You are on page 1of 18

1.

0 Pendahuluan

Pencapaian pelaksanaan Sekolah Bestari melibatkan lima komponen utama iaitu


pelajar, guru, pentadbir, pengintergrasian teknologi dan penglibatan ibu bapa atau
penjaga/komuniti.

Terdapat pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dan kelompok pelajar ini memerlukan ruang untuk mengembang dan
menggunakan kemahiran mereka. Briged Bestari bukan sahaja dapat membantu
menggerak dan memantapkan penggunaan ‘ICT’ di sekolah, Briged Bestari juga dapat
memberi ruang kepada pelajar yang berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka ke
arah yang positif.

Dengan demikian,menjadi satu harapan setiap warga sekolah akan mendapat


manfaat daripada penubuhan pasukan melalui aktiviti sokongan, latihan dan
penyelenggaraan komputer.

2.0 Rasional

Memandangkan wujudnya keperluan semasa untuk memantapkan pengurusan


Sekolah Bestari, Briged Bestari perlu ditubuhkan sebagai agen pemangkin kepada
pembestarian sekolah. Komitmen pelajar bukan hanya terbatas kepada panggunaan
kemudahan teknologi yang dibekalkan tetapi merangkumi aspek teknikal agar faedah
program ini dapat dioptimumkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum.

3.0 Matlamat

Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program


Pembestarian Sekolah serta membantu pelbagai program teknologi maklumat dan
komunikasi berjalan lancar.

Program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin bertambah di


sekolah dan bagi melicinkan pelaksanaan program ini, sebuah badan khas seperti Briged
Bestari perlu diwujudkan.

4.0 Objektif

Antara objektif penubuhan Briged Bestari:

4.1 Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam


menggunakan aplikasi di sekolah.
4.2 Menjadi agen penggerak bagi bantu melancarkan pelaksanaan
Program Pembestarian Sekolah.
4.3 Melatih sekumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
4.4 Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) di kalangan pelajar untuk kegunaan positif.
4.5 Memberi peluang kepada pelajar berkongsi kemahiran dan seterusnya
menyebarkan ilmu kepakaran mereka dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi kepada rakan-rakan lain di sekolah.
5.0 Fungsi

Antara fungsi penting Briged Bestari:

5.1 Membimbing rakan sebaya dalam penggunaan aplikasi di sekolah.


5.2 Membantu proses pengisian data dalam beberapa aplikasi di sekolah.
5.3 Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan teknikal
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
5.4 Membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang mudah serta pengawasan
perkakasan dan perisian.
5.5 Membantu kerja-kerja penyenggaraan perkakasan ICT ( Preventive
Maintenance)
5.6 Membantu menyebarkan maklumat terkini berkaitan Program
Pembestarian Sekolah.
5.7 Membantu memastikan program ICT di sekolah yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia berjalan lancar sebagaimana yang telah
dirancangkan.

6.0 Aplikasi Yang Perlu Dikuasai Ahli-Ahli Briged Bestari

Pelajar Briged Bestari perlu menguasai aplikasi berikut

6.1 Emel
6.2 Internet
6.3 CD TLM(Stand-Alone)
6.4 Kolaborasi – Think.com
6.5 Pemprosesan perkataan (MS Word)
6.6 Hamparan Elektonik (MS Excel)
6.7 Aplikasi Persembahan (Power Point/Flash)
6.8 Aplikasi Multimedia (Movie Maker/Video Cutter)
6.9 Aplikasi Grafik (Adobe Photoshop)
7.0 CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi Jawatankuasa Briged Bestari

PENAUNG
Pengetua/Guru Besar

PENASIHAT
Penolong Kanan HEM

GURU PENYELARAS
Guru Penyelaras Bestari

PENGERUSI
(Pelajar)

TIMBALAN PENGERUSI

SETIAUSAHA

PENOLONG SETIAUSAHA

BENDAHARI

AHLI JAWATANKUASA

BIRO INFRASTRUKTUR TEKNOLOGI BIRO PENDOKUMENTASIAN BIRO LAMAN WEB SEKOLAH


DAN PENERBITAN

BIRO LATIHAN
8.0 BIDANG TUGAS ORGANISASI BRIGED BESTARI

8.1 Penasihat

8.1.1 Bertindak sebagai penasihat kepada jawatankuasa pelajar Briged


Bestari bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan
lancar.
8.1.2 Menjalankan aktiviti pemantauan terhadap pelaksanaan semua
aktiviti Briged Bestari bersama Kementerian Pelajaran
Malaysia/Bahagian Teknologi Pendidikan.
8.1.3 Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan
sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.

