
menjadi satu makna yang baru (Mustafa 1997: 76;
menunjukkan keduanya melahirkan hasil terjemahan
Mukhlas 2008: 222). Penggabungan antara perkataan
yang baik sama ada untuk terjemahan frasa dan juga
‫ سوق‬dengan ‫ النخاسة‬menjadikan satu kata nama
terjemahan keseluruhan terjemahan ayat.
yang mempunyai makna baru. Penyandaran kedua
perkataan tersebut menghasilkan makna baru, iaitu

Bab 11outline.indd 106 7/24/2013 9:36:41 AM


Penterjemahan Frasa Al-Idafah Arab-Melayu Menggunakan Google Translate 107

Data 5 Enjin terjemahan tidak dapat dinafikan keupayaan


dalam menterjemahkan sesuatu teks, akan tetapi
Teks asal:
sentuhan seorang penterjemah manusia tetap
. ‫ونظرت إلى ساعة الحائط‬ diperlukan untuk proses pengeditan bagi menghasilkan
satu teks terjemahan yang sempurna.
(al-‘Ankabut, hlm: 90)
Enjin terjemahan jelas mempunyai peranan dalam
JADUAL 5. Sampel Kelima yang Mengandungi Frasa Idafah membantu proses terjemahan ianya lebih sesuai
dijadikan alat bantu menterjemah bagi seseorang
Terjemahan Nahmar Jamil Terjemahan Google penterjemah profesional. Kewujudan mesin tidak
boleh diketepikan seratus peratus, kerana pada
Saya memandang kepada jam Dan memandang jam.
dinding. (Labah-Labah, hlm: 94) (25 Julai 2012) hakikatnya mesin dicipta untuk memudahkan kerja-
kerja manusia. Selain itu, mesin pula tidak dapat
menggantikan tempat penterjemah profesional kerana
Ulasan: terjemahan yang sempurna dan berkualiti hanya
Frasa yang digaris bawah dalam ayat di atas mampu dihasilkan melalui pengetahuan, kemahiran
merupakan bentuk daripada frasa idafah. Perkataan dan pengalaman.
‫ ساعة‬mewakili mudaf dan perkataan ‫ الحائط‬merupakan Malah, gabungan antara terjemahan manusia dan
mudaf ilaiyh. Menurut kamus Oxford Fajar Arab- mesin terjemahan mampu menghasilkan terjemahan
Melayu (2006: 115), perkataan ‫ الحائط‬mempunyai yang baik. Sepertimana yang telah disebut oleh
erti “dinding”. Perkataan ‫ ساعة‬bermaksud “jam, alat Zaharin (2008: 66) dan Ulitkin (2011) terjemahan
untuk mengetahui waktu atau satu jam” (al-‘Asri yang berkualiti hasil gabungan teknologi elektronik
1996: 1035). Akan tetapi padanan yang sesuai ialah dan kemahiran penterjemah dan penguasaan bahasa
“jam”. Frasa ‫ ساعة الحائط‬adalah dua perkataan yang asing juga teori terjemahan.
bersandar dan melahirkan makna perkataan baru, Sebagai penutup, walaupun manusia dan mesin
iaitu “jam dinding”. Maka, fungsi penyandaran di sini berbeza akan tetapi kedua-dua aplikasi terjemahan
adalah mengkhususkan dua makna perkataan tersebut mempunyai kelebihan masing-masing. Apabila
supaya terhasil nama alat baru daripada alat “jam”, bergabung akan mendapatkan hasil terjemahan yang
iaitu “jam dinding”. sempurna. Maka, keduanya tidak dapat dipisahkan
Nahmar Jamil menterjemah dengan tepat masing-masing saling berhubung kait. Kemampuan
maksud ‫ساعة الحائط‬, iaitu “jam dinding”. Melihat dan kemahiran manusia tidak dapat dipersoalkan lagi
kepada terjemahan Google, frasa ‫ساعة الحائط‬ terjemahan manusia tetap unggul dan bernilai tinggi
diterjemahkan dengan perkataan “jam” sahaja hal ini hasil daripada kelebihan akal fikiran yang telah
manakala perkataan ‫ الحائط‬tidak diterjemahkan. dianugerahkan kepadanya.
Perbandingan hasil terjemahan menunjukkan
terjemahan Nahmar Jamil menghasilkan terjemahan RUJUKAN
yang baik dan setia dalam menyampaikan maklumat
Ainon Muhammad. 1979. Pengantar Terjemahan. Kuala
teks yang diterjemah.
Lumpur: Penerbitan Adabi.
Al-Ghilyani, Mustafa. 2000. Jami’ud Durus al-Arabiyah.
RUMUSAN DAN KESIMPULAN Juzuk pertama. Beirut: Dar Al-Kutub al-Ilmiyah.
Ashinida Aladdin. 1998. Kekeliruan antara Al-Idafat dan
Al-Na’at di Kalangan Pelajar Melayu. Fakulti Bahasa
Dalam menterjemahkan frasa idafah, penterjemah
dan Linguistik. Petaling Jaya: Universiti Malaya.
manusia menterjemahkannya dengan baik.
Burdah, I. 2004. Menjadi Penerjemah: Wawasan Dan
Terjemahan mesin pula agak baik akan tetapi perlu Metode Menerjemah Teks Arab. Yogyakarta: Tiara
pengeditan semula untuk terjemahan keseluruhan Wacana Yogya.
ayat. Craciunescu, O., Salas, C.G. & O’keeffe S.S. 2004.
Daripada hasil analisis kertas kerja ini mendapati Machine Translation and Computer-Assisted
terjemahan Nahmar Jamil mempunyai kualiti yang Translation: A New of Translating? Translation Journal
lebih baik berbanding terjemahan mesin Google and Author. http://accurapid.com/journal/29bias.htm
dalam menterjemahkan frasa idafah. Manusia [2011].
menterjemah menggunakan pengetahuan dan Farah Hanan Abdullah & Muhammad Fauzi Jumingan.
kemahirannya manakala mesin menterjemah terbatas 2012. Terjemahan Kolokasi Arab-Melayu: Suatu Kajian
dengan korpus dan bank perkataan yang ada. Terhadap Google Translate. Prosiding Nadwah Bahasa
dan Kesusasteraan Arab Ketiga, hlm. 30-34.

