You are on page 1of 16

PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN JOHOR

(PSKPP JOHOR)
No. Pendaftaran :PPM-009-01-02062011

PERATURAN AM
KEJOHANAN PSKPP JOHOR TAHUN 2023

URUS SETIA PSKPPJ


SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
PERATURAN AM YANG MENGUASAI PERTANDINGAN PESTA MAJLIS SUKAN
DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA CAWANGAN
JOHOR.

1. PENGUASAAN
Semua pertandingan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran
Malaysia cawangan Johor ( PSKPPJ ) hendaklah mengikut Peraturan - Peraturan Am
Pertandingan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Johor, kecuali
yang akan dinyatakan kemudiannya.

2. PENGELOLAAN
Jawatankuasa Kerja PSKPP Johor akan menyerahkan kuasa pengelolaan semua
pertandingan permainan PSKPPJ kepada PSKPP Daerah. PSKPP Johor boleh
menyerahkan kuasa pengelolaan sesuatu pertandingan bagi sesuatu permainan
kepada jawatankuasa pengelola pertandingan sesuatu permainan itu atau kepada
suatu jawatankuasa khas yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PSKPP Johor.

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-undang dan Peraturan Antarabangsa satu-satu permainan yang sedang
berkuatkuasa sekarang akan digunakan melainkan sekiranya ada undang-undang khas
yang menguasai pertandingan permainan di PSKPP Johor.

4. JENIS-JENIS PERMAINAN

Bil Jenis Permainan Jantina Jenis Pertandingan

Sukan Wajib

1 Bola Sepak Senior Lelaki Berpasukan

2 Bola Sepak Veteran Lelaki Berpasukan

3 Bola Jaring Wanita Berpasukan

4 Sepak Takraw Lelaki Berpasukan

5 Boling Tenpin Lelaki&Wanita Individu/Berpasukan

6 Golf Lelaki Individu/Berpasukan

7 Kebudayaan Lelaki/Wanita Berpasukan

8 Bola Tampar Wanita Wanita Berpasukan


9 Badminton Lelaki&Wanita Berpasukan

10 Petanque Lelaki&Wanita Berpasukan

Bil Jenis Permainan Jantina Jenis Pertandingan

Sukan Pilihan

1 Futsal Wanita Wanita Berpasukan

2 Tenis Lelaki/Wanita Berpasukan/ Individu

3 Bola Tampar Lelaki Lelaki Berpasukan

4 Ping Pong Lelaki/Wanita Berpasukan

5 Catur Lelaki/Wanita Berpasukan/ Individu

5. JUMLAH PESERTA
Pengurus

Jurulatih

Pen. Jurulatih

Fisiotrapi

Peserta

Jumlah

Pengadil
Bil Permainan

1 Bola Sepak (S) 01 01 02 01 18 23 00

2 Bola Sepak (V) 01 01 02 01 18 23 02


6 Senior
3 Bola Jaring 01 01 02 01 17 01
6 Veteran
8 Senior
4 Sepak Takraw 01 01 02 01 17 02
4 Veteran
8 Lelaki
5 Boling Tenpin* 01 01 02 00 19 00
7 Wanita
4 Gross
6 Golf 01 01 02 00 12 00
4 Nett
7 Kebudayaan 01 01 01 00 15 - 22 L/P 25 00

8 Bola Tampar Wanita 01 01 02 01 12 17 02


10 Lelaki
9 Badminton 01 01 01 00 17 02
4 Wanita
8 Lelaki
10 Petanque 01 01 01 00 19 00
8 Wanita
PERMAINAN PILIHAN
11 Bola Tampar Lelaki 01 01 02 01 12 17 02

12 Futsal Wanita 01 01 02 01 12 17 02

13 Tenis 01 01 01 00 12 L / W 15 01
8 Lelaki &
14 Ping Pong 01 01 01 00 19 01
8 Wanita
6 Lelaki &
15 Catur 01 01 01 00 15 01
6 Wanita

6. KELAYAKAN
6.1 Pemain yang layak menyertai pesta ini adalah:

6.1.1. Seorang warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dan


menerima gaji daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada
bekerja secara tetap atau kontrak ( Kontrak bermaksud dari segi
Perkhidmatan Awam )

6.1.2. GSTT dan KGSK yang berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan

6.1.3. Pegawai Khidmat singkat dibenarkan menyertai pertandingan ini


dengan syarat telah berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan.

