You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR

45300 SUNGAI BESAR


SELANGOR DARUL EHSAN

TAJUK PROGRAM : “KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2012”

RASIONAL :

Jauh perjalanan luas pemandangan, merupakan peribahasa Melayu yang mempunyai


maksud atau pengertian yang mendalam jika ianya benar-benar dihayati. Justeru itu,
Unit Bimbingan dan kaunseling bercadang untuk mengadakan lawatan kerjaya ke PWTC
sempena Karnival Jom Masuk U. Lawatan sambil belajar ini dapat memberi pengalaman,
meningkatkan pengetahuan dan mendedahkan murid-murid kepada suasana yang baru.
Selain itu, lawatan kerjaya ini juga dapat memberi pendedahan kepada murid-murid
khasnya murid-murid yang tinggal di luar bandar tentang peluang pekerjaan yang ada
pada masa kini.
Selaras dengan kemajuan kini, terdapat pelbagai peluang kerjaya yang masih
belum diterokai oleh murid-murid. Bidang sains dan teknologi semakin berkembang
maka pendedahan ini perlu diberikan seluas-luasnya kepada murid-murid. Adalah
diharapkan lawatan ini akan dapat membantu murid-murid dan seterusnya dapat
merealisasikan wawasan 2020.

MATLAMAT / OBJEKTIF :

1. Memberi pendedahan berkaitan dengan peluang kerjaya masa kini.


2. Pendedahan kepada pelajar mengenai program-program di IPTA,IPTS dan
bidang kemahiran.
3. Mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan
tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/
Setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama
serta Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia.
4. Meningkatkan motivasi dikalangan para pelajar.

SASARAN :

 40 orang pelajar (Tingkatan 5 & Tingkatan 6 Atas)

TARIKH & HARI :

1 APRIL 2012 / AHAD


AHLI JAWATANKUASA:

Penasihat : Pn. Hjh Zuraidah bt Mohd Sanif AMS,PPT ( Pengetua Cemerlang)

Pengerusi I : Tn. Hj Mohd Azhari Bin Yaman ( GPK 1 )

Pengerusi II : En. Mohd Arshad Bin Shahudin ( GPK HEM )

Naib Pengerusi I : Pn. Sazuna bte Abd Wahid ( GPK Koku )

Penyelaras : Tn. Hj Hassannudin Bin Salleh (Ketua GBKSM)

Setiausaha : Pn. Nurulhuda Binti Ramli (GBKSM)

AJK

Pengangkutan : Pn. Rohaida Bt Md Yasin (GBKSM)

TENTATIF PROGRAM :

7.00 pagi - Pendaftaran peserta


7.30 pagi - Bertolak ke PWTC
9.30 pagi - Pendaftaran di Unit Pendaftaran Karnival
Mendengar Taklimat KPT
Mencari Maklumat Kerjaya
1.00 petang - Berkumpul untuk bergerak pulang
2.00 petang - Rehat & Solat Jamak Takdim
5.00 petang - Sampai di SMK Sungai Besar

PENUTUP :

Sesungguhnya, lawatan kerjaya ini dapat membuka minda dan murid-murid supaya
memandang positif tentang masa depan. Murid-murid perlu merebut peluang ini
sebaiknya agar maklumat berkaitan dengan kerjaya dapat disebarkan sebaik mungkin.
Diharapkan lawatan kerjaya ini dapat memberi motavasi kepada murid-murid dan lebih
fokus terhadap matapelajaran serta mempunyai matlamat dan hala tuju.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………………………….. ………………………………………………….

Disahkan oleh,

You might also like