You are on page 1of 23

1.

0 PENGENALAN KEPADA SPSS FOR WINDOW

Perisian SPSS versi 20.0 for windows adalah sebuah perisian yang di gunakan
untuk menganalisa data kualitatif dan kuantitatif, yang mana berupaya melakukan
kerja-kerja menganalisis dan mengurus sekumpulan data, malah mesra pengguna
serta berada di dalam persekitaran halaman grafik dengan teknologi GUI (Graphical
User Interface) Dengan menggunakan perisian SPSS data-data tersebut boleh di
analisa melalui penghasilan jadual-jadual statistik seperti jadual frekuensi ,jadual dua
hala (Crostabulation), deskriptif (Descriptives), carta dan sebagainya. SPSS
mempunyai antaramuka dan arahan yang boleh di lakukan dengan hanya
menggerakan kursor ke bahagian menu dan ini akan menyebabkan dialog box di
buka. Mudahnya, hanya dengan mengisi tempat kosong dan pilih jenis analisa
statistik menerusi panduan yang diberikan. Kelebihan menggunakan GUI ialah
selagi maklumat yang di perlukan tidak lengkap, butang OK tidak akan boleh di klik.
Ini bermakna SPSS akan memastikan semua maklumat yang di perlukan sudah diisi
dengan sempurna.

1.1 Kaedah Menganalisis Data

Beberapa kaedah boleh digunakan untuk menganalisis data dan berikut boleh
dijadikan sebagai panduan di dalam melakukan proses menganalisis kebanyakan
data.

Peringkat Fail Data

 Anda akan menguruskan data-data, seperti menamakan pembolehubah,


melabelkan pembolehubah, menentukan sifat pembolehubah, mungkin juga
mengimport data-data daripada sumber fail yang lain atau mungkin
memasukkan data menggunakan SPSS data editor.

Peringkat Melaksanakan Prosedur

 Anda akan berada di dalam mod SPSS Data Editor, dengan melakukan
beberapa siri ujian, seperti membuat pemeriksaan pada data bagi
1
memastikan sekurang-kurangnya tiada ralat, membuat tranformasi data,
memilih prosedur statistik yang sesuai seperti Frequencies, Crosstab,
Descriptive dan sebagainya.

 Menghasilkan carta statistik dan sebagainya


 Menjalankan ujian statistik seperti Korelasi, Chi-square, Anova, t-test dan
sebagainya.

Peringkat mengeluarkan laporan

 Melaksanakan prosedur pada peringkat kedua, akan menghasilkan laporan


seperti jadual frekuensi, graf dan sebagainya pada tetingkap yang dipanggil
output viewer.
 Dari sini anda boleh melakukan kerja-kerja percetakan, penyuntingan
kandungan seperti minda jadual, carta dengan menggunakan kemudahan
pivot table. Dan menyimpan fail laporan serta memindahkan hasil laporan ke
perisian lain seperti MSWord, Power point dan Excel.

1.2 Proses Penyediaan borang Soal Selidik

Memahami kaedah menyediakan borang soal selidik perlu di buat dengan teliti dan
bersesuaian dengan tujuan kajian dijalankan. Pemilihan soalan serta format jawapan
perlulah sekata dan bermakna. Malah perlu di sesuaikan sifat data dengan jenis
ujian statistik yang bakal di gunakan nanti.

Selalunya soalan boleh di kelaskan kepada dua kumpulan iaitu soalan jenis
tertutup (Close-ended question) dan soalan terbuka (Open-ended question).

Soalan tertutup melibatkan siri pilihan jawapan yang anda sediakan.


Responden mungkin di minta menjawab samada dengan menanda, pangkah atau
bulatkan pada jawapan. Sebagai contoh pilihan jawapan adalah seperti Ya atau
Tidak, Lelaki atau Perempuan dan sebagainya.

2
Soalan tertutup atau bentuk pilihan jawapan adalah mudah untuk anda
memindahkan maklumat ke dalam SPSS data editor. Sebagai contoh jawapan Ya
mungkin boleh di berikan kod perwakilan 1, manakala jawapan Tidak mungkin boleh
dikodkan sebagai 2.

