You are on page 1of 13

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM

DI MALAYSIA
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

Baju Kurung
Baju kurung lazimnya diketahui sebagai
sejenis baju longgar yang labuh, kadang
kala hingga ke lutut dan dipadankan
dengan kain panjang yang berlipat tepi.
Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan
tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan
berpakaian Islam. Baju kurung boleh digandingkan
dengan kain tradisional seperti songket atau batik.
Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain
selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai untuk
dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian.
Baju Melayu Lelaki
Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu yang
terdiri daripada dua jenis iaitu Baju Teluk Belanga dan
Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa
menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara
dan juga bagi menunaikan Solat Jumaat. Selain itu, baju
ini juga amat sesuai dipakai pada hari perayaan dan juga
majlis-majlis rasmi. Pemakaian Baju Melayu kelihatan
lebih berseri apabila digandingkan bersama samping
atau songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-
kendara dan Sembahyang Jumaat, baju ini dipakai
bersama kain pelekat atau kain tenun sutera. Baju
Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan
seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan
kain samping yang diikat di bahagian pinggang.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA


Cheongsam
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina.
Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti
majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru
Cina.Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang
di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan
belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya
diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis
kain lembut.

Samfu
Samfu membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek
Kantonis. Samfu merupakan pakaian kaum Cina. Samfu
diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau
berbunga halus. Samfu dipakai oleh lelaki berketurunan
Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan
terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai
bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu.
Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut
seperti kain sutera.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Sari

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan India


dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada
musim perayaan. Kain sari ini dililit pada badan dengan
bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu
kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan
berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari
diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain
yang sememangnya indah.

Kurta

Pakaian tradisional bagi lelaki kaum india.Kemeja


panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada
kain kapas atau lime dan sutera.Kurta ini pada
kebiasaanya akan dipakai bersama salwar
longgar,seluar longgar atau seluar churidar.Kurta pijama
adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama
pijama dimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai
ketika majlis-majlis rasmi.Kurta ini juga boleh dipakai
bersama dhoti.dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi
empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter
yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.

DHOTI
Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian
ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih.
Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari
perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak
berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat
daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain
tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada
celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu.
Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik
kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang
bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini
banyak dipakai oleh golongan ceti.

Dhoti
PAKAIAN ETNIK KADAZAN

kadazan

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang.


Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung
toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita
memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan
selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

PAKAIAN SUKU KAUM MURUT

Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket


barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis
dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan
kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita
menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas
berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni.
Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol
dan hiasan kepala salupai.

suku kaum murut

PAKAIAN SUKU KAUM BAJAU


Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat
perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain
satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin
yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.
kaum Bajau

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN

KAIN SIRAT
Kain Sirat atau kain cawat adalah
pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain
yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain
ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah.
Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan
sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan
cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung
kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan
belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias

DANGDONG
Ia merupakan kain selendang yang
dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada
bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini
digunakan sebagai pembungkus barang-barang
persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong
diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN

BIDANG

Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil


bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma
lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat
daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm
dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang
dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian
harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya
bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang
bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara
tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai
reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna
merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara
bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif
tradisional yang disongketkan dengan benang emas
atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.

KALAMBI

Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua


jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan.
Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika
upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat
ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat
bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan
ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan
lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang
separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut.
Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang
indah.
Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang
indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-
jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura
roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan
juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada
kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan
cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang
menegak, figura manusia dan burung. Semua motif
tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung
kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai,
berpintal atau dihias dengan karangan manik.

BEDONG

Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang


dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong,
iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat
halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat.
Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau
diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada
dalam upacara-upacara rasmi.

You might also like