You are on page 1of 7

DIMENSIKOOP

Perniagaan Butik
Kecantikan (SPA)
Dan Kesihatan
Adila Hashim
Maktab Koperasi Malaysia Zon Selatan

Industri SPA di Malaysia semakin berkembang Di beberapa negara di dunia turut menjadikan industri
dengan bilangan pengusaha yang semakin SPA sebagai produk pelancongan yang mampu menjana
ekonomi negara. Ia mampu berkembang dengan lebih
meningkat dari tahun ke tahun. Di bawah Bidang
pesat dan bertaraf antarabangsa bagi memastikan lebih
Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pelancongan, ramai pelancong asing mengunjungi pusat SPA yang
industri SPA negara dijangka mampu menjana menawarkan pelbagai keunikan tersendiri. Malaysia
sebanyak RM 400 juta kepada Pendapatan Negara juga dilihat mempunyai potensi untuk menjadi destinasi
pelancongan kesihatan yang kompetitif. Tambahan
Kasar (GNI) sekali gus membuka sebanyak 3,500 pula, negara kita mempunyai khazanah sumber alam
peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. yang tiada ternilai seperti herba dan rempah-ratus.

SPA yang baik sepatutnya menyediakan tenaga


Penggemar perkhidmatan SPA ini bukan sahaja
kerja yang efisien dan berkemahiran dalam memberi
terdiri daripada kalangan wanita, malah golongan keyakinan kepada pengunjung untuk datang semula
lelaki juga semakin ramai yang mengunjungi mendapatkan rawatan. Justeru, kursus dan latihan
SPA bagi tujuan kesihatan dan penampilan diri. secara profesional amat diperlukan di pusat pengajian
tinggi dan kolej swasta. Menyedari akan potensi
Lebih menarik, industri ini juga mampu dijadikan industri SPA tanah air, tercetuslah “Program Latihan
satu daya tarikan kepada pelancong asing untuk Terapi SPA” yang telah dianjurkan oleh Kementerian
mendapatkan perkhidmatan rawatan kecantikan Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sejak tahun
2012 lagi bagi membangunkan kepakaran tempatan
di Malaysia. SPA merupakan sebahagian
seterusnya mengatasi masalah kekurangan juruterapi
komponen dalam industri pelancongan yang SPA tempatan dan kebergantungan terhadap juruterapi
memberi peluang pekerjaan dan secara tidak SPA asing.
langsung turut menyumbang kepada pendapatan
Oleh yang demikian, Maktab Koperasi Malaysia
negara melalui nilai tukaran wang asing. mengambil inisiatif ini dengan menyediakan Kursus
Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) dan Kesihatan
yang berobjektif:

BIL. 46 JULAI 2015 61


DIMENSIKOOP

Perkataan “SPA” adalah


1. Memberi pendedahan berkaitan kaedah pendekatan
pengurusan perniagaan butik kecantikan (SPA) dan
singkatan daripada perkataan
kesihatan; ‘Solus Per Aqua’ yang
2. Memberi kefahaman dan pengetahuan tentang bererti penyembuhan dengan
potensi perniagaan butik kecantikan (SPA) dan air dalam bahasa Latin, iaitu
kesihatan;
3. Memberi kefahaman berkaitan penyediaan konsep perawatan yang telah
rancangan perniagaan dalam perniagaan butik diperkenalkan sejak tahun
kecantikan (SPA) dan kesihatan. 400 SM di Rom