Kadangkala kita tidak boleh meneka kesemua kemungkinan jawapan yang


akan diberikan oleh responden. Sebab itulah kita memerlukan bentuk soalan yang
terbuka (open-ended).

Sebagai contoh:-
Apakah faktor utama penyebab ketegangan di dalam kehidupan harian anda?
___________________________________________________________________
Jawapan yang di beri adalah berbagai. Anda perlulah melihat pada keseluruhan
jawapan pada setiap borang soalselidik terlebih dahulu, dan kemudian anda boleh
membuat kod perwakilan yang mewakili mana-mana jawapan yang hampir sama
atau maksud yang sama.

Setiap faktor mungkin boleh anda kodkan perwakilannya seperti berikut, contoh:-
Kerja = 1, Kewangan = 2, Perhubungan = 3 , rakan kerja = 4 dan sebagainya

1.2 Contoh-contoh Soalan

Apabila mengemukakan soalan kepada responden, kadangkala anda perlu memilih


format jawapan yang sesuai apabila anda mahu melaksanakan analisa statistik
inferan, sesetengah analisa contoh seperti korelasi (corelation) memerlukan skor
yang bersambung atau skala selang/nisbah. Daripada nilai yang terendah hinggalah
kepada yang tertinggi. Sebagai contoh, umur responden, mungkin anda boleh
memberikan soalan berikut; Bulatkan mana-mana jawapan yang berkaitan dengan
umur anda.( kurang 30 tahun, 31 hingga 50 tahun, dan lebih dari 50 tahun) data
sebegini tidak sesuai untuk tujuan analisa korelasi. Jadi pastikan anda bertanya
umur sebenar responden, atau boleh di kategorikan juga sebagai soalan terbuka.
Cuba besarkan julat jawapan responden sebaik yang mungkin, jangan hanya
memberi pilihan jawapan samada responden bersetuju atau tidak, gunakan skala

3
Likert-type. Misalnya jika ada mencari darjah kebolehpercayaan atau keyakinan
pada data, anda perlu ada jawapan lebih daripada 3 kategori bagi bagi setiap soalan
di dalam kumpulan yang sama. Contoh:

Adakah anda mengalami rasa sakit dan sengal pada tulang belakang?
1. Ya
2. Kadang-kadang
3. Tidak

Kesakitan pada bahu mungkin berpunca pada kedudukan postur yang salah
1. Amat tidak bersetuju
2. Tidak bersetuju
3. Mungkin
4. Bersetuju
5. Amat bersetuju

Ada kalanya anda mungkin perlukan skil jawapan daripada 1 hingga 10, ia
bergantung kepada kesesuai data dan keperluan analisa, misalnya anda mahu
mengetahui tahap kepuasan bekerja responden. Apa-apa pun format jawapan yang
dipilih, anda hendaklah menerangkan dengan jelas arahan jawapan, samada anda
mahu responden menanda atau tik pada kotak, bulatkan pada nombor atau tanda
dengan mengaris.

2.0 STATISTIK

Berikut merupakan ringkasan mengenai Statistik dan juga tanggapan mengenai


perisian SPSS for windows, SPSS bekerja berdasarkan kepada angka dan
mempunyai ujian-ujian statistik daripada yang ringkas hinggalah kepada yang lebih
kompleks. Untuk memudahkan kefahaman mengenasi perisian SPSS, berikut
adalah penerangan ringkas mengenai Statistik yang perlu anda tahu dan pada
mereka yang memahami bidang statistik merupakan satu kelebihan kepada mereka.

4
Anda boleh merujuk kepada buku-buku statistik untuk mendapatan lebih banyak
maklumat mengenainya.

Secara ringkas statistik merujuk kepada fakta-fakta berangka, misalnya perwakilan


umur, berat, tinggi, pendapatan isi rumah dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain
statistik merujuk kepada kaedah-kaedah pengumpulan data-data dan seterusnya
membuat analisis, mengulas data dan seterusnya membuat keputusan.
Terdapat dua jenis kajian yang biasa di lakukan oleh penyelidik seperti analisa
kuatitatif dan analisa kualitatif.

2.1 Statistik Deskriptif

Istilah Statistik Perihalan atau Deskriptif merangkumi kaedah-kaedah untuk


mengurus, memapar dan menghuraikan serta menerangkan data dengan
menggunakan jadual kekerapan, jadual kekerapan dua hala, graf serta ukuran
ringkas.

