You are on page 1of 10

GPKEW- RMTMS

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN


PELAKSANAAN MENU SUSU DALAM PROGRAM RANCANGAN
MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 2019

BAHAGIAN KEWANGAN
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN
PELAKSANAAN MENU SUSU DALAM PROGRAM RANCANGAN MAKANAN
TAMBAHAN (RMT) TAHUN 2019

1. PENDAHULUAN
Menu Susu dalam Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
dilaksanakan mulai pada 10 Jun 2019. Program ini merupakan sebagai menu
tambahan dalam Program RMT bagi memupuk amalan pengambilan susu dan
produk tenusu dalam pemakanan murid ke arah membentuk pewaris generasi
yang sihat fizikal dan mental.

2. KRITERIA KELAYAKAN
Menu Susu dalam Rancangan Makanan Tambahan diberikan kepada semua
murid yang menerima RMT.

3. KADAR
RM1.50 /kotak 200ml susu UHT Berperisa Coklat (Semenanjung Malaysia)
RM1.80 /kotak 200ml susu UHT Berperisa Coklat (Sarawak, Sabah dan W.P.
Labuan)

4. PENGAGIHAN MINUMAN SUSU KEPADA MURID


2 kotak susu/ minggu kepada setiap penerima RMT.

5. PENYALURAN PERUNTUKAN
5.1. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengemukakan maklumat keperluan
peruntukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH);
5.2. BPSH mengemukakan maklumat keperluan peruntukan kepada Bahagian
Kewangan (BKew)
5.3. BKew menyalurkan peruntukan kepada JPN;
5.4. JPN menyalurkan peruntukan kepada sekolah / PPD.

6. PESANAN, PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN

Garis Panduan Pengurusan Kewangan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program RMT 2
6.1. Pesanan
6.1.1. Sekolah melengkapkan borang pesanan susu seminggu/sebulan sekali
dan diserahkan kepada pembekal RMT.

6.2. Penerimaan

6.2.1. Sekolah hendaklah menyemak bekalan susu berdasarkan borang


pesanan susu mengikut kuantiti yang dipohon dan memastikan
bekalan yang diterima mengikut spesifikasi serta Garis Panduan
Pengurusan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) Tahun 2019.

6.3. Pembayaran

6.3.1. Pembekal RMT mengemukakan dokumen berikut kepada sekolah


untuk proses tuntutan :-
a) Invois / Surat tuntutan
b) Borang pesanan mingguan

6.3.2. Sekolah memastikan dokumen lengkap dikemukakan oleh pembekal


RMT untuk pembayaran; dan

6.3.3. Pembayaran bagi Menu Susu Dalam RMT menggunakan peruntukan


waran tambahan RMT 2019 yang akan disalurkan oleh JPN/PPD.

6.3.4. Unit Kewangan Sekolah menyediakan baucar bayaran berdasarkan


dokumen yang lengkap dan menjelaskan pembayaran kepada
pembekal RMT dalam tempoh 14 hari.

6.3.5. Pembayaran dilaksanakan setiap bulan bersekali dengan tuntutan


RMT dan dibayar secara berasingan.

7. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

7.1. Bahagian Kewangan


Garis Panduan Pengurusan Kewangan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program RMT 3
7.1.1. Menerima waran peruntukan daripada Kementerian Kewangan (MOF)
dan menurunkan waran peruntukan ke JPN berdasarkan data murid
RMT yang diberi dan disahkan oleh BPSH; dan
7.1.2. Menyediakan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Pelaksanaan
Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Tahun 2019 (GP Kewangan).
7.1.3. Memantau dan menyediakan laporan prestasi perbelanjaan
kewangan , menguruskan penyelarasan peruntukan dan pemulangan
lebihan/baki peruntukan tahun semasa.

7.2. Bahagian Perolehan


7.2.1. Menyediakan dokumen kontrak pembekalan Menu Susu Dalam RMT
berdasarkan kelulusan daripada MOF.

7.3. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


7.3.1. Mengumpulkan data keperluan RMT berdasarkan borang permohonan
peruntukan yang dikemukan oleh JPN dan menyerahkannya kepada
BKew bagi proses penurunan waran.
7.3.2. Menyedia dan mengeluarkan Surat Siaran Pelaksanaan Menu Susu
Dalam RMT dan Garis Panduan Pengurusan Pelaksanaan Menu Susu
Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Tahun 2019
(GP Pengurusan).
7.3.3. Mengadakan taklimat dan latihan pelaksanaan Menu Susu Dalam RMT
kepada JPN.

7.4. Pegawai Meja RMT Jabatan Pendidikan Negeri


7.4.1. Mengedarkan surat siaran pelaksanaan, GP Pengurusan, GP
Kewangan dan templat dokumen perjanjian tambahan yang lengkap
kepada PPD/sekolah.
7.4.2. Mengadakan taklimat dan latihan pelaksanaan Menu Susu Dalam RMT
kepada PPD/sekolah.
7.4.3. Menguruskan waran peruntukan yang diturunkan oleh KPM mengikut
kaedah yang telah digariskan dalam pekeliling kewangan yang sedang
berkuatkuasa.

Garis Panduan Pengurusan Kewangan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program RMT 4
7.4.4. Mendapatkan laporan pemantauan pelaksanaan Menu Susu Dalam
RMT daripada PPD.

