You are on page 1of 4

PENGENALAN KEPADA KELAB CYBERKIDS

PERNYATAAN VISI & MISI


KELAB CYBERKIDS

VISI KELAB CYBER KIDS


The aim of cyber kids club is to enable pupils to master the use of basic computer
applications, internet skill and webpage building.

MISI KELAB CYBER KIDS

 Students should be able to perform the steps in maintaining computer system


and handling data.

 Use computer in proper manners.

 Use basic operating system and computer application.

 Carry out internet activities.

 Abide by and practice netiquettes and copy right policy.

PENUBUHAN KELAB CYBERKIDS


1.Pendahuluan
1.1 Dunia hari ini berada dalam era maklumat ,di mana Teknologi Maklumat memainkan peranan
yang penting untuk kejayaan masa depan dalam dunia tanpa sempadan.Selaras dengan
perkembangan ini,SistemPendidikan sekolah haruslah mengoptimumkan penggunaan Teknologi

Maklumat umtuk tujuan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran.Sehubungan dengan ini
,PKG Kangar mencadangkan kepada pihak pengurusan SK St. Francis Convent (M) untuk
menubuhkan Kelab Cyberkids sebagai satu wadah dalam memperkemaskan lagi pengurusan ICT
kursusnya laman web sekolah.

Sekolah perlu kepada menubuhkan Kelab Cyber Kid kerana:


a) Teknologi Maklumat sentiasa berkembang dan berubah;
b) Kepesatan kemasukan pelbagai program Teknologi Maklumat ke sekolah.
c) Teknologi Maklumat merupakan penyokong kepada pengajaran dan pembelajaran bestari.
d) Dapat membantu guru menguruskan laman web.

1.2 Tujuan penubuhan kelab Cyber Kid :


a) Membantu guru mengemaskini laman web.
b) Merakam setiap peristiwa sekolah dalam bentuk digital
c) Membantu guru membuat proses editing imejan.
d) Memuat naik bahan ke laman web sekolah.

2.Matlamat Kelab Cyber Kid Sekolah


Dalam usaha sekolah mempertingkatkan kebolehan murid dalam bidang Teknologi
Maklumat,matlamat Kelab Cyber Kid ialah untuk membolehkan murid mendapat pengetahuan
dan menguasai kemahiran asas Teknologi Maklumat.Selain daripada itu, murid boleh
meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan
perkembangan Teknologi Maklumat pada masa kini dan akan datang berlandaskan nilai-nilai
murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

3.Objektif Kelab Cyber Sekolah


Matlamat Kelab Cyber Sekolah boleh direalisasikan melalui objektif :
a)Pengetahuan
i.Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan sistem
komputer/Teknologi Maklumat dan media.
ii.Membimbing murid mengetahui sistern pengoperasian kompeter.
iii.Memberi murid peluang untuk meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai disiplin
ilmu .
iv.Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan dengan
komputer danTeknologi Maklumat.

b)Kemahiran
i. Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang sesuai melalui penggunaan
Teknologi Maklumat.
ii.Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu/kumpulan melalui kemudahan
Teknologi Maklumat dan sistem rangkaian komunikasi.
iii.Menguasai kemahiran pengaturcaraan yang membolehkan murid membangunkan laman web.

c)Nilai
i.Memumpuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat.
ii.Mengalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan murid,
iii.antara kelab,dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.

4.Penubuhan Kelab Cyber Kid.


Dasar Penubuhan Kelab Cyber Kid ialah:

a)Dijalankan sebagai aktiviti ko-kurikulum.


b)Keahlian kelab adalah secara sukarela dan mendapat kebenaran ibu bapa.
c)Aktiviti Kelab seharusnya meliputi semua kemahiran asas sehinggalah aktiviti-aktiviti
pengayaan yang lebih mencabar dan bersesuaian dengan kebolehan ahli.

Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan

1. Pengerusi
1.1 Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.
1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan
diambil tindakan sewajarnya.
1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester dan tahunan bersama-
sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat.
1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang dirancang oleh Guru Pemimpin dari masa ke semasa.

2. Naib Pengerusi
2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi..
2.2 Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.
2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari masa ke semasa.

3. Setiausaha
3.1 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.
3.2 Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh Guru Pemimpin.
3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari masa ke semasa.

4. Penolong Setiausaha
4.1 Membantu setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
4.2 Bekerjasama dengan setiausaha.
4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke
semasa.

5. Bendahari
5.1 Mengutip wang derma daripada ahli.
5.2 Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan.
5.3 Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Pemimpin.
5.4 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
5.5 Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.

6. Ahli Jawatankuasa
6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan
dengan sebaik mungkin.
6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin.

7. Pemeriksa Kira-kira
7.1 Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan penyata kewangan pada akhir tahun.
7.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

You might also like