You are on page 1of 5

BAB 2 : ZAMAN AIR BATU

 Maksud Zaman Air Batu

• Zaman ketika air batu menutupi permukaan bumi

• Dianggarkan bermula antara 2.6 juta hingga 3.5 juta tahun dahulu

• Iklim dunia terlalu sejuk sehingga air sungai dan laut surut

• Berlaku pergerakan glasier yang pertama sehingga menyebabkan wujudnya daratan dan
lautan

• Kawasan darat lebih luas daripada kawasan laut dan sungai

2.1 Dunia Kita

 Dunia merupakan bumi tempat tinggal kita dan tempat tinggal berjuta-juta hidupan yang
lain.Bumi pada hari ini telah melalui pelbagai perubahan yang memberikan kesan terhadap
rupa bentuk fizikal,iklim,cuaca,hidupan yang ada dan kedalaman lautan.

 Pengetahuan dalan bidang paleontologi,kimia,arkeologi,geologi dan fizik membantu kita


membuat penyelidikan tentang perubahan yang berlaku kepada bumi.

 PEMBENTUKAN FIZIKAL BUMI


2.2 Zaman Air Batu

 Zaman air batu ialah garis masa geologi yang menunjukkan suhu bumi menurun.

 Suhu bumi menurun pada tahap membeku dalam jangka masa yang lama.

 Sebahagian besar bumi khususnya di bahagian kutub utara dan kutub selatan diliputi oleh air
batu tebal yang dikenali sebagai lapisan ais.

 Lapisan ais ini menyebabkan kawasan air batu menjadi luas di kawasan kutub dan
pergunungan.

 BINATANG-BINATANG YANG HIDUP PADA ZAMAN AIR BATU

1. Harimau Bertaring Panjang 2. Woodly Mammoth

3. Sloth 4. Bison Occidentalis

 TAHAP ZAMAN AIR BATU

i. Zaman Miosen dipercayai berlaku antara 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu.
ii. Zaman Pliosen dipercayai berlaku antara 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu.
iii. Zaman Pleistosen dipercayai berlaku antara 2.5 juta hingga 10,000 tahun dahulu.
iv. Zaman Holosen ialah zaman yang bermula sejak 10,000 dahulu hingga kini.
2.3 GARIS MASA ZAMAN AIR BATU
 Ahli paleontologi yang mengkaji sejarah bumi berpendapat bahawa hidupan di bumi bermula
semenjak 545 juta tahun dahulu.

Berdasarkan garis masa di bawah dapat dilihat perkembangan dan evolusi hidupan dan binatang
mengikut perkembangan tempoh masa.

500 juta tahun

Trilobite Eurypterid Crinoid Stone-Lily

25 juta tahun

Dipterus

5.2 juta tahun

Coiled Cephalopod

2 juta tahun

Stegosaurus Diatryma Hyracotherium


12,000 tahun

Deinotherium

2.4 CIRI-CIRI ZAMAN AIR BATU AKHIR


A. Ciri Fizikal Bumi
Permukaan air laut yang membeku menyebabkan sebahagian besar bumi dilitupi salji.
B. Aras Laut

C. Suhu
Kecairan air batu menyebabkan kawasantanah rendah ditenggelami oleh air dan
membentuk tasik. Kecairan air batu menyebabkan paras air laut meningkat seperti pada
hari ini.
D. Binatang
Binatang seperti mamot berbulu, badak, kuda, dan singa tinggal di kawasan tanah pamah
yang sejuk.
E. Tumbuhan
Tumbuhan utama ialah rumput dan tumbuhan renek yang menjalar.
F. Kehidupan Manusia
Terdapat manusia yang tinggal di kawasan tanah pamah yang sejuk. Mereka hidup secara
nomad dan memburu binatang.

2.5 PERUBAHAN ZAMAN AIR BATU AKHIR


 Keadaan glasier di Alaska.
Glasier telah menukarkan wajah dan bentuk fizikal bumi. Air batu yang cair dari kawasan
tanah tinggi dan gunung akan membawa bersama – sama batu dan tanah semasa menuruni
tanah tinggi.
 Pulau yang mengalami kenaikan paras laut
Satu daripada Zaman Air Batu ialah rupa bentuk fizikal bumi seperti yang terbentuk pada hari
ini. Kesannya, berlaku perubahan paras air laut dengan kedalaman .
 Tasik
Kecairan air batu telah membentuk tasik – tasik air tawar, seperti Great Lakes di Kanada dan
Tasik Dayang Bunting di Malaysia.
 Binatang Zaman Air Batu
Pada zaman ini berlaku kepupusan binatang yang hidup pada Zaman Pleistosen. Antara
binatang yang pupus termasuklah mamot, sloth dan harimau bertaring.

2.6 KESAN PERUBAHAN ZAMAN AIR BATU DI ASIA TENGGARA


Perkembangan Zaman air batu memberikan dua kesan penting di Asia Tenggara iaitu:-
a. Kenaikan paras laut di Pentas Sunda.
b. Pergerakan Manusia di sekitarnya.

 Sebelum 10, 000 tahun dahulu, Asia Tenggara merupakan kawasan tanah yang luas
terbentang yang menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan. Gugusan tanah ini
dikenali sebagai Pentas Sunda.
 Kepulauan Sumatera, Jawa dan Borneo berada di atas Pentas Sunda.
 Kawasan yang dihubung melalui daratan menyatukan Burma,
Thaiand,Laos,Kemboja,Vietnam, Semenanjung Malaysia, Singapura dan Borneo.
 Kecairan air batu pada peringkat akhir Zaman Holosen.

 Kesan kecairan Air batu di Zaman Holosen


o Tenggelamnya Pentas Sunda.
o Terbentuk sungai dan tasik.
o Pembentukan Teluk Siam, Selat Melaka dan Laut Jawa.
o Pergerakkan Manusia di Asia Tenggara.
o Assia Tenggara menjadi tumpuan mamalia bersaiz besar dan sederhana.

You might also like