2.2 Inferential Statistics

Merangkumi kaedah-kaedah yang boleh di gunakan untuk membuat keputusan ,


ramalan dan jangkaan mengenai ciri-ciri populasi berdasarkan data yang di perolehi
daripada sampel.

Mod Kekerapan data berulang berlaku paling


banyak dalam satu set data.
Median Nilai tengah bagi satu set data yang di
susun dari nilai terkecil kepada yang
terbesar atau sebaliknya.
Julat Perbezaan nilai terendah dengan nilai
tertinggi dalam satu set data.
Varians Ukuran Mean bagi Sisihan Piawai (SD2)
Sisihan Piawai Punca kuasa dua bagi Varian (Varians)

5
2.3 Skala Pengukuran

Setiap data atau pembolehubah mempunyai sifat yang tersendiri, di dalam SPSS
pembolehubah perlu di kelaskan mengikut sifat masing-masing. Berikut merupakan
penjelasan ciri-ciri data yang harus di patuhi sebelum sebarang usaha untuk
menganalisis data tersebut di lakukan.

 Nominal: Menggunakan simbol atau nombor sebagai kaedah untuk melabel


dan mengkategori sesuatu objek atau kod bagi perwakilan bagi setiap
pembolehubah. Contoh Jantina (1 = Lelaki; 2 = Perempuan), Status
perkahwinan ( 1= Bujang, 2 = Berkahwin 3 = Duda/Janda) dan sebagainya
 Ordinal: Di susun daripada nilai terkecil kepada nilai yang terbesar,
misalnya darjah atau tahap persetujuan responden mengenai satu
pernyataan seperti tahap kepuasan pelanggan yang di susun seperti
1=Amat tidak berpuas hati, 2=Tidak berpuas hati, 3= Sederhana, 4=Berpuas
hati, 5=Amat berpuas hati. Atau data yang perlu di susun secara ordinal.
Tapi di dalam hal ini anda tidak boleh membuat kesimpulan bahawan
reponden yang memberikan jawapan 4 (Berpuas hati) adalah 2 kali lebih
bersetuju dengan responden yang menjawap 2=Tidak berpuas hati)
 Selang (interval): Skala yang tidak mempunyai sifar mutlak.
 Nisbah (ratio): Sifar mutlak misalnya umur, pendapatan, jarak dan
sebagainya. Misalnya umur saya 40 tahun adalah dua kali ganda lebih tua
daripada ahmad 20 tahun.

3.0 BERKENALAN DENGAN SPSS

Ada beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum memulakan aplikasi SPSS,
pertama operasi SPSS menggunakan beberapa jenis tetingkap yang berbeza atau
window, yang mana setiap tetingkap mempunyai tugas dan maksud yang tersendiri,
sebelum anda boleh membuka tetingkap ini, anda perlu terlebih dahulu membuka
atau membina fail data yang baru.

6
3.1 Antara Muka SPSS

Secara asasnya, SPSS mempunyai lima tetingkap yang utama iaitu:-


 Data Editor
 Output Viewer
 Tetingkap Syntax
 Tetingkap Draf output dan
 Tetingkap Script

3.2 Tetingkap Data Editor

Tetingkap data editor merupakan tetingkap yang digunakan untuk membina


sesuatu fail data yang baru atau membuka fail data yang sedia ada, fail data bagi
SPSS di simpan dalam format .sav

Rajah 3.0: Skrin SPSS Data Editor (mod Variable View)

3.3 Data View

Tempat di mana pengguna boleh memasukkan, memapar, menghapus dan


menyunting data-data penyelidikan.

7
3.4 Variable View

Merupakan tempat dimana pengguna akan menamakan, menetapkan spesifikasi


pembolehubah seperti nama pembolehubah, jenis, label, values label, mising values,
skala pengukuran (measure) dan sebagainya.

