You are on page 1of 24

FAKULTI PENDmiKAN

UNIVERSITI MALAYA

Pengakuan Keaslian Penulisan

Nama Calon:

No. Pendaftaran: PGA 00023

Namaljazah: ...
„ ..„ ^ ., ANHJSA KESHAPAN FELAJAR DALAM
Tajuk Kertas Projek:
MENYELESAIKAN MASALAH PRA-KALKUUUS

Bidang Pengkhususan:

Saya sahkan bahawa segala bahan yang terkandung dalam Kertas Projek ini
adalah hasil usaha saya sendiri. Sekiranya terdapatnya hasil keija orang lain
atau pihak lain sama ada diterbitkan atau tidak (seperti buku, artikel, kertas
kerja, atau bahan dalam bentuk yang lain seperti rakaman audio dan video,
penerbitan elektronik atau internet) yang telah digunakan, saya telah pun
merakamkan pengiktirafan terhadap sumbangan mereka melalui konvesyen
akademik yang bersesuaian. Saya juga mengakui bahawa bahan yang
terkandung dalam Kertas Projek ini belum lagi diterbitkan atau diserahkan
untuk program atau ijazah lain di mana-mana universiti.

Tandatangan: ...^f....L............................... Tarikh: ...W2/2002


ANALISA KESILAPAN PEIAJAR DALAM MENYELESAIKAN
MASALAH PRA-KALKULUS

Sumarni Binti Abu Bakar

Kertas Projek Yang Dikemukakan Kepada Fakulti Pendidikan,


Universiti Malaya Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Keperiuan Untuk Ijazah Sarjana Pendidikan

2002
u

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui apakah kesilapan yang

paling kerap dilakukan oleh pelajar Diploma Kejuruteraan Awam dalam

menyelesaikan masalah Pra-Kalkulus iaitu dalam topik Pembezaan Fungsi

Nisbah dan melakar grafhya. Oi samping itu, kajian ini juga cuba mengetahui

apakah punca-punca kesilapan yang dilakukan oleh pelajar tersebut semasa

menyelesaikan masalah Pembezaan dan melakar graf Fungsi Nisbah.

Subjek kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar Diploma Kejuruteraan

Awam di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.Tiga orang pelajar telah

dipilih daripada kategori pencapaian tinggi (tebih daripada 70%), sederhana (di

antara 50%-69%) dan rendah (kurang daripada 50%) untuk ditemuduga bagi

mengetahui punca-punca kesilapan. Instrumen yang digunakan termasuklah

Ujian Matematik dan temuduga.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesilapan yang paling kerap

dilakukan oleh pelajar Diploma Kejuruteraan Awam ialah kesilapan eksekuttf,

diikuti oleh kesilapan stuktur dan kesilapan kecoaian. Kesilapan arbitrari juga

didapati dalam item melakar graf fungsi nisbah. Punca-punca kesilapan yang

dikenalpasti ialah berpunca daripada kekeliruan dalam menyelesaikan

persamaan fungsi nisbah yang mana sebutan di sebelah kanan persamaan

adalah angka 0 dan pengangka fungsi nisbah adalah nombor integer, salah

melakukan operasi nombor negatif dengan nombor negatif, salah penghapusan

sebutan pengangka dengan sebutan penyebut dalam jawapan terbitan kedua,

kurang kefahaman dalam menghubungkaitkan bentuk graf yang didapatkan


Ill

daripada jadual tanda kepada bentuk graf sebenar yang hendak dilakarkan.dan

salah melakukan terbitan pertama, salah menulis simbol terbitan kedua dan

salah memberikan jawapan dalam menyelesaikan persamaan kuadratik dengan

2 sebutan.

Pada umumnya, pelajar boleh melakukan pembezaan fungsi nisbah

dengan kaedah Hasil bahagi dengan baik tetapi menghadapi masalah dalam

mencari maklumat-maklumat tertentu seperti pintasan paksi x, garis asimptot

menegak dan asimptot mengufuk, titik ekstrema dan titik lengkuk balas untuk

melakar grafnya.

