You are on page 1of 6

5.

2 Kaedah Mengumpul Data


Pengumpulan data telah dilakukan pada peringkat awal dan peringkat intervensi.
Menurut Marshall & Rossman (2006), kaedah mengumpul data pimer dan data
sekunder boleh digunakan dalam sesuatu kajian, maka dalam menjalankan kajian
ini, terdapat tiga kaedah digunakan untuk mengumpul data kajian. Tiga kaedah
yang digunakan ialah :
1. Pemerhatian - Senarai semak dan video perlakuan Nota lapangan
2. Temubual
3. Penilaian - Ujian awal dan ujian akhir
5.2.1 Pemerhatian
Bagi kaedah pemerhatian, saya telah menggunakan senarai semak, gambar dan
video perlakuan. Senarai semak ini merupakan senarai item yang disediakan oleh
saya untuk mengenal pasti perkembangan kemahiran yang ditunjukkan oleh peserta
kajian semasa melakukan ujian amali. Hanya indikator kemahiran yang berkaitan
dengan permainan diletakkan di dalam item senarai semak sepertimana yang
ditunjukkan oleh Lampiran ?. Senarai semak ini telah dirujuk kepada pensyarah
pendidikan jasmani saya ataupun guru pembimbing pendidikan jasmani saya di SK
Koran, Serian bagi mengesahkan kesesuaian senarai semak tersebut digunakan
untuk membuat penilaian terhadap peserta kajian saya. Rakaman audio video juga
telah dibuat bagi memudahkan saya untuk menilai dan meneliti dengan lebih
terperinci tentang tahap pencapaian peserta kajian. Nota lapangan pula telah
dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas ujian dilakukan dan dicatat untuk
menceritakan peristiwa yang berlaku semasa ujian amali dilaksanakan. Item yang
terdapat di nota lapangan ialah tarikh, tempat, peranan pemerhati, masa dan
deskripsi peristiwa yang berlaku semasa ujian dilakukan. Saya telah menyediakan
borang bagi mencatat maklumat yang diperolehi.

5.2.2 Temu bual


Kaedah kedua yang telah saya gunakan untuk mengumpul data kajian saya ialah
temubual. Temubual dilakukan sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan
intervensi. Temubual dijalankan untuk mendapatkan maklum balas secara terus
daripada peserta kajian sebelum, semasa dan selepas sesi pelaksanaan strategi
tamat. Temubual yang digunakan dalam kaedah ini ialah temubual tidak berstruktur
dan separa berstruktur dimana peserta kajian ditanya untuk mengetahui sejauh
mana mereka dapat menguasai kemahiran setelah mengikuti pelaksanaan strategi
tindakan selama empat (4) minggu.
5.2.3 Penilaian
Ujian awal dan akhir kemahiran merupakan satu alat penilaian yang menguji
keberkesanan penciptaan sesuatu alat terhadap masalah yang dihadapi oleh
peserta kajian tersebut. Hasil daripada ujian membolehkan guru melihat
peningkatan ataupun penurunan selepas diberikan intervensi kepada peserta kajian.
Pemantauan dilakukan dari masa ke semasa terhadap ansur maju yang telah
diajarkan dan melalui latih tubi yang dilaksanakan. Selain daripada senarai semak
kemahiran, borang skor pemarkahan bagi jumlah perlakuan peserta yang betul juga
disediakan untuk kedua-dua ujian iaitu ujian awal dan ujian akhir. Keputusan yang
dihasilkan melalui kedua-dua ujian ini akan menunjukkan hubungan yang positif
iaitu adakah peningkatan yang berlaku terhadap ujian yang dilaksanakan oleh
peserta kajian.

5.3 Cara Menganalisis Data


Data yang telah saya perolehi adalah data melalui ujian amali awal dan akhir,
data melalui senarai semak dan data melalui nota lapangan. Ketiga-tiga data ini
telah dianalisis dengan teliti dan ketiga-tiga data ini adalah merupakan data kualitatif
iaitu data yang bersifat subjektif. Untuk menganalisis data melalui ujian amali, saya
telah menggunakan jadual yang saya sediakan untuk menunjukkan

tahap

pencapaian peserta kajian melalui intervensi yang saya laksanakan.


