You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN RANAU

PETI SURAT 4
89307 RANAU
Tel : 088-875341
SABAH, MALAYSIA
Fax : 088-876526
Email : xba5434@gmail.com

Ruj. Kami : XBA5434/700-4/06(5)


Tarikh : 21 APRIL 2019

Ibu Bapa,Penjaga,Guru dan Staff,


SK Pekan Ranau,
SABAH.

Tuan,

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TANDAS DAN KEBERSIHAN KAWASAN


SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah di bawah Unit Hal Ehwal Murid dan kerjasama pihak PIBG akan mengadakan
gotong-royong mengikut ketetapan berikut: .

Tarikh : 04/Mei/2019
Masa : 7.30 pagi-12.30 tengahari
Tempat : SK Pekan Ranau

3. Tuan puan yang tidak dapat hadir dalam program gotong royong ini perlulah membayar wang ganti
diri sebanyak RM20 dan diserah kepada guru kelas anak di bawah jagaan tuan puan.

4. Bersama ini dilampirkan senarai keperluan yang perlu dibawa semasa gotong-royong dan surat
maklum balas kehadiran untuk tindakan tuan puan. Segala kerjasama daripada pihak tuan kami
dahulukan dengan jutaan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………
MOSTAJAH @ ZUNAIDI DULLAH
Guru Besar,
SK Pekan Ranau,
Sabah.

S.k -fail
KIN/…
210419
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN RANAU
PETI SURAT 4
89307 RANAU
Tel : 088-875341
SABAH, MALAYSIA
Fax : 088-876526
Email : xba5434@gmail.com

You might also like