3.5 Tetingkap Draf Output

Tetingkap ini akan terbuka secara automatik apabila anda melancarkan perisian
SPSS, tetingkap ini merupakan log yang merekod dan menyimpan segala aktiviti
yang anda lakukan, malah tempat di mana laporan seperti jadual kekerapan, charta,
laporan ujian statistik serta lainnya di simpan, dan fail ini mempunyai sambungan
.spv

3.6 Tetingkap Syntax Editor

Syntax editor merupakan tempat di mana anda boleh menyimpan berbagai jenis
syntax yang anda buat semasa melakukan proses menganalisa data. Selalunya
anda boleh melaksanakan arahan pada bar menu untuk melakukan proses statistik
deskriktif. Anda boleh menggunakan kemudahan ini untuk mengulangi proses yang
sama tanpa perlu menggunakan arahan daripada menu, anda hanya perlu
memanggil fail ini sahaja. Syntax di simpan dalam format .sps

3.7 Memulakan perisian SPSS versi 20.0

Perisian SPSS for windows dimulakan seperti berikut:-

1. Klik pada butang Start, pilih all program dan klik pada SPSS 20
2. Tetingkap SPSS 20 for windows akan di buka pada skrin computer

8
3. Anda boleh memilih mana-mana option yang telah disediakan. Seperti memilih
Run the tutorial, Type in data atau Run exiting query atau memilih untuk
membuka fail yang sedia ada dan sebagainya. Jika anda tidak suka melihat
tetingkap ini, anda boleh menghilangkannya dengan menanda atau tik pada
kotak Don’t show this dialog in the future. Anda juga boleh membuka fail jenis
lain seperti fail ouput, syntax dan sebagainya dengan cara klik pada pilihan
Open another type of file.

4. Anda juga boleh menekan butang Cancel dan membuka fail dengan cara
menggunakan Menu Fail

5. Skrin SPSS Data editor di buka.

9
6. Data Editor SPSS mempunyai dua jenis paparan skrin iaitu Data View dan
Variables View. Setiap skrin mempunyai fungsi yang tertentu dan saling berkait
antara satu sama lain.

7. Data view merupakan satu hamparan spreadsheet yang mana data-data boleh
di masukan terus ke dalam ruangan yang disediakan, atau untuk memaparkan
sejumlah data-data yang telah tersedia.

8. Variable View digunakan untuk anda membina dan menamakan pembolehubah


mengikut keperluan yang mana ianya berkait rapat dengan soalan didalam set
soalselidik ataupun satu set data didalam sesuatu kajian. Misalnya seperti
Jantina, Bangsa, Umur, Kelayakan responden dan sebagainya.

4.0 PENGURUSAN DATA

Penyediaan fail data untuk proses menganalisa data melibatkan beberapa langkah,
ini termasuk membina dan memasukkan maklumat data hasil daripada penyelidikan
yang di jalankan. Selalunya anda perlu menyediakan buku koding terlebih dahulu
untuk memudahkan kerja-kerja memasukkan data.

SPSS merujuk kepada pembolehubah (Variables) dan kes (Cases). Pembolehubah


di tempatkan pada lajur manakala kes pula di tempatkan pada baris. Setiap satu
lajur di dalam SPSS mewakili satu set pembolehubah, manakala setiap satu baris
pula mewakili satu set kes/rekod atau seorang responden yang terlibat.

10
Apabila menamakan pembolehubah, secara tetap (default) jenis pembolehubah di
tetapkan adalah jenis angka. Dalam erti kata yang lain semua pemboleh yang baru
adalah jenis angka. Anda boleh mengubahkannya kepada jenis data yang anda
mahu, misalnya kepada jenis String dengan menggunakan kemudahan Define
Variable.

Pengkelasan jenis data adalah seperti berikut:-

 Numeric. Pengkelasan ini digunakan untuk pembolehubah yang mengambil


nilai angka bulat dan perpuluhan, lebar maksimum ialah 40 aksara dengan
kedudukan titik perpuluhan maksimum pada 20.
 String. Pengkelasan ini digunakan untuk pembolehubah yang mengambil
data yang berbentuk samada huruf, angka dan sebagainya, lebar maksimum
data yang boleh ditaip adalah 255 aksara.
 Date. Menyimpan data dalam bentuk tarikh.
 Currency. Menyimpan data dalam bentuk Currency iaitu dolar Amerika

4.1 Menamakan Pembolehubah (variable)

Untuk menamakan pembolehubah, anda perlu berada di dalam mod data editor,
untuk itu ada perlu klik pada tab variables View.