Saya telah memilih tiga cara dan instrumen pengumpulan data. Hasil daripada data
yang diperolehi ini, saya perlu memilih kaedah yang paling sesuai untuk
menganalisisnya. Analisis data ini dilaksanakan berdasarkan tiga aspek kaedah
pengumpulan data yang digunakan oleh saya iaitu pemerhatian, penilaian dan
analisis dokumen.
5.3.1 Pemerhatian (Senarai semak)
Bagi menganalisis senarai semak, saya menggunakan jadual kekerapan dengan
merujuk kepada skala Likert untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi dalam
pengusahaan kemahiran menggelecek sebelah tangan kepada peserta kajian.
Setelah menganalisis instrumen ini, saya dapat mengetahui sejauh mana tahap
kebolehan peserta kajian dalam penguasaan kemahiran menggelecek sebelah
tangan. Saya telah membuat penilaian dan perbandingan senarai semak indikator
pada kitaran satu dengan kitaran dua.
Senarai semak digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri perlakuan peserta kajian
yang ada atau tidak ada semasa melakukan suatu kemahiran. Di dalam senarai
semak, ciri-ciri yang diinginkan dinyatakan dengan jelas serta disusun mengikut
tertib. Senarai semak yang dihasilkan adalah berdasarkan ciri-ciri perlakuan teknik
menggelecek bola dengan betul. Senarai semak telah dijalankan pada dua
peringkat, semasa ujian awal dan ujian akhir.

Pada peringkat awal, senarai semak digunakan sebelum sesi tindakan terhadap
kemahiran peserta kajian dijalankan.

Ini bermaksud perlakuan peserta kajian

semasa menjalankan ujian awal akan dikenalpasti sama ada bermasalah atau
sebaliknya. Peringkat akhir pula dilakukan bagi melihat perubahan yang berlaku
selepas sesi tindakan dijalankan kepada peserta kajian. Perbandingan akan dibuat
antara keputusan ujian awal dan ujian akhir bagi melihat perkembangan yang
berlaku selepas sesi tindakan dijalankan kepada peserta kajian. Senarai semak ini
berguna dalam mengenalpasti bahagian-bahagian kelemahan dalam perlakuan
peserta kajian sekaligus membantu melihat keberkesanan tindakan yang diberikan
terhadap peserta kajian. (Sila rujuk lampiran untuk senarai semak)
5.3.2 Temu bual
Temu bual dilakukan selepas pelaksanaan intervensi. Temubual dijalankan untuk
mendapatkan maklum balas secara terus daripada peserta kajian selepas sesi
pelaksanaan strategi tamat.

Temubual yang digunakan dalam kaedah ini ialah

temubual tidak berstruktur dan separa berstruktur dimana peserta kajian ditanya
untuk mengetahui sejauh mana mereka dapat menguasai kemahiran setelah
mengikuti pelaksanaan strategi tindakan selama empat (4) minggu.

Jadual :
ContohJadual Analisis keputusan pengumpulan data awal Indikator

Perbandingan data awal dan akhir senarai semak indikator


100

90.9

80 81.81

100

90.9
72.72

Ujian akhir

60
(%)

40 36.3

36.3

45.45

36.3

27.2

20
0
A

Ujian awal

U
ntuk instrumen senarai semak iaitu kaedah pemerhatian dan juga nota lapangan
bagi analisis dokumen, saya telah sertakan rakaman audio video bagi meningkatkan
kesahihan bukti menunjukkan penambahbaikan yang telah saya lakukan. Untuk

kedua-dua instrumen ini, saya akan sertakan laporan penulisan dan menghuraikan
data yang saya dapati di dalam instrumen senarai semak dan nota lapangan
dengan sokongan audio video semasa ujian amali dilaksanakan.
Indikator

Peserta

Peratus
Jumlah

Kajian

Persediaan

Pelaksanaan

Ikut Lajak

4/5

0/4

0/2

4/11

36.3

4/5

0/4

0/2

4/11

36.3

3/5

1/4

0/2

4/11

36.3

3/5

0/4

0/2

3/11

27.2

4/5

1/4

0/2

5/11

45.45

Rajah : Contoh Graf Garisan Tahap Pencapaian Peserta Kajian

(%)

You might also like