8.2 Penyelaras

8.2.1 Merancang dan mengawasi perlaksanaan aktiviti Briged Bestari.


8.2.2 Memastikan aktiviti berkaitan Briged Bestari berjalan lancar.
8.2.3 Melatih ahli Briged Bestari dalam pengunaan aplikasi di sekolah.
8.2.4 Memantau keberkesanan pelaksanaan aktiviti Briged Bestari.
8.2.5 Memeriksa tahap keselamatan semasa perkakasan, perisian dan
data.

8.3 Pengerusi

8.3.1 Bertanggungjawab secara langsung kepada Guru Penyelaras


Briged Bestari.
8.3.2 Mempengerusikan setiap perjumpaan atau mesyuarat Briged
Bestari.
8.3.3 Berhubung dengan Guru Penyelaras bagi membincangkan setiap
masalah dan membuat keputusan.
8.3.4 Membimbing ahli-ahli kelab bagi mencapai matlamat Program
Pembestarian Sekolah.
8.3.5 Merancang, menyelaras dan menjalankan aktiviti tahunan bagi
Briged Bestari.
8.4 Timbalan Pengerusi

8.4.1 Bertanggungjawab kepada arahan Guru Penyelaras berkaitan


dengan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah ketika
ketiadaan Pengerusi.
8.4.2 Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya dan
menyediakan laporan.
8.4.3 Membantu Pengerusi contohnya dalam melaksanakan tugas-tugas
yang berkaitan dengan Briged Bestari

8.5 Setiausaha

8.5.1 Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan


dengan pelaksanaan Briged Bestari.
8.5.2 Mengemas kini fail dan dokumentasi Briged Bestari.
8.5.3 Mencatat dan merekodkan minit mesyuarat Briged Bestari.
8.5.4 Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan
sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.

8.6 Penolong Setiausaha

8.6.1 Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan


dengan Briged Bestari.
8.6.2 Mengambil alih tugas Setiausaha semasa ketiadaannya dan
membuat laporan.
8.6.3 Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas-tugas yang
berkaitan dengan briged.

8.7 Bendahari

8.1.1 Bertanggungjawab kepada Guru Penyelaras tentang urusan


kewangan.
8.7.2 Menguruskan sumbangan dan derma daripada ahli atau orang
perseorangan.
8.7.3 Mengemas kini buku akaun Briged Bestari.
8.7.4 Menguruskan keluar masuk wang melalui Guru Penyelaras.
8.7.5 Menyediakan laporan semasa kewangan untuk dibentang dalam
mesyuarat.

8.1 Ahli Jawatankuasa

7.1 Bertanggungjawab kepada setiap arahan Guru Penyelaras


berkaitan dengan pelaksanaan Briged Bestari.
7.2 Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas yang
berkaitan dengan Briged Bestari.
7.3 Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Briged
Bestari.

8.1 Tugas-tugas Biro

7.1 Biro Infrastruktur Teknologi

 Memastikan penggunaan peralatan yang dibekalkan melalui


Program Pembestarian Sekolah mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.
 Memastikan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
yang dibekalkan sentiasa berada dalam keadaan selamat
untuk digunakan.
 Membantu menyenggara pelbagai peralatan yang ada di
sekolah.
 Membantu menyelenggara pelbagai peralatan yang ada di
sekolah.

7.2 Biro Latihan


 Merancang dan melaksanakan latihan atau kursus yang
berkaitan dengan aplikasi di sekolah dan penggunaan ‘ICT’
Briged Bestari.

7.3 Biro Dokumentasi dan Penerbitan


 Menyedia dan menyimpan laporan bagi setiap aktiviti yang
berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti sekolah.
 Menerbit dan mengedar bahan atau maklumat yang berkaitan
dengan pelaksanaan aktiviti di sekolah.

7.4 Biro Laman Web


 Membangun dan mengemas kini laman web rasmi sekolah.
 Menjadi pembimbing rakan sebaya kepada badan atau
persatuan serta kelab pelajar bagi membina laman web
pertubuhan mereka.