6.1.4. Guru yang melanjutkan pelajaran secara penuh masa dibenarkan


mengambil bahagian dengan syarat gajinya masih dibayar oleh pihak
sekolah atau Jabatan asalnya dan mendapat kebenaran daripada
Dekan.

6.1.5. Kakitangan Politeknik, Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan


Kolej Komuniti Kementerian Pelajaran Malaysia boleh bermain di
daerah dimana pusat pengajian itu berada dan mewakili Daerah
tersebut di pesta ini.

6.1.6. Pegawai dan Kakitangan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dengan
syarat membayar yuran keahlian tahunan PSKPPJ.

6.1.7. Guru dan Kakitangan Sekolah Sukan Bandar Penawar dengan syarat
membayar yuran keahlian PSKPPJ.

6.2. Pemain yang tidak layak

6.2.1. Pegawai dan Kakitangan Sekolah-Sekolah atau Maktab tajaan Jabatan


Agama Islam Negeri, Sekolah-Sekolah Swasta dan persendirian.

6.2.2. Pekerja Kontrak Swasta

6.2.3. Guru Ganti


6.2 Dalam acara veteran umur peserta lelaki adalah 40 tahun ke atas dan peserta
wanita adalah 35 tahun di kira pada tahun pertandingan.

6.3 Seorang pemain hanya dibenarkan bertanding / didaftarkan di bawah satu


bahagian/ peringkat umur iaitu senior atau veteran dalam satu permainan
sahaja.

6.4 Setiap Pasukan PSKPPJ Daerah TIDAK DIBENARKAN menggunakan pemain


daripada daerah lain KECUALI Pasukan PSKPPJ JPNIPG dengan syarat
pemain yang akan digunakan mendapat kebenaran bertulis daripada kedua-
dua pihak dan pemain tersebut mestilah pemain yang tidak terpilih mewakili
daerah asal dalam mana-mana pertandingan.

6.5 Bagi ahli di bawah PSKPPJ JPNIPG adalah dibenarkan untuk mewakili
Pasukan PSKPPJ Daerah-daerah sekiranya PSKPPJ JPNIPG tidak menyertai
pertandingan permainan tersebut dengan syarat mendapatkan kebenaran
dan pelepasan secara bertulis

6.5 Pemain dalam kategori veteran ( jika ada permainan bercampur ) dibenarkan
mengambil bahagian dalam kategori senior dan mesti bermain dalam kategori
yang sama hingga akhir pesta. Tegasnya tidak boleh bertukar kategori dalam
permainan itu.

6.6 Setiap peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan ( ASAL ) dan
Slip gaji asal atau surat tawaran kerja secara kontrak yang disahkan oleh ketua
majikan masing-masing.

6.7 Pegawai Pendidikan Daerah dan pengurusan pasukan berkenaan adalah


bertanggungjawab penuh pada setiap nama pemain yang didaftarkan.

6.8 Sebarang bentuk penyelewengan adalah tanggungjawab Pegawai Pendidikan


Daerah dan jika berlaku perkara seumpama ini, kenyataan bertulis hendaklah
dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola kepada Yang Dipertua MSKPP Johor.

7. JAWATANKUASA PENGELOLA PERMAINAN


7.1 Pengelola Pertandingan berhak membentuk lain-lain jawatankuasa kecil yang
bersesuaian untuk menjalankan tugas-tugas pengelolaan pesta tersebut.

8. SISTEM PERTANDINGAN:
Sistem pertandingan berpasukan adalah secara liga satu pusingan dalam kumpulan
dan atau secara kalah mati seperti berikut:

8.1. Jika 11 pasukan atau lebih:

Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan dan atau
cara kalah-mati seperti berikut :
8.1.1. Perlawanan Peringkat Awal
( Secara liga satu pusingan dalam kumpulan )

Kumpulan A – 3 pasukan (termasuk Johan tahun lalu)

Kumpulan B – 4 pasukan ( termasuk Naib Johan tahun lalu )

Kumpulan C – 4 pasukan ( termasuk tempat ke 3 tahun lalu )


Syarat : Pasukan tuan rumah ditempatkan dalam kumpulan C ( jika
tiada dalam senarai keutamaan)

8.1.2. Perlawanan Peringkat Kedua


( Separuh Akhir – Kalah mati seperti berikut )

Kumpulan X
Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan Kumpulan C

Kumpulan Y
Johan Kumpulan B akan melawan Johan Kumpulan C

8.1.3. Perlawanan Akhir


( Secara kalah mati seperti berikut )

Johan Kumpulan X melawan Johan Kumpulan Y


Bagi menentukan Johan dan Naib Johan.