Dapatan daripada kajian ini dapat dijadikan rujukan dan maklumat kepada

pengajar dan perancang kurikulum di IPT dalam member! pengajaran yang

sebaiknya dan merekabentuk kurikulum yang lebih bersesuaian dengan pelajar.


IV

ANALYSIS OF STUDENTS ERRORS IN PRE-CALCULUS PROBLEM

SOLVING

ABSTRACT

This study is designed primarily to identify the types of errors done by

Diploma of Civil Engineering students in solving Pre-Calculus problems

specifically in the area of differentiation of a rational function The students were

also asked to sketch the graph of the function. The study also attempted to

identify the source of these errors.

The subject of the study are 30 students of Diploma of Civil Engineering

from local higher institution. Three students were chosen from high achievement

category (marks more than 70%), mediocre category (marks between 50% to

69%) and weak category (marks less than 50%) to be interviewed to identify the

source of errors. The instruments used are Mathematics Test and interview.

The findings of the study show that the types of main errors done by the

students are executive errors, followed by structural errors and careless errors.

Arbitrary errors also occurred in sketching a graph of a rational function.

Interview of the students from the sample in this research reveal that the

students are confused in solving an equation of rational function when the left

term of the equation is zero and the upper term of the rational function is an

integer, wrong operation of negative number with another negative number,

wrong cancellation of the upper term with the lower term in the answer of second

derivative, less understanding on how to correlate the shape of the graph from
the table sign with the graph that the students want to sketch, wrong in doing the

first differentiation, wrong in writing a symbol of second order derivative and

wrong in solving quadratic function with 2 terms.

In general, the students are able to differentiate the function by using Quotient

Rule but facing problems in finding and gathering information such as x and y

intercepts, vertical and horizontal asymptotes, extreme points and point of

inflections needed to sketch the graph.

The findings of this research are useful to the teachers and curriculum

developers in a higher educational institutions to give a meaningful lecture and

develop a suitable curriculum for the learners.


VI

PENGHARGAAN

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan sokongan

sehingga siapnya kertas projek ini dan tamatnya pengajian peringkat Sarjana

saya di Universiti Malaya.

Setinggi-tinggi dan berbanyak-banyak terima kasih kepada Prof Madya Dr

Noraini Idris di atas kerjasama, tunjuk ajar dan bimbingan yang beliau curahkan

dari awal kajian sehinggalah siapnya laporan kertas projek ini. Pandangan dan

cadangan beliau telah banyak mem bantu penulisan laporan kajian ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas

sokongan, dorongan dan panduan yang diberikan oleh Ms. Lee Slew Eng.

Kerjasama daripada beliau amat-amat bermakna kepada saya.

Juga tidak ketinggalan, suami tercinta, Uzair Abdul Rahim dan anak

tersayang, Muhammad Suhail bin Uzair. Segunung ucapan terima kasih

diucapkan kerana banyak memberi ruang masa, sokongan moral dan dorongan

yang tidak terhingga sepanjang kajian int. Dengan gembira dan rasa syukur,

saya dengan bangganya menghadiahkan mereka dengan laporan kajian ini.

Kepada kawan-kawan seperjuangan juga tidak ketinggalan. Hanya

ucapan terima kasih yang tidak terhingga dapat saya ucapkan di atas dorongan

dan sokongan mereka.

Akhimya, semoga Allah S.W.T membalas jasa baik semua.


Vll

KANDUNGAN

HALAMAN

ABSTRAK ii

ABSTRACT iv

PENGHARGAAN vi

KANDUNGAN vii

SENARAILAMPIRAN x

SENARA1JADUAL xi

BAB 1: LATAR BELAKANG

Pengenalan 1

Rasional Kajian 5

Pengistilahan 7

Kesilapan Kalkulus 7

Kepayahan Kalkulus 7

Kesilapan stuktur 7

Kesilapan eksekutif 8

Kesilapan arbitrari 8

Kesilapan kecuaian 8

IPT 8

Masalah Kalkulus 8

Tujuan Kajian 9

Signifikan Kajian 9
vm

Limitasi Kajian 10

BAB 2: TINJAUAN KAJIAN LEPAS 12

Pengenalan 12
Jenis-Jenis Kesilapan Dalam Kalkulus 12
Model-model Analisa Kesilapan Matematik 17
Sifat dan Punca Asas Kesilapan Matematik 20
Melakar Graf 23

