You are on page 1of 5

Tawaran Program Sarjana Perubatan

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM SARJANA PERUBATAN DENGAN HADIAH


LATIHAN PERSEKUTUAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI SESI AKADEMIK 2016/2017
DI UNIVERSITI AWAM TEMPATAN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat am seperti berikut :

1.1 Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan atau Diploma /


Sijil Profesional yang diiktiraf setaraf dengannya dari universiti yang
diiktiraf;

1.2 Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM);

1.3 Mempunyai pengalaman klinikal sekurang-kurangnya satu (1) tahun


selepas pendaftaran penuh;

1.4 Lantikan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh
tutup permohonan;

1.5 Telah berkhidmat dengan KKM :

(a) sekurang-kurangnya tiga (3) tahun (termasuk latihan siswazah)


(lantikan pada/sebelum 1 Januari 2012);atau

(b) bagi Pegawai Perubatan yang telah menjalani latihan siswazah


di institusi yang diiktiraf di luar negara, hendaklah telah
berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun selepas
pendaftaran penuh / tetap dengan MPM (lantikan
pada/sebelum 1 Januari 2012).

1.6 Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan;

1.7 Mempunyai prestasi cemerlang dengan markah purata Laporan Nilai


Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut
(2012, 2013 dan 2014) tidak kurang daripada 85% (penilaian genap
12 bulan bagi setiap tahun);

1.8 Tidak pernah menerima sebarang tajaan Kerajaan Malaysia bagi


peringkat kursus yang sama;

1.9 Tidak pernah gagal atau menarik diri daripada sebarang kursus tajaan
Kerajaan Malaysia;
1.10 Tidak pernah menolak tawaran program Sarjana yang ditawarkan oleh
Kerajaan Malaysia dalam tempoh dua (2) tahun yang lepas;

1
Tawaran Program Sarjana Perubatan

1.11 Bebas daripada tindakan tatatertib; dan

1.12 Bebas daripada penyakit yang boleh menjejaskan keupayaan untuk


mengamalkan perubatan (unfit to practice) dari segi fizikal dan mental
seperti yang terkandung di dalam Akta Perubatan 1971.

1.13 Syarat Khas Bidang Anestesiologi


Pemohon bagi bidang Anestesiologi perlulah lulus saringan awal yang
telah dijalankan pada 11 April 2015 sebelum memohon untuk
kemasukan sesi akademik 2016/1017.

2. Senarai bidang program Sarjana Perubatan yang ditawarkan adalah seperti di


lampiran.

3. Kaedah pengajian adalah seperti berikut :

3.1 Sistem Terbuka


Menjalani latihan sekurang-kurangnya dua (2) tahun di mana-mana
hospital KKM yang diiktiraf oleh universiti sebelum meneruskan
pengajian sepenuh masa di universiti; dan

3.2 Sistem Tertutup


Menjalani keseluruhan latihan selama empat (4) tahun secara sepenuh
masa di universiti.

4. Anggaran tawaran slot HLP oleh Kementerian dan bilangan tempat oleh IPTA
adalah seperti berikut (tertakluk kepada perubahan) :

NAMA BIDANG TAWARAN SLOT /


BILANGAN TEMPAT
Obstetrik & Ginekologi
Anestesiologi
Perubatan Dalaman Lebih 50 slot/tempat
Surgeri Am
Patologi
Perubatan Keluarga
Pediatrik
Psikiatri
Radiologi
Oftalmologi Di antara 30 - 50 slot/tempat
Ortopedik
Otorinolaringologi
Sarjana/Doktor Kesihatan Awam/Masyarakat
Perubatan Kecemasan
Perubatan Sukan
Perubatan Pemulihan
Neuro Surgeri
Plastik Surgeri Kurang 10 slot/tempat
Klinikal Onkologi
2
Tawaran Program Sarjana Perubatan

Pembedahan Kanak-kanak
Perubatan Transfusi
Perubatan Nuklear
Forensik

SYARAT-SYARAT TAWARAN

5. Tawaran program Sarjana Perubatan dengan HLP adalah tertakluk kepada


syarat-syarat berikut :

5.1 Hanya Pegawai Perubatan yang layak tapisan KKM untuk HLP Dengan /
Tanpa Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) akan dipertimbangkan untuk
mengikuti Program Sarjana Perubatan. Pegawai Perubatan yang tidak
memohon atau melepasi tapisan KKM walaupun telah ditawarkan
tempat pengajian di Universiti Awam Tempatan tidak akan
dipertimbangkan sebarang Cuti Belajar sama ada dengan/ tanpa HLP;