Naib Johan Kumpulan X melawan Naib Johan Kumpulan Y


Bagi menentukan Ketiga dan keempat.

8.2. Jika 10 Pasukan

Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu A, B dan C


yang mengandungi kumpulan berikut:

8.2.1. Kumpulan A - 3 pasukan (termasuk Johan tahun lalu)


8.2.2. Kumpulan B - 3 pasukan (termasuk Naib Johan tahun lalu)

8.2.3. Kumpulan C - 4 pasukan (termasuk tempat tiga tahun lalu)


Syarat : Pasukan tuan rumah ditempatkan dalam kumpulan C
( jika tiada dalam senarai keutamaan )

8.2.4. Perlawanan Peringkat Kedua


( Separuh Akhir – Kalah mati seperti berikut )

Kumpulan X
Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan Kumpulan C

Kumpulan Y
Johan Kumpulan B akan melawan Johan Kumpulan C

8.2.5. Perlawanan Akhir


( Secara kalah mati seperti berikut )
Johan Kumpulan X melawan Johan Kumpulan Y
Bagi menentukan Johan dan Naib Johan.

Naib Johan Kumpulan X melawan Naib Johan Kumpulan Y


Bagi menentukan Ketiga dan keempat.

8.3. Jika 9 pasukan

Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu A, B dan C yang


mengandungi kumpulan berikut:

8.3.1. Kumpulan A - 3 pasukan (termasuk Johan tahun lalu)

8.3.2. Kumpulan B - 3 pasukan (termasuk Naib Johan tahun lalu)

8.3.3. Kumpulan C - 3 pasukan (termasuk tempat ke tiga tahun lalu)


Syarat: Pasukan tuan rumah ditempatkan dalam kumpulan C ( jika tiada
dalam senarai keutamaan)

8.3.4. Perlawanan Peringkat Kedua


( Separuh Akhir – Kalah mati seperti berikut )

Kumpulan X
Johan Kumpulan A melawan Naib Johan Kumpulan C

Kumpulan Y
Johan Kumpulan B melawan Johan Kumpulan C

8.3.5. Perlawanan Akhir


( Secara kalah mati seperti berikut )

Johan Kumpulan X melawan Johan Kumpulan Y


Bagi menentukan Johan dan Naib Johan.

Naib Johan Kumpulan X melawan Naib Johan Kumpulan Y


Bagi menentukan Ketiga dan keempat.

8.4. Jika 6 – 8 pasukan yang mengambil bahagian


Pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B

8.4.1. Kumpulan A
Jika 6 penyertaan : 3 pasukan
Jika 7 penyertaan : 3 pasukan
Jika 8 penyertaan : 4 pasukan
( termasuk Johan dan tempat keempat tahun lalu )

8.4.2. Kumpulan B
Jika 6 penyertaan : 3 pasukan
Jika 7 penyertaan : 4 pasukan
Jika 8 penyertaan : 4 pasukan
( termasuk Naib Johan dan tempat ketiga tahun lalu )
8.5. Jika 5 atau kurang pasukan

Secara liga satu pusingan dalam kumpulan. Pasukan yang mendapat mata
terbanyak dikira Johan dan seterusnya Naib Johan, Ketiga dan keempat.

8.6. Pertandingan terbuka


Undian dan seeding (jika ada) akan dilakukan oleh Jawatankuasa
Pertandingan.

9. PENDAFTARAN
9.1. Borang Pendaftaran

9.1.1. Tiap-tiap PSKPP Daerah dikehendaki memaklumkan penyertaan


kepada Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum
tarikh pertandingan. Penyertaan melalui telefon tidak dibenarkan.

