You are on page 1of 8

CARTA ORGANISASI

Apple Cyber Café

Pengarah Pengurusan
(Muhammad Ammar Hafizi bin Ramli)

Pengurus Kewangan dan PEngurus Pendtadbiran


Belian Dan Khidmat Pelanggan
(Muhd zulkieflie bin Yaakob) (Muhammad Anas Firdaus bin Azli Nizam)
PENGENALAN
Apple Cyber Café ialah perniagaan yang ditubuhkan pada 19 Mei 2019. Syarikat ini beroperasi
di alamat No 108, Kampung Batu Hampar Kanan, 06700, Pendang, Kedah. Pemilik Apple Cyber
Café ialah Muhammad Ammar Hafizi bin Ramli. Beliau berkelulusan diploma Sains dan
Teknologi. Beliau dibantu oleh dua orang kawan karibnya, iaitu Muhd Zulkieflie bin Yakoob dan
Muhammad Anas Firdaus bin Azli Nizam.

Perniagaan ini memilih untuk menjalankan perniagaan dari segi perkhidmatan media sosial,
kerja-kerja pencetakan dan permainan video di atas talian.

Namun begitu, perniagaan ini lebih memberi tumpuan dalam bidang IT, E-SPORT, kemudahan
pelajar untuk melakukan kerja-kerja pencarian maklumat dan permainan atas talian. Apple
Cyber Café juga ingin memulakan lagi perniagaan ini agar prestasi dan kestabilan perniagaan
lebih terkenal di kawasan berhampiran.

Apple Cyber Café juga menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat semasa muda untuk
mendalami teknologi. Kegiatan ini beroperasi dari jam 10.00 pagi sehigga 11.00 malam.
Kegiatan utama cyber café ialah menyediakan perkhidmatan internet yang pantas dan khidmat
percetakan yang lengkap beserta permainan video. Waktu operasi cyber café ini adalah jam
9.00 pagi-11.00 malam.
VISI, MISI DAN OBJEKTIF
Bagi memajukan dan mengekalkan aktiviti perniagaan yang dijalankan, Apple Cyber Café juga
telah menetapkan visi, misi dan objektif perniagaan.

Visi
Menjadi kemudahan kepada generasi muda, golongan pekerja dan menyediakan perkhidmatan
video atas talian yang terkenal dan efisien di sekitar Kedah.

Misi
 Memberi keutamaan dalam memilih perkhidmatan mengikut kehendak pelanggan.
 Sentiasa mendahulukan kelengkapan perkhidmatan teknologi kepada pelanggan.
 Memberikan tempoh masa perkhidmatan mengikut masa yang ditentukan.

Objektif
 Mencapai sasaran pelanggan yang tinggi setiap tahun.
 Mengutamakan kepuasan setiap pelanggan secara berterusan.
 Menyediakan perkhidmatan internet dalam tempoh masa yang efektif.
MATLAMAT DAN STRATEGI
ORGANISASI
Matlamat Apple Cyber Café adalah untuk memberi kepuasan bagi menjadi kedai
perkhidmatan yang terkenal di Kedah dalam jangka masa lima tahun.

Antara strategi Apple Cyber Café adalah seperti berikut :

 Menjaga hubungan baik dengan pihak pengeluar barangan dan pelanggan agar dapat
berurusan dalam perniagaan secara berterusan.
 Menjadi cyber café yang maju daripada pemilik cyber café yang lain di dalam negeri
kedah.
 Memastikan bahawa dalam proses perkhidmatan internet dan software adalah lebih
cepat, efektif dan efisien.
 Mewujudkan jaringan pelanggan dalam kalangan syarikat, sekolah dan swasta di sekitar
Pendang Kedah.
PROFIL PERNIAGAAN
NAMA : Apple Cyber Café
BENTUK MILIKAN : Milikan tunggal
ALAMAT PERNIAGAAN: No 108, Kampung Batu Hampar Kanan,
06700, Pendang, Kedah

NOMBOR TELEFON : 011-3600-3941


NAMA PEMILIK : Muhammad Ammar Hafizi bin Ramli
AKTIVITI PERNIAGAAN: Menyediakan perkhidmatan internet, software, permainan video
dan servis percetakan. Operasi ini dilakukan pada setiap kali
perniagaan dibuka. Waktu operasi ialah dari 9.00 a.m – 11.00 p.m
PANEL BANK : Bank Islam Malaysia Berhad..023
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Abstrak iv

1.0 Pengenalan 1

2.0 Visi, Misi dan Objektif 2

3.0 Matlamat dan Strategi Perniagaan 3

4.0 Profil Perniagaan 4

5.0 Carta Organisasi 5

6.0 Bahagian Fungsian Organisasi 8

Rumusan 10

Senarai Rujukan 11

Lampiran 12
PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua pihak yang telah memberi nasihat dan cadangan yang memberi semangat.Ucapan
terima kasih khusus ditujukan kepada Puan Norhaliza binti Ishak selaku guru pembimbing atas
kesabaran beliau dalam memberi tunjuk ajar sehingga selesainya kertas projek ini.Tidak
dilupakan juga terima kasih tidak terhingga kepada pemilik Apple Cyber Café telah memberi
kerjasama untuk menjayakan tugasan ini.Sekalung ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa
serta rakan-rakan yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan untuk menjayakan projek ini.

You might also like