BAB 3: METODOLOGI 27

Pengenalan 27
Pemilihan Subjek Dan Lokasi Kajian 28
Instrumen Kajian 28

Ujian Matematik 28
Kaedah Temuduga 32
Temuduga separa berstuktur 33
Keesahan dan Kebolehpercayaan Instaimen Kajian 34

Kajian rintis 35

Prosidur Pengumpulan Data 35


Penganalisaan Data 36
BAB 4: ANALISA DATA 38

Pengenalan 38
Soalan Kajian Pertama 39
Contoh Kesilapan Pelajar Dalam
Pembezaan fungsi Nisbah 41
Kesilapan stuktur 41
IX

Kesilapan eksekutif 46

Kesilapan kecuaian 52

Contoh Kesilapan Pelajar Dalam


Mencari pintasan paksi x dan y 53

Kesilapan eksekutif 54

Kesilapan stuktur 55

Contoh kesilapan pelajar Dalam


Mencari asimptot menegak dan mengufuk 56

Kesilapan eksekutif 56

Kesilapan stuktur 58

Contoh kesilapan pelajar Dalam


Mencari Terbitan pertama dan Kedua 60

Kesilapan kecuaian 61

Kesilapan stuktur 62

Contoh kesilapan pelajar Dalam


Mencari Titik ekstrema 62

Kesilapan stuktur 63

Kesilapan eksekutif 65

Contoh kesilapan pelajar Dalam


Mencari Titik Lengkuk Balas 67

Kesilapan eksekutif 67

Kesilapan stuktur 68

Contoh kesilapan pelajar Dalam


Melakar graf fungsi nisbah yang berkattan 70

Kesilapan eksekutif 70
Kesilapan arbitrari 71

Kesilapan stuktur 71

Soalan Kajian Kedua 71

A: Kesilapan stuktur 72

B: Kesilapan eksekutif 84

C: Kesilapan arbitrari 87

D: Kesilapan kecuaian 88

Kesimpulan 92

BAB 5: RUMUSAN DAN PERBINCANGAN 94

Pengenalan 94

Ringkasan Dapatan Kajian 94

Dapatan Lain 99

Rumusan 102

Implikasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran 104

Cadangan Kajian Lanjutan 105

BIBLIOGRAFI 106

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN 1: Instrumen kajian

LAMPIRAN 2: Kesilapan stuktur oleh pelajar P10 dan P14


bagi item 1(a), Pembezaan fungsi nisbah

LAMPIRAN 3: Kesilapan stuktur oleh pelajar P17 bagi


Item 1(b), Pembezaan fungsi nisbah
XI

LAM PI RAN 4: Kesilapan eksekutif oleh pelajar P23 bagi item 1(d),
Pembezaan fungsi Nisbah