9.1.2. Tiap-tiap pasukan PSKPP Daerah dikehendaki mendaftar nama


pegawai dan pemain dalam borang tertentu yang disediakan oleh
Jawatankuasa pengelola yang mengandungi:

9.1.2.1. Nama Penuh ( mengikut kad pengenalan dan Nyatakan


sekali En/Cik/Puan/Haji/Hjh ).
9.1.2.2. No Kad Pengenalan Baru
9.1.2.3. No gaji
9.1.2.4. Pekerjaan ( Nyatakan dengan jelas )
9.1.2.5. Alamat pejabat/sekolah dan No telefon
9.1.2.6. Alamat rumah dan no telefon.

9.1.3. Semua Borang pendaftaran yang telah lengkap hendaklah diserahkan


kepada Jawatankuasa Pengelola semasa taklimat pasukan. Selepas
penyerahan borang penyertaan tidak lagi dibenarkan membuat
penarikan diri. Sebarang penarikan diri adalah bertentangan dengan
peraturan Am ( Perkara 11 ) PSKPP Johor.

9.1.4. Salinan kad pengenalan, salinan slip gaji , salinan surat tawaran kerja
(bagi yang berkenaan) dan surat pelepasan dari daerah asal ( bagi
yang berkenaan ), Surat gabungan (bagi yang berkenaan ) hendaklah
disertakan sama bersama borang pendaftaran.
9.1.5. Jawatankuasa Pengelola berhak menolak mana-mana borang
pendaftaran yang tidak lengkap seperti para 9.1.2 dan hendaklah
ditandatangani oleh Pengerusi PSKPP Daerah dan Setiausaha PSKPP
Daerah dengan Cop Rasmi.

9.1.6. Yuran Pendaftaran bagi setiap penyertaan adalah sebanyak RM 30.00


melainkan acara Gof dan tenpin Boling. ( ditetapkan oleh penganjur )
tetapi tidak boleh melebihi RM 300.00
9.2. Pakaian Pemain

9.2.1. Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian yang seragam sesuai


dengan jenis permainan yang telah ditetapkan.

9.2.2. Nombor-nombor pada jersi hendaklah serupa dengan nombor-nombor


yang didaftarkan dalam senarai pendaftaran .

9.2.3. Pakaian menjolok mata termasuk yang jarang adalah dilarang termasuk
seluar berbentuk jeans tidak dibenarkan digunakan semasa upacara-
upacara rasmi kejohanan.

10. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN JOHAN KESELURUHAN


10.1. Pemberian mata adalah diberikan mengikut pencapaian dalam sesuatu
permainan oleh pasukan seperti berikut:

10.1.1. Johan - 5 mata


10.1.2. Naib Johan - 3 mata
10.1.3. Ketiga - 2 mata
10.1.4. Keempat - 1 mata

10.2. Sekiranya jumlah mata adalah sama maka penentuan akan dibuat berdasarkan
kepada jumlah Johan yang terbanyak diperolehi oleh pasukan tersebut.

10.3. Jika masih seri juga hendaklah di rujuk kepada jumlah naib johan dan
seterusnya.

11. MENARIK DIRI DAN MENANG TANPA BERTANDING


11.1 Mana-mana pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari pertandingan setelah
bersetuju dan diterima ( selepas taklimat pengurus pasukan ) menyertai
pertandingan tersebut dan disahkan oleh PSKPP Daerah .

11.2 Sebarang tindakan menarik diri oleh sesuatu pasukan atau peserta adalah
dianggap bertentangan dengan semangat kesukanan dan pasukan tersebut
atau MSKPP Daerah berkenaan dikehendaki memberikan penjelasan bertulis
kepada Yang DiPertua Jawatankuasa Kerja PSKPPJ dalam masa 3 hari.

11.3 Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri daripada perlawanan semua


keputusan perlawanan yang telah disertai oleh pasukan tersebut akan
dibatalkan dan pasukan berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai sebarang
perlawanan seterusnya.

12. PENGGANTUNGAN
12.1 Sesuatu pasukan / pemain yang diperintah keluar padang / gelanggang dalam
masa permainan kerana tindakan tatatertib akan diminta menghadirkan diri di
hadapan Lembaga Juri Rayuan yang akan bersidang dalam tempoh masa 3
jam dari masa kejadian. Pemain / Pasukan itu tidak dibenarkan menyertai
pertandingan sehingga Lembaga Rayuan memberikan keputusannya.