Menamakan pembolehubah merupakan satu keperluan di dalam SPSS, berikut


adalah syarat-syarat menamakan pembolehubah:
 Nama pembolehubah hendaklah di dalam satu perkataan.
 Nama pembolehubah mestilah bermula dengan abjad dan yang
selebihnya boleh jadi abjad, apa-apa nombor atau simbol @,#,_, atau
$.
 Blank atau ‘special character’ tidak boleh digunakan.
 Setiap pembolehubah mestilah unik dan tidak bertindih, duplikasi
pembolehubah adalah tidak di benarkan.
 Nama pembolehubah tidak dipengaruhi oleh penggunaan huruf besar
atau huruf kecil (tiada case sensitive).
11
 Nama-nama akronim atau reserve word bagi arahan-arahan yang
terdapat di dalam SPSS tidak boleh di gunakan seperti, ALL NE EQ
TO LE LT BY OR GT NOT GE WIDTH
 Nama pemboleh ubah tidak boleh di akhiri dengan dot

Untuk menamakan pembolehubah, klik pada baris pertama di bawah lajur Name dan
taipkan nama pembolehubah anda.

Type
Type bergantung kepada jenis data yang ingin anda tentukan, secara tetap SPSS
akan meletakannya dengan jenis Numeric. Tetapi anda boleh memindanya kepada
jenis lain dengan cara klik pada kotak yang berada di sebelah kanan medan type.

Dan seterusnya tetingkap Variable Type di buka, klik pada mana-mana pilihan
butang radio yang di sediakan. Dan klik OK apabila sudah selesai,

12
Column width
Ia adalah jumlah angka atau aksara yang boleh di isi bagi setiap pembolehubah.
Panjang sesuatu nilai pada pembolehubah itu boleh di pinda, dengan menggunakan
kemudahan Width dan Decimal pada skrin variable view.

Variable Label
Proses mendefinasi sesuatu pembolehubah bukan satu proses yang harus di patuhi
dan ianya boleh diabaikan, walau bagaimanapun pembolehubah didefinasikan untuk
menerangkan atau menghuraikan takrifan pembolehubah tadi misalnya
pembolehubah S10 boleh di labelkan bagai pendapatan bulanan responden,
maklumat ini amat berguna semasa proses penghasilkan laporan.

Value Label
Ia merupakan satu tempat dimana anda memberikan satu nilai perwakilan atau kod
pengecaman kepada pembolehubah, misalnya huruf L mewakili jantina Lelaki dan
huruf P mewakili jantina Perempuan.

Label
Label merupakan jawapan kepada soalan yang disediakan dalam borang soal selidik
dan di nyatakan dalam bentuk keterangan khususnya dalam menerangkan sistem

13
pengkodan data yang digunakan oleh pengguna. Panjang maksima tidak melebihi
60 aksara, Bersifat Case Sensitive dimana penggunaan huruf besar dan huruf kecil
akan memberikan jawapan yang berbeza.

Missing Values
Ada kala penyelidik akan mengasingkan (exclude) nilai atau value bagi
pembolehubah tertentu, misalnya data yang extreme atau tersisih jauh daripada
kumpulan yang lain atau istilah outlier. Dalam istilah lain nilai yang di asingkan tidak
akan di kira dalam analisa anda.

Column
Secara tetap lebar Column di tetapkan pada 8, ruang ini hanya memaparkan lebar
paparan pada skrin anda.

Align
Alignment pada column samada anda mahu menetapkan paparan data samada
kekiri, kekanan atau di tengah-tengah.

Measure
Ruang ini merujuk kepada paparan jenis ukuran pada data bagi setiap
pembolehubah. Secara tetap adalah jenis Skala, anda boleh meminda kepada
nominal atau ordinal.

