You are on page 1of 37

-Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan tenaga

elektrik kepada tenaga mekanik.


-Motor ini mengunakan bekalan elektrik sebagai sumber
dan menghasilkan tenaga mekanik dalam bentuk daya
kilas dan putaran.
-Motor elektrik telah digunakan secara meluas
dalam kehidupan manusia moden pada hari ini.
-Kegunaan yang biasa dilihat seperti pengisar, kipas
angin,penyaman udara dan sebagainya.
-Malah pada hari ini motor elektrik telah digunakan
sebagai kenderaan pengangkutan manusia.
-Unit bagi kuasa elektrik ialah Watt (W)
dan juga kuasa kuda (HP)

Motor DC yang bersaiz kecil.


Cuba lihat saiz motor tersebut
dibandingkan dengan mata
pensil.
1 Kuasa Kuda (HP) = 746 Watt
Mesin Elektrik terbahagi kepada dua jenis iaitu motor arus terus (AT) dan
motor arus ulang-alik(AU). Binaan motor AT hampir menyamai penjana
AT. Oleh itu tugasnya boleh ditukar ganti dengan mudah. Jenis mesin
elektrik memperolehi namanya berdasarkan kepada jenis bekalan kuasa
yang digunakan. Motor AT berkendali menggunakan bekalan kuasa AT
sebagai punca bekalan. Motor AU pula berkendali menggunakan bekalan
kuasa AU. Motor AU3
pula terbahagi kepada iaitu motor AU fasa tunggal (240V) dan motor AU
fasa tiga (415V). biasanya motor AU fasa tunggal digunakan di rumah-
rumah kediaman dan motor AU fasa tiga digunakan di indusri.

PENCUCI MOTOR DC
VAKUM
Binaan asas motor AT terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemegun dan
pemutar.
I. Pemegun

Pemegun ialah bahagian yang mengandungi belitan medan yang


menghasilkan fluks medan magnet. Biasanya pemegun dipasang pada
rangka atau kuk motor dan merupakan bahagian motor yang tidak bergerak.
II. Pemutar

Pemutar ialah bahagian motor yang berputar dalam motor elektrik. Pemutar
berada di tengah-tengah motor iaitu ditempat pemasangan aci.
Pemegun
Pemutar
PEMUTAR
PEMEGUN
Bahagian utama motor AT terdiri daripada angker,
penukartertib ,kutub medan dan berus karbon.

i) Angker
-Angker ialah bahagian motor yang berputar Gambar Keratan
Motor DC dan merupakan bahagian yang menerima tenaga elektrik. -
Angker terdiri daripada beberapa bahagian iaitu teras angker,belitan
angker,dan lubang alur.

ii) Teras angker:


-Teras angker berfungsi sebagai elektromagnet untuk
menghasilkan medan magnet yang akan bersaling tindak
dengan magnet pemegun untuk menghasilkan daya putaran aci.
iii) Belitan angker
Belitan angker berfungsi untuk mengalirkan arus supaya teras angker
menjadi elektromagnet.

iv) Lubang alur


Lubang alur berfungsi sebagai laluan untuk belitan angker dan
memisahkan angker kepda beberapa ruas.
v) Penukartertib
Penukartertib ialah komponen berbentuk silinder yang terdapat di dalam
pemutar. Komponen ini merupakan susunan ruas palang logam yang
bertebat antara satu sama lain. Bilangan ruas bergantung kepada
bilangan belitan angker. Penghujung setiap belitan angker akan
dipaterikan pada palang logam tersebut. Pengaliran arus ke belitan
angker adalah melalui penukartertib dengan menggunakan berus
karbon. Penukartertib dipasang pada aci berhampiran dengan angker
dan turut berputar bersama-sama angker. Penukartertib berfungsi untuk
menghubungkan pengaliran arus dari bekalan kepada belitan angker
melalui berus karbon.

GELUNG ANGKER DAN


PENUKAR TERTIB
vi) Kutub medan
Kutub medan ialah untuk menghasilkan medan magnet kekal dalam motor
AT. Motor AT bersaiz kecil menggunakan magnet kekal sebagai kutub
medan. Motor AT bersaiz besar menggunakan elektromagnet sebagai kutub
medan. Belitan untuk menghasilkan kekuatan medan magnet pada kutub
medan dinamai belitan medan.

