You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIS

WDT 72,
90200, KOTA KINABATANGAN,
SABAH.
Faks: 089571200
E-mel: xba2228@moe.edu.my

Rujukan : SKP1/100-33(02)
Tarikh : 14 NOVEMBER 2018
Kepada

KOPERASI KOPEL,
UP: EN. MARTIN VOGEL.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN PA SISTEM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Untuk makluman pihak Tuan, pihak sekolah akan mengadakan Majlis Hari Ucapan dan
Penyampaian Hadiah(HUPH) pada ketetapan dan tempat seperti yang berikut:

Tarikh : 22 November 2018 (Khamis)


Masa : 7.30 pagi ~ 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan SK Paris

03. Oleh itu, pihak sekolah ingin memohon kebenaran dengan pihaK Tuan untuk meminjam
peralatan PA Sistem pada ketetapan seperti yang dinyatakan. Untuk lebih jelas lagi, pihak sekolah ingin
menggunakan peralatan tersebut dari jam 7.30 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari. Pihak sekolah akan
mengembalikan peralatan tersebut sebaik sahaja acara selesai.

04. Besarlah harapan kami sekiranya pihak puan dapat memberikan kebenaran demi menjayakan
Majlis HUPH SK Paris. Sebarang pertanyaan atau respon bolehlah berhubung dengan Encik Adnan Bin
Joseph, Guru Besar (016-3667117).

05. Kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………….
(ADNAN BIN MOHD HUSSAIN @ JOSEPH )
Guru Besar,
SK Paris Kinabatangan
sk.fail
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIS
WDT 72,
90200, KOTA KINABATANGAN,
SABAH.
Faks: 089571200
E-mel: xba2228@moe.edu.my

You might also like