You are on page 1of 27

JADUAL BERKALA UNSUR

1 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Antoine Lavoiser (1743 – 1794) merupakan ahli sains yang
telah mengelaskan bahan-bahan kepada logam dan bukan
logam.
 Walau bagaimanapun, pengelasannya tidak berjaya kerana
cahaya, haba dan beberapa sebatian yang lain turut dianggap
sebagai unsur.
 Pada tahun 1829, Johann Dobereiner telah membahagikan
unsur-unsur kepada kumpulan.
 Setiap kumpulan mengandungi tiga unsur dengan sifat kimia
yang serupa yang dikenali sebagai triad Dobereiner.

2 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Pada tahun 1864, John Newlands telah menyusun unsur
mengikut tertib menaik jisim atom. Beliau telah
mengenalkan Hukum Oktaf iaitu sifat yang serupa berulang
pada setiap unsur kelapan dalam susunannya.
 Malangnya Hukum Oktaf gagal kerana hanya dipatuhi oleh 17
unsur yang pertama.
 Pada tahun 1870, Lothar Meyer telah memplot graf isi padu
atom melawan jisim atom bagi semua unsur yang wujud
ketika itu.

3 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Beliau berjaya menunjukkan bahawa sifat unsur dapat
membentuk suatu corak berkala terhadap jisim atomnya.
 Pada tahun 1869, Dmitri Mendeleev menyusun unsur
mengikut tertib menaik jisim atom dan mengelaskannya
mengikut sifat kimia yang serupa.
 Beliau meninggalkan ruang kosong dalam jadualnya bagi
unsur-unsur yang belum ditemui dan mampu meramalkan
sifat-sifat unsur ini.
 Pada tahun 1914, Henry J. G. Moseley telah membuat kajian
spektrum sinar-X bagi unsur.

4 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Beliau telah menyusun semula unsur mengikut tertib menaik
nombor proton dalam Jadual Berkala Unsur dan sekali gus
mengesahkan penemuan Mendeleev.

5 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Jadual Berkala Unsur moden ialah satu kaedah menyusun
unsur-unsur mengikut tertib menaik nombor proton.
 Struktur asas Jadual Berkala Unsur ialah pembahagian
kepada lajur menegak dan baris mendatar.
 Lajur menegak dipanggil Kumpulan dan dinombor dengan 1
hingga 18.
 Nombor kumpulan bagi sesuatu unsur bergantung pada
bilangan elektron valens atom unsur tersebut.
 Baris mendatar dipanggil Kala dan di nombor dengan 1
hingga 7.
6 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun
 Nombor kala bagi sesuatu unsur bergantung pada bilangan petala
berisi elektron atom unsur tersebut.
 Logam terletak di sebelah kiri manakala bukan logam terletak
disebelah kanan Jadual Berkala Unsur.
 Saiz atom dan sifat kelogaman unsur-unsur semakin bertambah
semasa menuruni kumpulan.
 Saiz atom dan sifat kelogaman unsur-unsur semakin berkurang
semasa merentas kala dari kiri ke kanan.
 Keelektropositifan unsur bertambah semasa menuruni
kumpulan.
 Keelektronegatifan unsur bertambah semasa merentas kala dari
kiri ke kanan.
7 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun
8 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun
 Unsur – unsur Kumpulan 18 terdiri daripada helium, neon, argon,
kripton, xenon dan radon. Unsur-unsur ini dinamakan gas adi.
 Gas adi mempunyai saiz atom yang kecil, tidak berwarna pada suhu dan
tekanan bilik serta mempunyai takat lebur, takat didih dan ketumpatan
yang rendah.
 Petala terluar setiap unsur Kumpulan 18 diisi penuh dengan elektron.
 Atom helium, He mempunyai dua elektron valens iaitu susunan elektron
duplet.
 Gas-gas adi yang lain mempunyai lapan elektron valens iaitu susunan
elektron oktet.
 Susunan-susunan elektron ini sangat stabil dan menjadikan gas-gas adi
tidak reaktif atau lengai secara kimia.
 Gas-gas adi tidak perlu menerima, melepaskan atau berkongsi elektron
dengan unsur-unsur lain.

9 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Unsur-unsur Kumpulan 1 terdiri daripada litium, natrium,
kalium, rubidium, sesium dan fransium.
 Unsur-unsur ini dikenali logam alkali.
 Unsur kumpulan 1 adalah lembut, konduktor haba dan
elektrik yang baik, berwarna kelabu dan berkilau bagi
permukaan yang baharu dipotong, serta mempunyai takat
lebur, takat didih dan ketumpatan yang rendah.

10 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Semasa menuruni Kumpulan 1:
 Saiz atom semakin bertambah kerana petala berisi elektron
semakin bertambah
 Kereaktifan bertambah
 Takat lebur dan takat didih berkurang
 Ketumpatan meningkat

11 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Setiap atom logam unsur Kumpulan 1 mempunyai satu
elektron valens.
 Semasa tindak balas kimia, elektron valens akan dilepaskan
untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil dan
membentuk ion bercas +1.

