You are on page 1of 11

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM

PESTA SUKAN DAN KEBUDAVAAN


/ PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA
I PERATURAN AM

1. NAMA PERTANDINGAN

Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia


•·

2. PENGANJUR

Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia

3. PENGELOLA

Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Negeri

4. PERATURAN UMUM
Undang-undang dan Peraturan Antarabangsa bagi satu-satu jenis permainan
yang dipertandingkan dan Peraturan Am ·Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan
Perkhidmatan Pelajaran Malaysia yang sedang berkuatkuasa sekarang akan
digunakan.

5. >PERATURAN TAMBAHAN ·.

Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa peng~~jur dan pengelola


/ berhak meminda I mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan
matlamat penganjuran Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan
Pelajaran Malaysia.

6. JENIS-JENIS PERMAINAN

6.1 Permainan Teras

Bil Jenis Permainan Jantina Jenis Pertandingan

1. Bola Sepak Senior Lelaki Berpasukan


'
2. Bola Sepak Veteran Lelaki Berpasukan

3. Bola Jaring Wan ita Berpasukan (Senior & Veteran)

4. Sepak Takraw Lelaki Berpasukan (Senior & Veteran)

5. Bola Tampar Wan ita Berpasukan

2
I
6. Boling Tenpin Lelaki+Wanita Berpasukan

7. Golf Lelaki lnd/Berpasukan

8. Kebudayaan Lelaki+Perempuan Berpasukan

6.2 Permainan elektif I pilihan

6.2.1 Pihak pengelola dibenarkan untuk mencadangkan tambahan 2


permainan elektif I pilihan semasa kejohanan MSKPPM.

6.2.2 Permainan tersebut akan dipertandingkan sekiranya ada empat (4) negeri
yang mengambil bahagian.

7. JUMLAH PESERTA

Peserta
Bil Permainan Peng Jllatih Pengadil Jum
Lelaki Prem

1. Bola Sepak Senior 01 01 01 18 00 21

2. Bola Sepak Veteran 01 01 01 18 00 21

3. Bola Jaring 01 01 01 00 12 15
/

4. Sepak Takraw 01 01 01 12 00 15

5. Bola Tampar 01 '01 01 . 00 15 18

6. Boling Tenpin 01 01 00 05 05 12

7. Golf 01 01 00 08 00 10

8. Kebudayaan 01 01 01 06 06 15

JUMLAH 11 11 8 100 35 127


I

• Bilangan pegawai terpu/ang kepada pasukan PSKPP Negeri masing-masing.

8. KELAYAKAN

8.1 Pemain yang layak menyertai pesta ini adalah:

8.1.1 Warganegara Malaysia

3
8.1.2 Seseorang yang sedang berkhidmat dan menerima gaji daripada
Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada bekerja secara tetap
atau kontrak ( dari segi jawatan ).

8.1.3 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTI) yang berkhidmat secara


berterusan 3 bulan ke atas.

8.1.4 Pegawai Khidmat Singkat dibena~an .,..~dengan syarat telah


berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan.

8.1.5 Guru yang melanjutkan pelajaran secara penuh masa dan gajinya
masih dibayar oleh pihak sekolah atau Jabatan asalnya.

8.1.6 lnstitusi Pendidikan yang berdaftar secara sah dan bergabung


dengan MSKPP Negeri serta/dan membayar yuran dengan
MSKPP Negeri .

8.2 Pemain yang tidak layak:

8.2.1 Pekerja Kontrak Swasta.

· · '8.2.2 Guru ganti dan KGSK

·.. · . 8.2.3 Guru yang sedang menjalankan praktikum di institusi pendidikan.

· 8.2.4 Semua pegawai I kakitangan yang bertugas di bawah


Kementerian Pendidikan Tinggi.
/

8.3 Penyertaan bagi peserta lelaki d~lam kategori Veteran adalah 40 tahun
ke atas manakala bagi bagi peserta wanita adalah 35 tahun di kira
· · pada tahun pertandingan.

·8.4 Pemain tidak dibenarkan mewakili pasukan persatuan lain selain


daripada negeri tempat bertugas.

