You are on page 1of 1

1.

3 Objektif Laporan Latihan Industri


Sepanjang Latihan Industri dijalankan, pelajar perlu
menyiapkan laporan rasmi yang lengkap tentang kerja-kerja yang telah
dilaksanakan sepanjang latihan industri dijalankan untuk dikemukan
kepada pihak Universiti untuk dibuat penilaian. Laporan ini dinilai
untuk memenuhi syarat untuk mendaptkan Sijil atau Diploma untuk
sesuatu kursus.

Laporan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu laporan harian


dan laporan rasmi. Laporan harian perlu diisi oleh para pelajar pada
setiap hari dan ia ditulis secara kasar, ini untuk memudahkan pelajar
untuk membuat laporan rasmi setleah selesai latihan indutri yang
ditetapkan. Buku laporan harian perlu diserahkan kepada penyelia
organisasi pada setiap minggu untuk disemak bagi memastikan para
pelajar sentiasa mengisi dan menjalankan latihan seperti yang
diarahkan.

Seterusnya, buku laporan juga penting untuk memudahkan


oensyarah pemantau untuk meneliti proses kerja yang telah
dilaksanakan dan dilakukan oleh para pelajar semasa latihan industri
apabila pensyarah hadir untuk mebuat penilaian. Laporan akhir latihan
sangat penting unutk disediakan oleh pelajar seteah selesai menjalani
latihan industri di sesebuah syarikat.

Laporan ini menunjukkan tentang keseluruhan aktiviti dan perjalana sebuah


syarikat. Ia juga menggambarkan keseluruhan kerja yang pernah dilakukan dan
dilaksanakan semasa di tempat kerja. Semua kerja dan latihan yang pernah
dilaksanakan akan dicatatkan dan diceritakan di dalam laporan ini. Laporan rasmi ini
hendaklah menggunakan komputer dan disediakan mengikut format yang telah
ditetapkan

You might also like