You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

IMARAH MUSOLLA AL-IRSYAD SK SERI BAHAGIA 2019

Tarikh : 13 Jun 2019 ( Khamis )


Masa : 12.10 tengah hari.
Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran:

Semua guru

1.0 Ucapan Pengerusi Jawatankuasa

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Beliau turut
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat atas kehadiran
pada hari ni.
1.2 Pengerusi turut memaklumkan bahawa SK Seri Bahagia telah terpilih mewakili
Daerah Pontia dalam Pertandingan ASISS 2019. Kerja buat yang lebih tersusun
diperlukan.

2.0 Pengesahan minit mesyuarat lepas

2.1 Projek besar : Laman Bumi Hijau dalam penambahbaikan.


2.2 Pn. Niralwana Othman mencadangkan agar minit mesyuarat lepas disahkan. Pn.
Faezah bt Ghazali menyokong cadangan tersebut.

3.0 Perancangan aktiviti

3.1 En. Rosli bin Mokin memaklumkan bahawa semua ‘team’ perlu memastikan
untuk ‘update’ semua maklumat dan laporan yang berkaitan. Buku-buku
pengurusan imarah musolla juga perlu dikemaskini. Aktiviti terkini yang perlu
dilaporkan ialah Ihya Ramadhan dan Sambutan Aidil Fitri.

4.0 Dokumentasi

4.1 Pengerusi mencadangkan agar system dokumentasi pada tahun ini mengikut
piawaian yang ditetapkan oleh JPN dan KPM. Setiausaha diminta ambil tindakan.
Pn. Norasikin bt Salikan memaklumkan beliau telah mula menyusun semula
sistem fail dan dokumentasi agar selari dengan KPM dan JPN. Beliau juga akan
berbincang dengan Pn Ain Nadiah bt Sulaiman untuk memastikan semua
dokumen yang diperlukan berada dalam keadaan yang sedia, kemas dan tersusun.

5.0 Imarah Fizikal Musolla

5.1 Pn. Niralwana bt Othman memaklumkan akan menempah banner hayawanat


untuk ditampal pada tangga yang digunakan untuk ke Musolla.
5.2 Hiasan fizikal akan bermula dari laman Bumi Hijau, menuju ke tangga dan naik
ke musolla. Manakala hiasan fizikal yang asal akan dikekalkan.

6.0 Hal-hal lain.

6.1 En. Zulkifli bin Yassin mencadangkan agar dibuat satu lokasi untuk meletakkan
fail dan dokumentasi.
6.2 Pengerusi meminta mewujudkan facebook imarah musolla di update dari semasa
ke semasa dan semua program dimasukkan ke dalam facebook.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NORASIKIN BINTI SALIKAN)

Setiausaha Jawatankuasa Imarah Musolla

You might also like