You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ASTANA,

JALAN SUNGAI LEMBING, 25200 KUANTAN, PAHANG.


Kod Sekolah : CEA4088
Email : cea4088@gmail.com Tel/Fax : 09-5721522/ 095721520
________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : CEA4088.100-1/9/1 ( )
Tarikh : 08 JANUARI 2019
Kepada,
Ibu Bapa/ Penjaga,
SMK Astana,
25200 Kuantan, Pahang.

Tuan/ Puan,

PEMAKAIAN BAJU UNIFORM KOKURIKULUM PADA HARI PERSEKOLAHAN DAN


PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya semua sekolah hendaklah melaksanakan
pemakaian pakaian uniform dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2007 (KP(BS-DSR)8787/008/2/Jld.2(16)) pada
hari persekolahan dan perhimpunan bulanan kokurikulum.

3. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik tuan/ puan untuk memastikan anak tuan/ puan memakai pakaian
seragam pasukan badan uniform yang lengkap mengikut pasukannya mulai tahun 2019.

4. Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap minggu pada
waktu persekolahan dan hari pertama minggu ketiga setiap bulan. Sebarang perubahan waktu akan
dimaklumkan dari semasa ke semasa.

5. Kerjasama tuan/ puan amatlah dipohon agar dasar pemakaian pakaian kokurikulum dapat dilaksanakan
dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

________________________________
(NORLIZA BINTI GHAZALI)
Pengetua.

sk

CEA4088.700-4/1/23
LAMPIRAN

Rujukan tuan : CEA4088. CEA4088.100-1/9/1 ( )


Tarikh :

Pengetua,

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ASTANA

Tuan/Puan,

PEMAKAIAN BAJU UNIFORM KOKURIKULUM PADA HARI PERSEKOLAHAN DAN


PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

Saya.........................................................................................................................ibu bapa/ Penjaga


kepada ............................................................. dari *Tahun/Tingkatan* ..............................
telah membaca dan memahami surat rujukan tuan ..........................................................................
bertarikh .......................................................................... dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

2. Saya berjanji akan memastikan anak-anak saya mematuhi prosedur pemakaian bagi uniform
kokurikulum yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

..............................................................
Tandatangan Ibu Bapa/Penjaga

Nama: .............................................................
No KP: .............................................................

You might also like