9.0 AKTIVITI BRIGED BESTARI

9.1 Aktiviti Khusus


1.1 Mengadakan kursus dan latihan berkenaan ICT kepada ahli Briged
Bestari.
1.2 Membantu tugas-tugas guru-guru memasukkan data (yang
dibenarkan).
1.3 Membantu menguruskan bilik operasi mengikut jadual.
1.4 Membantu penyenggaraan (Preventive Maintenance) prasarana
teknologi maklumat dan komunikasi.
1.5 Membantu penyelenggaraan prasarana teknologi maklumat dan
komunikasi.
1.6 Membantu guru mata pelajaran semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran .

9.2 Aktiviti Sampingan


9.2.1 Membantu webmaster mendapatkan bahan-bahan yang sesuai
bagi tujuan mengemas kini laman web sekolah.
9.2.2 Mendokumentasikan setiap aktiviti khas yang telah dijalankan oleh
sekolah.
9.2.3 Membantu Guru Penyelaras Bestari sebagai penyampai maklumat
untuk tetamu.
9.2.4 Membantu mengendalikan kursus asas literasi komputer kepada
warga sekolah.
9.2.5 Membantu pengambilan gambar untuk profil pelajar.
9.2.6 Mengadakan lawatan ke sekolah lain bagi tujuan penanda aras.
PERLEMBAGAAN BRIGED BESTARI

1 NAMA
Briged Bestari

2 OBJEKTIF

2.1 Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam


menggunakan aplikasi di sekolah.
2.2 Menjadi agen penggerak membantu kelancaran perlaksanaan Program
Pembestarian Sekolah.
2.3 Melatih kumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi.

3 SYARAT-SYARAT KEAHLIAN

3.1 Syarat Pemilihan

3.1.1 Terbuka kepada semua pelajar setiap tingkatan/tahap 2.


3.1.2 Berminat dan berpengetahuan dalam bidang teknologi maklumat
dan komunikasi.
3.1.3 Mempunyai rekod akademik baik.
3.1.4 Tahap kesihatan yang memuaskan.
3.1.5 Mempunyai rekod disiplin yang baik.

3.2 Prosedur Pemilihan

3.2.1 Pemilihan pelajar berdasarkan borang permohonan dan


pencalonan guru.
3.2.2 Setiap pelajar yang dicalonkan akan ditemuduga oleh
Jawatankuasa Pemilih.
3.2.3 Sekurang-kurangnya seorang pelajar dari setiap kelas dan
memenuhi syarat
3.2.4 Pelajar yang terpilih akan dilantik oleh pihak sekolah.
3.2.5 Keutamaan diberikan kepada pelajar yang tidak memegang
sebarang jawatan badan khas di sekolah.
4 PEMBATALAN KEAHLIAN

4.1 Seseorang murid dianggap hilang atau batal kelayakan menjadi ahli
Briged Bestari ini apabila

4.1.1 Tidak lagi dianggap sebagai pelajar.


4.1.2 Melanggar peraturan Briged Bestari.
4.1.3 Melanggar Akujanji.
5 CARTA ORGANISASI BRIGED BESTARI

5.1 Berikut adalah Carta Jawatankuasa Kerja Briged Bestari yang telah
dicadang untuk digunapakai.

PENAUNG
Pengetua/Guru Besar

PENASIHAT
Penolong Kanan HEM

GURU PENYELARAS
Guru Penyelaras Bestari

PENGERUSI
Pelajar

TIMBALAN PENGERUSI
Pelajar

SETIAUSAHA
Pelajar

PENOLONG SETIAUSAHA
Pelajar

BENDAHARI
Pelajar

AHLI JAWATANKUASA

BIRO INFRASTRUKTUR BIRO LATIHAN BIRO PENDOKUMENTASIAN BIRO LAMAN WEB


TEKNOLOGI DAN PENERBITAN SEKOLAH
6 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAJAR BRIGED BESTARI

6.1 Penasihat

6.1.1 Bertindak sebagai penasihat kepada jawatankuasa pelajar Briged


Bestari bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lancar.
6.1.2 Membuat pemantauan pelaksanaan semua aktiviti Briged Bestari
bersama Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Teknologi
Pendidikan
6.1.3 Mengenal pasti dan berusaha membantu menyelesaikan masalah
yang berkaitan Briged Bestari.