Memahami Konsep SPA dan berendam kerana dipercayai sumber air panas ini
mempunyai kelebihan dalam menyembuhkan penyakit.
Umumnya, ramai yang masih kurang jelas makna
sebenar SPA kerana sesetengah rawatan yang
ditawarkan pengusaha tertentu berbeza daripada Era Baru
perkhidmatan yang disediakan di salon-salon biasa.
Hakikatnya, SPA menawarkan perkhidmatan yang Mengikut peredaran zaman, SPA berkembang menjadi
lebih unik dan eksklusif. sebuah pusat kecantikan yang berfungsi untuk merawat
tubuh, kesihatan, memberi kesegaran dan nyaman
ketika berada di dalamnya. SPA merupakan suatu
Definisi SPA rangkaian produk perawatan yang terdiri daripada terapi
seluruh badan (kulit, badan, rambut), pusat rampingan
Perkataan “SPA” adalah singkatan daripada perkataan (slimming centre), rawatan pemakanan (dietary) serta
‘Solus Per Aqua’ yang bererti penyembuhan dengan air solekan dan andaman. Kini, masyarakat umum di
dalam bahasa Latin, iaitu konsep perawatan yang telah Malaysia semakin menyedari pentingnya hidroterapi
diperkenalkan sejak tahun 400 SM di Rom, pada zaman dalam meningkatkan tahap kesihatan dan mula
Hipokrates. Ketika itu, pancutan air panas semula jadi menjadikan SPA sebagai salah satu tempat kunjungan
telah digunakan oleh askar-askar untuk merehat dan utama bagi rawatan kesihatan. Dari segi jantina pula,
merawat badan daripada keletihan dan luka selepas lebih ramai wanita yang mengunjungi SPA berbanding
perang. lelaki. Berdasarkan statistik, nisbah pengunjung SPA
wanita berbanding lelaki adalah 60:40.

Sumber Sejarah
Potensi Perniagaan Butik Kecantikan (SPA) dan
Sehingga kini, SPA tertua Romawi masih wujud di Kesihatan
Merano, Itali yang membuktikan kemujaraban dan
populariti mata air panas semula jadi itu sebagai bahan
terapi. Manakala di Bath, England, SPA sudah wujud Permintaan yang Tinggi
sejak kurun ke-18 lagi yang menggunakan mata air
panas semula jadi dengan tahap suhu setinggi 120 Masyarakat di Malaysia semakin menyedari
darjah fahrenheit. Kebanyakan SPA di benua Eropah pentingnya aspek ‘hidroterapi’ atau penyembuhan
yang dibuka pada kurun ke-18 dan ke-19 dikelilingi menggunakan air dalam meningkatkan tahap
pemandangan indah seperti gunung dan tasik. kesihatan. Buktinya, masyarakat mula menjadikan
SPA sebagai satu alternatif untuk mendapatkan rawatan
Di Asia, SPA masih lagi berada pada peringkat kecantikan dan kesihatan. Permintaan terhadap
pengenalan, dan pembangunan sektor ini belum begitu rawatan SPA juga semakin meningkat dari semasa ke
ketara. Namun begitu, ia telah menjadi amalan turun- semasa. Kebanyakan pengunjung berkunjung ke pusat
temurun masyarakat Asia untuk mengunjungi kawasan perawatan SPA adalah bagi tujuan kesihatan badan
kawah atau mata air panas semula jadi untuk mandi seperti mengeluarkan toksin, meningkatkan sistem

