You are on page 1of 1

Ellsie Vieann Alphonsos (Kumpulan 3)

Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat kerana mempunyai sistem pemerintahan yang
tersendiri. Sistem pentadbiran tanah air yang telah lama wujud ini merupakan warisan dan telah
diubahsuai mengikut kesesuaian masa untuk diaplikasikan dalam pentadbiran masa kini. Sistem
pentadbiran negara menunjukkan semua warganegara adalah dilindungi di bawah undang-undang
negara dan orang yang melakukan kesalahan akan dikenakan hukuman yang setimpal. Sistem
pentadbiran negara Malaysia yang mengamalkan sistem pembahagian kuasa menunjukkan tidak ada
pihak yang menguasai suatu pihak yang lain.

Pembahagian kuasa atau dalam bahasa inggeris dipanggil Separation of Powers merupakan
satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga
cabang utama iaitu Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman. Ia adalah untuk
mengelak atau menghindari “kezaliman” (tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa
dapat mewujudkan dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari
kemaharajalelaan dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan
seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut.

Legislatif adalah antara jentera dalam amalan kerajaan demokrasi yang menggubal undang-
undang dalam sesebuah negara. Mengikut Webstar’s Third New International Dictionary, dewan
perundangan merupakan satu badan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang.
Khususnya ia merupakan satu organisasi yang mempunyai kewibawaan untuk membuat undang-
undang bagi sesuatu unit politik. Walau bagaimanapun, antara satu negara dengan negara yang lain
di dalam sesebuah negara moden pada hari ini tidak semua badan ini menjalankan fungsi yang sama.
Ini bergantung kepada bagaimana perlembagaan negara itu dibentuk.

Antara peranan legislatif ini ialah membuat undang-undang, bertindak sebagai pengawas dan
pemeriksa, untuk menolak pandangan awam terhadap tindakan-tinddakan kerajaan dan mengkritik
mereka sekiranya didapati bersalah. Tugasnya juga memecat ahli-ahlinya, meluluskan kelayakan untuk
ahli-ahlinya, mengemukakan tuduhan terhadap pegawai-pegawai awam atau mengadili kes-kes
tudahan terhadap negara. Selain itu, badan ini juga menguasai dasar kewangan negara melalui
pencukaian, pinjaman dan peruntukan. Akhir sekali, legislatif merupakan alat yang penting bagi
masyarakat untuk mengeluarkan pendapatnya. Ini adalah fungsi penting dalam demokrasi sebagai
kerajaan yang dikawal oleh pendapat umum.

Kesimpulannya, setiap warganegara khususnya yang terlibat dalam bidang profesional perlu
mengetahui tentang komponen-komponen utama dalam sistem pentadbiran negara. Mereka perlu
mengetahui keberkaitan antara kerjaya mereka dengan badan-badan pentadbiran yang terlibat jika ada
apa-apa perkara yang memerlukan mereka berhubung dengan badan-badan kerajaan tersebut.

You might also like