8.5 Seorang pemain hanya dibenarkan bertanding/didaftarkan di bawah satu


· permainan/peringkat umur iaitu senior atau veteran dalam satu
permainan sahaja. Penegasan : Pemain kumpulan veteran boleh
didaftarkan dalam kumpulan senior dalam mana-mana permainan dan
tertakluk dalam satu kategori sahaja. Pemain senior tidak boleh
didaftarkan dalam kategori veteran .

8.6 Setiap peserta hendaklah menunjukkan kad pengenalan ( asal ) dan


Slip gaji ( asal ) atau surat tawaran kerja secara kontrak ( asal ). Semua
pengesahan hendaklah dibuat semasa mesyuarat pengurus pasukan.
Salinan kad Pengenalan, Slip gaji dan dokumen berkaitan hendaklah
disediakan oleh semua pengurus pasukan semasa pengesahan untuk
simpanan jawatankuasa pengelola.

4
8. 7 Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengurusan Pasukan adalah
bertanggungjawab penuh pada setiap nama pemain yang didaftarkan.
Sebarang bentuk penyelewengan adalah tanggungjawab mereka dan jika
berlaku sebarang penyelewengan, kenyataan bertulis akan dibuat oleh
Jawatankuasa Pengelola kepada Yang Dipertua MSKPPM untuk
tindakan selanjutnya.

9 SISTEM PERTANDINGAN

Sistem perta_ndingan berpasukan adalah secara liga satu pusingan dalam


kumpulan dan atau secara kalah mati seperti berikut:

9.1 Jika 12 pasukan atau lebih

Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan dan


atau cara kalah-mati seperti berikut :

9.1.1 Perlawanan Peringkat Awal


( Secara liga satu pusingan dalam kumpulan )
Kumpulan A- 3 pasukan (termasuk Johan tahun lalu)
Kumpulan B - 3 pasukan ( termasuk Naib Johan tahun lalu )
Kumpulan C - 3 pasukan ( termasuk tempat ke 3 tahun lalu )
Kumpulan D - 3 pasukan (termasuk tempat ke 4 tahun lalu)

9.1.2 Perlawanan Peringkat Kedua ( Separuh Akhir- Kalah mati)


/
9.1.2.1 Pusingan Kedua akan dijalankan seperti berikut:

9.1.2.1.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan


masuk ke pusingan suku akhir dan
pertandingan akan dijalankan secara kalah
mati.

9.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut:

9.1.2.2.1 Undian bagi 4 pasukan Johan Kumpulan akan


didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1,
3, 5 dan 7.

9.1.2.2.2 Undian bagi 2 pasukan Naib Johan kumpulan


ditempatkan dikedudukan 2, 4, 6 dan 8.

9.1.2.2.3 Pasukan yang menang pada perlawanan


separuh akhir akan memasuki perlawanan akhir
bagi menentukan Johan dan Naib Johan.
Sementara Pasukan yang kalah akan bermain
untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

5
I
9.1.3 Perlawanan Akhir ( Secara kalah mati seperti berikut )

Johan Kumpulan X melawan Johan Kumpulan Y


Bagi menentukan Johan dan Naib Johan.

Naib Johan Kumpulan X melawan Naib Jottan Kumpulan Y


...
Bagi menentukan Ketiga dan keempat. _ ..,.~

6
y
7

9.2 Jika 9 hingga 11 pasukan .


·- .
Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan dan
atau cara kalah-mati seperti berikut :

9.2.1 Perlawanan Peringkat Awal

( Secara liga satu pusingan dalam kumpulan )


Kumpulan A- 3 pasukan (termasuk Johan tahun lalu)
Kumpulan B - 4 pasukan ( termasuk Naib Johan tahun lalu )
Kumpulan C - 4 pasukan ( termasuk tern pat ke 3 tahun lalu )

9.2.2 Perlawanan Peringkat Kedua

9.2.2.1 Johan dari kumpulan pusingan awal akan diundi untuk


diletakkan dalam kumpulan X dan kumpulan Y. Mana-
mana 2 daripada 3 pasukan johan tadi akan berada dalam
kun")Pulan sama X atau Y melalui undian tersebut. Undian
akan dibuat selepas sahaja pertandingan pusingan awal
tamat..

6
I
9.2.2.2 Pasukan Naib Johan daripada kumpulan yang berlainan
di pusingan awal akan diletakkan ke dalam kumpulan X
danY.