62 BIL. 46 JULAI 2015


DIMENSIKOOP

imunisasi selain mencegah alahan supaya dapat Pulangan yang Tinggi


menjalankan aktiviti harian dengan penuh kesegaran.
Kajian oleh Kementerian Pelancongan Malaysia
Tarikan Pelancong membuktikan bahawa peningkatan perniagaan
rawatan SPA yang begitu memberangsangkan
Tarikan industri perkhidmatan SPA di Indonesia dan sejak kebelakangan ini mampu memberi pulangan
Thailand telah merancakkan industri pelancongannya pendapatan lumayan kepada negara melalui pakej
dengan membantu menjana ekonomi dan memberi pelancongan kesihatan. Kerajaan melalui Kementerian
peluang pekerjaan kepada ribuan penduduk. Kesan Pelancongan Malaysia telah menumpukan perhatian
industri itu juga telah mengangkat nama urutan Thai dan untuk memperkasakan industri SPA secara kompeten
Bali yang cukup terkenal dalam kalangan pelancong dengan melihat potensi industri ini sebagai destinasi
asing. Begitu juga dengan industri SPA di Malaysia. pelancongan kesihatan yang kompetitif pada tahun
Seperti di negara lain, pelancongan adalah penyumbang ini. Industri SPA mempunyai potensi yang sangat
penting kepada ekonomi dalam mewujudkan peluang luas untuk dikembangkan, ia dilihat sebagai satu
pekerjaan dan memperluaskan jaringan perniagaan. inisiatif dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir
negara untuk bekerja secara profesional seterusnya
Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Dr memajukan industri SPA ke peringkat antarabangsa.
Ng Yen Yen telah menyatakan keyakinan beliau Industri SPA sebenarnya mampu menjanjikan
tentang industri SPA negara yang bakal menjadi daya pulangan yang menguntungkan jika dilaksanakan
tarikan utama pelancong terutamanya pada mereka dengan baik terutama pada mereka yang mendapat
yang inginkan perkhidmatan SPA yang berpatutan pendidikan dan kursus yang lengkap di dalam bidang
dan berkualiti tinggi. Di Malaysia, industri SPA juga kecantikan dan kesihatan ini.
semakin berkembang sejak lima tahun kebelakangan
ini melalui pembukaan pusat-pusat SPA berlesen
terutamanya di premis-premis perniagaan dan hotel- Jenis Perawatan SPA Mengikut Tempat dan
hotel sekitar ibu negara serta lokasi tumpuan pelancong. Fungsinya

1. Perawatan SPA Harian (Day SPA)


Menawarkan pelbagai perawatan SPA oleh
kakitangan (terapi) profesional yang sedia ada pada
setiap hari. Day SPA biasanya menawarkan rawatan
seperti yang terdapat di salon dan ia dikunjungi oleh
sesiapa sahaja yang inginkan rawatan seperti
manicure, pedicure, facial, atau body massage.
Ia merupakan rawatan yang boleh dinikmati
oleh pelanggan pada setiap hari untuk mendapatkan
kesegaran badan.

2. Perawatan SPA Total (Destination SPA)


Sesuai dengan nama “Destination SPA”, rawatan
ini memakan waktu lebih daripada satu hari. Ia
menawarkan rawatan secara keseluruhan iaitu
mulai daripada berelaksasi sekali gus mendorong
pengunjung untuk menjalani pola pemakanan yang
sihat. SPA ini terdiri daripada perawatan tubuh,
aktiviti fisik, pendidikan kesihatan, kuliner sihat
dan program-program khusus. Tujuannya adalah
untuk membantu pengunjung menjalani gaya hidup
yang lebih sihat. Bahkan, rawatan SPA yang
dirancang untuk keremajaan secara holistik sangat