6.2 Penyelaras

6.3.1 Merancang dan melaksana aktiviti Briged Bestari.


6.3.2 Memastikan aktiviti berkaitan Briged Bestari berjalan lancar
6.3.3 Melatih ahli-ahli Briged Bestari dalam pengunaan aplikasi di
sekolah.
6.3.4 Memantau keberkesanan perlaksanaan aktiviti Briged Bestari
6.3.5 Memeriksa tahap keselamatan semasa perkakasan, perisian dan
data.

6.4 Pengerusi

6.4.1 Bertanggungjawab secara langsung kepada Guru Penyelaras


Briged Bestari.
6.4.2 Mempengerusikan setiap perjumpaan atau mesyuarat Briged
Bestari.
6.4.3 Sentiasa berhubung dengan Guru Penyelaras Briged Bestari bagi
membincangkan sebarang masalah dan membuat keputusan.
6.4.4 Membimbing rakan pelajar untuk mencapai matlamat Program
Pembestarian Sekolah.
6.4.5 Merancang aktiviti tahunan Briged Bestari.

6.5 Timbalan Pengerusi

6.5.1 Bertanggungjawab kepada setiap arahan Guru Penyelaras Briged


Bestari berkaitan dengan perlaksanaan Program Pembestarian
Sekolah ketika ketiadaan pengerusi.
6.5.2 Mengambil tugas pengerusi semasa ketiadaannya dan membuat
laporan.
6.5.3 Membantu pengerusi melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan
dengan Briged Bestari

6.6 Setiausaha

6.6.1 Bertanggungjawab kepada setiap arahan pengerusi berkaitan


perlaksanaan kelab.
6.6.2 Mengemas kini fail Briged Bestari.
6.6.3 Mencatat dan merekodkan minit mesyuarat Briged Bestari.
6.6.4 Mengenal pasti dan membantu menyelesaikan sebarang masalah
yang berkaitan dengan Briged Bestari.

6.7 Penolong Setiausaha

1.1.1 Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan


dengan Briged Bestari.
1.1.2 Mengambil alih tugas Setiausaha semasa ketiadaannya dan
membuat laporan kepada Setiausaha dan Pengerusi.
1.1.3 Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas-tugas yang
berkaitan dengan Briged Bestari.

6.8 Bendahari

1.1.1 Bertanggungjawab kepada Guru Penyelaras Briged Bestari tentang


setiap urusan kewangan.
1.1.2 Menguruskan sumbangan dan derma daripada ahli atau
perseorangan.
1.1.3 Mengemas kini buku akaun Briged Bestari.
1.1.4 Meguruskan keluar masuk wang melalui Guru Penyelaras Briged
Bestari.
1.1.5 Menyediakan laporan kewangan semasa untuk dibentangkan
dalam mesyuarat Briged Bestari.
3.9 Ahli Jawatankuasa

6.9.1 Bertanggungjawab kepada setiap arahan Guru Penyelaras Briged


Bestari berkaitan perlaksanaan Briged Bestari.
6.9.2 Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas yang
berkaitan dengan Briged Bestari.
6.9.3 Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan olah Briged
Bestari.

6.10 Tugas-tugas Biro

6.10.1 Biro Insfrastuktur Teknologi


 Memastikan penggunaan peralatan yang dibekalkan melalui
Program Pembestarian Sekolah mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.
 Memastikan keselamatan peralatan-peralatan yang dibekalkan.
 Membantu penyenggaraan peralatan-peralatan yang
dibekalkan.
 Membantu penyelenggaraan peralatan-peralatan yang
dibekalkan.

6.10.2 Biro Latihan


 Merancang dan melaksanakan latihan dan kursus yang
berkaitan dengan aplikasi di sekolah serta penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi Briged Bestari.

6.10.3 Biro Dokumentasi Dan Penerbitan.


 Menyedia dan menyimpan laporan bagi setiap aktiviti yang
berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti sekolah.
 Menerbit dan mengedarkan bahan-bahan atau maklumat yang
berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti sekolah.

6.10.4 Biro Laman Web


 Membantu membangun dan mengemas kini laman web rasmi
sekolah.
 Menjadi pembimbing rakan sebaya kepada badan, persatuan
atau kelab pelajar bagi membina laman web pertubuhan
mereka.
7 PEMILIHAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA.

