You are on page 1of 8

DEFINISI PENGANGKUTAN DAN DARAT

Menurut Katiman Rostam (2002), pengangkutan dapat diertikan


sebagai suatu cara pemindahan penumpang. Pengangkutan
mempunyai sistem yang tersendiri dan terdapat ciri dan pengaruh
yang berbeza ke atas setiap kegiatan ekonomi penduduk.Sistem
pengangkutan tersebut ialah pengangkutan darat,pengang kutan air
dan pengankutan udara.

Menurut Wikiedia, pengangkutan membawa seseorang atau sesuatu


dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang
jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan biasanya
boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada
cara ia bergerak, kuasa, dan lain-lain .

Menurut
Tafisiran peta lakar
Peta lakar menunjukkan peta Taman Delima,Kulim,Kedah.Sebahagian besar
bentuk muka bumi di Taman Delima adalah terdiri daripada kawasan tanah
pamah yang rata kecuali di selatan yang merupakan hutan.Kawasan tanah
pamah digunakan untuk petempatan, pengangkutan darat dan
pertanian.Manakala saliran utama ialah tasik.

Berdasarkan peta,kegiatan ekonomi utama penduduk ialah


pertanian.Tanaman yang diusahakan ialah kelapa sawit dan kelapa.Taman
Delima juga mempunyai kemudahan social seperti balai bomba,rumah
kedai,sekolah,pejabat pos bagi penduduk di sini menjalankan kehidupan
seharian.

Pengangkutan yang biasa digunakan oleh penduduk di sini ialah


kereta,motor dan lori.Pengangkutan seperti ini memudahkan penduduk
untuk pergi ke tempat kerja.Selain itu,Taman Delima menjadi kawasan
tumpuan penduduk dan mempunyai pola petempatan berpusat.Ciri pandang
darat fizikal yang terdapat di sini ialah hutan,rumput dan tasik.Manakala ciri
pandang darat budaya ialah di sini pula adalah terdiri daripada
petempatan,kelapa sawit,balai bomba,rumah kedai,sekolah,pejabat
pos,padang,kelapa dan kampong.
Hasil kajian
Jenis dan Faktor yang mempengaruhi pengangkutan darat

Jenis pengangkutan yang dipilih untuk kerja lapangan pada kali ini ialah
KERETA:-

Faktor-faktor yang mempengaruhi pengangkutan darat di Taman Delima


Kulim,Kedah.

Faktor perdana yang mempengaruhi pengangkutan darat iaitu kereta di


Taman Delima,Kulim, Kedah ialah bentuk muka yang rata dan luas. Melalui
temu bual dan soal selidik, banyak responden menjawab bahawa
sebahagian besar bentuk muka bumi kawasan di sini terdiri daripada tanah
pamah yang luas dan rata. Keadaan muka bumi yang sedemikian
memudahkan pihak kerajaan membina jalan raya.Hal ini, memudahkan
penduduk di Taman Delima menggunakan kereta persendirian untuk pergi
ke sesuatu tempat dengan senang dan
cepat.Contohnya,_______________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
____________.

Selain itu, faktor yang mempengaruhi pengangkutan darat di Taman Delima


Kulim,Kedah ialah infrastruktur yang tersusun.Kemudahan yang sedia ada di
Taman Delima juga menggalakan peduduk di sini pergi ke tempat kerja
dengan selesa.Contohnya,jaringan kemudahan bagi disediakan seperti
telekomunikasi lampu jalan di Taman Delima membantu penduduk di sini
dapat pergi ke sesuatu tempat pada waktu malam dengan
selamat.Kesannya,penduduk di sini boleh mengelakkan berlakunya
kemalangan jalan raya secara tiba-tiba.
Masalah penggunaan kenderaan darat

Berdasarkan temu-bual dengan Pn.Mageswari ,beliau telah meyatakan


bahawa masalah penggunaan kenderaan darat di Taman Delima,Kulim,Kedah
yang sering berlaku ialah pencemaran udara.Masalah ini sering berlaku
kerana kandunagn sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang dilepaskan
daripada kereta boleh menjejaskan kandungan udara.Faktor ini juga boleh
menyebabkan berlakunya kejadian jerebu.Secara tidak langsung, faktor
kesihatan akan turut terjejas.Contoh masalah kesihatan ialah, asma ,
bronkitis dan penyakit paru-paru yang kronik.