Bab 11outline.indd 107 7/24/2013 9:36:41 AM


108 Islamiyyat 35(2)

Goh, Ying Soon & Azman Che Mat. 2009. Idea Pengamalan Naimah Abdullah et al. 2009. Terjemahan Wacana
Teori dan Prinsip Penterjemahan. Penterjemahan Agama Arab-Melayu. Persidangan Penterjemahan
Bahasa Cina-Bahasa Melayu. Antarabangsa ke-12.
Imran Ho. 2003. Teknologi terjemahan untuk pendidikan Nik Safiah et al. 1993. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.
dalam era globalisasi dan ekonomi berasaskan ilmu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Himpunan Kertas Kerja Persidangan Penterjemahan Quah, Chiew Kin. 2006. Translation and Technology.
Antarabangsa ke-9. Anjuran Universiti Pendidikan England: Palgrave Mcmillan.
Sultan Idris. Radiah Yusoff & Wan Rose Eliza Abdul Rahman.
Jumiya Ahmad. 2009. Terjemahan berbantukan 2008. Analisis padanan makna dalam terjemahan
komputer: satu pengalaman mengajar. Persidangan berbantukan komputer. Persidangan Penterjemahan
Penterjemahan Antarabangsa ke-12, Kelestarian Antarabangsa ke-11.
Bidang Penterjemahan. Rusli Abdul Ghani. 2009. Teknologi terjemahan
Kamus al-‘Asri (Kontemporer) Arab-Indonesia.1996. untuk belajar bahasa. Persidangan Penterjemahan
Yoyakarta: Yayasan Ali Maksum Pondok Pesantren Antarabangsa ke-12, Kelestarian Bidang
Krapyak. Penterjemahan, hlm, 65-76.
Kamus Oxford Fajar Bahasa Arab-Bahasa Melayu dan The Oxford English-Arabic Dictionary of Current Usage.
Bahasa Melayu-Arab. 2006. Fajar Bakti Sdn. Bhd: 1981. Britain: Oxford University Press. http://www.
Shah Alam. google translate.com.
Mahmud, Mustafa. t.th. al-’Ankabut. Lubnan: Dar Al- Ulitkin, I. 2011. A Computer-Assisted Translation Tools: A
Ma’arif. brief Review. Translation Journal and Author. 2011.
Mohamad Nor Amin Samsun Baharun & Naimah http://translationjournal.net/journal/55computers.
Abdullah. 2011. Kesilapan Terjemahan bahasa Arab- htm.
bahasa Melayu dalam Ejen Carian Google: Satu Kajian Vijayaletchumy a.p. Subramaniam. 2005. Penterjemahan
Semantik. Persidangan Penterjemahan Antarabangsa mesin. Persidangan Penterjemahan Antarabangsa
ke-13. Anjuran Persatuan Penterjemah Malaysia. ke-10.
Mohd Khairulanuar Manshor. 2009. Aplikasi Teknologi Vitek, S.V. 2010. Reflection of a human translator on
dalam Penterjemahan. Persidangan Penterjemahan machine translation. Translation Journal 4(3). http://
Antarabangsa ke-12, Kelestarian Bidang accurapid.com/journal/13mt.htm.
Penterjemahan. Zaharin Yusoff. 2008. Machines and translation. Persidangan
Mok, Kim Man & Ei, Sun Oh. 2005. Translation as a Penterjemahan Antarabangsa ke-11.
Communication Tool: The Teaching of Japanese. Zetzsche, J. 2007. Machine Translation Revisited.
Kertas Kerja Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Translation Journal and the Author. http://accurapid.
ke-10. Anjuran Universiti Malaysia Sabah. Kota com/journal/39MT.htm.
Kinabalu, 2-4 Ogos.
Mubarak, Mubarak. 1987. Qawaid Al-Lughah Al-‘ Arabiah.
Beirut: Dar al-Kutub al-Lubnan. Khadijah Sjahrony
Muhammad Fauzi Jumingan. 2012. Terjemahan adalah *Maheram Ahmad
satu perniagaan. Prosiding Nadwah Bahasa dan Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Kesusasteraan Arab Ketiga, hlm. 133. Fakulti Pengajian Islam
Mukhlas Asy-Syarkani. 2008. Cara Belajar Bahasa Arab Universiti Kebangsaan Malaysia
Nahu. Cetakan ke-3. Kuala Lumpur: Al-Hidayah 43600 UKM Bangi
Publications. Selangor D.E.
Mustafa Umar. 1997. Tatabahasa Bahasa Arab. Kuala MALAYSIA
Lumpur: Darul Nu’man.
Nahmar Jamil. 1991. Labah-Labah. Kuala Lumpur: * maheram_ahmad@yahoo.com mhm@ukm.my
Penerbitan Kintan.

Bab 11outline.indd 108 7/24/2013 9:36:42 AM

You might also like