7.5. Pegawai Kewangan Jabatan Pendidikan Negeri


7.5.1. Menerima dan mengagihkan waran peruntukan kepada PPD/Sekolah
mengikut data yang dibekalkan oleh Sektor Pembangunan
Kemanusiaan.
7.5.2. Memantau prestasi perbelanjaan RMT dalam Akaun Kumpulan Wang
Kerajaan (KWK) di sekolah dengan bantuan Unit Kewangan PPD.
7.5.3. Menghantar laporan prestasi perbelanjaan kewangan RMT kepada
BKew KPM (salinan kepada pegawai meja RMT di JPN).

7.6. Pegawai Meja RMT Pejabat Pendidikan Daerah


7.6.1. Menurunkan waran peruntukan ke sekolah mengikut peruntukan yang
dimohon oleh pihak sekolah (PPD bagi Sabah dan Sarawak).
7.6.2. Mengadakan taklimat dan latihan pelaksanaan Menu Susu Dalam RMT
kepada sekolah.
7.6.3. Memantau pelaksanaan Menu Susu Dalam RMT yang dilaksanakan di
sekolah.

7.7. Pegawai Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah


7.7.1. Menerima dan mengagihkan waran peruntukan kepada sekolah
mengikut data yang dibekalkan oleh pegawai meja RMT (Sabah dan
Sarawak).
7.7.2. Memantau prestasi perbelanjaan RMT dalam Akaun Kumpulan Wang
Kerajaan (KWK) di sekolah dan melaporkannya kepada Unit Kewangan
JPN.
7.8. Sekolah

Garis Panduan Pengurusan Kewangan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program RMT 5
7.8.1. Membuat pesanan susu menggunakan Borang Pesanan - Lampiran
AA berdasarkan contoh di bawah;

Garis Panduan Pengurusan Kewangan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program RMT 6
7.8.2. Memastikan pembekalan susu dalam RMT cukup bilangannya
berdasarkan borang pesanan dan mencatatkan bilangan sebenar
kotak susu yang dibekalkan dengan mengambil kira kotak susu yang
ditolak dan penggantian sebagai rekod. Contoh catatan adalah seperti
berikut:

7.8.3. Lebihan kotak susu perlu disimpan oleh pembekal RMT dan diberikan
kepada murid yang tidak hadir pada hari yang lain (hari yang tiada
pembekalan susu).
7.8.4. Menyimpan salinan borang pesanan untuk tujuan rekod;
7.8.5. Pembayaran kepada pembekal RMT dalam tempoh 14 hari dari tarikh
invois/surat tuntutan lengkap diterima;
Garis Panduan Pengurusan Kewangan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program RMT 7
7.8.6. Memastikan akaun subsidiari bagi pembayaran pembekalan susu
tahun 2019 diasingkan daripada akaun pembayaran RMT.

7.9. Pembekal RMT


7.9.1. Mendapatkan bekalan susu yang mencukupi berdasarkan pesanan
sekolah setiap minggu/bulan;
7.9.2. Melaksanakan plan kontigensi sekiranya terdapat susu yang rosak dan
tidak diterima oleh pihak sekolah.
7.9.3. Membuat tuntutan setiap bulan bersama tuntutan RMT dan diasingkan
bagi memudahkan proses semakan dan bayaran oleh pihak sekolah.
7.9.4. Menyimpan rekod tuntutan dan bayaran oleh pihak sekolah.

8. PENUTUP
Garis Panduan Pengurusan Kewangan Pelaksanaan Menu Susu Dalam
Program RMT berkuat kuasa pada tahun 2019. Garis Panduan ini hendaklah
dibaca bersama Surat Siaran Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Tahun 2019 dan Garis Panduan
Pengurusan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) Tahun 2019.

Garis Panduan Pengurusan Kewangan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program RMT 8
CARTA ALIRAN KERJA PESANAN, PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
MENU SUSU DALAM PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
KPM TAHUN 2019

Mula

Unit Hal Ehwal Murid (HEM), sekolah menyediakan dokumen berikut:-


a) Senarai nama sekolah
b) Bilangan murid
c) Bilangan kotak susu
d) Borang pesanan

Sekolah menyediakan Pesanan Tempatan (LO) kepada


pembekal RMT berdasarkan peruntukan

Pembekal RMT membekalkan susu kepada sekolah berdasarkan maklumat di


dalam Borang Pesanan

Sekolah menerima bekalan susu dengan memastikan kuantiti susu seperti dalam
pesanan dan salinan LO

Pembekal RMT mengemukakan kepada sekolah :-


a) LO asal
b) Invois
c) Borang Pesanan Mingguan

Garis Panduan Pengurusan Kewangan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program RMT 9
Tidak lengkap
Sekolah menyemak dokumen yang dikemukakan oleh pembekal RMT dan
memastikan maklumat lengkap. Bilangan kotak susu yang dibekalkan perlu sama
dengan bilangan susu yang dipesan oleh sekolah.
Lengkapkan Lengkap
maklumat

Pengesahan dokumen pembayaran oleh pentadbir sekolah

Unit Kewangan sekolah menyediakan baucar bayaran dan menjelaskan bayaran


kepada pembekal Menu Susu Dalam RMT

Tamat

Garis Panduan Pengurusan Kewangan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program RMT 10

You might also like