Selain itu,responden Pn.Mageswari juga menjawab bahawa penggunaan


kereta juga membawa pencemaran bunyi di Taman Delima,Kulim,Kedah.Hal
ini demikian kerana,pemandu kereta sesuka hati membunyikan hon di
hadapan rumah penduduk lain tanpa sebarang alasan.Kesannya, mampu
menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa yang boleh mengakibatkan
gangguan emosi.Contohnya, menjadi lebih agresif, hipertensi, tahap tekanan
tinggi, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain.
Usaha-usaha untuk mengurangkan masalah pengangkutan darat

Melalui pemerhatian saya berdasarkan borang soal selidik, kebanyakan


responden di Taman Delima,Kulim,Kedah mencadangkan supaya pihak
kerajaan menguatkuasakan undang-undang bagi mengurangkan masalah
pengangkutan darat iaitu kereta.Pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan
Awam perlulah mengutkuasakan undang-undang agar pemandu yang
melakukan kesalahan dikenakan hukuman.Contohnya,pihak kerajaan perlu
mengambil tindakan segera terhadap pemandu yang gemar membunyikan
hon di hadapan rumah penduduk lain di Taman Delima,Kulim,Kedah.

Selain itu, usaha-usaha untuk mengurangkan masalah kenderaan darat


ialah mengadakan kempen kesedaran.Melalui temubual saya dengan
En.Sivakumar, beliau menyatakan bahawa kempen alam sekitar perlu diwar-
warkan kepada penduduk di sini ,khususnya kepada pemandu-pemandu
kereta yang terlibat agar mereka tidak terus mencemarkan udara dan
bunyi.Oleh itu,pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu kereta mengikuti
kempen pemanduan berhemah.Contoh kem yang boleh dianjurkan ialah
kempen “Bijak Menggunakan Kenderaan Darat”.Melalui kem seperti
ini,penduduk di sini akan sedar tentang penggunaan kenderaan darat.
RUMUSAN

Kesimpulannya, saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan kajian ini


dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan lancar sekali. Dalam usaha
menjalankan tugasan ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang
telah saya pelajari.Saya juga memahami cara menangani masalah
pengangkutan darat iaitu kereta kepada penduduk-penduduk di Taman
Delima,Kulim,Kedah.

Saya berharap agar pihak berwajib akan lebih prihatin terhadap masalah-
masalah yang dihadapi oleh penduduk di Taman Delima,Kulim,Kedah.Saya
berasa bangga kerana pihak yang tertentu sentiasa berusaha memperbaiki
perkhidmatan pengangkutan di Taman Delima.

Akhirkata,saya sebagai penduduk di Taman Delima khususnya dan Malaysia


amnya akan menggunakan jalan raya yang disediakan oleh pihak kerajaan
sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi sebanyak masalah yang
boleh menjejaskan seharian.Kita sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan
oleh Tuhan negara yang aman merdeka denagn pelbagai kemudahan yang
disediakan termasuk jaringan system jalan raya yang baik.
Rujukan

Buku

 Mohd Jamil Mohamed, Rodzli Hj Hashim,Mahani Mahbar


(2004).Geografi Tingkatan 3: Johore Central Store Sdn.Bhd.
 Chong Mui Sen,Azizan Samah (2003). Geografi Tingkatan 2 Kuala
Lumpur: Percetakan Saufi
 Kang Chai Yoeng, Zulkipli Bin Ismail, Rajanderan
Subramaniam(2017).Buku Teks Geografi Tingkatan 2(KSSM):IMS BOOKS
TRADING Sdn.Bhd.
 Cikgu Zulhazlia, Cikgu Mamat(2018).Buku Latihan Geografi Tingkatan 2

Akhbar

 (Berita Nasional) Utusan Online,21 Julai 2018,Diperoleh 21 Julai


daripadahttps://www.utusan.com.my/berita/nasional/ums-disaran-perbanyak-kajian-sistem-
pengangkutan-1.713472

Orang sumber

 Pn.Mageswari,42 tahun,No.76 Taman Delima,09000,Kulim,Kedah


 En.Sivakumar,38 tahun,No.80 Taman Delima,09000,Kulim,Kedah
 Pn.Rosnayu,46 tahun,No.90 Taman Delima,09000,Kulim,Kedah

Intenet

 Pengangkutan,Wikipedia,Diakses pada 28 Julai 2019 daripada


https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan
 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2016,Diakses pada July 15 2016
daripada ceriteracintabalqis.blogspot.com/2016/07/contoh-jawapan-
tugasan-geografi-pt3.html
 Folio-geografi-Tingkatan 3,Diakses pada 1 February 2015 daripada
https://studybunnies.blogspot.com/2015/02/folio-geografi-tingkatan-3.html

You might also like