You are on page 1of 2

MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG

MPKK KAMPUNG RUSILA


PENGERUSI : 0139231695 SETIAUSAHA : 0139063463
EMEL : mpkk.rusila@gmail.com

Rujukan kami : MPKK RSL/19/16


Tarikh : 15 Oktober 2019

Kepada,
Y.BHG Tuan Haji Mazli Zakuan Bin Mohd Noor
Ketua Peg Eksekutif MBI
Wisma TI,Chendering
21080 Kuala Terengganu
Terengganu

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PEMBINAAN PEJABAT MPKK RUSILA

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa,MPKK Rusila ingin membina sebuah Pejabat MPKK


bagi memudahkan urusan berkaitan Komuniti Kampung Rusila.

3. Oleh yang demikian,Pihak MPKK Rusila ingin memohon sumbangan daripada pihak
tuan bagi menampung kos perbelanjaan pembinaan yang dianggarkan sebanyak RM
80,000.00.

4. Dengan ini saya lampirkan beberapa keping gambar untuk rujukan pihak tuan.Segala
kerjasama dan jasa baik pihak tuan amat kami hargai bagi memberi kemudahan kepada
Pengurusan MPKK Rusila untuk menjalankan gerak kerja.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

________________________
AHMAD HARIZUDDIN BIN MUHAMMAD
SETIAUSAHA
MPKK KG RUSILA
Lampiran 1

You might also like