9.2.2.3 Pasukan-pasukan dalam kumpulan ,x dan Y akan bermain


secara liga dalam kumpulan.

9.2.3 Pusingan Akhir

9.2.3.1 Johan Kumpulan X lawan Johan Kumpulan Y untuk


menentukan Johan dan Naib Johan

9.2.3.2 Naib Johan Kumpulan X lawan dengan Naib Johan


Kumpulan Y untuk tempat ketiga dan keempat.

9.3 Jika 6 hingga 8 pasukan

9.3.1 Pusingan Awal

9.3.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan


B .

9.3.1.2 Kumpulan A
/
Jika 6 penyertaan 3 pasukan
Jika 7 penyertaan 3 pasukan
Jika 8 penyertaan 4 pasukan
( termasuk Johan dan tempat keempat tahun lalu )

9.3.1.3 Kumpulan B
Jika 6 penyertaan 3 pasukan
Jika 7 penyertaan 4 pasukan
Jika 8 penyertaan 4 pasukan
( termasuk Naib Johan dan tempat ketiga tahun lalu )

9.4 Jika 5 atau kurang pasukan


I

Secara liga ·satu pusingan dalam kumpulan. Pasukan yang mendapat


mata terbanyak dikira Johan dan seterusnya Naib Johan, Ketiga dan
keempat.

9.5 Pertandingan terbuka

Uridian dan seeding Oika ada) akan dilakukan oleh Jawatankuasa


Pertandingan.

7
I
10 PENDAFTARAN

10.1 Borang Pendaftaran

10.1.1 Tiap-tiap PSKPP Negeri dikehendaki mengesahkan penyertaan


kepada Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 20 hari
sebelum tarikh pertandingan. Penyertaan "' melalui telefon
tidak dibenarkan. ...._ """>
10.1.2 Tiap-tiap pasukan PSKPP Negeri dikehendaki mendaftar nama
pegawai dan pemain dalam borang tertentu yang disediakan oleh
Jawatankuasa pengelola yang mengandungi:

10.1.2.1 Nama Penuh


(mengikut kad pengenalan dan Nyatakan En/Cik/Puan/Haji/Hjh ).

10.1.2.2 No Kad Pengenalan Baru

10.1.2.3 No gaji

10.1.2.4 Pekerjaan ( Nyatakan dengan jelas)

10.1.2.5 Alamat pejabat/sekolah.dan No telefon

10.1.2.6 Alamat rumah dan no telefon.

10.1.3 Borang pendaftaran tersebut hendaklah diisikan dengan lengkap.


Jawatankuasa Pengelola berhak menolak mana-mana borang
/ pendaftaran yang tidak lengkap dan hendaklah ditandatangani
oleh Yang DiPertua dan Setiausaha Agung dengan Cop Rasmi.

10.104 Yuran Pendaftarah bagi setiap penyertaan adalah sebanyak RM


100.00 melainkan ada ketetapan lain dan dipersetujui oleh ahli
gabungan.

10.2 Pakaian Pemain

10.2.1 Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian yang seragam


sesuai dengan jenis permainan yang telah ditetapkan.

10.2.2 Nomqor-nombor pada jersi hendaklah serupa dengan nombor-


nombor yang didaftarkan dalam senarai pendaftaran .

11 CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN JOHAN KESELURUHAN

11.1 Pemberian mata akan diberikan mengikut pencapaian dalam sesuatu


permainan oleh pasukan seperti berikut:

11.1.1 Joban 5 mata

8
11.1.2 Naib Johan 3 mata
11.1.3 Ketiga 2 mata
11.1.4 Keempat 1 mata

11.2 Sekiranya jumlah mata adalah sama maka penentuan akan dibuat ·
berdasarkan kepada jumlah Johan yang terbpnyak diperolehi oleh
pasukan tersebut.

11.3 Jika masih seri juga hendaklah di rujuk kepada jumlah naib johan dan
seterusnya.

12 · MENARIK DIRI DAN MENANG TANPA BERTANDING

12.1 Mana-mana pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari pertandingan


setelah pengesahan dibuat oleh PSKPP Negeri dan diterima menyertai
pertandingan oleh pengelola.

