You are on page 1of 3

1 FAEDAH

Faedah boleh didefinisi dalam dua bentuk. Pertama, faedah ialah wang
yang diperoleh apabila wang tersebut dilaburkan. Kedua, faedah ialah wang yang dicaj
apabila seseorang itu membuat satu pinjaman.

1.1 Pengenalan Jenis – Jenis Faedah

Kadar Faedah Rata ( flate rate)


Kadar faedah rata adalah merujuk kepada bayaran yang dikenakan atas sesuatu
perkhidmatan.

Kadar Faedah Tetap (fixed rate)


Kadar faedah tetap merupakan faedah dikira berdasarkan baki pinjaman semasa pada
kadar faedah yang sama.Ianya tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman. Biasanya kadar
ini digunakan untuk pinjaman perumahan atau pinjaman-pinjaman berkala (term loans),
gadaian, kad kredit.

Kadar Faedah Terapung( floating rate)


Kadar faedah terapung merupakan kadar faedah yang dihitung berasaskan baki pinjaman
semasa dengan kadar faedah bersandarkan pada indeks atau kadar asas (BR). Kadar
faedah terapung ini boleh berubah-ubah sepanjang tempoh pinjaman. Contoh, bayaran
pinjaman kad kredit.
Pada 2 Januari 2015, Kadar Asas (Base Rate, BR) telah menggantikan Kadar Pinjaman
Asas (Base Lending Rate, BLR) sebagai kadar rujukan utama bagi kemudahan pinjaman
dan pembiayaan runcit kadar terapung baharu.
Bagi institusi kewangan, BR membolehkan kadar faedah bagi pinjaman sedia ada berubah
mengikut perubahan dalam keadaan pendanaan pasaran, dan ini akan membantu mereka
mengurus risiko dedahan kadar faedah pasaran. BR juga dijangka menyediakan asas yang
wajar kepada institusi kewangan untuk menentukan harga pinjaman kadar terapung kerana
ia mencerminkan kos dana tanda aras yang relevan untuk memberikan pinjaman

1.2 Menghitung Kadar Faedah


Faedah Rata
Seorang peguam mengenakan kadar faedah rata sebanyak 2% atas setiap satu ribu ringgit
daripada jumlah tuntutan yang diperolehi.
Faedah Tetap
Contoh 1

1
Jumlah Pinjaman ( Prinsipal),P = RM 5000.00
Kadar Faedah, r = 4 %
Tempoh, t = 5 tahun
Jumlah Faedah, I = Prt
I = RM5000 x 4% x 5
= RM 1000
Jumlah pinjaman, S = P + Prt
S = P( 1 + rt)
S = RM5000 ( 1 + 4% x 5)
= RM6000

RM 6000
Bayaran setiap bulan = = RM100
5 x12
Contoh 2
Jumlah Pinjaman ( Prinsipal),P = RM 5000.00
Kadar Faedah, r = 4 %
Tempoh, t = 11 bulan
Jumlah Faedah, I = Prt

11
I = RM5000 x 8% x
12
= RM 366.67
Jumlah pinjaman, S = P + Prt
S = P( 1 + rt)

11
S = RM5000 ( 1 + 8% x )
12
= RM5366.67

RM 5366.67
Bayaran setiap bulan = = RM487.88
11

2
Faedah Terapung
Bagi menghitung faedah terapung, sila rujuk kalkulator yang disediakanpada laman bank
tertentu.
1.3 Menyelesaikan masalah melibatkan dapatan masa, kadar faedah dan prinsipal.

1. Amira telah membuat pinjaman RM1000 pada 15 Januari 1995 dengan kadar faedah 16%
setahun. Dia membuat pembayaran RM350 pada 12 April 12, RM20 pada 10 Ogos 1995
dan RM400 pada 3 Oktober 1995. Kirakan baki pinjaman pada 1 Disember 1995 dengan
menggunakan petua pengurangan baki dan petua Merchant’s.
2. Mat Ali telah membuat pinjaman sebanyak RM1000 dengan kadar faedah 14.25%
setahun. Dia telah membuat pembayaran RM200 selama 3 bulan dan RM700 selama 7
bulan. Kirakan baki pinjaman Mat Ali pada tahun tersebut dengan menggunakan petua
pengurangan baki dan petuaMerchant.
3. Pada bulan Mac 2016, Azmi telah membuat pinjaman RM3000 pada kadar faedah 11%
setahun. Dia telah membuat pembayaran RM1000 pada 21 April 2016, RM600 pada 12 Mei
2016 dan RM700 pada 11 Jun 2015. Kirakan baki pinjaman Azmi pada 15 Ogos 1995
dengan menggunakan petua pengurangan baki dan petua Merchant

You might also like