You are on page 1of 4

KPP3014

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

DRAF KAJIAN
ISU-ISU DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PDP) BAHASA ARAB

NAMA PENSYARAH
DR. SUPPIAH A/L NICHIAPPAN
1.0 PENGENALAN

Isu pembelajaran dan pengajaran (pdp) bahasa Arab sering dihadapi oleh guru dan

pelajar yang terlibat secara langsung dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa

Arab di sekolah. Banyak kajian-kajian yang telah membincangkan isu yang dihadapi

oleh para guru dalam menyampaikan pelajaran bahasa Arab kepada pelajar-pelajar

serta isu penerimaan ilmu bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Terdapat pelbagai

masalah dan rintangan yang dihadapi oleh guru bahasa Arab serta para pelajar yang

mempelajari subjek ini terutama di peringkat sekolah menengah.

2.0 HURAIAN MASALAH

 Guru tidak mengaplikasikan bahasa Arab dalam pertuturan di sekolah.

 Syarat wajib mengambil subjek Bahasa Arab kepada semua pelajar yang

berminat atau tidak berminat.

 Pelajar mengganggap bahawa bahasa Arab sukar dipelajari.

 Masa pembelajaran yang agak terhad di dalam kelas.

3.0 METOD PENYELESAIAN

Jangka panjang

 Guru perlu memaksimumkan keupayaan pengajaran bahasa Arab. (skop

kepada guru. Contoh macam kursus) kaitkan dengan murid juga.

 Penilitian semula kaedah pedagogi yang sesuai bagi subjek bahasa.

 Persekitaran yang ceria dan selesa perlu diwujudkan supaya guru dan murid

supaya proses pembelajaran dan pengajaran (pdp) dapat berjalan dengan

lancar.
Jangka Pendek

 Alat Bantu Mengajar (ABM) yang menarik perlu digunakan oleh guru sewaktu

proses pembelajaran dan pengajaran (pdp).

 Proses pembelajaran dan pengajaran (pdp) memerlukan motivasi yang tinggi

bagi pelajar. (contoh kem/seminar)

4.0 APLIKASI

o Waktu pembelajaran seperti penggunaan bahasa Arab ketika proses

pembelajaran.

o Di luar waktu pembelajaran seperti penganjuran kem motivasi.

o Sebelum waktu pembelajaran seperti penyediaan Alat Bantu Mengajar (ABM).

o Mewujudkan persekitaran pembelajaran bahasa Arab yang lebih kondusif.

Contohnyalah macam ( sudut, pertandingan, perpustakaan mini dll)

5.0 RUMUSAN

Secara konklusinya, pembelajaran bahasa arab dalam sistem pendidikan di Malaysia

bukanlah merupakan mata pelajaran asing bagi pelajar sekolah agama di Malaysia.

Orang melayu telah mempelajari bahasa arab sejak mula kemasukan Islam ke tanah

melayu malah perkataan-perkataan yang kita gunakan pada hari ini juga datangnya

daripada kalimah arab. Walaupun pendidikan bahasa arab ini menempuhi pelbagai

cabaran dan rintangan, kajian telah menampilkan kesinambungan bukti bahwa masih

terdapat pelajar yang berminat dan menunjukkan prestasi yang positif untuk

mempelajari bahasa ini sekiranya diberikan peluang untuk belajar dengan lebih

mendalam. Para guru juga perlu berusaha untuk memperbaharui kaedah mengajar

bahasa arab ini dengan berpandukan kaedah pembelajaran yang lebih kreatif dan

meransang minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang bahasa arab
ini. Oleh itu, diharap semua pihak berkenaan dapat mengambil tindakan susulan dan

inisiatif sewajarnya bagi agenda penambahbaikan dalam proses PdP bahasa arab

yang sedia ada. Hal ini seterusnya akan dapat meningkatkan kesedaran terhadap

kepentingan pendidikan bahasa arab sebagai salah satu komponen pendidikan di

Malaysia. Umumnya, isu yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pembelajaran dan

pengajaran bahasa Arab di Malaysia ini bukanlah suatu perkara yang asing. Banyak

kajian yang telah dijalankan membincangkan perkara ini. Permasalahan ini menuntut

perhatian berterusan dari semua dan ia perlu diurus dan dicermati dengan baik. Guru

yang mengajar bahasa Arab perlu sedar dan prihatin terhadap isu yang berlaku serta

mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan ini dari masa ke semasa.

Permasalahan ini menuntut komitmen guru itu sendiri secara keseluruhannya,

walaupun mungkin ada masalah yang berpunca daripada pelajar. Ini kerana minat dan

motivasi pelajar turut memainkan peranan dalam memastikan pembelajaran yang

diajar itu berkesan. Tidak dapat dinafikan minat pelajar terhadap sesuatu pelajaran itu

juga bergantung kepada guru yang mengajar juga. Sekiranya guru yang mengajar itu

membosankan, minat pelajar terhadap pelajaran pasti merosot. Oleh yang demikian,

para guru perlulah lebih prihatin dan celik akan perkara yang telah dibincangkan ini

agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan sejajar dengan

kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia supaya dapat dipastikan pengajaran dan

pembelajaran yang diajarkan kepada pelajar-pelajar memberi manfaat kepada semua.

You might also like