You are on page 1of 3

Panatia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

KERTAS CADANGAN PEMBELIAN PERALATAN SUKAN


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KENANGA 2018

1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk mendapatkan peruntukan pembelian
peralatan sukan daripada Peruntukan Bantuan Perkapita (PCG) Panatia Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga tahun 2018. Selain itu, panatia telah
merancang untuk program-program pembangunan murid-murid yang berkemahiran dalam
bidang sukan dan juga ingin menjadikan mata pelajaran ini sebagai satu terapi kepada
pelajar-pelajar supaya mereka tidak tertekan dengan pembelajaran akademik setiap hari.

2.0 MATLAMAT
Memperkenalkan gaya hidup sihat kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga
untuk program sukan untuk kemudahan murid untuk bersukan termasuklah 1 murid 1 sukan
(1M1S) dan mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. Disamping itu, dapat melatih
murid-murid yang berkebolehan untuk mewakili Sekolah untuk ke Peringkat MSSZ Majidee,
MSSD Johor Bahru, Peringkat MSSN Johor dan Peringkat MSS Malaysia. Diharapkan,
dengan adanya peralatan sukan yang sempurna dan mencukupi dapat meningkatkan lagi
mutu sukan pelajar-pelajar disamping dapat merealisasikan matlamat KPM untuk melahirkan
insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menyediakan prasarana sukan yang kondusif untuk program sukan untuk kemudahan
murid untuk bersukan termasuklah 1 murid 1 sukan, atlet mewakili sekolah dan mata
pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. Selaras dengan matlamat kerajaan,
sukan merentasi kurikulum.

3.2 Melahirkan murid yang berbakat dan berpotensi tinggi untuk diketengahkan ke
peringkat yang lebih tinggi lagi.

3.3 Memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai dalam aktiviti sukan
sempadan.
.

3.4 Menyediakan pasukan sekolah ke kejohanan peringkat MSSZ Majidee, MSSD Johor
Bahru, MSS Johor dan MSS Malaysia yang lebih mantap.’

3.5 Memberi peluang kepada semua murid agar dapat menyertai semua aktiviti ko-
kurikulum di sekolah tanpa sebarang kekakangan terutama daripada segi peralatan
sukan sekolah.
Panatia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
4.0 SASARAN
KELAS MURID
TAHUN 1 107
TAHUN 2 91
TAHUN 3 96 .
TAHUN 4 93
TAHUN 5 91
TAHUN 6 88
JUMLAH 566

5.0 CADANGAN PEMBELIAN

Wakil sekolah
Bil Perihal barang Kuantiti
1. Bola baling Molten (saiz 1) 5 unit
Saiz 37 (2 unit)
2. Spike shoe Saiz 38 (2 unit)
Saiz 39 (2 unit)
.
3. Bola sepak Adidas (saiz 4) 4 unit
4. Junior Bibs (warna hijau fluorescent) 1 set
5. Skital piring (cone discs) 1 set
6. Ethylchloride Spray 100ml 6 unit
6.0 PENUTUP
1M1S
Bil Perihal barang Kuantiti
1. Bola baling getah (saiz 1) 5 unit
2. Bulu tangkis (Shuttlecock) 2 tabung
3. Bulu tangkis (Shuttlecock) - plastik 20 unit
4. Bola tampar Mikasa (MV 300) 6 unit
5. Bola squash (double dot) 3 kotak
Kelulusan peruntukan bagi peruntukan pembelian alatan sukan ini diharapkan dapat
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Bil Perihal barang Kuantiti
1. Pundi kacang 3 set
2. Tiang gol bola baling 1 set
3. Tiang gol bola jaring 1 set
4. Trampoline 48” inches 1 set
5. Bola getah kecil 30 unit
merealisasikan harapan untuk melahirkan murid yang seimbang dari pelbagai aspek dan
membantu meningkatkan tahap kecergasan dan mutu sukan warga Sekolah Kebangsaan Seri
Kenanga. Sehubungan dengan itu dapat merealisasikan dasar pendidikan Negara dengan
moto Satu Murid Satu Sukan. Disamping dengan peralatan sukan yang lengkap menaikkan
nama Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga di peringkat Zon, Daerah, Negeri dan Kebangsaan
dalam sukan dan permainan.
Panatia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Disediakan Oleh,

………………………………….…….
(EN. MOHD YAZID BIN KAMSARI)
KETUA PANATIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Disahkan Oleh,

……………………………………….
(PN. NORPISAH BINTI IBRAHIM)
GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KENANGA

You might also like