Professional Documents
Culture Documents
Kertas Kerja Majalah Sekolah 2018
Kertas Kerja Majalah Sekolah 2018
TAHUN 2018
PENGENALAN
Majalah sekolah merupakan satu dokumentasi yang sangat penting dan wajar diterbitkan oleh
pihak sekolah. Majalah sekolah bukan sekadar merakam peristiwa bagi setiap warga sekolah malah lebih
utama dilihat sebagai satu identiti sekolah yang merakamkan misi dan visi sekolah serta segala peristiwa,
maklumat, data dan prestasi sekolah. Usaha yang padu perlu dilakukan bagi menambah baik penerbitan
majalah sekolah ini. Diharap majalah ini berupaya memberi inspirasi kepada seluruh warga sekolah agar
lebih bermotivasi untuk menjayakan misi dan visi sekolah serta dapat melatih pelajar ke arah
kecemerlangan.
MATLAMAT
Dapat menerbit dan mengedarkan majalah sekolah edisi pertama yang berkualiti pada tahun 2018.
OBJEKTIF
1. Menerbit dan mengedarkan majalah sekolah edisi pertama pada tahun 2018.
2. Merakam semua peristiwa menarik dan penting serta menyimpan semua data tentang sekolah.
3. Membimbing dan melatih pelajar bersama guru untuk menerbitkan satu dokumentasi rasmi.
4. Mengembangkan potensi dan kreativiti pelajar dalam bidang penulisan kreatif.
5. Menjana idea, bakat kepimpinan pelajar dan menyuburkan semangat bekerjasama dalam kalangan
warga sekolah serta masyarakat sekitar.
Januari 2018 : Mesyuarat AJK Penerbitan Majalah bersama-sama Pihak Pentadbir Sekolah.
Februari 2018 : Mesyuarat AJK Guru dan Sidang Redaksi
Januari –Oktober 2018 : Proses penerbitan majalah
Oktober 2018 : Penetapan terakhir isi kandungan majalah
Suntingan terakhir
Proses Cetakan
November 2018 : Pengedaran Majalah
HARGA MAJALAH
Sidang Redaksi : Ketua Editor – En. Muhammad Abidin bin Zainal Abidin
Penolong Ketua Editor – Pn Rohani
AJK Grafik
1. En Ahmad Asri bin Abu Bakar
2. En. MOhd Syawal bin Samsudin
AJK Kewartawanan
1. Pn. Nor Haniza bt Hassin
2. Pn. Sherutul Baida bt Harun
3. Muhamad Azri Chia bin Abdul Rahman Chia
AJK Karya Pelajar
1. Pn. Hasliana Hamzah
2. Pn. Imbamalar
3. En. Mohd Fauzi bin Ahmad
AJK Fotografi
1. En. Shaik Ahmad Nizam
2. Pn. Izyan Mastura bt Ibrahim Merican
BENTUK, SAIZ DAN ‘COVER’ MAJALAH
Bentuk, nama majalah, saiz dan Kulit majalah ditentukan dalam mesyuarat AJK Majalah bersama-sama
Guru dan barisan pentadbir. Dicadangkan saiz majalah adalah seperti standard majalah (A4). Cetakan
berwarna dan hitam putih.
1. Kepada guru-guru, staf sokongan dan para pelajar SK Bukit Gambir yang berhak.
2. Kepada Pusat Sumber Sekolah SK Bukit Gambir.
3. Kepada Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut & JPN Pulau Pinang
4. Kepada para pengiklan.
5. Kepada sekolah-sekolah berhampiran
PENUTUP
Diharapkan hasrat untuk menerbitkan majalah sekolah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dengan
izin Allah dan sokongan semua pihak, diharapkan agar proses penerbitan berjalan dengan lancar
mengikut jadual yang ditetapkan.