7.1 Pemilihan ahli-ahli jawatankuasa Briged Bestari perlu diadakan dalam satu
mesyuarat yang dihadiri olah sekurang-kurangnya dua pertiga daripada
jumlah ahli.

7.2 Walau bagaimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu Penasihat Briged


Bestari dengan kuasa yang ada padanya boleh membenarkan mesyuarat
dijalankan walaupun kehadiran ahli kurang dari majoriti sebagaimana
yang dikehendaki.

8 PENGGUGURAN/PEMECATAN AJK

8.1 AJK yang dipilih boleh dipecat atau digugurkan apabila:


 Tidak lagi menjadi warga sekolah.
 Didapati bersalah dalam kes displin yang berat.
 Tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik.
 Meletak jawatan.

8.2 Pengguguran/pemecatan boleh dibuat melalui mesyuarat khas sekurang-


kurangnya 2/3 ahli yang hadir bersetuju dengan pengguguran/pemecatan
tersebut.
8.3 Pengguguran/pemecatan berlaku secara automatik apabila pelajar tidak
lagi menjadi warga sekolah atau meletak jawatan.
8.4 AJK yang ada berhak melantik mana-mana AJK atau ahli untuk
memegang jawatan AJK yang gugur/dipecat sehingga mesyuarat
pemilihan AJK yang berikutnya.
8.5 Semua pengguguran/pemecatan perlu mendapat persetujuan Guru
Penyelaras Briged Bestari dan dimaklumkan kepada Penasihat.

9 PERJUMPAAN BRIGED BESTARI

9.1 Mesyuarat Tergempar


9.1.1 Mesyuarat tergempar badan ini boleh diadakan pada bila-bila
masa sahaja jika difikirkan mustahak apabila sesuatu tindakan
segera perlu diambil mengenai sesuatu isu yang berbangkit atau
perkara yang melibatkan ahli atau Briged Bestari ini.

9.2 Kekerapan Mesyuarat Biasa Jawatankuasa

9.2.1 Jawatankuasa badan ini hendaklah mengadakan perjumpaan atau


mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa satu bulan
dengan tujuan untuk berhubung serta berbincang demi
kepentingan Briged Bestari serta ahli-ahlinya.
9.2.2 Dalam setiap mesyuarat jawatankuasa, kehadiran pengerusi atau
timbalannya dan enam anggota lain adalah dianggap mencukupi
korum dan mesyuarat tersebut boleh dijalankan.

9.3 Minit-minit Mesyuarat

9.3.1 Setiap minit mesyuarat hendaklah ditulis dan direkodkan dengan


baik oleh setiausaha atau jika ketiadaannya oleh penolong
setiausahanya.

10 TABUNG BRIGED BESTARI

10.1 Sumber Kewangan


10.1.1 Sumbangan ahli.
10.1.2 Sumbangan dari sektor swasta, individu atau Persatuan Ibu Bapa
dan Guru.
10.1.3 Jualan hari terbuka dan aktiviti-aktiviti lain.

10.2 Akaun
10.2.1 Semua sumbangan yang diterima hendaklah diserah kepada Guru
Penyelaras Briged Bestari.

10.3 Perbelanjaan
10.3.1 Setiap perbelanjaan yang hendak dikeluarkan mesti mendapat
kelulusan daripada Guru Penyelaras Briged Bestari.
10.3.2 Dalam keadaan apabila perbelanjaan segera diperlukan yang tidak
memungkinkan untuk dipanggil mesyuarat serta merta, maka atas
nasihat Guru Penyelaras Briged Bestari, boleh dengan kuasa yang
ada padanya meluluskan seberapa banyak perbelanjaan yang
diperlukan mengikut peruntukan yang dibenarkan oleh Undang-
undang Kecil Briged Bestari.

11 PROJEK DAN AKTIVITI BRIGED BESTARI

11.1 Briged Bestari ini dari semasa ke semasa hendaklah merancang dan
melaksanakan aktiviti-aktivitinya sendiri untuk menjadikan Briged Bestari
ini sebuah organisasi yang bergerak aktif dan dinamis.
11.2 Briged Bestari boleh mengambil apa-apa bahagian dalam projek dan
aktiviti yang dijalankan oleh organisasi lain di sekolah ini atau di sekolah
lain.
11.3 Keputusan sama ada ingin melibatkan diri atau tidak bagi ceraian 11.2 di
atas boleh sama ada dibuat menerusi mesyuarat biasa atau tergempar
oleh ahli jawatankuasa. Keputusan itu hanya memerlukan suara majoriti
mudah dan tidaklah memerlukan suara majoriti dua pertiga.
11.4 Berkaitan ceraian 11.2 dan 11.3, Guru Penyelaras Briged Bestari
mempunyai kuasa penuh bagi memberi kata putus selepas dirujuk
terlebih dahulu kepada Penaung.

