You are on page 1of 5

Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains

Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan.

HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing
dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam
melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari
kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan
dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang
atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang.
Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman
keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh
golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan
keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana
mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan
perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100
sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum
berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin
ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad
salallahualaihi wasalam telah bersabda:

1/5
Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara
iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan
keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman
keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh
merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana  sabda Nabi Muhammad 
SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada
Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad


mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah
mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka
jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang


Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila
disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka
daripada melakukan  perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman


untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk
memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada  perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau
penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan
melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.

2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali
baginya.

PERBAHASAN

Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu
undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan
kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang
dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan
penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia

2/5
Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains

yang melakukan kesalahan itu ;


1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama
tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika
disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang
melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi
penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan
mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia
sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah
berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan
yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan
banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan
masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4
Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya
musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami
kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan
akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia
mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang
penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara
terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian
belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru
dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu
boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4
mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin.
Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang
menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih
bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan

3/5
Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains

daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi
mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang
menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah
negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya
daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah
satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan
asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas
imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan
bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak
.Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel

Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas
imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun
terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun)
adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi
tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap
sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan
dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang
menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan
keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.

Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu
adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing
budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan
kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang
pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis,
psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia
apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan
tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan
tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat  mengawal
manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan
manusia itu sendiri.

HIKMAH MANDI WAJIB

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak

4/5
Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains

mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung
rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin
dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan
mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan
badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan
boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi
junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi.
Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam
keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang
diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali
datang haid nifas dan bersetubuh.

Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau
dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat
menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit
sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri
dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air
akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap
masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga
halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang
seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana
tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati
kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - MANHAL

5/5

You might also like