BIL. 46 JULAI 2015 63


DIMENSIKOOP

berkesan dalam membuatkan tubuh dan fikiran Produk Perkhidmatan SPA dan Kesihatan
menjadi lebih tenang dan nyaman. Destination Secara amnya, perkhidmatan butik kecantikan (SPA)
SPA biasanya dilakukan di pulau, hotel atau resort dan kesihatan dikategorikan seperti berikut:
di luar kota dan disediakan secara eksklusif kepada
pengunjungnya. 1. Perkhidmatan Rawatan Kulit (Skin Treatment)
Secara umumnya, rawatan kulit ini melibatkan
3. Resort/Hotel SPA rawatan pada bahagian muka. Walau bagaimanapun,
Daripada namanya sahaja sudah jelas untuk terdapat salon kecantikan yang menjalankan
memberitahu lokasi rawatan SPA ini dilakukan. rawatan khusus bagi kulit kepala dan badan.
Tujuan adanya resort/hotel SPA ini adalah untuk
menambah kenyamanan kepada pengunjung SPA (a) Rawatan Kulit Muka (Facial Treatment)
atau tetamu resort/hotel untuk menginap lebih lama. Perkhidmatan yang popular disediakan oleh
Jenis rawatan yang terdapat di sini adalah sama salon-salon kecantikan wanita ialah rawatan
dengan SPA-SPA yang lain. muka. Terdapat dua jenis rawatan muka iaitu;
rawatan kecantikan dan rawatan kulit
4. Perawatan SPA Medis (Medical SPA) bermasalah. Kebanyakan salon kecantikan
Jenis perawatan SPA ini lebih memfokuskan kepada kebiasaannya menyediakan rawatan kecantikan
rawatan kosmetik, seperti laser untuk ke atas kulit muka. Perkhidmatan rawatan muka
menghilangkan flek atau noda di kulit, suntikan yang lengkap dan komprehensif disediakan dan
botox atau filler. Perawatan SPA Medis biasanya sesuai untuk semua jenis kulit. Rawatan muka
dilakukan di bawah pengawasan doktor yang yang lengkap melibatkan superficial cleanse,
berlesen dan mengikut bidang tersendiri. deep cleanse, steaming, exfoliating, skin
conditioning dan relaxing, toning, lotion dan
5. Perawatan SPA Kesihatan (Health SPA) moisturiser. Selain daripada itu, ia juga
Perawatan SPA jenis ini hampir sama dengan melibatkan face massage dan mask, face contour
Medical SPA, iaitu dilakukan oleh terapi dan eye contour. Rawatan kulit bermasalah
mengikut bidangnya dan lebih fokus kepada dijalankan oleh pusat kecantikan yang
pemeliharaan kesihatan secara keseluruhan. mengkhususkan penyediaan rawatan ke
atas kulit-kulit yang bermasalah seperti kulit
6. Mineral Springs SPA yang mempunyai jerawat yang teruk, pigmentasi
Ia merupakan jenis perawatan yang menggunakan dan alahan. Rawatan ini perlu dilakukan oleh
bahan-bahan mineral yang biasanya terdapat juruterapi kecantikan yang terlatih dalam
daripada sumber air panas. SPA jenis ini memberikan rawatan kulit bermasalah.
rawatan hydrotherapy untuk penggunanya. Mineral
Springs ini biasanya dilakukan secara langsung (b) Non-Surgical Facelifting
dalam kawasan sumber air tersebut yang banyak Ia merupakan perkhidmatan rawatan kulit
mengandungi bahan mineral. muka yang terbaru dan sedang berkembang
di Amerika Syarikat dan beberapa negara
7. Club SPA Eropah. Rawatan ini menggunakan proses
Lokasi SPA ini berada di pusat kesihatan. micro-current untuk menegangkan kulit muka
tanpa menjalankan sebarang pembedahan di
8. Cruise Ship SPA samping dapat melengahkan proses penuaan
Lokasi SPA ini berada di atas pelayaran kapal. kulit. Proses ini juga boleh digunakan ke atas
kulit badan.
9. Perawatan SPA di Lapangan Terbang (Airport SPA)
Perawatan SPA ini bertujuan untuk memberikan (c) R awatan Kulit Kepala
rawatan secara ekspres bagi para traveler mahupun Tidak ramai perawat kecantikan yang
penumpang pesawat sebelum berlepas. Beberapa berkecimpung dalam rawatan kulit kepala
rawatan Airport SPA yang paling umum adalah sama ada di salon kecantikan ataupun salon
kerusi pijat selama 15 minit beserta terapi oksigen.

