You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) PALONG 4

PUSAT BANDAR PALONG 4,5,6


73430 GEMAS,NEGERI SEMBILAN
No.Tel : 06-4666377 No.Fax: 06-4668075

__________________________________________________________________________
Ruj.Kami: bil ( 46 ) nba6015
Tarikh : 14 JUN 2019

Kepada,
Ibu dan bapa/ penjaga

Tuan,

MAKLUMAN DAN JEMPUTAN KE HARI KEUSAHAWANAN SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA)


PALONG 4

Dengan segala hormatnya,perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan mengadakan Hari Keusahawanan seperti


ketetapan berikut:
Tarikh : 20 Jun 2019
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Sekolah Kebangsaan (f) Palong 4

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan sekali gus menjemput semua warga
sekolah serta ibu bapa dan penjaga untuk turut sama memeriahkan Hari Keusahawanan tersebut.
Terdapat pelbagai gerai makanan, pakaian terpakai, permainan diadakan. Segala urusan jual beli
menggunakan sistem kupon. Pembelian kupon boleh dibeli dengan guru kelas dan gerai kupon akan
dibuka pada hari berkenaan.

4. Pihak sekolah sangat menghargai kerjasama tuan/puan dalam perkara di atas. Segala jasa
baik pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”


“ BERSIH, MUAFAKAT, SEJAHTERA ”

Saya yang menjalankan amanah,

...............................................
(EN. AHMAD BIN MOKHTAR )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan (F) Palong 4

You might also like