12.2 Pegawai yang didapati bersalah kerana tindakan tatatertib akan dilaporkan
oleh Jawatankuasa Pengelola kepada Lembaga Tatatertib PSKPP Johor.

12.3 Seseorang pemain yang telah digantung oleh persatuan sukan di peringkat
negeri atau peringkat kebangsaan tidak boleh menyertai sebarang permainan
di dalam Pesta PSKPP Johor.

13. PENGADILAN
13.1 Hanya pegawai yang bertauliah dan berpenggalaman akan dilantik untuk
bertugas di dalam pertandingan-pertandingan PSKPP Johor.

13.2 Semua pengadil yang dilantik hendaklah terdiri daripada mereka yang
bertugas dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

13.3 Setakat mana yang boleh pengadil-pengadil hendaklah terdiri daripada


pasukan yang tidak terlibat didalam satu-satu perlawanan.

13.4 Semua PSKPP Daerah diwajibkan membawa pengadil mengikut jenis permainan
yang disertai dan memastikan pengadil-pengadil berkenaan menjalankan tugas
seperti yang dikehendaki. Kegagalan membawa pengadil sebagaimana yang
telah ditetapkan akan didenda sebanyak RM 150.00 seorang.

14. BANTAHAN
14.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan
hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau
wakilnya tidak lebih daripada setengah jam (30 minit) selepas perlawanan
berkenaan berakhir.

14.2 Tiap-tiap satu bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran RM 300.00


bagi acara berpasukan dan RM 200.00 bagi acara individu yang tidak akan
dikembalikan jika sekiranya didapati bantahan tersebut tidak berasas.

14.3 Sekiranya ada bantahan yang belum dapat diputuskan di dalam jangka masa
yang ditetapkan, perlawanan seterusnya hendaklah dijalankan mengikut jadual
dan pasukan terlibat bertanding di bawah bantahan ( under protest ).

14.4 Jika bantahan berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta tidak
dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan , bantahan
(under protest), tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja PSKPP
Johor
15. LEMBAGA JURI RAYUAN
Jawatankuasa pengelola akan menubuhkan satu badan Lembaga Juri Rayuan yang
mengandungi

15.1 Pengerusi
15.2 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya
15.3 Ahli Jawatankuasa : 5 orang terdiri :-
15.3.1 Pengerusi Jawatankuasa permainan yang berkenaan
15.3.2 Setiausaha J/kuasa Pengelola sebagai Ex- officio
15.3.3 3 orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat.

16. LEMBAGA TATATERTIB


Lembaga tatatertib akan ditubuhkan oleh PSKPP Johor yang dianggotai oleh:

Pengerusi : Yang DiPertua PSKPPJ atau wakilnya

Naib Pengerusi : Timbalan Yang DiPertua atau wakilnya

Setiausaha : Setiausaha Agung PSKPPJ

Ahli : Pengerusi J/kuasa Pengelola permainan


yang berkenaan dan 3 orang ahli yang dilantik.

17. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan ini
akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut undang-undang
dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu pertandingan permainan yang
sedang berkuatkuasa DAN berhak meminda atau menambah mana-mana yang
bersesuaian.

18. PERINTAH AM
Sepanjang kejohanan diadakan, pegawai dan para peserta adalah tertakluk kepada
Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari masa kesemasa. Urusetia PSKPP Johor
atau Urusetia Kejohanan akan memanjangkan laporan kepada ketua Jabatan yang
berkenaan, sekiranya terdapat pegawai / peserta yang melanggar peraturan-
peraturan tatatertib serta peraturan-peraturan pertandingan yang berkenaan.

