You are on page 1of 2

Di DALAM KELAS

Ketua Kelas : Bangun, Assalamualaikum cikgu

Semua murid : Assalamualaikum cikgu

Guru : Waalaikummussalam wbt

Murid A : Cikgu hari ini kita belajar apa cikgu???

Guru : Hari ini kita belajar tajuk Haiwan ternakan

Semua murid : wahh bestnya

Guru : Mestilah best, siapa di sini ada memelihara haiwan ternakan.

Murid A : Saya cikgu, saya pelihara kucing dirumah

Murid B : Saya pula pelihara arnab cikgu

Murid C : Saya ada pelihara burung cikgu

Guru : Ya kamu pula murid D

Murid D : Saya pelihara lembu cikgu

Guru : Hah lembu???

Semua murid : Hahahahaa lembu

Murid D : Saya tolong bapak saya pelihara lembu lah cikgu.

Guru : Wahhh bagus, Yang lain kenapa ketawa hah!!! Baguslah murid D ni , inilah contoh anak yang
soleh, diakan bantu bapanya pelihara lembu, murid-murid perlu mencontohi murid D, kamu semua
kena rajin menolong ibu bapa kamu.

Semua murid : baiklah cikgu, maafkan kami murid D

Guru : Berapa ekor lembu yang kamu dan bapa kamu pelihara murid D ???

Murid D : Tak banyak cikgu ada 20 ekor saja.

Guru dan Murid : Wow banyaknya

Guru :
Bagus murid D nanti besar boleh kamu jadi seorang penternak yang berjaya, ramai orang yang sudah
berjaya dan jadi kaya dalam bidang kerja penternakan.

Murid B : Cikgu-cikgu

Guru : Ya Murid B

Murid B : Saya pun ada tolong bapa saya pelihara ayam


Guru : bagus Murid B , berapa ekor ayam yang kamu dan bapa kamu ternak??

Murid B : Lebih kurang 50 ekor cikgu

Guru : Wah banyak-banyak,

Murid C : nanti bolehla kami beli ayam dengan kamu murid B

Guru : Ya betul tu nanti boleh kita beli ayam dan lembu dengan mereka berdua kan

Murid B dan D : Boleh cikgu

Murid A : Cikgu-cikgu…..izinkan saya pergi tandas

Guru : Tak bolehka tunggu sekejap

Murid A : Saya tak tahan sudah cikgu

Guru : Baiklah

2 minit berlalu

Murid A : Alhamdulillah lepas sudah hajat saya.

Semua murid : Hahahaha

Guru : Baiklah sampai sini sahaja nanti kita sambung lagi pada esok hari

Semua murid : Ok cikgu

Ketua Kelas : Bangun, Terima kasih cikgu

Semua murid : Terima kasih cikgu

Guru : Sama-sama

You might also like