64 BIL. 46 JULAI 2015


DIMENSIKOOP

rambut. Namun begitu, kini terdapat 3. Pusat Rampingan (Slimming Centre)


salon yang menyediakan rawatan kulit Pusat kesihatan ini menyediakan pelbagai
kepala khususnya rawatan kelemumur, kemudahan dan peralatan senaman dan khidmat
kebotakan dan keguguran rambut kerana terapi untuk mengurangkan berat badan. Pusat
kesedaran orang ramai tentang perlunya rampingan ini juga ada menyediakan perkhidmatan
mendapat rawatan kulit kepala. Salon yang body warp, tanning dan sauna.
menyediakan perkhidmatan rawatan kulit
kepala juga antara lain memberikan 4. Rawatan Pemakanan (Dietary)
perkhidmatan rawatan pemulihan dan Perkhidmatan rawatan pemakanan amnya merujuk
penjagaan rambut. kepada perkhidmatan yang disediakan oleh pakar
pemakanan berkaitan dengan amalan pemakanan
2. Perkhidmatan Rawatan Badan (Body Treatment) pelanggan dan penjagaan badan dan kulit melalui
Perkhimatan rawatan badan adalah untuk program pemakanan. Khidmat nasihat pemakanan
mendapatkan dan memelihara bentuk badan perlu dijalankan oleh pakar pemakanan yang
yang dikehendaki. Selain mengurangkan berat berkelayakan.
badan, perkhidmatan rawatan badan juga membantu
pergerakan saraf, muscle, dan tona kulit badan. 5. Lain-lain Perkhidmatan
Antara rawatan yang disediakan termasuk body Perkhimatan bahagian rambut adalah pemotongan
contour dan body polish. dan reka bentuk rambut, mencuci rambut,
dandanan, andaman dan penjagaan kulit kepala. Ia
(a) Khidmat Mengurut (Body Massage) juga menyediakan perkhidmatan andaman dan
Perkhidmatan mengurut adalah antara solekan untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan,
pendekatan rawatan badan. Selain perkhidmatan sambutan hari ibu dan hari lahir.
tukang urut tradisional, perkhidmatan massage
therapist yang terlatih juga digunakan.
Manfaat Rawatan SPA
(b) Aromatherapy
Aromatherapy adalah pendekatan holistik Ramai yang masih samar tentang kelebihan sebagai
yang menggerakkan penyembuhan kulit melalui pengguna SPA, antaranya adalah:
pencapaian fisikal dan psikologi secara serentak.
Rawatan aromatherapy biasanya dilakukan 1. Secara umum
untuk menghilangkan tekanan (stress) melalui SPA berupaya menyembuhkan penyakit dalaman,
urutan dengan menggunakan campuran pelbagai menyegarkan tubuh badan selain memberi tenaga
minyak urut yang mempunyai bau yang harum. dan oksigen serta menegangkan otot, menghaluskan
Setiap minyak yang digunakan mempunyai kulit, meningkatkan daya tahan tubuh dalam
keharuman dan keupayaan tersendiri untuk melawan penyakit, meningkatkan proses
menggerakkan proses menenangkan perasaan metabolisme tubuh, mengurangkan keletihan dan
fisikal dan mental pada pelbagai peringkat. menenangkan fikiran.
Rawatan ini perlu dijalankan oleh pakar therapist
yang terlatih kerana kombinasi minyak yang 2. Bebas kerutan dan menyihatkan kulit
tidak sesuai akan mendatangkan mudarat kepada Mandi wap atau sauna dan pijat batu panas dapat
pelanggan. merelaksasi otot-otot yang tegang. Kaedah ini dapat
menghilangkan tanda-tanda penuaan berupa kerutan
(c) Rawatan SPA atau keriput pada kulit.
Rawatan SPA sering dikaitkan dengan resort
kesihatan yang menyediakan kolam renang, 3. Meredakan stres
sauna dan jakuzi dengan persekitaran yang Stres membuat anda kelihatan tua. Oleh yang
mewah. Perkhidmatan SPA melibatkan antara demikian, pijat relaksasi mampu membuat tubuh
lain ialah sauna, tanning dan body wrap. segar dan sihat kembali.