Disediakan oleh
Urus Setia PSKPP Johor.
REKOD KEKERAPAN PENGELOLAAN PESTA PSKPP JOHOR
TAHUN 1973 – 2023

JOHAN
TAHUN PENGELOLA PERMAINAN
KESELURUHAN

1973 BATU PAHAT BOLA SEPAK, BOLA JARING, BADMINTON BATU PAHAT
5 - 7 JULAI

1974 SEGAMAT BOLA SEPAK, BOLA JARING, BADMINTON, SEPAK BATU PAHAT
11 - 13 JULAI TAKRAW, BOLA TAMPAR

1975 KLUANG BOLA SEPAK, BOLA JARING, SEPAK TAKRAW, PING BATU PAHAT
10 - 12 JULAI PONG, TENIS, PERBARISAN

BOLA SEPAK, BOLA JARING, SEPAK TAKRAW, HOKI,


1976 MUAR BOLA KERANJANG, PERBARISAN, CATUR BATU PAHAT
1 - 3 JULAI

PONTIAN BOLA SEPAK, BOLA JARING, SEPAK TAKRAW, BOLA


1977 7 - 9 JULAI TAMPAT, JALAN KAKI, KEBUDAYAAN (BAKAT), PONTIAN
PERBARISAN

JOHOR BAHRU BOLA SEPAK, BOLA JARING, BADMINTON, SEPAK BATU PAHAT
1978 13 - 15 JULAI TAKRAW, TENIS, KEBUDAYAAN BAKAT, PERBARISAN

MERSING BOLA JARING, BOLA TAMPAR, PING PONG, HOKI,


1979 29 - 30 JUN JALAN KAKI, KEBUAYAAN TARIAN, PERBARISAN BATU PAHAT

1980 KOTA TINGGI BOLA SEPAK, BOLA JARING, SEPAK TAKRAW, TENIS,
10 - 12 JULAI BOLA KERANJANG, JALAN KAKI, KEBUDAYAAN BATU PAHAT
TARIAN, PERBARISAN

BOLA SEPAK, BOLA JARING, BADMINTON. SEPAK BATU PAHAT DAN


1981 BATU PAHAT TAKRAW, BOLA TAMPAR, JALAN KAKI, KEBUDAYAAN MUAR
18 - 20 JUN BAKAT, PERBARISAN

1983 JOHOR BAHRU BOLA SEPAK, BOLA JARING, SEPAK TAKRAW, BOLA JOHOR BAHRU
19 - 21 MEI TAMPAR, TENIS, BAKAT

KLUANG BOLA SEPAK, BOLA JARING, SEPAK TAKRAW,


1984 16 - 19 MEI BADMINTON, BOLA TAMPAR (W), CATUR, JALAN MUAR
KAKI, BAKAT

PONTIAN BOLA SEPAK, BOLA JARING, SEPAK TAKRAW, PING


1985 16 - 18 MEI PONG, HOKI, JALAN KAKI, TARIAN, BOLA TAMPAR BATU PAHAT
(W), GASING
BOLA SEPAK, BOLA JARING, SEPAK TAKRAW. TENIS,
1986 MUAR BOLA TAMPAR (W), BOLA TAMPAR (L), BAKAT SENI MUAR
26 - 28 JUN SUARA, GASING PANGKAH, JALAN KAKI

BOLA SEPAK SENIOR, BOLA JARING, SEPAK


TAKRAW, HOKI, BADMINTON. CATUR, BAKAT,
OLAHRAGA : JOGATHON - LELAKI 40 TAHUN KE
1987 KOTA TINGGI ATAS/WANITA ; 400M L/P; 1500M L/P, TIADA HAD MUAR
9 - 11 JULAI UMUR. DIADAKAN SEMASA KEJOHNAN OLAHRAGA
MSSJ DI JOHOR BAHRU

BOLA SEPAK, BOLA JARING, TENIS, SEPAK TAKRAW,


1988 MERSING JOGATHON: - LELAKI VETERAN; PEREMPUAN BATU PAHAT
7 - 9 JULAI TERBUKA, KEBUDAYAAN - TARIAN

KULAI BOLA SEPAK, BOLA JARING, SEPAK TAKRAW, HOKI, BAU PAHAT
1989 22 - 24 JUN BOLA KERANJANG, KEBUDAYAAN (KUGIRAN)