LAM PI RAN 5: Kesilapan kecuaian oleh pelajar P10

LAMPIRAN 6: Kesilapan kecuaian oleh pelajar P20

LAMP I RAN 7: Kesilapan kecuaian oleh pelajar P4

LAMPIRAN 8: Kesilapan stuktur oleh peiajar P12, P16 dan P29

LAMPIRAN 9: Kesilapan eksekutif oleh pelajar P15 bagi item 3(d),


Mencari titik ekstrema

LAMPIRAN 10: Kesilapan eksekutif oleh beberapa pelajar lain bagi


Item 1 (d), mencari titik ekstrema

LAMPIRAN 11: Kesilapan eksekutif dalam melakar


graf fungsi nisbah yang berkaitan

LAMPIRAN 12: Kesilapan arbitrari oleh pelajar dalam melakar


graf fungsi nisbah yang berkaitan

LAMPIRAN 13: Kesilapan stuktur oleh pelajar dalam melakar


graf fungsi nisbah yang berkaitan

SENARAI JADUAL

JADUAL HALAMAN

Jadual 2.1: Pengkelasan Kesilapan-Kesitapan 15

Jadual 3.1: Bilangan item mengikut kategori 29

Jadual 3.2: Ciri-ciri fungsi nisbah dalam Ujian Matematik 30

Jadual 3.3: Ciri-ciri item melakar graf fungsi nisbah 31

Jaduai 4.1: Jenis-jenis kesilapan dalam pembezaan dan melakar graf 39

Jadual 4.2: Analisa jenis kesilapan mengikut soalan ujian matematik 40


Xll

Jadual 4.3: Contoh kesilapan stuktur oleh pelajar P10, P15 dan P14 43

Jadual 4.4: Penyelesaian satah oleh pelajar P4 dalam mencari


Pintasan paksi x 55
BAB1

LATAR BELAKANG

Pengenatan

Kalkulus merupakan salah satu cabang matematik yang pen ting.

Kepentingannya dapat dilihat daripada penggunaannya dalam kehidupan

seharian mahupun dalam bidang-bidang professional. Thomas & Finney (1992)

dalam prolognya ada mengatakan bahawa

"Pa/car ekonomi menggunakan Kalkulus untuk meramal haluan

ekonomi dunia, ahli kajilaut menggunakan Kalkulus untuk

membina teori tentang gelombang laut, syarikat-syarikat swasta

menggunakan Kalkulus untuk menentukan tahap keuntungan

inventori mereka, jurutera hklraulik menggunakan Kalkulus untuk

mendapatkan bentuk injap yang selamat dalam salur palp....

Senarai ini nampaknya tidak ada kesudahan dalam hampir

setiap bidang kerja professional kini yang rata-rata

menggunakan Kalkulus dengan cara tertentu" (terjemahan; m.s.

xvi)

Untuk menyediakan tenaga kerja dalam bidang-bidang professional seperti yang

disebutkan di atas, maka kalkulus menjadi salah satu matapelajaran yang amat

penting daripada peringkat sekolah menengah lagi. Ini disokong oleh Curriculum
and Evaluation Standards for School Mathematics (NCTM, 1989) yang

mengatakan "....secondary school students study the conceptual underpinnings

of calculus" (m.s.12-13).

Menurut Steen (1987) seperti yang dilaporkan oleh Ferrini dan Gaugard (1992)

mengatakan kira-kira 300 000 pelajar mengambil kursus Kalkulus setiap tahun di

peringkat sekolah menengah di Amerika Syarikat walaupun 15-20% kursus yang

ditawarkan adalah "advanced placement courses". Di peringkat pengajian tinggi

pula, hampir 600 000 pelajar mengambil mata pelajaran Kalkulus 1 pada tahun

pertama mereka di kolej dan universiti di Amerika pada tahun pengajian 1986-87

(Anderson and Loftsgarden, 1987).

Dalam konteks Malaysia, Kalkulus juga dipelajari di peringkat sekolah menengah

khususnya dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. Di peringkat institusi

pengajian tinggi pula khususnya UiTM, kepentingannya juga dinyatakan oleh Lau

Too Kya (1998) dalam bukunya yang bertajuk Kalkulus Asas di mana kalkulus

merupakan mata pelajaran teras bagi kursus-kursus seperti Kejuruteraan, Sains

Ukur dan Geomatik, Perbankan dan Perniagaan, Kandungan silibusnya meliputi

topik Pembezaan, Kamiran dan penggunaan kedua-dua konsep tersebut dalam

menyelesaikan masalah dalam kontek seharian. Silibus ini sejajar dengan

Thomas & Finney (1992) yang mengatakan pembezaan adalah idea utama

dalam Kalkulus. Definisi beliau ke atas Kalkulus adalah " Calculus is a

mathematics of motion and change" (m.s. xv)


Menurutnya iagi, mempelajari idea pembezaan membolehkan Rita

menyelesaikan masalah yang melibatkan pengiraan kadar perubahan (rate of

change), mengira kecerunan ataupun mengira kelajuan. Sejajar dengan Shiela

Tobias (1978) dalam bukunya yang bertajuk " Overcoming Math Anxiety * yang

mengatakan "key concept of the calculus described as a change in one variable

with respect to a change in another" (m.s. 89).