Sebarang tindakan menarik diri oleh sesuatu pasukan atau peserta


adalah dianggap bertentangan dengan semangat kesukanan dan
pasukan tersebut atau PSKPP Negeri berkenaan dikehendaki
memberikan penjelasan bertulis kepada Yang DiPertua Jawatankuasa
Kerja MSKPPM dalam masa 3 hari.

12.2 Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri daripada perlawanan semua


keputusan perlawanan yang telah disertai oleh pasukan tersebut akan
dibatalkan dan pasukan berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai
sebarang perlawanan seterusnya. ·

13 .· . .PENGGANTUNGAN

13.1 Sesuatu pasukan I pemain yang diperintah keluar padang I gelanggang


dalam masa permainan kerana tindakan tatatertib akan diminta
menghadirkan diri di hadapan lembaga Juri Rayuan yang akan bersidang
dalam tempoh masa 3 jam dari masa kejadian. Pemain I Pasukan itu tidak
dibenarkan menyertai pertandingan sehingga Lembaga Rayuan
memberikan Keputusannya.

13.2 Pegawai yang didapati bersalah kerana tindakan tatatertib akan dilaporkan
oleh Jawatankuasa Pengelola kepada Lembaga tatatertib MSKPP
Malaysia.

13.3 Seseorang pemain yang telah digantung oleh persatuan sukan di


peringkat negeri atau peringkat kebangsaan tidak boleh menyertai
sebarang permainan di dalam Pesta MSKPP Malaysia.

9
14 PENGADILAN

14.1 Hanya pegawai yang bertauliah dan berpengalaman sekurangnya 2 tahun


boleh dilantik untuk bertugas di dalam pertandingan-pertandingan MSKPP
Malaysia. '-
.,.,
14.2 Semua pengadil yang dilantik hendaklah terdiri daripada mereka yang
bertugas dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

14.3 Jawatankuasa Pengelola berhak melantik ketua pengadil, pengadil-


pengadillain dalam pertandingan kelolaannya.

14.4 Semua PSKPP Negeri diwajibkan membawa pengadil mengikut jenis


permainan yang disertai dan memastikan pengadil-pengadil berkenaan
menjalankan tugas seperti yang dikehendaki.

14.5 Kegagalan membawa pengadil sebagaimana yang telah ditetapkan akan


didenda sebanyak RM 100.00 seorang.

15.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan


hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau
wakilnya tidak lebih daripada setengah jam ( 30 minit ) selepas
/ perlawanan berkenaan berakhir melainkan dinyatakan lain di dalam
Undang-Undang permainan tersebut.

15.2 Tiap-tiap satu bantahan hendaklah · disertakan dengan bayaran RM


300.00 bagi acara berpasukan dan RM 200.00 bagi acara individu yang
tidak akan dikembalikan jika sekiranya didapati bantahan tersebut tidak
berasas.

15.3 . Sekiranya ada bantahan yang belum dapat diputuskan di dalam jangka
masa yang ditetapkan, perlawanan seterusnya hendaklah dijalankan
mengikut jadual dan pasukan terlibat bertanding di bawah bantahan
( under protest )

15.4
'
Jika bantahan berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta
tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan ,
bantahan (under protest), tersebut akan dikemukakan kepada
Jawatankuasa Kerja MSKPPM

10
16 LEMBAGA JURI RAYUAN

Jawatankuasa pengelola akan menubuhkan satu badan Lembaga Juri Rayuan


yang mengandungi

16.1 Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya



16.2 Ahli Jawatankuasa : 5 orang

16.2.1 Pengerusi Jawatankuasa permainan yang berkenaan

16.2.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola sebagai Ex-Officio

16.2.3 3 orang Pengurus pasukan yang tidak terlibat.

17 LEMBAGA TATATERTIB

Lembaga tatatertib akan ditubuhkan oleh MSKPP Malaysia yang dianggotai oleh:

Pengerusi Yang DiPertua MSKPPM atau wakilnya

Naib Pengerusi Timbalan Yang DiPertua atau wakilnya

Setiausaha Setiausaha Agung MSKPPM

Ahli Pengerusi Jawatankuasa Pengelola permainan


/ yang berkenaan dan 3 orang ahli yang dilantik.

18 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan ini
akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut undang-
undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu pertandingan
permainan yang sedang berkuatkuasa DAN berhak meminda atau menambah
mana-mana yang bersesuaian.

11

You might also like