1990 BATU PAHAT BOLA SEPAK, BOLA JARING, SEPAK TAKRAW, BOLA
14 - 16 JUN TAMPAR (L&P), BAKAT (TARIAN) JOHOR BAHRU

1991 SEGAMAT BOLA SEPAK, SEPAK TAKRAW, BOLA BALING L40/ PONTIAN
17 - 19 MEI P30, KEBUDAYAAN (NYANYIAN), TENIS

KLUANG BOLA SEPAK (S), BOLA SEPAK (V), BOLA JARING,


1992 21 - 23 MEI BOLA BALING (L), BOLA TAMPAR (W), BADMINTON KLUANG
DAN TARIAN RAMPAI

KOTA TINGGI BOLA SEPAK (S), BOLA SEPAK (V), SEPAK TAKRAW, MUAR
1993 9 - 11 SEPT. BOLA KERANJANG, KEBUDAYAAN, HOKI

BOLA SEPAK (S), BOLA SEPAK (V), BOLA JARING,


1994 JPNMP SEPAK TAKRAW, SEPAK RAGA BULATAN (V),
27 - 29 MEI BADMINTON (C) TENIS (PASUKAN), BOLA TAMPAR JOHOR BAHRU
(W), CATUR DAN TARIAN

BOLA SEPAK (S), BOLA SEPAK (V), SEPAK TAKRAW,


PONTIAN SEPAK RAGA BULATAN, HOKI, KEBUDAYAAN (PADU
1995
6 - 8 OKTOBER SUARA), BOLA JARING (S), BOLA JARING (V), TENIS, BATU PAHAT
CATUR, BOLA TAMPAR (WANITA)

BOLA SEPAK, SEPAK TAKRAW, BOLA JARING, BOLA


MUAR TAMPAR, BADMINTON, KEBUDAYAAN MUAR
27 - 29 SEPT. (PANCARAGAM), TENIS, HOKI
1996

BOLA SEPAK, BOLA JARING, HOKI, BADMITON,


MERSING SEPAK TAKRAW, TARIK TALI, KEBUDAYAAN MUAR
1997
8 - 10 OGOS (UNPLUGGED)
BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA
JARING SENIOR, BOLA JARING VETERAN, SEPAK
BATU PAHAT TAKRAW (SENIOR + VETERAN), BOWLING, CATUR,
1999
20 - 22 OGOS TENIS, KEBUDAYAAN ( KOIR )

BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA


2000 SEGAMAT JARING SENIOR, BOLA JARING VETERAN, SEPAK MUAR
TAKRAW (SENIOR + VETERAN), BOLA TAMPAR (L),
CONGKAK, KUGORAN, BOWLING.

BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA


JARING SENIOR, BOLA JARING VETERAN, SEPAK
2001 JPNMP BATU PAHAT
TAKRAW (SENIOR + VETERAN), BOLA TAMPAR (W),
JOGHATON, HOKI DAN BORIA

BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA


2002 KLUANG JARING SENIOR, BOLA JARING VETERAN, SEPAK BATU PAHAT
TAKRAW (SENIOR + VETERAN), BOLA TAMPAR (W),
JOGHATON, HOKI DAN KEBUDAYAAN

BOLA SEPAK SENIOR & VETERAN, BOLA JARING


BATU PAHAT &
2003 KOTA TINGGI SENIOR, BOLA JARING VETERAN, SEPAK TAKRAW
JOHOR BAHRU
(SENIOR + VETERAN), BOLA TAMPAR (W),
JOGHATON, HOKI DAN KEBUDAYAAN
BOLA SEPAK SENIOR, & VETERAN, BOLA JARING SENIOR,
BOLA JARING VETERAN, S.TAKRAW SENIOR, S.TAKRAW
2004 JOHOR BAHRU VETERAN, BOLA TAMPAR LELAKI, BOLA TAMPAR WANITA, JOHOR BAHRU
BADMINTON, TENPIN BOLING, JOGHATON, HOKI,
KEBUDAYAAN

BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA


JARING, BOLA TAMPAR LELAKI, BOLA TAMPAR
2005 PONTIAN PEREMPUAN, SEPAK TAKRAW, BADMINTON, HOKI, JOHOR BAHRU
TENIS, BOLING, JOGATHON, WOODBALL LELAKI,
WOODBALL PEREMPUAN, KEBUDAYAAN - KUGIRAN

BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA


JARING SENIOR, BOLA JARING VETERAN, BOLA
MUAR
2006 TAMPAR, BADMINTON, JOGHATON, SEPAK JOHOR BAHRU
TAKRAW, TENPIN BOLING DAN KEBUDAYAAN (
NYANYIAN SOLO )
JARING SENIOR, BOLA JARING VETERAN, BOLA
TAMPAR, BADMINTON, JOGHATON, SEPAK
2007 MERSING TAKRAW, TENPIN BOLING DAN KEBUDAYAAN ( BATU PAHAT
NYANYIAN SOLO )
BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA
JARING SENIOR, BOLA JARING VETERAN, BOLA
KULAI TAMPAR, BADMINTON, JOGHATON, SEPAK
2008 JOHOR BAHRU
TAKRAW, HOKI, TENPIN BOLING DAN
KEBUDAYAAN ( NYANYIAN SOLO P.RAMLE &
SALOMA )

BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA


2009 BATU PAHAT JARING SENIOR, BOLA JARING VETERAN, BOLA BATU PAHAT
TAMPAR, BADMINTON, JOGHATON, SEPAK
TAKRAW, HOKI, TENPIN BOLING DAN
KEBUDAYAAN ( NYANYIAN SOLO )
BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA
SEGAMAT JARING SENIOR, BOLA JARING VETERAN, PING
PONG, BADMINTON, JOGHATON, SEPAK TAKRAW,
2010 BATU PAHAT
HOKI, PENTAQUE, TENIS, TENPIN BOLING DAN
KEBUDAYAAN ( NYANYIAN SOLO )

BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA


JARING, BADMINTON, ROAD RELAY, MEMANAH,
2011 PASIR GUDANG PASIR GUDANG
SEPAK TAKRAW, HOKI, TENPIN BOLING, GOLF DAN
KEBUDAYAAN ( ZAPIN )

BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA


JARING, BADMINTON, ROAD RELAY, MEMANAH,
2012 KLUANG SEPAK TAKRAW, HOKI, TENPIN BOLING, GOLF DAN PASIR GUDANG
KEBUDAYAAN

BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA


JARING, BADMINTON, ROAD RELAY, MEMANAH,
2013 JOHOR BAHRU SEPAK TAKRAW, HOKI, TENPIN BOLING, GOLF DAN PASIR GUDANG
KEBUDAYAAN

BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA


JARING, BADMINTON, ROAD RELAY, MEMANAH,
2014 JPNIPGM SEPAK TAKRAW, HOKI, TENPIN BOLING, GOLF DAN PASIR GUDANG
KEBUDAYAAN

BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA


JARING, BADMINTON, ROAD RELAY, MEMANAH,
2015 PONTIAN SEPAK TAKRAW, HOKI, TENPIN BOLING, GOLF DAN BATU PAHAT
KEBUDAYAAN.

BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA


JARING, BADMINTON, SEPAK TAKRAW, BOLING
2016 TANGKAK TENPIN, GOLF, BOLA KERANJANG, PETANQUE, JOHOR BAHRU
OLAHRAGA DAN KEBUDAYAAN

BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA


JARING, BADMINTON, SEPAK TAKRAW, TENPIN
BOLING, GOLF, KEBUDAYAAN, PETANQUE, BOLA
2017 MUAR PASIR GUDANG
KERANJANG 3ON3, BOLA TAMPAR, BOLA BALING,
PING PONG DAN FUTSAL

BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA


2018 TAMPAR WANITA, BOLA TAMPAR LELAKI, CATUR,
KOTA TINGGI GOLF, BOLA JARING,SEPAK TAKRAW, BOLING JOHOR BAHRU
TENPIN, PETANQUE, KEBUDAYAAN DAN
BADMINTON
BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA
TAMPAR WANITA,GOLF, BOLA JARING,SEPAK
2019 MERSING KLUANG
TAKRAW, BOLING TENPIN, PETANQUE,
KEBUDAYAAN, BADMINTON DAN HOKI,

2020 TIADA DITANGGUHKAN TIADA

2021 TIADA DITANGGUHKAN TIADA


2022 TIADA PEMILIHAN TIADA

BOLA SEPAK SENIOR, BOLA SEPAK VETERAN, BOLA


TAMPAR WANITA,GOLF, BOLA JARING,SEPAK
TAKRAW, BOLING TENPIN, PETANQUE,
2023 SEMUA DAERAH
KEBUDAYAAN, BADMINTON, FUTSAL WANITA,
TENIS, BOLA TAMPAR LELAKI, PING PONG DAN
CATUR

Dikemaskini oleh
Urus setia PSKPP Johor

You might also like