You are on page 1of 2

Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam

LATAR BELAKANG

• Kemelesetan ekonomi dunia pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an
telah memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.
• Prestasi ekonomi yang lembab telah memberi tekanan yang serius terhadap
kemampuan kewangan negara kepada hasil dan prestasi eksport.
• Oleh itu,kerajaan terpaksa mengkaji semula dasar-dasar ekonomi yang sedia ada.
• Salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan ialah melaksanakan satu dasar
pengurangan dan pengurusan perbelanjaan awam.

TUJUAN DAN MATLAMAT DASAR

• Mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan selaras dengan sumber-sumber yang


ada.
• Mengurangkan defisit belanjawan Kerajaan ke tahap yang selaras dengan
pengurusan ekonomi.
• Mengurangkan hutang Kerajaan dan memperbaiki kedudukan imbangan
pembayaran negara.

STRATEGI DAN PELAKSANAAN

• Membekukan pengisian jawatan-jawatan kosong dan pengambilan kakitangan


baru.
• Mengawal perbelanjaan agensi-agensi di luar belanjawan Persekutuan.
• Menswastakan beberapa aktiviti kerajaan di bawah Dasar Penswastaan.
• Mengurangkan perbelanjaan badan-badan berkanun.
• Hanya projek-projek yang dapat memberi sumbangan kepada Dasar Ekonomi
Baru akan dilaksanakan.

PENCAPAIAN,HARAPAN DAN JANGKAAN.

• Mulai 1982,defisit Kerajaan Persekutuan telah menurun.


• Imbangan pembayaran bertambah baik dan defisit dalam akaun semasa telah dapat
dikurangkan.
• Kedudukan kewangan negara bertambah kukuh dengan adanya kestabilan dalam harga
barang-barang eksport kita.
Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia
OBJEKTIF DASAR

• Membantu perindustrian tempatan.


• Menggalakkan rakyat Malaysia membeli barangan buatan Malaysia serta
menghapuskan prasangka bahawa barangan buatan Malaysia kurang bermutu
berbanding dengan barangan import.
• Mengurangkan pengimportan barangan yang menyebabkan pengaliran keluar wang
negara.
• Sokongan rakyat perlu untuk kilang-kilang tempatan memperbaiki mutu
pengeluaran agar dapat bertanding dengan barangan di pasaran antarabangsa.

STRATEGI PERLAKSANAAN

• Menggunakan kempen melalui media massa untuk mengubah persepsi penduduk


tempatan.
• Menanam semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat supaya rasa bangga dengan
barangan tempatan.
• Menggalakkan industri-industri tempatan menghasilkan barangan yang bermutu.
• Menaikkan duti barangan import.
• Mempromosikan barangan buatan Malaysia sama ada di dalam atau luar negara.

PENCAPAIAN

• Perlaksanaan dasar ini telah menyebabkan kadar pengaliran keluar wang negara untuk
membeli barangan luar telah berkurangan.
• Banyak barangan buatan Malaysia telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa
seperti kereta,perabut,tekstil, mikrocip dan sebagainya.

You might also like