4.2 Latihan Untuk Menamakan Pembolehubah

Sebagai contoh berikut adalah salah satu soalan daripada borang soal-selidik.
Ada berbangsa apa? :

1. Melayu

2. Cina

3. India

4. Lain

14
Langkah-langkah:
1. Daripada menu bar klik pada menu New→Data
2. Pastikan anda berada di dalam mod SPSS Data Editor.
3. Untuk menamakan pembolehubah baru, klik pada Tab Variable view

4. Tuju dan klik pada sel pertama dibawah lajur Name


5. Tuju dan klik pada sel pertama dibawah lajur Type. Dan klik pada kotak bertitik
yang berada di hujung sel Type
6. Secara default system akan memilih pada pilihan Numeric pada tetingkap
Variable Type dan tekan ok

15
7. Masukkan nilai 1, pada medan value taipkan perkataan Melayu pada medan
Label dan klik pada butang Add. Seterusnya masukkan nilai 2 pada medan Value
dan taipkan perkataan Cina dan klik pada butang Add. Dan masukkan Value
terakhir iaitu 3 mewakili bangsa India

8. Apabila sudah selesai, klik pada butang ok.

9. Ulangi langkah di atas untuk pembolehubah seterusnya sehingga selesai. Berikut


adalah contoh paparan:

4.3 Memasukkan Data


Apabila sudah selesai mendefinasikan semua pembolehubah, langkah seterusnya
ialah memasukkan data, anda boleh memasukan data secara terus dengan
menggunakan data editor atau pun mengimport data daripada sumber lain. Untuk
memasukkan data klik pada Tab Data view

16
4.4 Menyunting Fail Data
Selesai sahaja anda memasukkan data, anda mungkin perlu membuat pertukaran
atau perubahan, seperti menambah, menghapus dan sebagainya.

4.5 Proses Menghapuskan Kes


Gerakan kursor pada kes atau baris yang hendak anda hapuskan, klik sekali untuk
mengaktifkan baris tersebut. Tekan butang Delete untuk menghapuskannya, atau
klik sekali butang kanan tetikus untuk mengaktifkan pop-up menu dan pilih menu
Clear.

4.6 Menyimpan Fail SPSS


Untuk menyimpan fail SPSS:-
1. Di menu bar klik menu File.
2. Pilih Save.
3. Masukkan nama fail data yang sesuai pada medan File name

17
5.0 MENGHASILKAN LAPORAN DAN CARTA STATISTIK

Berbagai jenis dan bentuk taburan data boleh di hasilkan melalui perisian SPSS,
antaranya ialah jadual frequencies, Descriptives, Crosstabs, carta dan
sebagainya. Anda boleh mulakan dengan Statistic Deskriptif.

Statistik Deskriptif ( Descriptive statistics )

Mengandaikan bahawa tiada sebarang ralat pada fail data atau sekurang-kurangnya
tiada nilai yang terkeluar daripada julat (out-of-range) pada mana-mana
pembolehubah. Anda boleh memulakannya dengan statistik deskriptif untuk
menganalisa data. Ada beberapa kegunaan statistik deskriptif, iaitu:

1. Untuk menerangkan demografi sampel data . Ini selalunya di nyatakan di dalam


laporan bahagian kaedah pengumpulan data. Contoh seperti jumlah
responden, pendapatan, jantina, bangsa dan sebagainya. Anda boleh
menggunakan arahan Frequency dan juga Crosstabs.
2. Untuk menyemak pembolehubah yang boleh melanggar andaian di bawah
teknik ujian statistik parametik , seperti kenormalan taburan data yang di
perlukan di dalam melaksanakan analisis seperti ANOVA , Korelasi dan

18
sebagainya. Ujian seperti Test for normality, penghasilan jadual histogram
dengan paparan Normal curve. dan
3. Untuk di tujukan kepada soalan-soalan khas sahaja.

Untuk data atau pembolehubah jenis Kategori, anda boleh mulakan dengan
menggunakan prosedur Frequencies dan juga Crosstabs.

5.1 Melaksanakan prosedur Frequencies

Arahan frequencies digunakan untuk mengira jumlah respon atau nilai dalam
bentuk jadual frequensi satu hala atau untuk satu pembolehubah. Ianya juga
digunakan untuk menghasilkan statistik descriptive seperti mean, median, mode
dan variance. Dengan menggunakan arahan ini juga, anda dapat menghasilkan graf
statistik seperti histogram dan juga carta bar.