12 PINDAAN PELEMBAGAAN

12.1 Sebarang pindaan perlembagaan ini hendaklah diluluskan dengan suara


majoriti dua pertiga oleh AJK setelah dipersetujui oleh Guru Penyelaras
Briged Bestari.

13 TARIKH PERLEMBAGAAN DIGUBAL DAN TARIKH BERKUAT KUASA


13.1 Perlembagaan ini telah digubal hh/bb/tttt mula berkuat kuasa pada tarikh
digubal.

14 PEMAKAIAN PERLEMBAGAAN
14.1 Perlembagaan ini hendaklah digunakan dengan sahnya. Sebarang
Perlembagaan Briged Bestari sebelum ini, jika ada, hendaklah terbatal
setakat yang berlawanan dengan perlembagaan ini.
UNDANG-UNDANG KECIL BRIGED BESTARI
1. Pakaian Seragam
Menggunakan logo rasmi Briged Bestari, logo BTP, tanda nama dan/atau Baju T atau vest.
2. Dasar Keselamatan
Ahli Briged Bestari mesti mematuh peraturan penggunaan Makmal Komputer dan Dasar
Keselamatan ICT.
3. Penggunaan Infrastruktur
Ahli Briged Bestari mesti pada setiap masa mematuhi peraturan penggunaan infrastruktur
teknologi sekolah.
4. Penggunaan Bilik
Ahli Briged Bestari mesti sentiasa mematuhi peraturan penggunaan Bilik Operasi/Makmal
Pengkomputeran/Pusat Akses Sekolah.
5. Peraturan Sekolah
5.1 Ahli Briged Bestari adalah tertakluk kepada peraturan sekolah.

6. Tugas dan Tanggungjawab


6.1 Ahli Briged Bestari wajib hadir bertugas mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak tiga kali tanpa sebarang alasan
yang munasabah akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sekolah.
6.2 Ahli Briged Bestari boleh dipanggil bertugas pada bila-bila masa mengikut
keperluan.
6.3 Setiap ahli Briged Bestari perlu merekodkan tugas harian mereka.

7. Keselamatan
7.1 Ahli tidak dibenarkan menyimpan kunci Bilik Operasi/Makmal
Pengkomputeran/Pusat Akses Sekolah.
7.2 Ahli bertugas perlu merekodkan pengambilan kunci.

8. Kerosakan
8.1 Sebarang kerosakan hendaklah direkod dan dilaporkan kepada Guru
Penyelaras Briged Bestari.
8.2 Kerja-kerja penyenggaraan peralatan ICT hanya boleh dilakukan oleh
penyelaras dan pegawai yang diberi kuasa oleh Guru Penyelaras Briged
Bestari.

9. Kewangan
9.1 Wang Briged Bestari hanya boleh digunakan dengan kelulusan mesyuarat.
9.2 Penggunaan wang untuk kes-kes kecemasan sekolah adalah mengikut
budi bicara Guru Penyelaras Briged Bestari.
9.3 Penyalahgunaan wang akan dikenakan tindakan mengikut peraturan
sekolah.
9.4 Laporan kewangan hendaklah sentiasa dikemaskini, dibentang dan
disahkan dalam mesyuarat.
9.5 Sekiranya Briged Bestari menerima sumbangan berupa wang, wang
tersebut hendaklah dimasukkan kedalam akaun PIBG sekolah. Jika
sumbangan yang diberikan itu berbentuk peralatan atau bahan-bahan
lain, ia hendaklah didaftarkan sebagai harta modal sekolah.

10. Peraturan-peraturan Lain


10.1 Segala peraturan Briged Bestari adalah sentiasa tertakluk kepada
peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa sama ada peraturan
sekolah atau sebarang peraturan tambahan yang diputuskan dalam
meyuarat jawatankuasa Briged Bestari.

You might also like