5.2 KKM berhak menentukan sistem pengajian dan penempatan latihan bagi
Pegawai Perubatan yang mengikuti latihan secara Sistem Terbuka di
mana-mana hospital KKM yang diiktiraf oleh universiti sebelum pengajian
sepenuh masa di universiti;

5.3 Surat tawaran hanya dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya sahaja
oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) melalui Ketua Jabatan masing-
masing (Pengarah Kesihatan Negeri / Hospital / Institusi / Bahagian).
Tawaran yang dikeluarkan oleh BPL sahaja dianggap sah untuk
mengikuti program Sarjana Perubatan ini; dan

5.4 Pegawai Perubatan yang menerima tawaran ini adalah terikat untuk
berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia bagi tempoh lima (5) tahun bagi
Sistem Terbuka (atau gantirugi sebanyak RM100,000.00 sekiranya
melanggar syarat-syarat di dalam perjanjian) atau tujuh (7) tahun
bagi Sistem Tertutup (atau gantirugi sebanyak RM160,000.00
sekiranya melanggar syarat-syarat di dalam perjanjian) selepas tamat
tempoh latihan.

CARA UNTUK MEMOHON

6. Permohonan hendaklah dibuat kepada BPL dengan mengemukakan


dokumen-dokumen berikut melalui email ehlp@moh.gov.my :

6.1 Satu salinan Borang KKM/HLP-SARJANA PERUBATAN/DALAM


NEGARA yang telah dilengkapkan dengan segala maklumat diri dan
perkhidmatan telah disahkan oleh Ketua Jabatan (Pengarah Kesihatan
Negeri / Hospital / Institusi / Bahagian sahaja);
6.2 Satu salinan Surat Pengesahan Jawatan daripada Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA); dan

3
Tawaran Program Sarjana Perubatan

6.3 Satu salinan Sijil Pendaftaran Penuh dengan Majlis Perubatan


Malaysia (MPM).

PERINGATAN PENTING KEPADA SEMUA PEMOHON

1. Permohonan kepada BPL ini adalah bagi permohonan Hadiah Latihan


Persekutuan (HLP) sahaja. Pada masa yang sama, pemohon hendaklah
mengemukakan dokumen diatas secara pos kepada universiti yang dipohon.
Kegagalan pemohon mematuhi prosedur yang telah ditetapkan ini akan
menyebabkan permohonan terbatal dengan sendirinya.

Dokumen yang perlu dihantar ke BPL, KKM melalui emel


ehlp@moh.gov.my adalah :

 Borang HLP, KKM


 Salinan Sijil Pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia
(MPM);
 Salinan Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan daripada Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA);

Dokumen yang perlu dihantar ke Universiti Awam pilihan (bagi USM


pemohon perlulah menghantar ke Kampus Kubang Kerian dan Kampus
Pulau Pinang) melalui pos adalah :

 Borang HLP, KKM


 Laporan Penyokong 1 dan Laporan Penyokong 2
 Salinan Sijil Pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM)
 Salinan Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan daripada Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA)
 Dokumen sokongan yang lain (salinan kad pengenalan, buku
perkhidmatan, sijil dan transkrip)

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2015. Permohonan yang


diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

3. Akuan penerimaan borang permohonan akan dimaklumkan oleh BPL


menerusi emel ehlp@moh.gov.my kepada pemohon dan sekiranya akuan
ini tidak diterima maka permohonan pegawai tidak akan diproses.

4. Keputusan awal bagi calon yang layak ditemuduga kedua Oktober 2015 dan
panggilan temuduga akan dibuat oleh pihak Universiti bermula pada bulan

4
Tawaran Program Sarjana Perubatan

Oktober 2015 hingga Januari 2016 (sebarang pertanyaan mengenai


temuduga hendaklah dibuat kepada Universiti yang dipohon).

5. Keputusan bagi Pegawai Perubatan yang ditawarkan HLP dijangka akan


diketahui mulai minggu pertama April 2016 dan surat tawaran boleh dicetak
secara rasmi di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia
(http://www.moh.gov.my), Bahagian Pengurusan Latihan KKM
(http://latihan.moh.gov.my) dan (http://e-hlp.moh.gov.my).

6. Sila ambil maklum bahawa penerima biasiswa mulai sesi akademik


2012/2013 adalah tertakluk kepada Dasar Pelaksanaan Tindakan Penalti
Kepada Pemegang Biasiswa Dalam Perkhidmatan Yang Gagal
Menamatkan Pengajian Dengan Jaya seperti yang disertakan sebagaimana
yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

You might also like