You are on page 1of 1

PASUKAN RUMAH SUKAN HIJAU,

SEK. KEB. TAMAN SUTERA.

KEPADA:
__________________________ 19 APRIL 2017

__________________________

__________________________

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK RUMAH SUKAN HIJAU SEMASA KEJOHANAN
SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Rumah Sukan Hijau akan menyertai perbarisan dan
acara-acara sukan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 20 APRIL 2017 (SUKANTARA)


30 APRIL 2017 (KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN)
Masa : 2.00 PETANG 6.00 PETANG (20 APRIL)
8.00 PAGI 1.00 PETANG (30 APRIL)
Tempat : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUTERA

3. Sukantara dan Kejohanan Sukan Tahunan yang disertai melibatkan semua murid Rumah Sukan
Hijau seramai 70 orang. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan daripada
pihak tuan dalam bentuk wang tunai/makanan/minuman yang bersesuaian untuk kegunaan anak-anak
murid Rumah Sukan Hijau semasa menyertai perbarisan dan acara-acara sukan dipertandingkan.

4. Sumbangan, kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahulukan
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

PERMUAFAKATAN MEMBAWA BERKAT

Yang menjalankan tugas,

..............................................................
(MOHD AIDIL BIN SAHIPALUDIN)
Pengerusi Rumah Sukan Hijau,
Sek. Keb. Taman Sutera.

You might also like