You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PELAKSANAAN

INISIATIF PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK)

1.0 TAJUK
Inisiatif PPPM #62 Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti

2.0 ANJAKAN
9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan swasta secara meluas

3.0 LATAR BELAKANG

Kajian antarabangsa menunjukkan dengan jelas bahawa proses


pembelajaran turut berlaku di luar sekolah, termasuk di rumah dan dalam
komuniti. Di Malaysia, kira-kira satu perempat daripada masa murid yang
berumur antara 7 hingga 17 tahun dihabiskan di sekolah.

Oleh itu, keutamaan kini adalah melakukan anjakan daripada sistem sekolah
kepada sistem pembelajaran dengan melibatkan ibu bapa, komuniti dan
masyarakat sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid.

Kajian antarabangsa juga membuktikan bahawa sekolah yang melibatkan


sektor perniagaan, organisasi awam dan institusi pengajian tinggi mendapat
manfaat termasuklah mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi
dan ketidakhadiraan murid yang rendah.

Pelibatan semua pihak berkepentingan ini akan mewujudkan ekosistem


pembelajaran yang memperkukuhkan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai
yang diajar kepada murid di sekolah.

4.0 HASRAT INISIATIF

4.1 Hasrat 1 : Ibu bapa terlibat dalam aktiviti sekolah


4.2 Hasrat 2 : Ibu bapa akan menjadi rakan yang aktif dalam
pembelajaran murid

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Kementerian Pendidikan Malaysia@2015
4.3 Hasrat 3 : Ibu bapa dan komuniti akan memberikan sumbangan
(kewangan, sumber tenaga/kemahiran/khidmat nasihat)
kepada sekolah
4.4 Hasrat 4 : Pada gelombang kedua, pelibatan ibu bapa dan
komuniti dapat memainkan peranan secara aktif dalam usaha
meningkatkan prestasi sekolah.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran


anak mereka melalui sarana pelibatan ibu bapa dan akses
dalam talian kepada kemajuan anak di sekolah;

5.2 Menyediakan rangkaian komuniti sebagai rakan yang mampu


memberi sumbangan kepakaran untuk kemajuan sekolah;

5.3 Meningkatkan kesediaan ibu bapa, komuniti dan masyarakat


sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid;

5.4 Membantu pihak sekolah dengan kerjasama PIBG bagi


merancang aktiviti / program sekolah yang boleh melibatkan
pihak berkepentingan secara aktif dan berkesan;

5.5 Menyediakan ibu bapa dan komuniti sebagai rakan yang aktif
dalam proses pembelajaran murid di sekolah.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Ibu bapa dan komuniti di setiap sekolah menengah dan rendah di


bawah KPM

7.0 KPI

Peratus sekolah yang mencapai purata kehadiran ibu bapa dalam


enam aktiviti utama sebanyak 65 peratus dan ke atas.
Peratus ibu bapa yang terlibat secara sukarela dalam aktiviti
PIBG/sekolah

 Rujuk kamus KPI (Lampiran 1A, 1B)

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Kementerian Pendidikan Malaysia@2015
8.0 JAWATANKUASA PIBK DAN TERMA RUJUKAN

8.1 Jawatankuasa Task Force Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti


(Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah)

 Rujuk Senarai Jawatankuasa Task Force(Lampiran 2Ai, 2Aii, 2Aiii)


 Rujuk Term of Reference (TOR TF KPM, TOR TF JPN, TOR TF PPD)

8.2 Jawatankuasa Pelaksana Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti


(Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah)

 Rujuk Senarai Jawatankuasa Pelaksana (Lampiran 2Bi, 2Bii)


 Rujuk Term of Reference (TOR Pelaksana)

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

9.1 Pemantapan Pelaksanaan PIBK

9.1.1 Mesyuarat Penyelarasan Pegawai Meja PIBK Kebangsaan/


Negeri/ Daerah
9.1.2 Mesyuarat Task Force PIBK Kebangsaan/Negeri/Daerah
9.1.3 Taklimat pemantapan PIBK peringkat negeri dan daerah

9.2 Pengoperasian PIBK

9.2.1 Penataran PIBK


Menyebarkan maklumat PIBK

9.2.2 Menyelia pengoperasian PIBK melibatkan 6 aktiviti sekolah

Hari Pendaftaran
Hari Penetapan Target
Mesyuarat Agung PIBG
Hari Pelaporan
Hari Sukan
Hari Anugerah Kecemerlangan

9.2.3 Menyelia pengoperasian PIBK melibatkan ibu bapa/penjaga


terlibat secara sukarela dalam aktiviti PIBG/sekolah

Mendapatkan jumlah ibu bapa/penjaga yang terlibat


secara sukarela di sekolah

9.2.4 Pengumpulan data PIBK dalam 6 aktiviti sekolah dan pelibatan


ibu bapa/penjaga secara sukarela
Memastikan pengedaran templat pengisian data
Memastikan pengumpulan data (e-Sarana/manual)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia@2015
Mesyuarat verifikasi data
Mesyuarat post mortem

9.3 Pemantauan PIBK

9.3.1 Pemantauan pelaksanaan PIBK

 Rujuk SKT PIBK (Lampiran 3)


 Rujuk Milestone Chart (Lampiran 4A, 4B, 4C)

10.0 KAEDAH PEMANTAUAN DAN PENGUKURAN

10.1 Pengukuran KPI


Menggunakan sarana secara atas talian (e-Sarana); ATAU
Mengunakan sarana secara manual

10.2 Pemantauan Pelaksanaan PIBK


Instrumen pemantauan (dikeluarkan oleh BPSH, KPM)

11.0 TEMPOH PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data bagi KPI 1 dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun


mengikut ketetapan berikut:

11.1 Sebelum 31 Mac – Hari Pendaftaran, Hari Penetapan Target


11.2 Sebelum 31 Julai – Mesyuarat Agung PIBG, Hari Pelaporan
11.3 Sebelum 30 November – Hari Sukan dan Hari Anugerah
Kecemerlangan

Pengumpulan data bagi KPI 2 dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun


mengikut ketetapan berikut:

11.4 Sebelum 31 Mei – Bilangan ibu/bapa/penjaga yang terlibat


secara sukarela dalam aktiviti PIBG/sekolah
11.5 Sebelum 30 November – Bilangan ibu/bapa/penjaga yang
terlibat secara sukarela dalam aktiviti PIBG/sekolah

12.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Peruntukan disediakan oleh PADU sebanyak RM2.18 juta bagi


pelaksanaan tahun 2015 melibatkan semua pengoperasian dari
peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Kementerian Pendidikan Malaysia@2015
13.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO

Dalam melaksanakan inisiatif ini, risiko yang bakal dihadapi turut


dikenalpasti. Pelan Pengurusan Risiko disediakan untuk memastikan
tindakan susulan dapat diambil oleh semua peringkat pelaksana
supaya objektif dan KPI inisiatif ini berjaya dicapai.

 Rujuk Pelan Pengurusan Risiko (Lampiran 5)

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Kementerian Pendidikan Malaysia@2015

You might also like