BIL. 46 JULAI 2015 65


DIMENSIKOOP

4. Menurunkan berat badan pemborongan dan peruncitan, pelancongan, penjagaan


Perawatan SPA juga membantu menurunkan berat diri dan kesihatan, pertanian dan perladangan. Ini
badan. Pijatan lembut daripada juruterapi berupaya menunjukkan sektor penjagaan kesihatan merupakan
membakar kalori pada bahagian-bahagian tertentu. salah satu bidang yang perlu diterokai oleh koperasi
untuk menjana impak yang lebih tinggi kepada
5. Menghilangkan racun pada kulit perolehan koperasi. Di dalam industri pelancongan
Manfaat daripada sauna yang utama adalah dan aktiviti perkhidmatan yang berkaitan seperti
mengeluarkan racun atau toksik dalam tubuh. penjagaan diri dan kesihatan, industri SPA merupakan
Sauna atau mandi wap akan membuatkan badan salah satu sektor ekonomi yang perlu diceburi oleh
mengeluarkan peluh secara berlebihan. Melalui koperasi.
peluh, racun-racun dalam tubuh dapat dikeluarkan.
Bahkan, pori-pori kulit akan terbuka dan racun Contohnya seperti Koperasi Ibu Tunggal Melaka
yang tersimpan di bawah kulit juga akan Berhad yang telah melakar kejayaan dengan membuka
dikeluarkan. Kulit berisiko lebih besar terkena sebuah pusat kecantikan (SPA) dan kesihatan. Orkid
bahaya radikal bebas. Maka, SPA menjadi salah Wellness Centre iaitu SPA kecantikan yang beroperasi
satu penyelesaian terbaik untuk membersihkan di Taman Pertam Jaya, menjadi lambang kejayaan
racun atau toksik pada kulit. koperasi tersebut yang dapat membantu seramai
120 orang anggotanya. Koperasi ini pernah gagal
6. Meningkatkan sirkulasi darah dalam perniagaan sebelumnya, namun kegagalan
Mandi di dalam jakuzi memiliki banyak manfaat lalu tidak mematahkan semangat untuk mereka terus
untuk kesihatan. Perawatan ini dapat meningkatkan berdaya saing. Menurut Pengerusi Koperasi tersebut,
sirkulasi darah dan membuat kulit tampak bersinar. kejayaan itu juga hasil bantuan daripada Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) dan sokongan daripada
7. Mengurangkan kesakitan yang dialami Pakatan Strategik Industri SPA. Antara produk dan
Rawatan SPA juga dikatakan boleh meredakan perkhidmatan yang disediakan di pusat kecantikan SPA
migrain dan asma, menurunkan tekanan darah Koperasi Ibu Tunggal Melaka ini adalah perawatan
tinggi dan mengatasi insomnia (tidak boleh tidur). badan dan muka seperti mandi wap (sauna), facial,
urutan badan, rawatan resdung dan lain-lain lagi.

Penglibatan Koperasi dalam Industri SPA Ada juga di antara anggota koperasi yang
melibatkan diri dengan Mobile SPA, iaitu
Bagi menjadikan gerakan koperasi penyumbang perkhidmatan produk kecantikan SPA yang dilakukan
berkesan kepada pembangunan negara, Dasar Koperasi di rumah pelanggan. Hanya dengan menggunakan
Negara 2011-2020 telah menyasarkan peningkatan panggilan telefon, juruterapi akan datang ke rumah
sumbangan gerakan koperasi kepada perolehan untuk memberikan perkhidmatan SPA mengikut
negara sebanyak RM 50 bilion menjelang 2020. Dari keperluan pelanggan. Mobile SPA ataupun dikenali
perspektif mikro, koperasi hendaklah menjadi penjana sebagai Home SPA sedang hangat diperkatakan,
pertumbuhan ekonomi dan entiti perniagaan yang khususnya di kawasan bandar yang menyasarkan
kompetitif mengikut bidang kepakaran koperasi itu pelanggan yang tiada masa dan letih untuk pergi
sendiri. Sebagai institusi sosial berteraskan ekonomi, ke pusat kecantikan. Jadi, melalui perkhidmatan ini
koperasi perlu meningkatkan kewibawaannya bagi pelanggan mudah untuk mendapatkan perkhidmatan
menjadi organisasi bantu diri yang efektif untuk terus langsung ke rumah mereka.
meningkatkan taraf sosioekonomi anggota. Koperasi
juga perlu peka dan proaktif terhadap persekitaran agar Antara cabaran yang dihadapi oleh pengusaha
menjadi warga korporat yang bertanggungjawab. SPA sama ada koperasi atau pengusaha Mobile SPA
ini ialah pesaing. Mereka perlu bersaing dengan
Pelaksanaan pencapaian kenyataan dasar di pusat kecantikan SPA sedia ada dan berjenama.
atas ditumpukan kepada bidang keberhasilan Mereka perlu memastikan produk dan perkhidmatan
aktiviti ekonomi seperti perkhidmatan kewangan, SPA mereka setanding dengan pasaran, mempunyai