Walaupun ia merupakan satu mata pelajaran yang penting untuK dipelajari

didapati masih ramai pelajar yang tidak dapat menguasai sepenuhnya mata

pelajaran tersebut. Menurut Anderson & Loftsgarden (1987) kadar kegagalan

dalam Kalkulus di Amerika Syarikat pada tahun pengajian 1986-87 iaitu pada

tahun pertama pengajian adalah tinggi. Hanya 46% daripada pelajar yang

mengambil mata pelajaran itu lulus dengan gred D ke atas ( Ferrini & Gaugard,

1992).

Di dalam Kalkulus, topik pembezaan dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian

pertama adalah mempelajari konsep pembezaan dan kaedah-kaedah

pembezaan. Bahagian kedua pula mempelajari penggunaan konsep pembezaan

seperti menentukan maksima, minima dan melakar graf.

Ramai pelajar didapati mahir mencari terbitan fungsi dan mendapatkan nilai

kritikalnya (Aspinwall, 1997; Baker et. al., 2000; Ferrini & Graham, 1994 ) tetapi

menghadapi masalah dalam mencari terbitan kedua dan melakar grafnya.


4

Dalam konteks Malaysia khususnya di UJTM, daripada laporan analisis

peperiksaan April 1999 untuk mata pelajaran Kalkulus didapati hanya sebanyak

57% daripada calon berjaya menjawab soalan mencari terbitan pertama dengan

betul yang memperuntukkan 5 markah untuk soalan tersebut tetapi didapati

hanya 15.2% dahpadanya mendapat tebih daripada 7 markah daripada 15

markah yang diperuntukkan untuk soalan melakar graf menggunakan maklumat

pembezaan. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian yang dijalankan

sebelumnya (Baker et al., 2000; Aspinwall, 1997; Ferrini & Graham, 1994) yang

mengatakan petajar menghadapai masalah dalam melakar graf.

Laporan analisis peperiksaan November 1997 - Mac 1998 di UiTM bagi mata

pelajaran Matematik Perakaunan didapati purata markah untuk topik Kalkulus

(penekanan diberi kepada topik pembezaan) ialah 1.44 daripada 4 markah yang

diperuntukkan. Bagi mata pelajaran Matematik Perniagaan, purata markah yang

dicapai ialah 2.56 daripada 4 markah yang diperuntukkan untuk soalan mencari

terbitan pertama menggunakan kaedah prinsip pertama dan 1.73 untuk soalan

mencari terbitan pertama bagi fungsi yang melibatkan eksponen. Daripada

komen pensyarah dalam laporan itu mengatakan

1. Kalkulus merupakan topik yang paling susah bagi petajar yang lemah dari

segi pengiraan.

2. Kalkulus diajar di penghujung semester maka kemungkinan masa yang

diperuntukkan untuk topik ini agak singkat.


3. Pelajar tidak dapat mencari persamaan tangen yang menunjukkan pelajar

tidak faham konsep terbitan.

Daripada keterangan di atas menunjukkan topik pembezaan dan melakar graf

fungsi merupakan kepayahan Kalkulus yang dialami oleh pelajar.

Kajian ini secara umumnya adalah untuk mengenalpasti kesiiapan-kesilapan

yang kerap dilakukan oleh pelajar UiTM disamping mengetahui punca-punca

kesilapan dalam menyelesaikan topik pembezaan dan melakar graf fungsi

nisbah.

Rasional Kajian

Salah satu daripada langkah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran

Kalkulus adalah dengan meneliti sebarang masalah ataupun kelemahan pelajar

dalam pembelajaran mata pelajaran ini. Masalah pembelajaran mungkin

disebabkan oleh berbagai faktor yang mana diantaranya ialah latar belakang

ketuarga, persekitaran pelajar, kelemahan pengetahuan asas (konsep), cara

pelajar diajar dan juga cara atau tabiat belajar pelajar itu sendiri (Larcombe,

1985). Menurut Radatz (1979) pula,

" Kajian yang febih mendalam dalam pembelajaran matematik

boleh menjadi suatu tugasan yang susah kerana banyak faktor

penyebab kepada kesilapan hanya boleh ditentukan dengan

meneliti proses yang menghasilkan jawapan atau keputusan


akhir.....faktorsemulajadiperiu dipertimbangkan di setiap proses

penyelesaian."(terjemahan; m. s. 170)

