You are on page 1of 3

Soalan 1

(a) Apakah maksud keluhuran perlembagaan ?

F1 Keagungan perlembagaan itu sendiri.


F2 Mempunyai kedudukan yang tertinggi.
F3 Ketertinggian perlembagaan mengatasi Yang Dipertuan Agong, Parlimen,
Jemaah Menteri dan Mahkamah.
F4 Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah tidak sah
dan terbatal dengan sendiri.
[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

(b) Terdapat perkara sensitif dalam Perlembagaan Malaysia yang tidak boleh
dipersoalkan secara terbuka.
Nyatakan dua perkara tersebut.

F1 Pemerintahan beraja
F2 Kedudukan Raja-Raja Melayu
F3 Agama Islam
F4 Kedudukan Bahasa Melayu
F5 Hak istimewa orang Melayu / Bumiputera
[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

(c) Perlembagaan Malaysia dipinda dari semasa ke semasa.


Kemukakan hujah yang menyokong pendapat sedemikian.

H1 Melindungi kepentingan rakyat.


H2 Menjaga keselamatan negara.
H3 Melicinkan urusan pentadbiran.
H4 Supaya sesuai dengan keperluan semasa.
H5 Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah.
H6 Memastikan kandungan perlembagaan ipatuhi oleh dengan rela hati.
H7 Melarang perkara-perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.
H8 Memelihara keharmonian rakyat berbilang kaum.
H9 Memansuhkan imuniti bagi Yang Dipertuan Agong daripada kesalahan jenayah.
(Mana-mana jawapan munasabah)
[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]
(d) Banyak gejala yang menunjukkan masyarakat di negara kita tidak menghormati
Perlembagaan Malaysia.
Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.

H1 Menghina / Mempersendakan Raja-Raja Melayu


H2 Mempersoalkan keistimewaan orang Melayu / Bumiputera
H3 Menghina lambang negara
H4 Mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
H5 Mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong
H6 Menghina agama Islam
(Mana-mana jawapan munasabah)
[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

(e) Apakah usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk kesedaran rakyat di negara
kita agar menghormati perlembagaan negara ?

H1 Menguatkuasakan undang-undang yang tegas.


H2 Memperkenalkan mata pelajaran ketatanegaraan di sekolah.
H3 Mengadakan kempen meningkatkan pemahaman terhadap perlembagaan.
H4 Mengadakan dialog dua hala untuk mengenalpasti punca ketidaksedaran
masyarakat.
H5 Mengadakan bengkel / seminar kefahaman tentang perlembagaan.
H6 Memasyarakatkan Perlembagaan Malaysia.
H7 Membuat pindaan terhadap perkara yang kurang relevan.
(Mana-mana jawapan munasabah)
[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

Soalan 2
4(a) F1 Mengukuhkan perpaduan 1
F2 Memelihara corak hidup demokratik 1
F3 Mencipta sebuah masyarakat yang adil 1
F4 Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang
pelbagai 1
F5 Membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi. 1

[2m]

4(b) F1 Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia 1


F2 Rakyat beragama mudah diurus menjadi warganegara yang
baik / bertanggungjawab 1
F3 Perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan bahawa Islam ialah
agama rasmi 1
F4 Agama lain bebas diamalkan 1
F5 Wujud perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain 1
F6 Keamanan negara berterusan 1
F7 Rakyat hidup bersatu padu 1

(Mana-mana jawapan munasabah) [4m]

4(c) F1 Merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian


seseorang individu 1
F2 Menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni 1
F3 Menjamin masyarakat yang penyayang 1
F4 Mewujudkan masyarakat saling hormat-menghormati 1
F5 Mewujudkan keamanan negara 1
F6 Meningkatkan imej negara 1
F7 Dunia luar akan menghormati rakyat Malaysia. 1

(Mana-mana jawapan munasabah) [4m]

You might also like