66 BIL. 46 JULAI 2015


DIMENSIKOOP

kemudahan dan teknologi perawatan yang sama dan satu peluang kepada koperasi untuk menceburkan
memiliki tahap kemahiran yang berkualiti. diri dalam industri SPA ini. Kos untuk membuka
pusat kecantikan dan kesihatan ini bergantung
Kesesuaian perniagaan SPA ini boleh kepada jenis produk dan perkhidmatan yang akan
diperluaskan lagi dengan melibatkan koperasi- ditawarkan serta lokasi yang dipilih. Selain daripada
koperasi yang mempunyai hotel, resort atau inap itu, koperasi atau pengusaha perlu menyediakan satu
desa (homestay). Kerjasama antara koperasi yang Rancangan Perniagaan untuk menentukan sasaran
menyediakan produk pelancongan dengan koperasi pengguna, bahagian promosi, anggaran tunai yang
yang terlibat dalam aktiviti SPA membolehkan diperlukan dan lain-lain.
penyediaan perkhidmatan pelancongan dibuat secara
komprehensif. Perniagaan butik kecantikan (SPA) dan kesihatan
ini juga merupakan salah satu bidang keberhasilan
utama dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-
Kesimpulan 2020 yang mampu memberi impak tinggi kepada
koperasi. Usaha kerajaan dalam pembangunan
Potensi perniagaan butik kecantikan (SPA) dan industri SPA ini terbuka luas kepada usahawan-
kesihatan ini memang tidak boleh dinafikan lagi usahawan yang dinamik dan berdaya saing melalui
melalui permintaan dan perkembangan industri program-program yang dijalankan di bawah
pelancongan di Malaysia yang semakin berkembang Kementerian Pelancongan Malaysia khususnya
dari tahun ke tahun. Permintaan yang tinggi terhadap untuk bahagian kemahiran, latihan, pendidikan dan
produk kecantikan dan kesihatan boleh dijadikan kewangan.

Rujukan

Hidayah Mohammad.(2013). Dunia SPA. Berita Harian Online. Dicapai daripada http://www2.bharian.com.my/
articles/DuniaSPA/Article/.

Iskandar Aruji.(2012).Jenis perawatan SPA berdasarkan tempat dan fungsinya. Dicapai daripada http://asliblogspot.
blogspot.com/2012/06/jenis-perawatan-SPA-berdasarkan-tempat.html.

Jenis SPA.(2012). Dicapai daripada http://www.maunnbeauty.wordpress.com.

Jenis SPA.(2011). Dicapai daripada https://sihusky.wordpress.com/jenis-jenis-SPA/.

Manfaat SPA.(2011). Citacinta. Dicapai daripada http://www.citacinta.com/.

Martin Kahar.(2007). Memahami kebaikan SPA. Bernama. Dicapai daripada http://www.bernama.com/.

Mengenali Jenis SPA.(2012). Dicapai daripada http://wolipop.detik.com/.

Perniagaan SPA.(2010). Dicapai daripada http://www.usahawan.com/.

PEMANDU.(2010). Economic Transformation Programme (ETP) : A roadmap for Malaysia.

BIL. 46 JULAI 2015 67

You might also like