Analisis kesilapan telah menarik minat ramai pengkaji dalam bidang matematik

(Ashlock, 1976; Burrows, 1976; Cox, 1975; Clements, 1980; Cumming & Elkins,

1994; Engelhardt, 1982; Liedtke, 1988; Pinchback, 1991; West, 1971 Watson;

1980,). Banyak juga kajian yang telah dijalankan (Cornu, 1981; Dreyfus &

Eisenberg, 1982; Orton, 1984; Vinner, 1983) yang meliputi kajian kefahaman

tentang Pembezaan, Had, Tangen dan Fungsi tetapi masih kurang kajian

tentang anatisis kesitapan pelajar semasa menyetesaikan masalah kalkulus,

khususnya dalam topik Pembezaan dan melakar graf.

Waiaupun begitu Bernadette Baker et. at. (2000) dalam kajiannya tentang " A

Calculus Graphing Schema" ada menganalisa kesilapan-kesilapan yang biasa

dilakukan oleh pelajar semasa menyelesaikan masalah Kalkulus khususnya

melakar graf tetapi menjelaskannya secara kualitatif. Di peringkat UiTM, hanya

terdapat satu kajian sahaja yang menjurus kepada mengenalpasti pola-pola

kesilapan dan kesukaran berkaitan dengan penyelesaian masalah bermatematik

dalam topik Kalkulus dan Vektor (Nurul 'Ain Abdul Rahman, 1995).

Kesimpulannya, kebanyakan kajian analisis kesilapan telah banyak dijalankan di

luar negara, tetapi didapati masih kurang kajian analisis kesilapan dijalankan di

dalam negara di peringkat kolej ataupun IPT yang meliputi topik Kalkulus.
Pengistilahan

Kajian ini menggunakan istilah-istilah yang diberi makna seperti di bawah.

Kesilapan Kalkulus

Penyelesaian yang satah yang dibuat oteh petajar semasa menyelesaikan

masalah Kalkulus mengikut penilalan guru yang mengajar topik Kalkulus.

Kepayahan Kalkulus

Kesusahan yang membabitkan halangan tertentu yang dialami oleh pelajar

dalam mempelajari topik Kalkulus, Contohnya pelajar yang mula-mula

mempelajari Kalkulus, sudah ada konsep tertentu yang dipegang sebelum

mereka mempelajari Kalkulus seperti konsep (xy)n=xnyn. Tetapi ada sebahagian

pelajar yang telah salah menggunakan konsep ini di dalam topik pembezaan,

contohnya (fg)f=fg' dan (fg)"=fg". (Norman & Prichard, 1994)

Kesilapan struktur (structural error)

Kesilapan yang berpunca daripada kegagalan melakukan hubungkait maklumat

atau gagal menggunakan prinsip tertentu untuk menyelesaikan masalah yang

diberi. (Orton, 1983)


8

Kesilapan eksekutif (executive error)

Kesilapan yang berpuncadaripada kegagalan untuk menjalankan manipulasi

wataupun prinsip yang digunakan telah difahami. (Orton, 1983)

Kesilapan arbitrari (arbitrary error)

Kesilapan yang berpunca daripada subjek yang memaparkan kelakukan arbitrari

dan gagal mengambilkira kekangan-kekangan dalam masalah yang diberi.

(Orton, 1983)

Kesilapan kecuaian.

Kesilapan yang berlaku satu atau dua daripada lima masalah yang hampir sama.

Kesilapan ini pada umumnya adalah disebabkan gangguan-gangguan seperti

kurang mengambil perhatian atau bosan tetapi pada umumnya pelajar tahu

menyelesaikan soalan dengan betul.( Cox, 1975)

IPT

Merujuk kepada Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia khususnya UiTM.

Masalah Kalkulus

Merujuk kepada masalah Pembezaan Fungsi Rasional dan melakar graf yang

menggabungkan maklumat-maklumat dibawah.