GELUNG MEDAN
vii) Berus karbon
Berus karbon berbentuk bongkah karbon kecil yang bertindak sebagai
media penyambung litar elektrik yang berputar dengan bahagian yang
pegun. Berus karbon seperti yang ditunjukkan dalam gambar foto,
digunakan untuk membawa arus masuk ke belitan angker atau keluar dari
belitan angker.

BERUS KARBON
Lazimnya.putaran yang berlaku pada motor AT diperoleh melalui
saling tindak medan magnet iaitu antara medan magnet kekal dari
kutub medan di pemegun dengan medan magnet angker. Saling
tindak kedua-dua medan ini menghasilkan daya kilas yang akan
menyebabkan pemutar berputar.

i) Penghasilan Daya Kilas


Kekuatan daya kilas yang terhasil bergantung kepada kekuatan medan
magnet di angker dan kutub medan. Penghasilan daya kilas dalam
motor AT ditunjukkan seperti dalam rajah. Rajah menunjukkan fluks
magnet yang wujud antara dua kutub medan. Rajah juga
menunjukkan arah arus pada pengalir di angker melalui penukartertib.
Rajah menunjukkan fluks magnet yang wujud pada pengaliran di
angker dan fluks dari kutub medan yang bersaling tindak.
Apabila dua medan magnet saling tindak, daya kilas akan wujud
pada pengalir. Arah daya dapat ditentukan dengan Petua Tangan Kiri
Fleming.
Kendalian motor AT adalah seperti yang dalam digambarkan dalam
Rajah . Merujuk kepada rajah,semasa gelung mendatar (pada 0
darjah), arus dalam gelung mengalir dalam arah ‘pqrs’. Daya kilas
untuk memutarkan gelung akan wujud mengikut arah lawan jam
sehingga mencapai kedudukan 90 darjah . Pada kedudukan 90
darjah,arus tidak lagi mengalir dalam gelung, maka tiada lagi daya
kilas yang wujud pada gelung di angker.

PETUA TANGAN KIRI FLEMING


Walau bagaimanapun, disebabkan oleh momentum dalam angker semasa
berputar,gelung terus berputar melepasi kedudukan 90 darjah. Apabila
gelung mula berputar dari,kedudukan 90 darjah ke 180 darjah,arus dalam
gelung akan mengalir semula pada arah ‘srpq’seperti yang ditunjukkan
dalam rajah . Arah arus ini menyebabkan wujud semula daya kilas dalam
arah yang sama seperti dalam rajah .Proses ini akan berterusan sehingga
sumber tenaga elektrik diputuskan.
Biasanya, angker mempunyai lebih daripada satu belitan. Tambahan
belitan meningkatkan daya kilas pada pusingan motor. Selain itu, angker
juga mempunyai lebih daripada satu gelung. Tambahan gelung akan
menghasilkan putaran yang lebih lancar.
Apabila angker berputar dalam medan magnet voltan teraruh akan wujud
dalam arah yang bertentangan dengan arah voltan bekalan seperti yang
dinyatakan dalam Hukum Faraday dan Hukum Lenz.Voltan teraruh ini
dinamai daya gerak elektrik balikan.
Daya Gerak Elektrik (dge) Balikan

Apabila angker berputar,belitan angker akan memotong fluks kutub


medan dan menghasilkan daya gerak elektrik atau voltan teraruh
dalam angker, Voltan ini mempunyai ciri menentang arah voltan
bekalan dan dinamai daya gerak elektrik (dge)balikan. Dge balikan
berkadar terus dengan kelajuan angker dan kekuatan fluks kutub
medan. Dge balikan menentukan kekuatan arus sebenar yang
mengalir ke belitan angker.
Motor AT dikelaskan kepada tiga jenis iaitu:
• MOTOR SIRI,
•MOTOR PIRAU,
•MOTOR MAJMUK.