Langkah-langkah:-

1. Klik pada menu Analyze → Descriptive Statistics → Frequencies….


2. Pilih mana-mana pembolehubah jenis kategori dan masukkan pada kekotak
pilihan pembolehubah (Variable(s)).

19
3. Hasil output

5.2 Menggunakan prosedur Descriptive Statitics.

Prosedur ini di gunakan pada pembolehubah jenis bersambung (continues variables)


seperti Umur, adalah mudah menggunakan prosedur Descriptives, termasuk
ringkasan statistik seperti Mean, Median, Mode dan Standard Deviation.

Descriptive statistics juga menyediakan maklumat tentang taburan skor pada


pembolehubah bersambung (skewness dan kurtosis). Maklumat ini mungkin di
perlukan jika pembolehubah tersebut digunakan untuk pengujian teknik statistik
parametrik (parametric statistics) seperti t-test, analysis of variance. Nilai
skewness menunjukan bentuk atau simentri (symmetry) taburan data. Kurtosis
pula menyatakan ‘kepadatan’(peakedness) kelompok data. Jika nilai adalah 0
menunjukan data adalah dalam keadaan kesempurnaan normal. Misalnya jika nilai
skewness positif, kelompok data adalah kekiri pada nilai rendah, nilai negatif pula
menunjukkan data adalah kekanan graf pada nilai tertinggi (high end). Nilai positif
kurtosis menunjukan kepadatan taburan data ( kelompok data di tengah-tengah).
Sebaliknya nilai di bawah paras 0 menunjukan taburan data menjuruskepada bentuk
mendatar (banyak kes di dalam keadaan ekstrem).

20
Langkah-langkah untuk melaksanakan prosedur Descriptive Statistics :

1. Untuk latihan ini anda boleh menggunakan fail data kes_tidur.sav


2. Daripada bar menu klik pada: Analyze→Descriptive Statistics→
Descriptives.
3. Klik pada pembolehubah pilihan contoh 5a dan klik pada kotak anak panah
kekanan untuk memindahkan pembolehubah pilihan kedalam kotak
Variable(s)

5.3 Prosedur Crosstabs

Arahan crosstabs membolehkan anda menghasilkan satu bentuk laporan antara dua
pembolehubah dalam bentuk jadual frekuensi dua hala (two-way) dan pelbagai hala
(multi-way). Jadual yang terhasil dinamakan jadual dua hala (Crosstabs). Dengan
menggunakan prosedur ini Statistik non-parametik seperti Pearson Chi-Square dan
Gamma juga boleh di hasilkan.

Langkah-langah untuk melaksanakan Prosedur Crosstabs :

1. Daripada bar menu klik pada: Analyze→Descriptive Statistics→Crosstabs


2. Klik pada pembolehubah S1-Jantina dan bawa kekotak bertanda Row(s), dan
seterusnya klik pada pembolehubah 5a dan bawah kekotak Column(s)

21
6.0 ANALISIS KEBOLEHPERCAYAAN

Pada kebiasaanya ujian Cronbach’ Alpha coefficient ini di perlukan untuk menguji
tahap kesesuaian item-item di dalam satu kajian, misalnya anda membuat satu ujian
rintis (pilot test) terlebih dahulu terhadap beberapa sampel responden, dan apabila
ujian Reliabiliy Analysis memberikan keputusan yang positif barulah kajian sebenar
di jalankan. Jika tidak anda harus melihat dan memeriksa mana-mana item yang
perlu di perbaiki atau di singkirkan.

Di dalam contoh berikutnya anda mahu melihat kebolehpercayaan item-item di


dalam kajian anda.

Prosedur untuk melaksanakan arahan Reliability Analysis.

1. Di menu klik Analyze→Scale→Reliabiliy Analysis.


2. Tetingkap Reliability Analysis di buka.

22
7.0 RUMUSAN

Adalah dengan ini, dipersembahkan Prosedur Manual Penggunaan Statistical


Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 20 kepada pelajar politeknik khususnya
yang mengikuti matapelajaran CC506 dan CC602 dengan jayanya. Diakhir
pengajaran ini;

a) Pelajar dapat memasukkan data ke dalam aplikasi SPSS.

b) Pelajar dapat menganalisis data menggunakan SPSS

c) Pelajar dapat menyemak dan membuat pengeditan ke atas pembolehubah


yang digunakan.

23

You might also like