12 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Logam alkali bertindak balas dengan air secara cergas
menghasilkan larutan hidroksida logam yang beralkali dan gas
hidrogen, H2.
 Contoh:
 2Li(p) + 2H2O(ce)  2LiOH(ak) + H2(g)
 2Na(p) + 2H2O(ce)  2NaOH(ak) + H2(g)
 2K(p) + 2H2O(ce)  2KOH(ak) + H2(g)

13 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Logam alkali terbakar dalam gas oksigen, O2 menghasilkan
pepejal putih oksida logam.
 Contoh:
 4Li(p) + O2(g) 2Li2O(p)
 4Na(p) + O2(g) 2Na2O(p)
 4K(p) + O2(g)  2K2O(p)

14 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Pepejal oksida logam yang terhasil larut di dalam air untuk
membentuk larutan hidroksida logam yang beralkali.
 Larutan ini mengubah warna penunjuk fenolftalein daripada
merah jambu kepada tak berwarna.
 Contoh:
 Li2O(p) + H2O(ce)  2LiOH(ak)
 Na2O(p) + H2O(ce)  2NaOH(ak)
 K2O(p) + H2O(ce)  2KOH(ak)

15 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Logam alkali terbakar dalam gas klorin, Cl2 untuk
membentuk pepejal putih klorida logam.
 Contoh:
 2Li(p) + Cl2(g)  2LiCl(p)
 2Na(p) + Cl2(g)  2NaCl(p)
 2K(p) + Cl2(g)  2KCl(p)

16 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Unsur-unsur Kumpulan 17 (halogen) terdiri daripada:
 Fluorin
 Klorin
 Bromin
 Iodin
 Astatin

17 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Apabila menuruni Kumpulan 17:
 Saiz atom semakin bertambah kerana petala berisi elektron
semakin bertambah
 Kereaktifan berkurang
 Takat lebur dan takat didih meningkat
 Ketumpatan meningkat
 Warna semakin gelap

18 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Setiap atom halogen mempunyai tujuh elektron valens.
 Semasa tindak balas kimia, atom halogen akan menerima satu
elektron untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil
dan membentuk ion bercas -1.

19 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Halogen bertindak balas dengan air untuk membentuk dua
jenis asid.
 Contoh:
 Cl2(ak) + H2O(ce) HOCl(ak) + HCl(ak)
 Br2(ak) + H2O(ce) HOBr(ak) + HBr(ak)
 I2(ak) + H2O(ce) HOI(ak) + HI(ak)

20 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Halogen bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida,
NaOH membentuk natrium halida, natrium halat(I) dan air.
 Contoh:
 Br2(p) + 2NaOH(ak)  NaBr(ak) + NaOBr(ak) + H2O(ce)
 I2(p) + 2NaOH(ak)  NaI(ak) + NaOI(ak) + H2O(ce)

21 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Halogen dalam keadaan gas bertindak balas dengan ferum
yang panas untuk membentuk ferum (III) halida.
 Contoh:
 3Cl2(g) + 2Fe(p)  2FeCl3(p)
 3Br2(g) + 2Fe(p)  2FeBr3(p)
 3I2(p) + 2Fe(p)  2FeI3(p)

22 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Merentas Kala 3 pada Jadual Berkala Unsur dari kiri ke
kanan:
 Nombor proton bertambah daripada satu unsur ke unsur yang
berikutnya
 Semua atom unsur mempunyai 3 petala yang berisi elektron
 Bilangan elektron valens bertambah dari 1 hingga 8
 Semua unsur wujud sebagai pepejal kecuali klorin dan argon
yang merupakan gas
 Jejari dan saiz atom unsur semakin berkurang
 Keelektronegatifan unsur semakin bertambah disebabkan daya
tarikan nukleus terhadap elektron valens bertambah kuat

23 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Semasa merentas Kala 3 dari kiri ke kanan:
 Unsur-unsur berubah daripada pepejal kepada gas
{Na, Mg, Al, Si, P, S,} {Cl, Ar}
Pepejal Gas
 Unsur-unsur berubah daripada logam kepada separuh logam
(metaloid) dan kemudian bukan logam.
{Na, Mg, Al,} {Si,} {P, S, Cl, Ar}
Logam Separuh logam Bukan logam
 Oksida bagi unsur-unsur berubah daripada bes kepada
amfoterik dan kemudian asid.
{Na2O, MgO,} {Al2O3,} {SiO2, P4O10, SO2, Cl2O7}
Oksida bes Amfoterik Oksida asid

24 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


 Unsur-unsur peralihan berada dalam Kumpulan 3 hingga
Kumpulan 12 pada Jadual Berkala Unsur.
 Contoh unsur peralihan ialah:
 Titanium
 Tungsten
 Ferum
 Nikel
 Kuprum
 Kromium

25 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


logam
pepejal
konduktor
haba dan permukaan
elektrik berkilat
yang baik

SEMUA
UNSUR
mempunyai PERALIHAN
takat lebur
mulur
dan takat
didih tinggi

mempunyai
kekuatan boleh
regangan ditempa
tinggi

26 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Membentuk ion
atau sebatian yang
berwarna

SIFAT
ISTIMEWA
UNSUR
PERALIHAN
Menunjukkan
Bertindak sebagai
pelbagai nombor
mangkin dalam
pengoksidaan
tindak balas kimia
dalam sebatiannya

27 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

You might also like