Pengelasan ini dibuat mengikut cara


penyambungan antara belitan angker dengan
punca bekalan.
Bagi motor AT siri belitan medan dan belitan angker disambung bersiri
dengan punca bekalan seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Arus
dalam belitan medan akan mengalir dalam belitan angker. Ketika
voltan bekalan mula dibekalkan, tidak terdapat dge balikan di angker.
Ini membolehkan arus permulaan yang tinggi mengalir pada belitan
medan dan belitan angker. Keadaan ini menghasilkan daya kilas
permulaan yang tinggi . Oleh berbeban pada permulaan kerja seperti
kren, tali sawat dan mesin CNC.
MOTOR ARUS TERUS SIRI
Motor AT pirau menggunakan sambungan selari bagi menyambung antara
belitan angker dengan punca bekalan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.
Sambungan selari menyebabkan arus pada belitan medan sentiasa malar. Arus
pada belitan angker pula bergantung kepada dge balikan. Motor AT pirau lebih
sesuai digunakan apabila kelajuan malar diperlukan dan tidak memerlukan daya
kilas permulaan yang tinggi. Oleh itu, motor ini sesuai untuk mengendalikan
sistem yang memerlukan kelajuan malar seperti pekakas mesin.penggilap dan
penyambur.
MOTOR ARUS TERUS PIRAU
Motor AT majmuk mempunyai dua belitan medan. Satu daripadanya di
sambung secara siri dengan belitan angker dan punca bekalan manakala
belitan yang satu lagi disambung secara selari dengan punca bekalan. Cara
penyambung keseluruhan litar ditunjukkan dalam rajah.
Motor AT majmuk menggabungkan ciri motor AT siri dengan motor AT pirau.
Bilangan belitan medan sambungan siri adalah kurang daripada bilangan
belitan medan sambungan pirau. Motor AT majmuk mempunyai daya kilas
permulaan yang baik dan member kelajuan malar. Motor jenis ini biasanya
digunakan untuk beban lampau berat seperti mesin pemotong dan pengisar
MOTOR ARUS TERUS MAJMUK
Arah putaran motor AT dapat ditukar dengan dua cara sama ada dengan
menyongsangkan sambungan belitan angker atau menyongsangkan
sambungan belitan medan. Jadual menunjukkan kaedah menukarkan arah
putaran angker motor AT.
Dengan merujuk kepada motor AT pirau, bagi menyongsangkan belitan
angker sambungan A1 dan A2 hendaklah disongsangkan cara
penyambungannya ke punca bekalan.A1 disambung ke punca negatif dan
A2 ke punca positif bekalan dengan merujuk kepada litar asal. Kesan daya
pada pemutar boleh diperhatikan pada gambar rajah fluks dalam jadual 1.
Bagi menyongsangkan belitan medan,sambungkan F1 ke punca negatif
dan F2 ke punca positif bekalan dengan merujuk kepada litar asal.
Dengan menyongsangkan sambungan satu daripada belitan medan atau
belitan angker, saling tindak antara medan magnet pemegun dan pemutar
akan mengubah arah daya kilas pada pengalir di angker.Ini akan mengubah
arah putaran motor seperti ditunjukkan dalam gambarajah fluks.
Motor AT banyak digunakan dalam peralatan elektrik mudah alih.
Contoh peralatan yang menggunakan motor AT ialah pemutar pita,
alat permainan bermotor, penghidup kenderaan, kipas radiator
kereta, motosikal elektrik dan penyejuk unit CPU komputer.

BASIKAL
KERETA

PENYEJUK CPU
PENGIRAAN MOTOR
ARUS TERUS
Apabila angker motor at berputar, dge
akan terjana & arahnya adalah
berlawanan dgn voltan bekalan.
DGE ini dikenali sbg DGE balik.
Formula yg digunakan:
V = Eb + IaRa atau Eb = V - IaRa
CONTOH SOALAN
Sebuah motor at di sambung kpd
bekalan 240V. Rintangan angker 0.2Ω.
Tentukan nilai DGE balik, jika arus
angker ialah 50A………
* Eb = V – IaRa
= 240 – (50 x 0.2)
= 240 – 10
= 230V
CONTOH SOALAN
The armature of dc machine has a resistance of 0.25Ω and
is connected to a 300V supply. Calculate the emf generated
when it is running :
a. as a generator giving 100A.
b. as a motor taking 80A
As a generator, generated emf:
E = V + IaRa
= 300 + (100 x 0.25) = 300 + 25= 325V
As a motor, generated emf (or back emf):
Eb = V –IaRa
= 300 – (80 x 0.25) = 300 – 20 = 280V
CONTOH SOALAN
Sebuah motor AT mempunyai rintangan litar
angker sebanyak 2Ω. Motor berkendali pada 220v
dan kadaran arus beban angker adalah 20A.
Tentukan……..
a) Voltan berlawanan ketika dihidupkan .
b) Arus angker ketika ini.
c) Voltan berlawanan pada kadaran kelajuan dan
beban.
a) Ketika ia dihidupkan, voltan berlawanan adalah
sifar.
b) VT= IARA
220= IA(2)
IA= 220/2
=110A
c) Pada kadaran kelajuan dan beban voltan
berlawanan
VC= VT-IARA
VC=22O-(20(2))
=220-40
=180V

You might also like