1. Terbitan pertama dan kedua

2. Pintasan x dan y.

3. Garis asimptot.
4. Titik ekstrema

5. Titik tengkuk balas

Tujuan Kajian

Tujuan Kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesilapan yang paling kerap dan

punca-punca kesilapan yang dilakukan oleh pelajar Diploma Kejuruteraan Awam

Semester! dalam menyelesaikan masalah Pra-Kalkulus. Untuk menjawab tujuan

kajian di atas, dua soalan kajian difomnulasikan seperti di bawah.

1. Apakah kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh Pelajar Diploma

Kejuaiteraan Awam Semester II, UiTM Shah Alam dalam

menyelesaikan masalah Pra-Kalkulus?

2. Apakah punca-punca kesilapan tersebut?

Signifikan kajian

Dapatan-dapatan daripada kajian yang dijalankan ini diharap dapat dijadikan

bahan rujukan ataupun maklumat kepada pengajar di peringkat IPT tentang

kesilapan-kesilapan yang kerap dilakukan pelajar semasa menyelesaikan

masalah Kalkulus khususnya masalah pembezaan fungsi nisbah dan melakar

grafnya. Oleh itu pengajar ataupun guru dapat mengambil langkah awal dalam

merancang pengajaran.
10

Kebaikan dengan mengetahui jenis-jenis kesilapan dan kepayahan dalam

Kalkulus bukan hanya kepada pengajar tetapi juga bahagian perancang

kurikulum. Dengan mengetahui jenis-jenis kesilapan dalam Kalkulus yang

dilakukan oleh pelajar-pelajar di peringkat kolej ataupun IPT, perancang

kurikulum di kolej ataupun IPT dapat menggunakan maklumat tersebut untuk

merekabentuk kurikulum yang lebih bersesuaian dengan pelajar terbabit.

Oleh kerana kekurangan kajian-kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran

matapelajaran Kalkulus di Malaysia khususnya dalam bidang analisis kesilapan,

diharapkan kajian ini dapat dijadikan pemangkin untuk kajian-kajian seteaisnya.

Juga diharapkan dapat menyumbangkan minat kepada guru untuk melakukan

aktiviti diagnosis terhadap pelajar. Di samping itu dengan mengetahui kesilapan

Kalkulus pelajar, guru dapat menilai dan menganalisa sejauh mana

keberkesanan pengajaran mereka samada memerlukan pengubahsuaian

ataupun tidak.

Limitasi Kajian

Kajian ini tidak terlepas daripada limitasi-limitasi seperti di bawah.

1. Pra-kalkulus meliputi topik yang sangat luas. Kajian yang dijalankan ini

hanya mengfokus kepada sebahagian dahpadanya iaitu topik

pembezaan fungsi nisbah dan melakar grafnya.


11
2. Kajian ini hanya menemuduga tiga orang pelajar sahaja bagi

mengetahui punca-punca kesilapan dengan (ebih mendalam

disebabkan faktor masa yang tidak mencukupi.

3. Oleh kerana kepesatan teknologi komputer, penggunaan kalkulator

grafik ataupun komputer dalam pengajaran kalkulus membolehkan

pelajar melakukan visualisasi dengan lebih baik contohnya dalam

melakar graf sekan dan tangen suatu lengkungan (Tall, 1986) seperti

yang dilaporkan oleh White dan MitchelMore (1996). Dengan

penggunaan komputer, penekanan yang lebih diberikan ke atas

konsep yang tersirat (underlying concept). Ada kemungkinan pelajar

akan kurang melakukan kesilapan dalam penyelesaian masalah

kalkutus sekiranya mereka diajar menggunakan teknologi ini. Kajian

yang dijalankan ini hanya dilakukan ke atas teknik pengajaran tanpa

bantuan komputer iaitu dikenali sebagai kaedah tradisional (chalk and

talk).

4. Kajian ini dijalankan hanya ke atas 30 orang pelajar Diploma

Kejuruteraan Awam di kampus induk UiTM, Shah Alam. Sampel ini

dianggap kecil berbanding populasi pelajar dalam jurusan tersebut di

UiTM seluruh Malaysia.

Oleh itu, dapatan daripada kajian ini tidak wajar digeneralisasikan ke atas

populasi kajian.

You might also like